Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 7, 2011

Dunia maya jadi alam fitnah

SAYA menghubungi wartawan Harakah, bertanyakan kebenaran laporan bloger pro-Umno yang mendakwa beliau yakin 100 peratus lelaki dalam video seks yang telah ditonton kepada pihak tertentu pada Isnin, 21, Mac lalu di Carcosa Seri Negara, adalah ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab pertanyaan itu, beliau mengakui tidak mengenali bloger yang mendakwa Papa Gomo (papagomo.com). Malah tidak berlaku pertemuan pada malam hari Sabtu sebagaimana dalam tuduhan blog mereka.

“Saya tidak kenal siapa dia Papa Gomo. Macam mana boleh mereka dakwa ada pertemuan pada malam hari Sabtu lalu di sebuah restoran.

“Saya tidak pernah kata sebagaimana dilaporkan. Ia hanya rekaan bloger Umno. Memang saya ada kata 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Ini pengakuan awal selepas melihat video tersebut. Dan pengakuan ini sama dengan wartawan lain.

“Bagaimanapun ia bukan membawa maksud Anwar dalam video tersebut tanpa diselidiki terlebih dahulu. Pengakuan itu hanya merupakan pandangan daripada penglihatan awal,” kata Wan Nordin Wan Yaakob yang juga bloger Politik Suku Sakat (wannordinwanyaacob.blogspot.com)

Wan Nordin adalah satu-satunya wartawan Harakah yang telah menonton video seks di Carcosa Sri Negara, Isnin lepas bersama dengan wartawan dari media lain.

Ekoran itu, mulai semalam, blog Umno menyiarkan laporan kononnya seorang wartawan Harakah telah mengaku bahawa lelaki dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu, lapor blog Umno itu dibuat dalam satu kedai makan di Jalan Yap Kwan Seng dalam pertemuan dengan mereka.

Bagi membuktikan pertemuan tersebut, blog itu turut menyiarkan sekeping gambar (gambar) dua orang yang ditutup mukanya kononnya itulah wartawan Harakah yang menonton video tersebut dan bertemu dengan mereka serta membuat pengakuan itu.

"Kalau benar itu gambar saya, saya cabar mereka buang penutup muka itu," kata Wan Nordin yang sangat kesal dengan fitnah itu.

Pertemuan di restoran

Sebelum itu RBF Online (ruangbicarafaisal.blogspot.com) menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam Sabtu.

Kata RBF, mendakwa bukan Nordin seorang sahaja wartawan Harakah yang menonton video itu.

“Ada lagi wartawan lain yang menontonnya dan kamu sendiri pun tahu perkara berkenaan walaupun Harakahdaily cuba menipu kononnya hanya kamu seorang sahaja yang menontonnya,” katanya.

Menurut Nordin, hakikatnya memang beliau seorang sahaja wartawan Harakah yang dijemput menyaksikan klip video seks tersebut sebagai mewakili akhbar tersebut.
Sebab itu kata beliau, Anwar menghubunginya untuk mendapatkan maklumat berhubung tayangan video terbabit.

“Kalau wartawan Harakah lain tengok video itu sudah pasti Anwar boleh menghubungi selain beliau. Jadi memang jelas blog Umno memang lahir sebagai penyambung lidah fitnah selepas media cetak utusan,” katanya.

Begitu juga dengan blog Realiti (mulutmelayu-realiti.blogspot.com) turut melaporkan perkara yang sama merekayasa perbualan Wan Nordin dengan Papa Gomo.

Papa Gomo: “Habis itu kenapa Harakah tidak laporkan yang betul?”

Jawab Nordin: “Saya hanya pekerja bro, yang menentukan bos dan itu semua adalah politik.”

Dalam hati Papa Gomo berkata: “Parti yang mendakwa sebagai parti Islam pun menipu juga ke?”

Tokok tambah

Laksamana Jebat (helangbuana.blogspot.com) pula menokok tambah cerita kononnya seorang wartawan Harakah bakal dibuang kerja atau diambil tindakan kerana membocorkan rahsia parti dalam kes video seks.

Wartawan tersebut dikatakan mengesahkan pelakon utama video itu ialah orang yang sedang hangat diperkatakan. Parti itu pun satu, orang cakap pekara benar pun kena buang kerja.

Pena Kusisip Blog (abushahid.wordpress.com) berkata pasal spin cerita ni bloger Umno memang dah terrer… memang dah depa makan upah untuk putar belit cerita.“Dari pimpinan Pakatan Rakyat sampai wartawan Harakah pun depa nak buat lawak bodoh,” katanya.

Hanya Nordin di jemput

Pedulikan Demer (panjanghitam.blogspot.com) menceritakan bagaimana Wan Nordin diajak melihat video tersebut, kata pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.

“Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.

“Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.

“Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.

“Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin berhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks,” kata Pedulikan Demer.

Indonesia sinis media Malaysia

Sementara itu blog Kelab Greenboc (greenboc.blogspot.com) melaporkan media Indonesia menyelar akhbar Malaysia langgar etika kewartawanan.

“Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan.

“Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat.
“Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda,” kata tulisan, sinis.

Matlamat menghalalkan cara

Pas Dun Sura (dunsura.blogspot.com) berkata the ends justifies the means, al-ghayah tubarrir al-wasilah, matlamat menghalalkan cara.

“Tiga bahasa punya satu makna dan maksud. Ia adalah bentuk politik Machiavelli tanpa mengira halal haram. Yang penting matlamat terakhirnya dicapai. Politik Malaysia dihidangkan isu liwat yang sangat memual, meloya dan rasa nak muntah membacanya.

“Belum selesai, muncul pula isu video seks tajaan Mr T. Siapa Mr T? T for what? Tipu? Topeng? Tolol? Mengapa pula berani ditayangkan kepada wartawan di sebuah hotel? Siapa di belakangnya?

“Saya tidak memaksumkan orang yang dituduh atau yang dikatakan terlibat dengan video seks itu atau isu liwatnya, tetapi Islam telah memberikan keadilan untuk mereka yang baik dan tidak terlibat mempertahankan maruah yang difitnah.

“Apatah lagi pelbagai faktor di sekitar isu liwat dan video seksnya menjemput pelbagai sangkaan bahawa sebenarnya ia semata-mata fitnah dan rekaan. Yang dikatakan terlibat juga telah menafikannya.

“Lainlah kalau video seks lakonan seorang pemimpin MCA dahulu yang dia sendiri secara gentleman mengaku tanpa dipaksa, dan dengan ‘gentleman’ (baca: tanpa segan dan malu) terjun semula dalam politik memimpin MCA.

“Rasuah, jenayah, maksiat sudah terlalu sangat subur dalam negara kita. Melayu tanpa taqwa sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat nafsu serakah tanpa mengira perhitungan dosa pahala. Adakah mereka akan dikumpulkan di padang mahsyar nanti bersama Machiavelli?”

Anwar lelaki hebat

Generasi Pewaris Bangsa (reformismuda.blogspot.com) melaporkan akhbar arus perdana berbahasa Inggeris The Star, mendedahkan bahawa tarikh video yang didakwa rakaman seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur cina dirakamkan pada 21 Febuari 2011, dengan time stamp tertera antara pukul 10:23 pm dan 10:45 pm.

“Ini bermakna jika Anwar adalah lelaki dalam video tersebut, maka jelas sekali Anwar seorang yang hebat, kerana melakukan seks dengan pelacur sambil mengemaskini (update) Facebooknya.

Ini berikutan rekod masa yang tertera pada facebooknya adalah dalam sela masa waktu video tersebut dirakamkan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP