Hebron, Palestin: Sumber khusus Infopalestina menyebutkan, tentera awam militia Abbas melakukan pemanggilan secara besar-besaran dalam seminggu ini, terhadap para kader dan penyokong Hamas di Tebing Barat.
Sementara itu, tentera awam militia Abbas, Sabtu (6 November) menyerbu daerah Yata dan membina sejumlah perlintasan dan pos pemeriksaan. Mereka juga membatalkan pergerakan para pekerja dan pegawai.
Sumber menyebutkan, tentera awam militia Abbas mengeluarkan surat panggilan terhadap puluhan pemuda di Yata. Mereka menangkap anggota gerakan Jihad Islam dan Hamas.
Sumber info menyebutkan, sebanyak 60 kereta tentera milik tentera awam militia Abbas menyerbu daerah sejak jam enam pagi tadi, disamping sejumlah kereta pasukan Israel.
Dalam aksi ini, militia Abbas menangkap tujuh warga Palestin, dua di antaranya bekas tawanan dan dua bersaudara, Zakaria dan Yahya Shalih serta Isa shali. Pada masa yang sama, mereka juga menangkap Himam Hisham Abu Zahrah, Kholil Abu Zahrah serta Muhammad Abu Zahrah. Maka jumlah keluarga Abu Zahrah bertambah menjadi 12 orang.
Di pihak lain, mereka juga menangkap ahli Jihad Islam, Arif, Aisar dan Hamzah. Mereka adalah bekas tawanan Israel. (Asy)
'Seketul Jorjet Myla' Anak Peneroka Felda Jengka 7 'Kedua' Yang Telah
Ditahan Bawah Akta Hasutan 1948 Selepas Saya
-
'Hak bersuara di Malaysia dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan
Persekutuan, yang memberi hak kepada setiap warganegara untuk bercakap dan
menge...
10 hours ago

0 comments:
Post a Comment