Polis Iraq melaporkan pada hari Sabtu (6 November) bahawa dua roket Katyusha mendarat di bangunan kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Integriti di zon hijau di pusat bandar Baghdad.
Sumber keselamatan Iraq mengatakan bahawa tiga roket telah menghentam Zon Hijau pada hari Sabtu pagi dan roket keempat mendarat di Abu Nawas Street dan mencederakan dua warga yang mengalami kecederaan.
Namun sumber lain daripada polis mengatakan bahawa dua roket Katyusha mendarat pagi ini, yang pertama menyasarkan kedutaan AS dan yang kedua jatuh di bangunan Suruhanjaya Integriti di Zon Hijau di pusat Baghdad, menyebabkan kerugian material tetapi tanpa korban jiwa.
Sumber, yang minta tidak disebutkan namanya mengatakan: "Saya mendengar siren berasal dari Zon Hijau, sedangkan helikopter terbang dan tentera Amerika terus bergerak di kawasan ini."
Zon hijau, yang terletak di tengah ibukota Iraq Baghdad merupakan kawasan yang 'steril'. di sana terdapat komplek para ekspatriat dan kedutaan asing khususnya Amerika dan Inggeris. (fq / imo)
Deja vu as ringgit touches 3.80
-
I had a moment of deja vu when my young friend Muda, a Malaysian in the US,
tagged me to his post about the ringgit doing 3.8997 against the greenback
o...
6 days ago

0 comments:
Post a Comment