Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 30, 2012

Polis tidak berani sebar gambar pengganas

(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang....sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini)

BIASANYA pihak polis akan menyebar gambar potret mereka yang dikehendaki apabila mereka dapat bukti orang berdemontrasi ganas.Tetapi kali ni polis tidak pula siar gembar yang dikehendaki itu. Kenapa?

Apakah semua gambar yang menunjukkan keganasan itu adalah polis? Geng dia juga?

Read More...

Wednesday, April 25, 2012

Apakah Zahid termasuk Melayu mudah lupa

PADA 29 Mei 2011, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sedia memberi keterangan di mahkamah berikutan siasatan Perancis berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang bernilai ribuan juta ringgit. Berita tersebut bertajuk `Siasatan Perancis: Menteri sedia beri keterangan’ mengatakan kesediaan Zahid ke mahkamah bagi menjawab isu itu merupakan bukti kerajaan sentiasa berani bersikap terbuka dan telus untuk menjelaskan segala perkara yang dipersoalkan rakyat.

Read More...

Sengket sangat DBKL, duit derma pun kebas

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa merampas dua kotak derma yang berisi kira-kira RM200 dalam satu lagi serbuan ke atas perkhemahan peserta protes di Dataran Merdeka selepas tengah malam tadi. Menurut peguam Fadiah Nadwa Fikri, DBKL juga merampas bekalan makanan mereka dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Read More...

Tuesday, April 24, 2012

Wajib hadir Bersih 3.0 - Tuan Guru Nik Aziz

SELEPAS PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib. Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Read More...

Bersih 3.0: Kita jadi keliru bila Umno tunjuk baik

SEGALANYA kerana pilihan raya umum (PRU) ke 13 sudah hampir. Sekiranya tindakan kekerasan terhadap Bersih 3.0 ia memberi implikasi besar kepada BN sedangkan PRU ke 13 tidak lama lagi. Jadi buat baik. Buat warak. Jangan ulas atau kontra. Kontra bermakna tidak menguntungkan BN kerana ia menambah kebencian orang ramai kepada parti itu.

Read More...

Isu task force IC; Mohon tidak perkenan bubar Parlimen

JAWATANKUASA Anti Pemalsuan IC (Api) memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan pembubaran Parlimen selagi tiada penyiasatan dan pembersihan terhadap dakwaan senarai nama lebih 175,000 pengundi diragui berhubung isu task force pemberian IC. Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar, hari ini, menyerahkan senarai nama lebih 175,000 pengundi diragui kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, di pejabat Penyimpan Mohor itu, di Jalan Bukit Petaling di sini.

Read More...

Saturday, April 21, 2012

Kita kerja mahu pahala bukan dosa free

MEMANG kita kerja nak cari duit tetapi itu termasuk rezeki Allah Taala sama ada Allah mahu bagi lebih atau kurang kepada kita. Maka peru bagi kita membetulkan niat kita kerja kerana Allah bukan kerana duit.

Sebelum itu saya jelaskan bahawa tlisan ini mahu menjawab berita berkenaan dengan NGO Tibai yang saya tulis. Saya berniat berita itu untuk memberitahu bukan mengatakan Anwar pemimpin seks dan liwat. Ia menjadi keliru kerana satu perkataan `kononnya' telah dibuang daripada berita itu.

Read More...

Wednesday, April 18, 2012

Nik Aziz ni sedar ke apa yang dia buat

KEBIASAAN menteri besar yang kita temui gelas tu dia tidak pandang pun. Kalau nampak pun dia main campak je. Hok lagi teruk ada main pakai tendang.

Tak pernah tengok? Usah gelas bakul peniaga kecil tak berapa nak idup, jual masa tu dapat duit masa tu petang habis. Esok datang jual tapi orang ni la yang jadi mangsa kaki sebelum jadi menteri besar.

Read More...

Presiden Pas jenguk penyanyi Rap Bob Kuman

PENYANYI Rap, Bob Kuman sebelum ini laporkan dalam blog mendakwa hanya ada RM36 dalam akaun simpanannya mendapat simpati Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang sempat menziarahi beliau selepas kuliah Maghrib di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Abdul Hadi memasuki biliknya di Apartmen Salvia, Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Read More...

Tuesday, April 17, 2012

NFC buka ladang Kazakhstan atasi import daging?

AHLI Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan tindakan National Feedlot Corporation (NFC) buka ladang di Kazakhstan kerana sasaran kerajaan berkaitan dengan projek lembu untuk mengurangkan import daging negara.

“Mengapa meneruskan kerjasama dan pembukaan ladang di Kazakhstan sedangkan sasaran projek ini adalah bagi mengurangkan kebergantungan daging import," soalnya dalam kenyataan media, hari ini.

Read More...

Islam rosak kerana Umno

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa akhlak tidak baik pemerintahan Umno memberi gambaran buruk kepada nama baik Islam dengan nama `Islam rasuah’, `Islam menipu’, `Islam pecah amanah’ dan lain-lain yang mencemar Islam.

“Pas kata haram judi dan arak, DAP kata halal, itu (DAP) hak dia. Umno kata halal jika diberi lesen dan haram jika tidak ada lesen. Ini yang membezakan perjuangan Pas dengan Umno,” ujarnya ketika merasmikan Ijtimak Jentera Pilihan Raya `Satu fikrah gerakan jamaah’ di dewan orang ramai, Kampung Labohan Dagang, di Sepang, malam tadi.

Read More...

Jangan lupa malam ini


Read More...

Monday, April 16, 2012

Umno parti lalang, tadok prinsip mahu bersatu dengan PAS ajaran sesat

MEMANG betul orang kata Umno ni parti lalang tidak ada prinsip langsung. Dia fikir semata-mata kepentingan diri pangkat dan kebendaan.

Orang macam ni boleh buat kawan ke? Kalau dia susah kita nampak muka dia bila dia senang kita pun tak dipandang. Gong memanjang. Nak tengok betul tak betul Umno ni tengok kat foto tu.

Read More...

Sunday, April 15, 2012

Bukan soal hapus PTPTN tetapi pendidikan percuma

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) tidak perlu dimansuh tetapi ia boleh berfungsi bagi kepentingan pelajar di kolej universiti swasta yang mahu mendapatkan kemudahan pinjaman.

Dalam masa sama kerajaan perlu menyediakan pendidikan tinggi secara percuma sebagai hak rakyat untuk mendapat ilmu.

Read More...

Tuesday, April 10, 2012

Bapa Altantuya dakwa anaknya kenal Najib

DATUK Seri Mohd Najib Abdul Razak ketika menjawat Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2008 menafikan pernah berjumpa dan mengenali Altantuya Shaariibuu sebaliknya Shaariibuu Setev mendakwa anaknya itu pernah bergambar dengan Najib dan Abdul Razak Baginda.

Ketika itu Najib juga berkata tuduhan mengaitkan dirinya dengan Altantuya adalah pembohongan yang berniat jahat, dengan motif untuk mengalih pandangan rakyat.

Read More...

Bersih 3.0: Kerajaan benar berhimpun

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan tiada masalah untuk membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 dilangsungkan sebagaimana yang dirancang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) selagi mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Read More...

Monday, April 9, 2012

Qardhawi Seru Umat Islam dan Arab Menentang Iran dan Hizbullah

Presiden Kesatuan Ulama' Islam SeDunia, Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi membidas dua pihak yang bersekongkol dengan rejim Syria iaitu Iran dan Hizbullah.

Lebih mengejutkan, beliau sendiri tidak lagi memanggil Hizbullah tetapi "Hizbul Lata" sambil meminta seluruh umat Islam berkumpul dalam 'parit yang satu' bagi menentang dua sekutu Syria ini.

Read More...

Tuesday, April 3, 2012

Pemuda Umno ada kepentingan perjuang tanah masjid

SEBENARNYA tidak timbul isu tanah masjid di Bayan Mutiara kerana ia merupakan tanah projek perumahan yang didalamnya akan ditempatkan masjid di situ.

Tanah seluas 102.6 ekar itu di Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka. Geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP