Pejabat keselamatan Hamas, Rabu (7 Julai) mengatakan bahawa pasukan keselamatan mereka di Gaza telah menahan orang yang dipercayai kuat menjadi budak suruhan Israel.
Pejabat tersebut mengatakan setakat ini lima orang telah ditangkap dalam gerakan yang berlaku semalam, dan menambah bahawa tertuduh akan dibawa ke mahkamah dan tidak ada ampun bagi orang yang menjadi mata-mata warga Palestin lain.
Pejabat Hamas itu berbicara dengan syarat tanpa nama kerana ia tidak dibenarkan untuk membincangkan penangkapan tersebut.
Pada bulan April lalu, kerajaan Hamas mengeksekusi dua orang yang dituduh tali barut Israel.
Kejadian itu adalah pertama kalinya hukuman mati yang dilakukan di Gaza sejak Hamas menguasai kekuasaan di situ pada Jun 2007.
Perkhidmatan keselamatan dalam negeri Israel, Shin Bet menyatakan bahawa mereka menempatkan sebuah rangkaian informasi di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Jerusalem Timur. (Fq / Ynet)
BN PN : Bangkit Gagah Tangkis Serangan Puak Gagal
-
Teka-teki bentuk kerjasama politik bagi menghadapi Pilihanraya Negeri
Melaka ke 16 yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat sedang hangat
dipermainka...
4 days ago

0 comments:
Post a Comment