Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 5, 2011

Nik Aziz temui blogger pakatan

Kuala Lumpur: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan meraikan tetamu blogger pro Pakatan Rakyat pada Majlis Makan Malam dan Dialog pada 15 Januari ini di Hotel Grand Seasson, hadapan Hospital Kuala Lumpur.

Program hari Sabtu bermula jam 8.30 malam dianjurkan kerajaan negeri Kelantan sebagai persiapan serta persediaan menghadapi pilihan raya umum ke 13 tidak lama lagi.

Menurut Editor Harakah, Tarmizi Mohd Jam yang diamanahkan untuk urusan pendaftaran blogger dari luar Kelantan, program akan bermula jam 8.30 malam itu mempelawa semua blogger pro Pakatan Rakyat daripada negeri Kelantan dan luar Kelantan.

Dalam majlis dialog dengan Nik Abdul Aziz itu, pelbagai isu dijangka akan dibangkitkan selain daripada mengemukakan syor dan pendekatan terkini untuk memasyarakatkan blog dan laman sesawang lain sebagai media baru yang efisyen menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti.

Menurut Tarmizi, semua blogger pro Pakatan Rakyat boleh mendaftar mulai sekarang dengan menghantar email kepada beliau dialamat editorxkutif@yahoo.com.my serta memaklumkan kehadiran dengan menyertakan nama dan nama blog yang sedang beroperasi.
Semua blogger akan diberi pass masuk ke majlis ini. Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 6 Januari 2011.

“Mana-mana blogger yang mendapat maklumat ini, boleh memanjangkannya kepada rakan blogger lain secepat mungkin.

“Sebarkan berita ini dalam blog, Facebook, twitter, website dan lain-lain yang anda boleh capai.”

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP