YA Allah berikan aku ilmu yang memberi manfaat.
Semoga dengan ilmu manfaat kita dapat sebarkan dan ia memberi pahala yang berkekalan walau pun kita meninggal dunia.
Tiga perkara yang tidak memutuskan pahala walau pun ia mati iaitu sedekah yang berkekalan seperti mewakafkan al-Quran, masjid, tanah atau rumah untuk kerja kebajikan, kebaikan dan fisabilillah, telaga atau air yang berkekalan untuk memberi minum kepada orang ramai.
Membina pusat ilmu sama ada tempat terbit surat khabar, majalah dan buku yang menyampai kebenaran Islam untuk dibaca orang awam, perpustakaan, pusat tahfiz, pusat ilmu, tempat anak yatim atau orang tua dan lain-lain.
Kedua ilmu yang memberi manfaat. Iaitu ilmu kita yang kita tinggalkan sama ada dengan cara kita mengajar dan anak murid pula menyebar ilmu tersebut, menulis buku yang dibaca orang ramai dan disebar oleh guru jika tersebut menjadi rujukan.
Dan sekarang orang awam pun boleh meninggalkan ilmu bermanfaat walaupun kita tidak mampu menerbit buku iaitu cara mudah dan murah dengan menulis blog.
Ketiga anak soleh yang mendoakan ibu bapanya. Beruntung kepada mereka yang ada anak dan mendidik anaknya menjadi pejuang Islam, penegak kebenaran, pendakwah, berkahlak baik yang menjadi tauladan kepada orang lain dan pelbagai kebaikan dan semua itu doa untuk ibu bapanya yang meninggal.
Kepada yang tidak ada anak masih lagi ada dua peluang iaitu ilmu dan sedekah yang ditinggalkan memberi manfaat kepada manusia lainnya dan kehidupan generasi lain.
Dalam dunia ICT peluang begitu banyak untuk meninggalkan ilmu bermanfaat. Ada orang menulis blog, facebook dan twitter. Blog contohnya, ia seumpama penulisan buku.
Kita mati tetapi ia tetapi masih boleh di akses oleh orang ramai. Malah ilmu bermanfaat itu boleh dibaca dan tersebar.
Alangkah damainya bila pahala kita masih berjalan dan berpanjangan kerana manfaat orang masih membaca dan menyebarkan kepada orang lain walaupun kita sudah di alam kubur.
Tetapi bagaimana sekiranya blog itu di isi benda fitnah, ilmu yang langsung tidak memberi manfaat sebaliknya memberi keburukan pula kepada manusia.
Kita tidak tahu bila kita mati. Barangkali kita tak sempat pun nak delete bahan kita yang memudhoratkan manusia, malaikat maut sudah panggil kita.
Kalau kita sakit kritikal, macam Azean Erdawaty kena barah. Itu menunjukkan Allah SWT masih sayang kita kerana kita sempat bertaubat. Kita sedar nak mati. Kita tahu date line kita tetapi bagaimana kalau kita mati mengejut. Ya Allah ampunilah hamba mu, semoga kita mendapat rahmat Allah SWT.
PAS langkaui retorik.. DAP isytihar PAS musuh utama
-
*1. Perjuangan PAS langkaui segala batas retorik dan deklarasi *
Kandungan
-Prinsip Islam sebagai teras perjuangan. -Pentadbiran Negeri-negeri dengan ...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment