Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 21, 2011

MAC kurang ajaq, berkawan dengan Umno sampai bila-bila pun tak reti Islam

MEMANG betul kata Tok Guru dan Tuan Guru bahawa kalau MCA berkawan dengan Umno beratus tahun lagi pun parti itu tidak akan pandai Islam dan hukum hakam Islam.
Saya dah agak isu calon wanita Pas tak bersalam dengan lelaki akan timbul. Saya ingat Umno yang mahu mulakan dahulu tetapi Umno malu takut nanti dituduh tak reti Islam. Lalu dicuit MCA, suruh MCA bersuara buat isu.

Kalaulah Umno itu pandai ajar Islam kat MCA, sudah pasti MCA tidak akan timbulkan isu sensitiviti Islam itu kerana ia berkait dengan hukum hakam.

Pas baru berkawan rapat dengan DAP dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dalam Pakatan Rakyat tetapi orang Cina dan India dalam DAP dan PKR boleh baca al-Quran lagi.

Malah dalam soal hukum hakam Islam pun DAP dan PKR sejak berkawan dengan Pas, dia orang tahu lebih daripada Umno. Tidak malu ke Umno. Kalau kita kata Umno tidak faham Islam, nak marah.

Kalau hendak harap Umno dakwah orang bukan Islam sampai kiamat la jawabnya.
Pas berkawan dengan DAP dan PKR tak ikut masuk jamban sekali tetapi Umno boleh berak sama. Dia boleh tugok arak sekali dengan MCA. Pasal tu MCA tidak hairan dengan Umno.
Apa lagi agama orang Umno macam agama pada orang MCA. Boleh buat main-main.

Kalau Umno betul serius dengan Islam maka sebelum Pas nasihat MCA dalam bab bersalam dengan lelaki Umno patut terlebihd dahulu beri nasihat kepada MCA. Sebab itu kawan dia.

Kalau nak tahu apa yang saya bebel ni ikuti laporan dibawah

MCA berkempen bermodalkan agama, bangsa
Jan 21, 6:40pm

MCA sekali lagi cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali.

Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.

Risalah itu, antaranya memaparkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi songkok kepada pemimpin veteran Lim Kit Siang yang menerimanya dengan bangga.
Tajuk yang tertera, "Saya tidak bantah awak jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim.”

Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hidup negara Islam!" tertera di risalah itu.

Kempen MCA di Tenang setakat ini tertumpu dengan bidasan demi bidasan terhadap agenda PAS menubuhkan negara Islam.

Malah, presiden parti Cina itu, Datuk Seri Chua Soi Lek juga mengeksploitasikan isu berkenaan dengan mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan berjaba tangan dan bersalam dengan penduduk bukan Islam di Tenang.

Satu lagi strategi yang digunakan ialah paparan 12 perwakilan Pakatan Rakyat yang telah berpaling tadah dan dua bekas pemimpin yang meninggalkan parti masing-masing.

MCA kerja keras

Sementara itu, Bendahari Agung MCA, Datuk Seri Tan Chai Ho, berkata beliau yakin pengundi kawasan itu akan menyokong BN, lebih-lebih lagi memandangkan Chua adalah bekas ahli parlimen Labis.

Katanya, MCA akan bekerja keras untuk memastikan pengundi di Tenang mengundi calon BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 30 Januari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Pendidikan kepada Kelab Kok Kuen Kepong untuk disalurkan kepada 135 pelajar sekolah rendah dari sembilan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Kepong di Kuala Lumpur hari ini.

Tan mewakili Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong yang tidak dapat menghadiri majlis itu.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan esok dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP