Mantan juara tinju dunia Mike Tysonm 44, yang masuk Islam sewaktu berada di penjara pada tahun 1990-an, dikhabarkan akan mengunjungi kota suci umat Islam Mekah dan Madinah pada musim haji akan datang, lapor harian Saudi pada Sabtu (3 Julai).
Tyson, yang pernah menjadi juara tinju heavyweight dunia era tahun 1986-1990, tiba pada hari Jumaat di Madinah bersama dengan Persatuan Dakwah Kanada untuk mengerjakan Umrah, kata akhbar Okaz.
Perjalanannya ke dua kota suci tersebut, sebagai sebahagian daripada rangkaian beliau melaksanakan ibadah umrah.
Dari Madinah, Tyson akan melakukan perjalanan ke Makkah dan juga merancang untuk melawat bandar lain di Arab Saudi, seperti dilaporkan Okaz.
Tyson, masuk Islam semasa menjalani hukuman penjara 10 tahun dan kemudian diubah kepada tiga tahun, kerana dituduh memperkosa seorang ratu cantik Amerika Syarikat pada tahun 1991.
Setelah keluar dari penjara beliau cuba bertinju kembali, tetapi tidak gagal merebut kembali gelaran kejuaraannya. Akhirnya beliau bersara daripada kerjaya tinju profesional pada 2005.
Januari lalu, beliau ikut serta dalam pertunjukkan gusti pro WWE Raw di Amerika Syarikat. (Fq / aby)
Lebih 10 Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Di Bukit
Kuin Terbiar, Mohon Tindakan Segera
-
Saya sempat luangkan masa meninjau ke kawasan Tanah Perkuburan Islam
Negeri milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang
dah lebih ...
9 minutes ago
0 comments:
Post a Comment