Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 2, 2010

Parti rasis tolak tv Arab keudara di Denmark

Pemimpin populis Parti Rakyat Denmark, dimana kerajaan bergantung atas sokongan partinya, mengatakan dalam sebuah wawancara surat kabar yang terbit pada hari Ahad (31 Oktober) bahawa saluran televisyen Arab al-Jazeera dan al-Arabiya harus berhenti daripada penyiaran di negara itu.

Pia Kjaersgaard, pemimpin parti parlimen ketiga terbesar, menuduh saluran televisyen Arab tersebut menabur kebencian terhadap masyarakat Barat di kalangan komuniti pendatang. Namun pemerintahan koalisi tengah-kanan mengatakan tidak menyokong pandangan Pia Kjaersgaard tentang kedua stesen tv Arab tersebut.

Kjaersgaard mengatakan dia akan melaporkan stesen tv itu ke badan pengawas Denmark dengan tujuan agar kedua-dua saluran tv Arab itu disekat dari Denmark.

"Tujuan saya adalah hanya untuk mempromosikan integrasi di sini di daerah perumahan tertentu di mana sebahagian besar warganya mendapatkan berita dari kedua-dua stesen tv saja," katanya dalam sebuah wawancara dengan harian Berlingske Tidende. "Siaran mereka sangat penuh kebencian ... Mereka memberikan sumbangan untuk menanamkan kebencian terhadap masyarakat Barat." (Fq / reu)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP