Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 5, 2011

Harga barang naik, lumrah semua negara – Ahmad

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata isu kenaikan harga barang adalah lumrah semua negara kerana setahu beliau tidak ada negara yang tidak menaikkan harga barang.

“Walau harga barang di Malaysia naik namun ia dikawal oleh pihak kerajaan dan harganya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara jiran.

Beliau mencabar kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat supaya dapat memberi subsidi kepada harga barangan sekiranya mereka mengatakan harga barangan yang dibuat oleh pihak kerajaan terlalu tinggi.

Menyentuh tentang calon BN yang bakal dipilih dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada penamaan calon 22 Januari akan datang, beliau berkata terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman untuk membuat pilihan.

“Sesiapa yang terpilih tetap disokong namun calon yang terpilih itu kata beliau biasanya dilihat dari segi kepimpinan, ada upaya untuk menang tidak kira sama ada orang luar atau tempatan,” katanya.

Bercakap tentang wujudnya sekatan kepada pertugas parti pembangkang seperti yang didakwa oleh Pas sebelum ini, beliau berkata semua itu terpulang kepada kebijaksanaan parti politik itu sendiri.

Kata beliau sekiranya mahu mengadakan ceramah, mereka perlulah bijak memohon permit kepada Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Negeri supaya tidak dihalau atau disekat ketika berceramah.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP