Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 28, 2010

Semangat luar biasa, dua pemuda Afrika naik haji kayuh basikal

Semangat dua pemuda Muslim asal Afrika Selatan untuk menunaikan rukun Islam ke-5 patut dicontohi. Mereka menempuh perjalanan dari Afrika Selatan ke tanah suci dengan menunggang basikal. Percaya atau tidak?

Ternyata, kedua pemuda itu kini sudah berada di tanah suci. Nathim Caimcross, 28 dan Imtiyaz Ahmad Harun, 25, mendedahkan kegembiraannya setelah masuk ke kota Tabuk, sempadan negara Saudi. "Akhirnya kami boleh mewujudkan impian kami menunaikan ibadah haji," kata keduanya.

Caimcross, yang bekerja di bahagian tata kota di Cape Town mendedahkan, menunggang basikal dari Cape Town ke Arab Saudi tentu sahaja sangat melelahkan. "Tapi kami memilih berangkat haji dengan cara ini agar kami benar-benar merasakan pengalaman suka duka menjalankan ibadah haji," ujarnya.

Caimcross dan Harun berangkat dari Afrika Selatan pada 7 Februari. Mereka berbasikal menyusuri negara Afrika, seperti Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Syria dan Jordan untuk mencapai sempadan Arab Saudi.

"Ini haji pertama kami. Kami boleh saja menggunakan pesawat tapi ini adalah impian kami, untuk berangkat haji dengan cara berbeza. Kami memilih basikal, kerana kami berdua memang hobi berbasikal," ujar Caimcross.

Setiap hari, kedua pemuda itu berbasikal sejauh 80 hingga 100 kilometer. Mereka berehat di masjid atau mendirikan kemah pada malam hari, kemudian meneruskan perjalanan selesai salat Subuh. Selama dalam perjalanan mereka bertemu dengan banyak orang yang membantu dan bersikap baik kepada mereka.

"Di setiap tempat yang kami lewati, mereka memberikan sambutan dan mereka antusias ketika tahu bahawa kami sedang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji. Soal makanan, tak ada masalah kerana ramai orang yang menawari kami makanan," tutur Caimcross.

Selama perjalanan, mereka kadang melewati medan yang sulit berupa pegunungan yang memerlukan tenaga tambahan untuk mengayuh pedal basikal. Kendala lain adalah bahasa. "Begitu kami masuk ke negara Arab, kami menggunakan bahasa Arab terutama ketika kami melewati Syria dan Jordan," masih kata Caimcross.

"Masyarakat di sana juga antusias begitu tahu kami melakukan perjalanan ini untuk impian kami menunaikan ibadah haji," sambungnya.

Caimcross juga mengungkapkan rasa terharunya kerana banyak orang yang menawarkan bantuan berupa wang dan memberikan apa yang mereka perlukan, kerana keduanya cuma memiliki anggaran sedikit untuk kos haji.

Secara keseluruhan Caimcross dan Harun melakukan perjalanan selama hampir 9 bulan, melewati 9 negara, dan selama perjalanan mereka tidak mengalami persoalan serius. "Paling cuma menukar tayar dan membetulkan rantai pedal, itu yang sering kami lakukan," ujar kedua pemuda itu.

Caimcross berkata, melakukan perjalanan haji berbasikal memberikan mereka banyak kesempatan untuk berinteraksi dengan semua orang daripada pelbagai negara. "Kami juga boleh sambil berdakwah, terutama apabila kami berehat pada malam hari."

Caimcross dan Harun adalah mahasiswa jurusan syariah Islam. Caimcross punya keahlian dalam bidang perancangan bandar kerana ia pernah ikut latihan dan sekarang bekerja di sebuah syarikat pembinaan. Sedangkan Harun pernah kuliah di jurusan ekonomi.

Keduanya belum berkahwin dan hobi berolahraga. Caimcross senang surfing di laut dan Harun lebih suka tinju dan naik gunung. Setelah melaksanakan haji, mereka akan kembali ke Cape Town, Afrika Selatan juga dengan basikal, melintasi kawasan Afrika Barat. Amat luar biasa! semangat mereka (Ln / AN)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP