Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 2, 2010

Taliban Pakistan rotan 65 pengedar dadah depan umum

Taliban Pakistan merotan 65 lelaki dikhalayak ramai setelah mereka didapati bersalah mengedar dan menggunakan dadah di daerah kesukuan. Daerah tersebut dikatakan sebahagian besar wilayahnya telah dibersihkan daripada pengaruh Taliban, oleh tentera Pakistan.

Jurucakap Kumpulan Taliban, Hafiz Said, berkata semalam (1 November) setiap orang diberi 10 kali sebatan di kawasan terbuka yang biasa digunakan oleh kanak-kanak untuk bermain bola sepak dan untuk khutbah agama di bandar Mamozai di kawasan kesukuan Orakzai Barat Laut, semalam kata juru bicara Taliban Hafiz Said.

Pencambukan itu menggambarkan bagaimana Taliban Pakistan yang merujuk kepada gerakan al-Qaidah masih mampu melaksanakan Islam dibeberapa bahagian wilayah barat laut Pakistan walaupun kenyataan kerajaan bahawa serangan tentera telah membuat lemah beberapa kumpulan taliban.

"Mereka terbukti bersalah menggunakan dan menjual ubat terlarang selepas mahkamah Islam memvonis mereka bersalah, jadi kita menghukum mereka dengan hukuman cambuk yang dilakukan di depan umum," kata Said.

Pada bulan Mac lalu, tentera Pakistan melancarkan serangan di Orakzai, yang oleh pegawai Pakistan digambarkan sebagai pusat saraf bagi Taliban Pakistan, termasuk kem-kem latihan.

Pejabat tentera mengatakan minggu lalu serangan memecah kekuatan Taliban hingga di 90 peratus daripada Orakzai. Sedangkan Mamozai masih dipegang oleh Taliban. (Fq / reu)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP