SAYA masih ingat debat pedana antara Salahuddin Ayub dengan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 16 Februari 2003. Nazri tampil dengan kain pelikat, baju Melayu dan berkupiah putih sedangkan Salahuddin penuh bergaya dengan kot.
Saya dah agak Nazri akan tampil dengan gimik. Kekuatan beliau adalah autoritinya sebagai menteri Kabinet. Memang hujah dilontarkan Salahuddin membuktikan kerajaan bertindak untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Namun begitu autoriti Nazri menguatkan hujahnya dan meyakinkan pendengar terutama golongan akademik dan mereka yang tidak memihak pada mana-mana parti politik. Satu lagi sikap Nazri ialah memperlekeh lawan. Kalau kat Parlimen lagi teruk dikutuknya pembangkang.
Kalau Nazri dengan autoriti menteri malam tadi debat anjuran Sinar antara Khairy Jamaluddin lawan Rafizi yang saling mengemukakan angka tetapi pendengar lebih yakin dengan angka diberikan Rafizi.
Ini kerana autoriti beliau sebagai akuantan dan Pengurus Besar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor serta rujukan beliau lebih meyakin daripada angka Khairy yang tidak dinyatakan dimana sandarannya.
Hujah Khairy atas kapasitinya sedangkan beliau bukan menteri Kabinet berbeza dengan keterampilan dan perbahasan Nazri walaupun beliau muncul dengan kain pelikat.
Kita juga dihidangkan debat minyak antara Anwar dengan Ahmad Shabery Chik sehingga orang Kemaman mengutuk Shabery yang dilihat gagal menandingi Anwar. Buat malu orang Kemaman.
Bagaimanapun apa yang penting malam tadi ialah kenapa pendidikan percuma tidak dapat dilaksana oleh kerajaan BN.
Sebagaimana dijelaskan Rafizi setiap tahun negara alami kerugian 28 billion kerana pemerintahan Umno.
Rafizi mampu mendedahkan penyelewengan dan rasuah Umno yang tidak dinafikan Khairy. Malah Khairy nampak terkial untuk membela NFC dan Tajudin.
Rafizi juga membanding membinaan univerisiti luar negeri dengan anggaran bajet yang dikemukakan Khairy.
Berita berkaitan:
Debat isu hapus hutang PTPTN tidak konklusif
Zulaikha Zulkifli 2:41PM Mei 23, 2012
Debat di antara pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada malam tadi jelas berkisar mengenai rancangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang melalui Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Namun tiada jawapan konklusif yang dapat disimpulkan daripada hujah berhubung isu yang diperdebatkan – sama ada negara benar-benar akan muflis sekiranya rancangan tersebut dijalankan.
Rafizi ketika membuka gelanggang berkata, rancangan untuk memberi biasiswa sara hidup RM5,000 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam berjumlah 450,000 orang hanya akan menelan kos RM2.32 bilion setahun.
Dengan menghapuskan RM24 bilion hutang melalui PTPTN pula, kerajaan hanya perlu membayar RM2 bilion untuk tempoh 15 tahun, katanya dalam program debat anjuran akhbar Sinar Harian itu.
Khairy semasa gilirannya selepas itu tangkas memberi gambaran bahawa negara akan mengalami kerugian dan muflis seperti negara Greece sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dan melaksana rancangan untuk memberi pendidikan tinggi percuma seperti itu.
Katanya, langkah untuk menghapuskan hutang pelajar daripada PTPTN itu mustahil untuk dilaksanakan dan akan menelan kos RM30 bilion, bukannya RM24 bilion seperti diuar-uarkan Rafizi.
Khairy turut merangkum kos yang perlu ditanggung sekiranya kesemua tawaran Pakatan dalam dokumen Buku Jingga dilaksanakan.
Jelasnya, subsidi yuran kepada 1.4 juta pelajar di institut pendidikan tinggi swasta, seperti dirancang Pakatan Rakyat akan menela kos sebanyak RM60 bilion.
"Nak sara hidup pada rakyat, saya kira-kira dalam RM25 bilion. Kalau nak ikutkan kena buat pinjaman – bon kerajaan – dengan bunga 3.7 peratus, untuk 10 tahun.
"Tiap-tiap tahun perlu bayar RM6 bilion. Jumlah keseluruhan yang dicadangkan Pakatan-PKR ialah sebanyak RM185 bilion. (Jumlah itu) bahagi 10, jumlahnya ialah RM18 bilion setiap tahun," katanya.
Kataya, tawaran itu mustahil untuk dilaksanakan, termasuk rancangan untuk membina 10 buah universiti baru yang akan menelan belanja sehingga RM2 bilion bagi setiap satu universiti dan menjadikan jumlah keseluruhan RM20 bilion.
Katanya, kos pengurusan untuk sesebuah universiti, seperti Universiti Sains Malaysia (USM) akan menelan belanja sehingga RM31 bilion.
Kenyataan tersebut disambut oleh Rafizi yang berkata, anggaran RM2 bilion untuk membina setiap universiti hanyalah "anggaran oleh Umno."
Katanya, kos untuk membina universiti antarabangsa di Malaysia seperti kampus Universiti Monash juga hanya menelan kos RM200 juta.
"(Timbalan menteri pengajian tinggi) Datuk Saifuddin (Abdullah) ada di depan ini boleh sahkan bahawa Universiti Monash buka kampus pada tahun 2007, dengan fakulti yang mencukupi untuk kapasiti 5,000 orang menelan belanja RM200 juta," katanya.
Saifuddin ketika ditanya dalam sidang media selepas itu bagaimanapun enggan menyebelahi mana-mana pihak.
Katanya, isu tersebut buka soal ketepatan data – jumlah kos unuk membina sesebuah kampus baru – dan beliau juga tidak mengetahui sumber data yang dikemukakan kedua-dua pihak tersebut.
Beliau juga gembira kerana isu tersebut diperdebatkan dan bukan hanya komunikasi sehala seperti ceramah.
Wednesday, May 23, 2012
Teringat debat Nazri berkain pelikat
Punah tamadun Melaka kerana Perkasa, Umno
SAYA tidak dapat bayangkan berapa biji telur melayang hinggap ke dahi Rafizi dan moderator Dr Maszle Malek bila bertanyakan kepada Khairy yang dipersoalkan NFC melibatkan beratus ringgit tidak dihalang ke luar negeri tetapi pelajar tak bayar hutang disekat dekat airport.
Inillah akan berlaku dalam debat Khairy lawan Rafizi dianjurkan Sinar Harian, malam tadi sekiranya orang Melaka yang digelar Datuk A Samad Said sebagai negeri `Hang Samseng’ sedangkan dahulunya terkenal dengan Tamadun Melayu Melaka hadir dalam program tersebut.
Pelik juga rasanya Ketua Menteri Melaka yang tidak tahu rasa malu bila seorang tokoh Sasterawan Negara itu boleh kata; “Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negara Hang Tuah, ada Hang Samseng."
Gara-gara kuncu-kuncu Perkasa dan Umno yang mahu menyerang Samad dan Ambiga jika ke Melaka maka beliau dinasihatkan tidak pergi ke negeri itu.
Apa ke `haramjadah’ (meminjam kata Najib) manusia kelahiran Melaka. Orang boleh berdemokrasi secara gentleman dan baik tetapi mereka mahu berperang. Mereka inilah sebenarnya `kepala sakit’ yang merosakkan ketamadunan Melayu Melaka.
Sebagai orang Islam berakhlak. Berhujah lawan dengan hujah. Tunjukkan sikap jiwa besar yang boleh menerima pendapat. Bukan menjadi katak dibawah tempurung. Dihulur makan menganga mulut. Disuruh berfikir otak terkurung kerana sifat jumud dan taksub kepada Umno jadilah manusia buruk dan jahat yang mengubah nama baik negeri Melaka.
“Takkan Melayu hilang di dunia,” kata Hang Tuah tetapi sekarang sudah jadi “Samseng Melayu kerana Umno.”
Bagaimana seorang pemimpin di negeri yang dahulunya bertamadun boleh melahirkan rakyat yang amat geram dengan pemikiran baik. Rakyat yang tidak boleh tengok dengan manusia berusia emas masih ke sana ke mari memperjuangkan nasib negara dihancurkan Umno.
Kotor, jahat, buruknya nama baik Melaka hasil pemerintahan Umno. Ubahlah cari pemimpin yang mampu membentuk akhlak rakyat menjadi baik dan bertamadun.
Segelintir orang Melaka sekarang tidak bertamdun kerana Perkasa dan Umno. Mereka jadi jahat. Lapar mahu memukul orang tua dan orang yang buat baik. Mereka sudah jadi manusia hati batu. Hati keras yang tidak reti menilai mana baik dan mana jahat.
Siapa yang ajar? Umno. Ubahlah.
Berita berkaitan:
'Negeri Hang Tuah ada Hang Samseng'
Abdul Rahim Sabri 12:36PM Mei 23, 2012
WAWANCARA Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.
Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".
"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.
"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negari Hang Tuah.
"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negara Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya.
Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, tokoh yang lebih dikenali sebagai Pak Samad menegaskan, serangan membaling batu hujung minggu lalu "bukan caranya dan mereka memilih cara lain" untuk menunjukkan bantahan mereka.
Dalam kejadian Sabtu lalu, dua ADUN DAP Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) diserang kumpulan pengacau yang didakwa penyokong Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA, sewaktu mereka meninggalkan tempat acara itu.
Bagaimanapun, PERKASA Melaka dan Umno Jasin menafikan terlibat dalam insiden itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.
Pak Samad yang juga terkenal dengan novel Salina itu turut menyindir pihak yang melakukan "senaman punggung" dan peniaga yang mahu menjaja di hadapan rumah Ambiga esok dan lusa.
"Kita sudah 50 tahun merdeka dan budaya serta budi bahasa kita adalah punggung. Dan selepas itu guna samsengan cat rumah orang. (Apakah) itu budaya kita," katanya.
Selepas perhimpunan BERSIH 3.0, Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), masing-masing mahu berniaga di depan rumah Ambiga dan melakukan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga.
Ia dibuat sebagai menunjukkan bantahan kepada Ambiga yang juga seorang peguam terhadap penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa menjejaskan pendapatan peniaga dan merosakkan imej negara.
Tindakan mereka itu mengundang kemarahan dan bantahan pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Tuesday, May 22, 2012
Najib makin sukar tentu tarikh PRU ke 13
SAYA mungkin bertanggapan beliau profesional dan kes Anwar dikira berprofil tinggi maka mana-mana loyar berminat sertai kumpulan peguam Anwar.
Bagaimanapun kita lihat Yusof sendiri sengaja membiarkan kehadirannya menjadi buah mulut orang ramai menimbul pelbagai persepsi dan tanggapan.
Kalau Anwar berkata sebaliknya tetapi ada juga pihak yang boleh persepsi kemungkinan ada piahk yang mengatur.
Kita tidak boleh lupa Adun Bota daripada Umno boleh keluar parti itu masuk PKR tetapi beberapa hari kemudian masuk Umno balik dan kemudiannya kerajaan pakatan rakyat Perak jatuh kepada Umno.
Baru lagi cerita pemuda Umno kawasan di Perak keluar Umno tapi hanya beberapa hari masuk balik Umno.
Namun kita lihat perkembangan ini berhati-hati dengan pandangan positif selepas Fauzi bekas pegawai polis masuk Pas.
Berita berikutnya;
Anwar: Ramai lagi di Pejabat AG akan sertai saya
Hafiz Yatim & Ahmad Fadli KC 3:07PM Mei 22, 2012
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas peguam cara negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tentu mempunyai alasan kuat untuk mewakili beliau dalam kes berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.
Anwar berkata tindakan tersebut membawa makna besar kepadanya kerana Yusof merupakan bekas pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.
"Tentu beliau ada alasan kuat dan kekuatan moral. Belum pernah dalam sejarah, ketua pendakwa selesai kes terus 'menyeberang'. Tentu ini memberi kekuatan kepada kes.
"Orang dalam kerajaan sedar bahawa kekotoran dalam kerajaan dia tidak ingin pertahan semua," kata Anwar ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Anwar juga berkata, ramai lagi rakan Yusof di Pejabat Peguam Negara yang mempunyai sikap yang sama.
Golongan berkenaan kini "menunggu masa untuk bersama saya," kata Anwar lagi.
Mohd Yusof hari ini mewakil Anwar yang didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0.
Tuduhan sama turut dibacakan ke atas dua lagi pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin – atas dakwaan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.
Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.
Monday, May 21, 2012
Isu muzakarah diputar alam oleh Umno
ISU muzakarah yang diminta Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah jadi muzakarah perpaduan dijaja Umno.
Berlainan sangat perkara sebenar ditimbulkan Nik Adbul Aziz yang mahu bermuzakarah tentang isu penggunaan nama Islam pada Pas yang cuba diharamkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Katanya beliau bersedia untuk membawa perkara tersebut dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
Respon daripada situ Nik Aziz mahu bermuzakarah dengan Umno dan disambut baik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, Umno memang sudah sedia bermuzakarah dengan Pas dalam isu perpaduan.
Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara konsisten sejak daripada isu muzakarah perpaduan ditimbulkan Umno tetap berkata Pas boleh bermuzakarah dengan Umno tetapi Umno hendaklah melaksanakan pilihan raya secara adil.
Tuntutan Bersih 3.0 kena terima dahulu baru Pas boleh bermuzakarah dengan Umno.
Sebalum Nik Abdul Aziz seolah bertelagah dengan Mustafa Ali dalam isu muzakarah yang menegur Muhyiddin kerana Umno sengaja putar alam isu muzakarah yang dibawa Nik Abdul Aziz.
Nik Aziz tidak memahami perangkap Umno itu bagaimana cepat membuat keputusan yang selari dengan Pas.
Inilah mainan politik Umno dalam isu muzakarah. Mereka tersepit dan cuba bergayut dengan Pas. Mahu pecah kesatuan Pakatan Rakyat yang boleh menjatuhkan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.
Umno kena ingat mereka tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk tinggal keseorangan. Apabila lepas pilihan raya umum nanti dan BN kalah maka ketika itulah Umno akan terasa dagangnya sebagaimana beliau buat terhadap sebatang kara.
Friday, May 18, 2012
13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan
BUKU terbaru daripada penulis buku politik, S H Alattas menceritakan '13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan'.
Sudah terdapat di pasaran dan tolong dipromosikan Harakahdaily mungkin kerana tulisannya menyerang Najib dan Kak Mah BN. Ia juga menggambarkan konsep sederhana yang diperkenalkan Najib tetapi Najib hidup dalam kemewahan.
Berita berkaitan:
Penulis terbit buku khas pertikai wasatiyyah Najib
Muhammad Faizal, 18 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Penulis, S H Alattas menulis buku khas bertajuk 'Memo untuk Najib' bagi menceritakan wasatiyyah yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak sedikit pun membayangkan orang nombor satu Umno itu memahami konsep yang dicadangkan.
Bagi beliau, wasatiyyah membawa maksud kesederhanaan dan harus dimanifestasikan dalam semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk juga mengelola pantadbiran negara.
Dalam tulisannya lagi, beliau menulis, Najib tidak patut lupa dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Mentari yang mempunyai seorang isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup terkenal dengan pelbagai dakwaan mengenai sikap bermewah mewahan dalam berbelanja.
Rakyat pastinya tidak pernah lupa dengan laporan-laporan yang membabitkan Rosmah selaku 'wanita pertama' dalam pelbagai isu termasuk pembelian beg tangan ratusan ribu ringgit dan yang terbaru melibatkan kos perbelanjaan majlis pertunangan anaknya yang menelan belanja RM409,767 yang kemudiannya dinafikan oleh sebuah hotel terkemuka.
Jelas penulis itu lagi, rakyat tidak boleh hanya menutup sebelah mata dengan hanya penafian oleh pihak hotel berkenaan kerana apa yang berlaku dalam isu perbelanjaan mewah dan melampau keluarga Najib tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan awam.
Malah jika Najib menyatakan beliau mampu untuk membiayai majlis tersebut atas kapasiti peribadinya, namun ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
S H Alattas menceritakan di mata rakyat bawahan, ianya juga adalah simbol pembaziran dan melampau oleh pemimpin negara dan mungkin ia adalah simbol kebencian rakyat terhadap pemimpin negara yang suka hidup bermewah.
Menurut penulis, apalah ada pada ungkapan wasatiyyah yang disebutkan Najib jika dalam keadaan rakyat hidup tersepit dengan kos sara hidup, kedua suami isteri itu terus hidup bermewah.
Rakyat akan terus mempertikaikan konsep wasatiyyah Najib dengan merelakan Rosmah terkait dengan dakwaan membawa masuk cincin keluaran khas Jacob & co. RM24 juta kononya atas dasar pertunjukan sulit semata-mata.
Rakyat akan terus mengenang sikap wasatiyyah keluarga Najib yang hanya menunjukkan sikap bermewah terlampau yang cukup jauh bezanya dengan kehidupan rakyat.
Sementara itu melalui buku yang sama, penulis juga turut menceritakan '13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan'.
Thursday, May 17, 2012
Lebuh raya Kelantan di bina secara gotong royong
JARANG kita dengar kerana selalunya gotong royong bina masjid atau yang selalu dibuat orang hatta orang Umno sekali pun iaitu `bersih kubur'.
Sebaliknya kerajaan negeri Kelantan dapat merungkai lagi konsep gotong royong hingga membina sebuah lebuh raya.
Saya teringat bekas Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu suatu ketika pernah memperlekehkan Pas di Parlimen apabila ada wakil rakyat parti itu mengatakan mahu buat lebuh raya sendiri apabila kerajaan Pusat berdolak dalih mengenai lebuh raya pantai Timur yang tidak sampai ke Kelantan.
Kononnya Pas tidak ada jurutera kepakaran untuk membina lebuh raya bertaraf `A'. Itu cerita lama dan hari ini pemimpin Pas mengambil masa agak lama untuk mengkaji bagaimana sebauh lebuh raya boleh di bina di kelantan.
Jika royalti dibenarkan kepada Kelantan mungkin ia tidak menjadi masalah. Wang bukan perkara yang utama lagi tetapi dengan hak royalti Kelantan dinafikan maka sukar bagi kerajaan negeri memberi lebuh raya yang menelan berjuta ringgit.
Kelantan bukan sebuah negeri kaya sebelum penemuan gas dan petrolium. Namun sejak carigali ia merubah segalanya. Kelantan terikut senarai negeri yang mendapat hasil tinggi seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Sebaliknya hanya disebabkan Kelantan diperintah Pas maka royalti itu tidak diberi kepada yang berhak.
Terengganu memperolehi semula royalti selepas Pas kalah di situ. Nikmat yang turut sama dikecapi Sabah dan Sarawak hingga kini.
Namun apa yang peliknya ketiga negeri yang memperolehi royalti minyak itu tetap miskin sama taraf dengan Kelantan yang dinafikan royalti.
Malah dalam kerajaan Kelantan dinafikan royalti, mereka masih mampu mengumumkan akan membina lebuh raya sendiri.
Kerajaan Pusat menganaktirikan Kelantan. Tidak bagi royalti, sekat hak rakyat Kelantan dan bantuan perkapita dilengahkan tetapi masih mampu untuk membina projek mega tersebut.
Itu pemerintahan Pas dalam masa ditindas kerajaan pusat. Bagaimana kalau kerajaan Pas Kelantan dilayan secara adil oleh kerajaan Pusat seperti negeri-negeri dibawah Umno.
Saya rasa tentu Kelantan lebih kaya daripada tiga negeri tersebut. Inilah yang sering menjadi iaguan Umno.
Kenapa? Ini kerana mereka sudah gagal mengsonglap duit untuk kepentingan peribadi mereka untuk memperkayakan poket-poket mereka.
Projek dibawah kerajaan Umno yang sepatutnya bernilai juta menjadi billion. Komisyen bertapis-tapis. Setiap wakil rakyat Umno mahukan wang. Wang itu juga boleh ditabur jadi politik wang untuk menang dalam Umno dan pilihan raya.
Cuba tidak ada wang dalam Umno? Mana mereka ini boleh hidup. Beberapa sebab Umno Kelantan masih sampai sekarang belum mampu rampas Kelantan kerana wang yang banyak masih tak cukup untuk diagih kebawah.
Barangkali yang atas tu makan besar sangat. Jadi hak bawah diberi RM20 macam tahun-tahun 80an. Orang Umno bawah pun dah sedar dan mereka pun mahu makan besar juga. "Buat apa orang atas je makan besar aku makan kecil."
Di Terengganu taburan duit cukup besar. Wang Royalti di tukar jadi wang ehsan. Duit minyak itu ditabur jadi politik wang Umno Terengganu untuk rampas kembali negeri itu apabila jatuh kepada Pas pada 1999.
Kerajaan kelantan bukan banyak duit tetapi mampu mendidik rakyat bersama membangunkan Kelantan.
Kalau dahulu rakyat berduyun-duyun menghantar simen, pasir, batu dan lain-lain untuk membina masjid tetapi sekaragn sedekah jariah mereka diperluaskan lagi kepada pembinaan jalan raya.
Sekarang rakyat Kelantan sudah memasang niat sedekah untuk bina jalan raya kepada ibu bapa mereka yang sudah meninggal. Alangkah banyaknya jariah di Kelantan.
Apabila jalan itu siap nanti setiap kereta atau kenderaan melaluinya maka tiap kali itu juga pahala bertambah kepada ibu bapa mereka yang telah meninggal.
Bertuahnya ibu bapa yang mempunyai anak baik dan mengerjakan kebaikan untuk ibu bapanya. Tiga perkara yang sampai kepada mereka yang meninggal iaitu ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh dan sedekah yang berkekalan.
Berita berkaitan:
Pecah tanah projek lebuh raya Kelantan 28 Mei ini
Rizal Tahir, 16 Mei 2012
KOTA BHARU, 16 Mei: Selepas disisih sejak Rancangan Malaysia (RMK) Ke-5, akhirnya kerajaan Kelantan memutus membina sendiri lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu membabitkan kos awal sebanyak RM500 juta.
Dan pada 28 Mei ini akan mencatat satu sejarah baru negara apabila majlis pecah tanah pembinaan lebuhraya tersebut akan diadakan berhampiran Felcra Berangan Mek Nab, Machang.
Jajaran lebuhraya pertama di Kelantan itu akan melalui Hutan Lipur Bukit Bakau.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, projek sepanjang 33 kilometer tersebut dikendalikan Menta Contruction Sdn Bhd dan Konsortium Temokin Vila Jelas JV Sdn Bhd.
Katanya, projek berkenaan akan dimulakan di seksyen III dari Bukit Tiu, Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai merupakan tanah milik kerajaan negeri.
(Gambar: Husam menunjukkan jajaran Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.)
“Projek itu dimulakan di seksyen III sebagai langkah untuk menjimatkan masa kerana ia tidak perlu melakukan pengambilan balik tanah rakyat.
“Manakala jajaran bertingkat dari Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu ditangguhkan sementara bagi menjimatkan kos,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Selain itu katanya, kos pembinaan dapat dikurangkan dengan memperkenalkan pendekatan gotong royong, di mana orang ramai yang berminat boleh menderma iaitu batu kuari, pasir dan sebagainya.
Kata Husam konsep gotong royong diperkenalkan bukan bererti kerajaan negeri tidak berkemampuan, sebaliknya bagi menanam semangat kerjasama di kalangan rakyat.
“Syarikat yang terbabit dengan aktiviti kuari di sepanjang lebuh raya akan juga memperolehi manfaat,” ujarnya.
Beliau berkata, sebelum ini orang ramai hanya terdedah menderma untuk pembinaan masjid dan madrasah sahaja, manakala derma bagi pembinaan jalan raya masih agak asing.
Beliau juga berharap syarikat yang terbabit dengan industri minyak di Kelantan juga dialu-alukan untuk menyumbang.
Katanya, projek lebuh raya berkenaan dijangka siap dalam tempoh lebih dua tahun selepas mengambil kira musim tengkujuh.
“Kerajaan negeri berhasrat menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir pada majlis pecah tanah kerana beliau pernah menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya itu dalam RMK-9,” ujarnya.
Husam juga memberitahu lebuh raya tersebut akan mempunyai laluan khas untuk binatang liar di sepanjang laluannya.
“Kerajaan negeri mengutamakan konsep mesra alam dan mengambil kira keperluan makhluk lain,” tambahnya.
Katanya juga apabila ia siap sepenuhnya, Kelantan menjadi negeri pertama membina sendiri lebuh raya sendiri dengan kos yang lebih menjimatkan.
Wednesday, May 16, 2012
Aibnya kita bermenterikan ada waran berkait rasuah
BAGAIMANA pun apa yang pastinya kita sudah ada menteri yang mungkin tidak berani masuk Perancis kerana negara itu mengeluarkan waran tangkap untuk mereka jika enggan jadi saksi.
Apa malangnya rakyat Malaysia mempunyai Perdana Menteri dan menteri seperti itu. Kita pernah dengar pejuang politik tidak boleh masuk ke negeri atau negara lain kerana karisma politiknya tidak disukai pemimpin negeri atau negara itu. Itu ketokohan pejuang politik itu dan mungkin ia bimbang boleh mempengaruhi. Ini biasa kita dengar.
Sebalik yang amat sakit dan malu nak dengar bila PM atau menteri kita tidak berani masuk negara itu kerana ada waran tangkap dikait pula kes isu rasuah. Tidak malu ke rakyat kita mempunyai menteri seumpama itu.
Tebalnya muka rakyat Malaysia. Mana mahu taruk muka ni. Wahai Zahid, wahai PM ku macam mana mahu jawab satu Malaysia ni.
Peguam Perancis: Kamu salah, Zahid Hamidi
12:34PM Mei 16, 2012
Mahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.
NONE"Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.
"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata peguam Perancis Joseph Breham dalam kenyataan yang keluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Breham (kiri) mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu.
Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.
Zahid antara saksi yang disenaraikan Suaram kepada mahkamah Perancis.
Kerajaan Islam atau taghut
SELEPAS pilihan raya rakyat akan tahu kerajaan Islam atau taghut yang memerintah sebab ia bergantung kepada aktiviti mereka di dunia sekarang kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Sama juga seperti tarikh mati. Tak tahu tapi mati tetap berlaku. Lepas mati itu syurga ke neraka. Begitu juga selepas pilihan raya kerajaan Islam atau toghut.
“Tarikh pilihan raya usah fikir siang atau malam, yang penting mati esok syurga ke neraka sebab ia bergantung kepada aktiviti kita di dunia sekarang,” katanya di Kota Bharu hari ini.
Jadi kata beliau rakyat negara ini hendaklah memastikan kerajaan yang ada di bumi berdasarkan syariat Islam.
Beliau berkata, Kelantan sudah 22 tahun bergerak atas dasar Islam dan mendapat sokongan padu pelbagai pihak
Sebelum itu beliau berkata, Pas sudah lama tunggu muzakarah.
Sepatutnya setiap isu yang timbul di kalangan umat Islam diselesaikan secara muzakarah bagi mendapat gambaran lebih jelas dan bukan pandangan sebelah pihak sahaja.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu muzakarah sebenarnya berlaku sejak PAS diketuai Dato’ Asri Muda lagi.
“Tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat.
“Jadi dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada orang hendak tolak Islam,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan politik.
Oleh itu beliau mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mempertimbangkan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, muzakarah merupakan fitrah manusia sejak usia kecil lagi.
“Bertengkar juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama sahaja, erti masing-masing mahu berhujah.
“Soal muzakarah memang PAS hendak lama dah dengan Umno atau sesiapa sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi.
“Tetapi sampai sekarang tak jadi. Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi fitrah manusia,” ujarnya.
Tuesday, May 15, 2012
Umno takut kerana salah
KEBERANIAN bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tampil dalam ceramah Umno mengutuk kononnya beliau pembohong bersiri menjawab dakwaan itu.
Nampak sangat reaksi Hanafiah Man ketakutan kerana salah bila berdepan dengan Nizar. Ternyata dakwaannya mengatakan Nizar bohong tidak benar.
Malah ketua Umno bahagian nasihatkan Nizar beredar dari majlis Umno kerana mereka tidak seronok nak hentam sebab Nizar di sebelah.
Atau program bertajuk mendedahkan pembohongan bersiri Nizar sudah tak jadi dedah bohong Nizar sebab mereka takut kerana salah.
Takut berhujah bila berdepan dengan musuh yang didakwanya pembohong. Kalau benar sudah tentu mereka makin berani dan beri ruang kepada Nizar menjawab.
Ketua Bahagian Umno itu menambah kalau pemimpin Umno hadir dalam program Pas tentu orang Pas marah tetapi Nizar jawab; "Pas tak marah malah mengalu-alukan mereka datang ke majlis Pas."
Memang betul, Pas suka sangat kalau orang Umno mahu pergi tempat ceramah Pas. Pendengar Pas sekarang lebih minat dengar debat Umno dan Pas daripada dengar ceramah Pas kerana orang Pas sudah matang.
Orang Pas tak mahu dengar sehala sahaja. Asyik dengar hujah orang Pas sahaja tetapi orang Pas mahu juga dengar orang Umno tetapi mereka tidak mahu dengar ceramah Umno ditempat Umno kerana banyak sangat bohong dan fitnah macam program yang Nizar hadir itu.
Jadi amat baik kalau orang Umno datang dalam program ceramah Pas dan berdebat dengan Pas. Kalau susah sangat pun Umno boleh anjurkan program debat dengan Pas.
Namun Umno sampai sekarang tidak pernah berani. Kenapa? Apakah memang benar `Umno penakut kerana salah'
Berita berkaitan:
Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?
Hazayani Zakaria, 14 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.
"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.
"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.
Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.
"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.
"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.
"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.
"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.
Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.
