Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 30, 2011

BN lulus undang-undang mahu kekal berkuasa

NAJIB dan rakan sewaktu dengannya tidak mengambil iktibar kejatuhan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali, Gaddafi, Saddam Hussein, Hosni Mubarak.

Mereka mencipta undang-undang untuk terus mengekalkan kuasa mereka sedang rakyat menunjukkan tanda bantahan.

Mereka lulus Akta Perhimpunan Aman. Berslindung disebalik nama aman tetapi hakikatnya akta tersebut sebenarnya menyekat dan menghalang rakyat berdemo.

Anda berdemo… anda boleh ditangkap dan dikenakan denda hingga rm20 ribu.

Mereka ini jatuh kerana melaksanakan undang-undang yang mengekalkan kuasa mereka. Kuku besi, diktaktor dan kapitalis… semua ada pada mereka kerana yang buruk ini boleh mengekalkan kuasa mereka untuk terus bermaharajalela ,mengaut kekayaan harta negara.

Berita berikutnya:

Pembangkang keluar dewan bantah Bil Perhimpunan

3:48PM Nov 29, 2011

Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian pada kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Kumpulan wakil rakyat berkenaan juga tidak akan mengundi secara belah bahagi untuk menghalang rang undang-undang berkenaan daripada diluluskan petang ini.

Salah seorang daripada wakil rakyat itu berkata, ahli parlimen pembangkang juga bertindak demikian setelah memutuskan bahawa rang undang-undang berkenaan mengandungi banyak kecacatan dan tidak sepatutnya diluluskan.

Ahli parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, sekurang-kurangnya undang-undang itu perlu dibawa ke jawatankuasa terpilih parlimen untuk disemak semula.

"Sebaliknya (kerajaan) hanya mahu bulldoze (rang undang-undang perhimpunan) dan bahas selama empat jam," katanya ketika ditemui Malaysiakini di bangunan parlimen.

Kumpulan ahli parlimen berkenaan bagaimanapun memasuki Dewan semula untuk menyertai perbahasan selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan untuk bacaan kali ketiga secara undian suara.

Rang undang-undang itu dilulus selepas dibahaskan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan juga penggulungan oleh menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan berhubung tempoh makluman untuk mengadakan perhimpunan dan juga tempoh bantahan serta tempoh rayuan keputusan yang menyekat perhimpunan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP