Kumpulan hak sivil Muslim (CAIR) Amerika Syarikat meminta FBI untuk menyiasat serangan terhadap seorang pemandu teksi Sikh di California Utara yang telah menjadi mangsa salah penyerangan kerana Sikh tersebut dianggap Muslim.
Dewan hubungan Islam-Amerika (CAIR) dari Sacramento Valley mengatakan dalam sebuah pernyataan hari Isnin kelmarin (29 November) bahawa mereka ingin FBI untuk menentukan sama ada pemukulan terhadap Harbhajan Singh oleh dua orang pada pagi minggu di West Sacramento tersebut bermotif perkauman.
Dalam sebuah kenyataan, polis mengatakan beberapa orang menyerang Singh dan meminta wang.
Namun Singh 56 tahun mengatakan kepada KTXL-TV bahawa ia percaya mereka bermaksud untuk membunuh beliau kerana dbeliau memakai serban.
Singh mengatakan salah satu penyerang itu berteriak menghina dan memanggilnya dengan sebutan Osama bin Laden.
Singh berkata beliau dapat melarikan diri selepas satu daripada dua wanita yang berada di antara para penyerang mencegah dirinya untuk diserang mereka. (Fq / ap)
Ai-hamdulillah, Ella tolak tawaran Israel. & komen PAS.
-
*Ella berharap netizen tidak pukul rata dengan menganggap selebriti yang
tidak berkongsi penderitaan rakyat Palestin tak bermaksud mereka tidak
prihati...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment