Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 7, 2010

Kawasan haji makin sempit, Saudi potong kuota

Kerajaan Arab Saudi mengambil dasar untuk menghadkan jumlah jemaah haji pada tahun akan datang kerana keterbatasan tempat untuk menampung jemaah yang semakin ramai.

Ketua Jawatankuasa Haji di Kementerian Perdagangan dan Industri Jeddah, Saad al-Qurashi mendedahkan, jemaah haji tahun ini menurun secara drastik kerana dasar itu.

Jika tahun 2009 lalu jumlah jemaah haji mencapai 2.5 juta orang. Tahun ini jumlahnya hanya 1.7 juta orang. Sebelum tahun 2009, jumlah jemaah haji bahkan mencapai 3 juta orang.

Al-Qurashi mengatakan, sekatan jumlah jemaah haji pada tahun ini kerana terbatasnya kawasan untuk mendirikan khemah di kawasan Mina, salah satu lokasi tempat prosesi ibadah haji. "Kawasan haji di Mina berkurang sekitar 30 peratus, akibatnya tempat yang sedia untuk mendirikan khemah bagi para jemaah juga menyempit," kata al-Qurashi.

Sekatan jemaah haji membuat para pengusaha ibadah haji mengeluh kerana mempengaruhi perniagaan mereka. "Tahun terakhir kami menerima 1,200 jemaah calon haji, kerana kami mempunyai kuota sebanyak 1,500 jemaah," kata Mohammed al-Manjourni, seorang pengusaha ibadah haji.

"Tapi tahun ini, kuota kami dikurangkan. Kami hanya diberi kuota 1,000 jemaah, oleh sebab itu kami hanya dibenarkan untuk menerima 700 jamaah calon haji demi keselamatan dan keselesaan jemaah," sambungnya.

Berkurangnya kawasan haji di Mina juga membuat sewa khemah di Mina menjadi mahal. Muhannad al-Ghrabawi, salah seorang penyelenggara haji mengatakan, ia sudah menyewa khemah untuk 500 orang jamaah, tapi syarikatnya hanya boleh menerima 400 jamaah calon haji.

Berleluasanya projek pembangunan hotel di sekitar tempat pelaksanaan haji, termasuk pembangunan projek monorail, didakwa sebagai penyebab menyempitnya kawasan untuk mengakomodasi para jemaah. Sehingga banyak kaum muslimin yang kehilangan kesempatan hajinya tahun ini.

Al-Qurashi mendedahkan, pembangunan mega projek seperti Makkah Clock Tower, mall, hotel, kafe termasuk pemasangan papan iklan dalam saiz besar telah mengubah wajah kota Makkah. Begitu pula pembangunan mega projek di bandar Madinah. "Mereka membina enam bangunan tinggi di pergunungan, tapi pada musim haji terakhir tempat itu kosong dan tidak digunakan oleh jemaah haji. (Ln / oi)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP