Kuala Lumpur; Khamis, 8 April: Seramai 48 orang termasuk lima wanita warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Kepong di sini malam ini, kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata 17 yang ditahan adalah warga Afrika, 16 rakyat Bangladesh manakala bakinya terdiri daripada warga India, Nepal, Indonesia dan Myanmar.
“Serbuan dijalankan di sekitar Metro Prima termasuk restauran dan kedai kopi. Ada juga yang ditahan itu memiliki dokumen palsu,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Kepong untuk proses dokumentasi.
Kira-kira 100 anggota dan pegawai polis dari IPK KL, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, pihak Imigresen, pasukan Rela dan Jabatan Pertahanan Awam menyertai operasi satu jam bermula pukul 6.30 petang itu.
Khairi berkata operasi akan disambung di kawasan Sentul dan Kepong malam ini sehingga pukul 8 pagi esok. — Bernama
Baik buruk pemilihan berpasukan
-
*PANDANGAN*
Proses pemilihan MPP Keadilan sudah memasuki hari keempat sudah hampir
separuh tempoh kempen berjalan menjelang hari mengundi 25 Mei. Selepa...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment