Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 5, 2012

Road show dedah Petronas tidak iktiraf kedaulatan negeri

Gerakan royalti minyak Kelantan ke parlimen Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke negeri Kelantan (Royalti) akan mengadakan road show keseluruh negara mendedahkan keengganan Petronas membayar royalti bermakna tidak mengiktiraf kedaulatan negeri. Pengerusi Royalti Nazri Deraman berkata, Najib perlu memastikan pembayaran wang royalty secara tunai oleh Petronas kepada kerajaan negeri seperti mana Akta Pembangunan Petroleum 1974. Sebelum itu, peserta konvoi Royalti yang bermula 2 Oktober lalu, meneruskan lagi perjuangan mereka dengan menyerahkan memorandum bagi menuntut penyelesaian segera Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak membayar royalty kepada kerajaan Kelantan. Mereka menyerahkan memorandum itu kepada wakil PAS iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin di luar bangunan Parlimen, semalam. Nazri berkata, isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit. Royalti juga turut mencadangkan Najib Razak dan Petronas agar membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300 km diwujudkan di Kelantan. Ini kerana jarak Blok PM301 yang berada di perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh iaitu ke Pantai Senok Bachok hanya 140 kilometer sahaja berbanding 300 km. Memorandum itu turut mengemukakan Sembilan justifikasi berkaitan tuntutan royalty antaranya Petronas melanggar perjanjian 9 Mei 1975, penafian hak royalty menafikan amanat Tun Razak, gas dan minyak Kelantan untuk tujuh generasi Kelantan, dan ordinan darurat dan tiga batu nautika sudah dimansuhkan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP