Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 12, 2012

`OKS’ penyebab OKU tidak terbela

KUALA LUMPUR: PAS mahu membangkitkan kesedaran ummah terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) supaya mereka dapat menikmati kehidupan seiring dengan pembangunan. Pengerusi Lajnah Kebajikan, Dr Siti Mariah Mahmud berkata disebabkan ramai `OKS’ (Orang Kurang Sedar) maka OKU tidak terbela. “OKU bukan semata-mata mengharapkan bantuan tetapi kerajaan serta masyarakat perlu menyedia prasarana kepada mereka untuk OKU berdikari. “Adakan peluang pekerjaan kepada mereka mengikut kesesuaian mereka. Beri hak mereka untuk bermasyarakat seperti masjid dan kemudahan awam yang mesra OKU,” ujar ketika ditemui di Wacana Prihatin OKU dianjur Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, di sini, Sabtu lalu. Hampir 100 orang hadir dalam program yang membentangkan dua kertas kerja oleh Pensyarah UIA, Dr Maszlee Malik dan Ulama PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya. Mariah berkata permasalahan dihadapi OKU merupakan tanggunjawab kepada semua pihak tidak mengira bangsa dan agama mahupun parti politik harus menitik beratkan keperluan untuk memudahkan urusan harian mereka. Ahli Parlimen Kota Raja itu akan mengketengahkan isu tersebut kepada PAS Pusat untuk dibawa berbincang supaya kerja kebajikan termasuk perkara penting selepas tarbiyah. Dianggarkan 15 peratus warga OKU di Malaysia iaitu 4 juta orang yang perlu diberi perhatian bukan hanya dari segi keperluan asas malah kemudahan semua termasuk anak mereka. Diantara masalah yang dikemukakan seperti peluang pekerjaan terhad untuk mereka walaupun diberi pelbagai latihan dan sijil kemahiran tetapi masih wujud agensi yang tidak meletakkan sebarang kepercayaan terhadap kebolehan mereka. Oleh sebab itu mereka bergangtung kepada bantuan kerajaan. Bagaimana bantuan bulanan jabatan kebajikan tidak mencukupi untuk mereka mengurus keluarga terutama perbelanjaan persekolahan anak. Perkara ini disuarakan oleh Sahmar Saad, kata sekiranya kerajaan gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka pemerintah perlu menyediakan peluang peniagaan supaya OKU mampu berdikari. Kemudahan asas seperti tandas, laluan ke masjid turut menjadi masalah. Sedangkan negara maju menyedari hakikat ini dan memberi ruang keselesaan dan kemudahan kepada OKU untuk ke tempat ibadah seperti gereja. Pengerusi OKU Bangkit 2012, Mohammad Faizal Che Yusof berkata kempen OKU bangkit julung kali diadakan sangat penting agar hak istimewa OKU tidak diketepikan bagi menjamin kehidupan yang lebih baik sebagaimana orang biasa. “Kita mahu menyedarkan OKU dan rakyat semua terhadap satu perubahan supaya rakyat dan OKU ada jaminan pada masa depan. “Kempen bangkit tidak mengira parti politik. Jika Umno jemput, kita akan turut sama tetapi sekarang hanya PAS yang jemput kita,” katanya. Nor Azman Sulaiman ketika memberi penerangan turut menyentuh hadirin bagaimana beliau sebagai OKU diberi kemudahan percuma menaiki kenderaan awam tetapi anaknya dikenakan tambang. “Bila kita naik kenderaan awam kita tidak dikenakan tambang kerana kita OKU tetapi anak yang naik bersama dikenakan tambang. Tambang itu siapa yang bayar, Kita juga yang bayar. Perkara inilah yang harus difikir bersama bagi kemudahan OKU,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP