Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 23, 2011

Kaki judi Islam berkurangan selepas judi di public

KUALA LUMPUR: Rosman Hashim, seorang pembaca Siasah memuji laporan muka depan keluaran lalu bertajuk Las Vegas di Shah Alam kerana berani membuat pendedahan permis perjudian di kawasan penempatan orang Melayu.

Bagi beliau Kementerian Kewangan tidak layak mengeluarkan lesen perjudian di kawasan majoriti orang Islam.

Sehubungan itu beliau mahu Jabatan Agama Islam (Jais) mengambil tindakan terhadap orang Islam yang pengunjung pusat perjudian tersebut.

Beliau mengambil contoh kasino dalam Kelab Golf di Shah Alam yang dikunjungi 90 peratus orang Islam.

“Ada tulisan tidak membenarkan orang Islam berjudi tetapi kebanyakan mereka yang berjudi adalah orang Islam. Patut Jais ambil tindakan kepada permis yang membenarkan orang Islam berjudi,” ujarnya.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada Siasah kerana menyiarkan laporan pusat perjudian itu. Ini kerana selepas Siasah menyiarkan berita tersebut didapati pengunjung Islam berkurangan di situ.

“Malah selibriti pun sudah tidak kelihatan di pusat judi Kelab Golf,” katanya.

Sebelum ini, Siasah mendedahkan kewujudan sebuah kelab eksklusif yang menjalankan aktiviti perjudian di samping maksiat di atas bukit berhampiran Stadium Melawati, Shah Alam Selangor.

Sementara Pengarah Penerangan kepada Menteri Besar Selangor, Dr Badrulamin Baharom ketika ditanya tentang kelab tersebut agak kurang bersedia untuk menjawab.

Menurut Baharom, buat masa sekarang beliau belum dapat apa-apa fakta dan maklumat tentang kelab tersebut.

Kata Ahli Majlis Pimpinan Pusar PKR itu, sekiranya segala bukti lengkap sudah diperolehi, beliau sendiri akan menyuruh pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya di sisi undang-undang terhadap kelab tersebut.

“Buat masa sekarang saya memohon maaf kerana masih belum cukup fakta dan bukti,” jelasnya

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP