Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 11, 2011

Ramai yang mahu menghukum tidak ramai yang mahu membimbing

Kisah Benar Melayu/ Islam Berlindung Di Gereja

Baru-baru ini Harapan Komuniti – NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam – tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.

Pengarah eksekutif NGO itu – yang membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan AIDS – Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti” sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.

Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.

Sementara peguam mereka pula, Annou Xavier berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi “harapan” kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.

Bagaimanapun, katanya, pada “malam yang malang itu”, JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.

Sejujurnya saya tidak mahu prejudis atau berprasangka kepada mana-mana pihak, apatah lagi sekiranya mereka mendakwa mereka melakukan kerja amal dan sebagainya.

Cuma saya teringat pada satu peristiwa yang berlaku kira-kira dua tahun lepas di sebuah gereja yang terletak di atas bukit di Batu Arang, Rawang, Selangor.

Ada pihak yang mendakwa ia bukanlah gereja daripada erti kata yang sebenarnya, tetapi sudah bertukar menjadi Rumah Perlindungan HIV yang dikendalikan sekumpulan mubaligh Kristian.

Gereja ini juga dikenali sebagai White House (walaupun bentuknya jauh berbeza dari kediaman Presiden Amerika yang terletak di Washinton itu)

Ia ada salib yang besar, setiap pintu bilik digantung gambar Jesus Christ, ada kata-kata yang dipetik dari buku Bible dan terdapat sebuah dewan syarahan besar yang penuh dengan lambang agama berkenaan.

Mereka mendakwa mereka membantu para pesakit HIV/AIDS yang terbiar di jalanan, tanpa ada niat yang ‘terselindung’

Ya, saya kagum dengan usaha itu.

Cuma yang agak ‘menggerunkan’, hampir sebahagian daripada mereka yang berlindung di dalam premis itu adalah orang Melayu, orang Islam!

Selama ini saya hanya mendengar ramai anak Melayu yang berlindung di dalam gereja, majoritinya mereka yang daif dan berpenyakit.

Katanya ini kerana masyarakat Melayu atau Islam sendiri memandang keji terhadap golongan ini hingga mereka tidak tahu ke mana hendak mengadu.

Akhirnya mubaligh Kristian membawa mereka ke rumah perlindungan atau gereja seperti di White House ini.

Walaupun pihak gereja ada menyediakan bilik kecil yang mereka dakwa surau untuk membolehkan penghuni Islam beribadat, namun realitinya kehidupan penghuni Islam di situ tidak ada banyak bezanya dengan penghuni bukan Islam.

Mereka tinggal di dalam bangunan yang dipenuhi mubaligh Kristian, mereka berkumpul di dewan ‘syarahan’ Kristian, dan bilik tidur mereka juga dihiasi dengan gambar Jesus seperti mana yang saya katakan tadi.

Saya rasa penganut agama Kristian juga akan merasa tidak selesa sekiranya perkara itu terjadi kepada penganut mereka….apa perasaan mereka agaknya jika saudara seagama mereka tinggal di bangunan yang dipenuhi Ustaz, berkumpul di dewan solat dan tidur di bilik yang dipenuhi ayat suci Al-Quran yang bergantungan.

Alhamdulilah, dengan inisiatif seorang guru agama terkenal, Ustaz Muhammad Amin, pada 13 Julai 2009, saya dan rakan-rakan serta sekumpulan NGO yang diketuai oleh Muhammad sendiri bertolak ke gereja berkenaan dengan berbekalkan satu misi- mengeluarkan semua pesakit Melayu dan Islam dari gereja itu.

Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Razak, antara penghuni Melayu yang telah lama tinggal di situ

Masuk saja ke dalam gereja tersebut, bau kuat ubat terus menusuk hidung, ia seolah-olah sebuah ‘mini hospital’

Di belakangnya telah menunggu tidak kurang daripada 20 orang anak-anak Melayu, kesemuanya pembawa virus HIV

Melihat saja kelibat mereka, saya hampir menitiskan airmata, kesemua mereka yang berkain pelikat menyambut kami dengan wajah yang sedih dan sayu

Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda, ada yang sedang demam dan ada yang baru keluar dari wad

Hampir sejam kami mendengar keluhan hati mereka, mendengar kisah bagaimana mereka dihina, disisih, didiskriminasi dan berbagai lagi oleh masyarakat sekeliling

Pun begitu, mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya gereja tersebut sudi ‘mengutip’ mereka daripada terus menjadi sampah dalam masyarakat

Selepas itu, kami berkesempatan bertemu dengan salah seorang paderi di situ, beliau ternyata cukup profesional dan melayan kami dengan tanpa rasa curiga

Untuk pengetahuan anda, saya sebagai orang Islam sebenarnya sangat malu ketika berada di gereja berkenaan

Bayangkan, walaupun saudara-saudara kita itu bukan dari agama mereka, tetapi saudara-saudara kita itu dilayan bak menatang minyak yang penuh

Saudara-saudara kita itu dimandikan, diberi ubat, diberi makan sehingga ke peringkat dipakaikan lampin oleh petugas di gereja tersebut

Saya tertanya pada diri sendiri, kenapakah kita tidak boleh jadi seperti mereka sedangkan agama kita juga adalah yang terbaik, kita ada al-Quran sebagai panduan, semuanya cukup lengkap tetapi sayang ia tidak diterjemahkan dengan baik oleh para pengikutnya

Selepas kira-kira sejam di gereja tersebut, kami berjaya membawa keluar seorang demi seorang anak Melayu daripada gereja berkenaan, Alhamdulillah, paderi tersebut melepaskannya dengan rela hati.

Saya berharap dalam membantu golongan yang memerlukan, sama ada kerana penyakit, kedaifan dan kemiskinan, kita sebagai umat Islam kena betul-betul membantu dalam erti kata yang sebenarnya.

Agensi-agensi yang diberi amanah harus melaksanakan amanah mereka dengan bersungguh-sungguh.

Adalah mudah untuk mencari kesalahan tetapi itu tidak akan menyelesaikan masalah, tindakan yang pro-aktif perlu disemai dalam setiap sanubari agar golongan sebegini dapat dibantu dalam menjalani kehidupan yang singkat ini

Yang paling penting, sekiranya kita tidak mahu iman dan akidah saudara kita dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kita sendiri terlebih dahulu kena memnghulurkan tangan dan menarik mereka keluar dari segala kesulitan ini.

Saya masih ingat kata-kata Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin

Katanya memang ada kebenaran mengenai dakwaan pendekatan dakwah Islam lemah dari segi psikologi berbanding gerakan mubaligh Kristian.

Kata Dr. Abd. Aziz, Ini kerana ramai pendakwah kita melihat kerja dakwah ialah menyebar agama kepada golongan sasar tanpa melihat keperluan dan keadaan diri mereka.

Ini menyebabkan kalau keadaan itu sesuai dengan seseorang, ia akan diterima. Jika tidak, usaha itu akan gagal.

Menurut beliau, pihak kristian misalnya melihat kepada aspek keperluan.

Contohnya, gerakan kepada masyarakat orang Asli.

Mereka akan duduk bersama golongan sasar bertahun-tahun lamanya bagi mengkaji cara hidup golongan ini.

Mereka juga mempunyai satu pasukan lain untuk berdakwah kepada kumpulan sasar berdasarkan maklumat-maklumat kajian tadi.

Pendekatan begini jarang dicontohi oleh pendakwah Islam.

Selain itu, menurut Dr. Ab. Aziz, gerakan kristian mempunyai strategi suka mengambil peluang.

Ia menyebabkan kumpulan sasar akhirnya termakan akibat ‘paksaan secara halus’.

Mereka memberi perhatian kepada kebajikan dan menghulur bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

Akhirnya, kumpulan sasar terpaksa terima. Jika tidak, masalah tidak selesai.

Kesimpulannya jika kita tidak bertindak cepat dalam menangani permasalahan ini, jangan terkejut jika lebih ramai umat Islam di muka bumi ini akan menghuni pusat perlindungan seperti di White House…atau gereja…atau apa saja nama dan gelaran yang kita beri padanya!

Inilah cerita saya. Bukan kisah dongeng. Bukan dusta semata. Wallahualam- Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

Read More...

Saturday, August 6, 2011

Jais boleh siasat mereka menunaikan ibadah berbuka di gereja

Khalid Samad pesuruhjaya 3 selangor melatah tak tentu pasal ni kenapa? sentuh hal Kristian laju je dia jawab. Geng pembela dia pulak tak puas lagi dengan isu kerajaan perpaudan dijadikan ungkitan bila timbuyl isu gereja.

Apa malang dapat setengah pemimpin Pas sampai nak gadai Islam. Ini bukan nak bela Jais tapi pemimpin Pas di selangor jangan cepat melatah.

Sebab itu dalam Islam setengah ulama tidak membenarkan orang Islam masuk tempat ibadah bukan Islam. Masuk ke tempat tersebut dibolehkan untuk sebab-sebab tertentu.

Bukan untuk dipanggang oleh bukan Islam dan akhirnya masuk agama itu. Kita pun hairan kenapa mereka bagi makan orang Islam berbuka?

Untuk saliturrahim. Saliturrahim buat orang yang dijemput makan orang lemah. Dan kita kena faham agenda Kristian terdapat didalamnya kebajikan. Berapa ramai orang muda Melayu Singapura masuk Kristian kerana diberi motor besar dan makan sedap.

Ini semua gerakan kebajikan untuk dakyah orang Islam masuk Kristian.

Satu lagi orang Islam kena faham. Berbuka itu ibadah. Mana boleh ibadah dilakukan dalam gereja atau rumah ibadah bukan Islam.

Umar pergi ke gereja tidak sembahyang di gereja.

Lepas berbuka 12 orang Islam yang berbuka di gereja itu mahu bersolat maghrib di mana? Ke pakai tak sembahyang maghrib.

Saya tidak setuju Khalid kata berbuka boleh di gereja kerana berbuka itu ibadah.

Orang bukan Islam dia kena faham. Ini sensitif. Kalau nak buat baik beri sumbangan di tempat lain kenapa di gereja?

Mahu tunjuk gereka baik? Mahu tunjuk gereja berkebajikan? INi semua agenda dan berselindung disebalik hak asasi manusia.

Malah mereka bertambah beruntung bila mampu berselindung disebalik pemimpin Pas dua tidak orang yang terlalu liberal.

Read More...

Thursday, August 4, 2011

See Sharp Minor - Berkat Ramadhan



Read More...

Lagu carta tertinggi bulan ini

Seorang pendengar Radio Sempoi FM sedang tergesa-gesa menelefon DJ tersebut di konti radio..

Pendengar: Hello radio sempoi fm ke tu?

Penyiar: Iye ye..betul..dengan siapa saya bercakap ni?

Pendengar: Saya Jep dari Kampung Laut, boleh request tak?

Penyiar: Ya..Boleh...Boleh.. Encik Jep mahu request apa-apa?

Pendengar: Boleh ke tolong putarkan Azan Maghrib bang!! Dah lapar sangat nih...

Read More...

Kerani tentera kena buka karung undi pos

AMPANG: "Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.

"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat. Dia ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," kata Nasir Mohamad dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di sini pagi tadi.

Nasir merupakan seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.

Beliau yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986.

Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas "sarjan gaji" Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum.

Bekas sarjan mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum semasa bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemalsuan undi pos yang selama ini digembar-gemburkan pembangkang, jelas terbukti daripada pengakuan bekas tentera tersebut.

Read More...

Najib jatuh Pakatan takda peluang Putrajaya

PAS dedahkan ada gerakan jatuhkan Najib daripada PM. Tun Mahathir pun sekarang lebih senyap dalam memperkatakan tentang Najib.

Nampak sangat Mahathir resah dengan isu yang melanda Najib. Mahathir mahu Najib kendali Malaysia ikut style dia. Tangani Bersih ikut gaya dia. Akhirnya Najib terperangkap.

Mahathir terdiam bila serangan kepada Najib pelbagai penjuru. Umno bertambah cemas. Malah kompenan dalam BN ikut bimbang, merasakan peluang bertepek jadi kerajaan sudah gelap.

Apakah selepas ini MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain akan cari pelindungan baru. Mungkin MCA dan MIC akan dibiarkan setia bersama BN tetapi bagi Gerakan dan parti lain ia boleh berkubur kalau tidak bersama pemerintah.

Parti kecil dalam BN cukup tekun study ikuti perkembangan politik Umno. Mereka rasa Najib sudah liabiliti kepada BN. Ia bukan sahaja cara Najib tangani Bersih 2.0 malah gara-gara Najib terlalu tunduk dengan Datin Seri Rosmah.

Rosmah sudah macam Imelda Marcos di Filipina. Dia boleh shopping jutaan ringgit dalam masa rakyat menderita kenaikan harga barang. Harga barang naik 200 peratus, Rosmah belanja RM24 juta. Langsung tidak fikir rakyat.

Ada la dia fikir sekolah budak kecil tapi banyak yang sapu kat dia. Tambah peruntukan untuk dia lagi sapu.

Buat undang-undang kurangkan cukai untuk import lebih banyak barangan dalaman brand luar negeri. Suami dia boleh ikut lulus pulak tu.

Bagaimana pun Rosmah bini Najib ini, untungkan Pakatan. Makin lama najib duduk situ makin untungkan Pakatan.

Jadi jangan ada yang desak Najib letak jawatan. Biarlah dia di situ secara aman sehingga PRU ke 13.

Berita berkaitan:

Gerakan jatuhkan Najib dalam Umno: PAS

PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib daripada perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau juga mendakwa laporan yang mengaitkan pemimpin PAS dalam pakatan sulit untuk menaikkan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang yang baru - bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim - hanya satu usaha mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno tersebut.

Read More...

Wednesday, August 3, 2011

Dawama sengaja biar pekerja berpiket beri tekanan pada DBP

SUKA benar pengurusan Dawama apabila pekerjanya berpiket. Lagi masuk akhbar lagi Dawama suka.

Dawama tidak kisah namanya terkait tetapi yang penting bagi Dawama adalah tekanan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bagi Dawama, DBP dah macam keras kepala tak nak langsung tolong dia. Bila berunding asyik mahu salahkan Dawama.

Bagilah peluang kami orang kuat Dawama nak kaya sikit. Syarikat swasta yang konsesi dengan kerajaan semua kaya. Kami ambil secepuk je, takkan langsung tak mahu runding.

Kami tahu kami dapat hampir satu bilion tiap tahun hasil buku teks sekolah tapi kami tak cukup puas mahu lebih lagi.

Tolong la DBP rekmenkan loan... Nak berbuka nanti kita sambung ngomel. Ini cerita menarik ni...

Read More...

Sumbangan kepada mangsa kebuluran

BERMULA Ramadan umat Islam seluruh dunia melahirkan penyatuan mereka untuk menjiwai kelaparan sebagaimana yang dideritai oleh umat manusia di negara miskin.

Pemimpin negara yang melimpah ruah dengan makanan patut menjadikan Ramadan sebagai keinsafan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang dilanda kebuluran.

Dianggarkan 12 juta orang yang berdepan dengan masalah tersebut ekoran kemarau paling buruk di Somalia dalam tempoh 60 tahun.

Penyelaras kemanusiaan PBB untuk Somalia, Mark Bowden yang mengisytiharkan di selatan Bakool dan Hulu Shabelle dilanda kebuluran berkata, pihaknya menganggarkan 3.7 juta penduduk, atau hampir separuh populasi negara yang musnah akibat peperangan itu berdepan dengan krisis makanan.

“Jika kita tidak bertindak sekarang, kebuluran akan merebak ke wilayah selatan Somalia dalam masa dua bulan akibat hasil tuaian tanaman yang buruk dan merebaknya penyakit berjangkit,” katanya.

Somalia yang berdepan dengan konflik sejak 20 tahun lalu adalah negara paling teruk terjejas.

“Sebahagian daripada Kenya, Uganda, Habsyah dan Djibouti juga berdepan dengan masalah itu,” kata Bowden.

Sementara itu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (presiden.pas.org.my) berkata bagi pihak Pas mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

“Bulan kita dijemput menjadi tetamu dan menyahut seruan Allah swt. Inilah ibadat yang merupakan hadiah yang sangat berharga daripada Allah swt yang wajib kita terimanya,” ujarnya.

Ramadan petunjuk betul dan salah

Menurut beliau bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia dan yang membezakan antara perkara yang betul dan salah.

Oleh kerana itu, kata beliau maka, Allah ta’ala memilih berlakunya perang Badar di bulan Ramadan.

Peperangan yang memaksakan Nabi saw dan para sahabatnya dalam jumlah kecil dan kurang kelengkapan, berdepan dengan musuh Islam, yang menegakkan kebatilan, kezaliman dan kejahatan.

“Walau pun mereka tahu benarnya Islam. Baiknya diri Nabi saw, tidak ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Melainkan kerana melaksanakan perkara yang baik yang diperintah oleh Allah swt.

Perkara yang jahat, itu pun disanggah dan ditentang habis-habisan. Memaksa berlakunya pertembungan secara bersenjata di bulan Ramadan. Yang menentang itu di kalangan bangsa Arab, keluarga Nabi saw.

Peristiwa yang sangat menguji perasaan hati nurani umat Islam yang dipimpin oleh Nabi saw. Allah ta’ala pilih peristiwa yang menyayat hati berlaku di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup meletakkan Islam perintah Allah mengatasi segala kepentingan yang lain.

Tidak ketinggalan dalam membicarakan tentang puasa iaitu blog Sebuah Kehidupan (zharifalimin.blogspot.com) turut merungkaikan cara berpuasa Rasulullah.

Selain menyeru melewatkan sahur kerana sabda Rasulullah saw: “Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur.” (Hadis riwayat Muslim)

Dan menyegerakan berbuka yang terdapat hikmah antaranya agama itu akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

Tidur qailulah

Beliau juga menyentuh tentang tidur qailulah iaitu tidur sekejap sebelum zohor. Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.

Katanya ia bukan tidur sepanjang hari yang menyalahi sunnah. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.

Menurut beliau faktor orang berpuasa tidak dapat pahala tetapi hanya dapat lapar dan dahaga kerana tidak menjaga lidah antaranya mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong dan menyanyi lagu yang lagha.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah swt tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.

Doa orang puasa

Beliau juga berkata tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi...

Mesti Milik – Inspirasi Kehidupan (mestimilik.blogspot.com) turut menganjurkan umat Islam beriktikaf di masjid sempena bulan amal ini.

Iktikaf, yakni diam di masjid untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan secara total beribadah di dalamnya. Ia tidak sah, kecuali dilakukan dalam masjid yang diselenggarakan shalat lima waktu.

Selain itu kata beliau umat Islam wajib memenuhi seruan Allah dengan beriman kepada-Nya dan tunduk mentaati-Nya. Dan yang demikian itu adalah syarat dikabulkannya doa.

Wajib konsisten dengan mentaati perintah Allah dan larangan-Nya. Allah Ta'ala berfirman: “ltulah larangan Allah maka kamu jangan mendekatinya.”

Mana janji SPR

Baru-baru ini satu wacana yang dikira hangat melibatkan orang kuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dianjurkan oleh Sinar di Shah Alam.

Ramai yang melahirkan kekecewaan dengan program tersebut termasuk blog Bila Kentong Berbunyi (kentong-suhaizan.blogspot.com).

Katanya: “Sudah dua kali hak saya sebagai warganegara Malaysia dihalang untuk bebas bergerak dan bersuara.

“Pertama pada 9 Julai 2011 saya dihalang untuk berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan semalam (26 Julai) saya pula dihalang untuk mengajukan soalan kepada Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kononnya atas arahan orang atasan.

Bagaimana pun saya mengucapkan tahniah kepada Sinar yang telah menganjurkan “Dialog Apa selepas 9 Julai?” dengan mempertemukan Bersih 2.0 dan SPR. Bersih 2.0 telah dianggap sebuah pertubuhan haram oleh Menteri Dalam Negeri.

“Sebenarnya saya mahu mengajukan beberapa soalan kepada Datuk Wan Ahmad iaitu berkaitan dengan Double Voting, Daftar Pemilih, Pengundi Pos dan Advance Voting. Pada 7 Oktober 2009 telah diadakan pertemuan antara SPR dan pemimpin Pas yang dianggotai oleh Datuk Mustafa Ali, Datuk Abdul Halim Abd Rahman, Mohzit Mohid dan saya sendiri.

Pemuda Pas telah mengemukakan senarai 253 pengundi pos yang bertindan. Mereka mempunyai nama sebagai pengundi pos di Bagan Pinang tetapi mempunyai nama yang sama di tempat lain. Pertindanan ini telah berlaku dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam perbincangan itu SPR telah berjanji untuk menghapuskan pertindanan itu. Malangnya pertindanan tersebut masih lagi berlaku pada tahun 2011. Pertindanan ini bertentangan dengan perkara 119 Perlembagaan Malaysia.

Dalam kenyataan Datuk Wan Ahmad kepada The Star pada 24 Julai 2011, bahawa beliau bersetuju bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR yang sah.

Secara tidak lansung juga SPR telah mendaftarkan pengundi yang tidak sah. Itulah yang dinamakan pengundi hantu. Persoalannya mengapa SPR menafikan pengundi hantu? “Walaupun saya tidak dapat mengajukan soalan tetapi soalan ini dapat disampaikan oleh Mohzit Mohid.

“Malangnya Wan Ahmad menjawab bahawa soalan itu hanya sesuai untuk taraf seorang kerani sahaja bukan ahli suruhanjaya diraja sepertinya.

“Sebab itu jawapannya telah di “boo” oleh penonton. Persoalannya apakah dasar yang dipakai oleh SPR jika masih terdapat pertindaan pengundi walaupun telah ditegur pada tahun 2009?

Jijiknya perangai Umno

Kedah La (kedahla.blogspot.com) berkata seorang pemimpin Umno Pulau Pinang yang sebelum ini sering buat kecoh dengan publisiti murahan, kini buat satu lagi gimik politik iaitu hadiahkan coli dan seluar dalam pada Ketua Menteri, Lim Guam Eng.

Apa yang nak digambarkan di sini ialah begitulah kotornya mentaliti Umno menjadikan apa yang berkaitan dengan wanita sebagai objek untuk dipersenda guraukan.

Malunya jadi ahli Umno melihat perangai pemimpin mereka. Kepada masyarakat non Muslim pula, perbuatan tersebut betul menjatuhkan maruah umat Islam.

“Kalau macam tu perangai orang yang mengaku Islam, apa lagi yang bukan Islam mahu contohi dari Islam. Akibat hilang negeri Umno dah jadi sasau. Kalau hilang pula Pusat tak dapatlah nak digambarkan bagaimana pula gelagat mereka.

“Cukuplah, kalau kita umat Islam mahu selamatkan maruah Islam dari terus dilihat jijik oleh pihak yang belum Islam, marilah umat Islam semua bersatu menjatuhkan Umno sehingga tercabut akar umbinya sekali,” katanya.

Read More...

Tuesday, August 2, 2011

11,600 rumah mampu milik dalam masa tiga tahun sahaja

GEORGETOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang yang berjiwa rakyat telah meluluskan pembinaan 11,596 rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sejak 2008.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kejayaan itu sekali gus menyangkal dakwaan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak membina rumah mampu milik kepada rakyatnya.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu, beliau berkata, rumah berkenaan berharga di antara RM42,000 untuk kos rendah dan RM72,500 sederhana rendah.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang juga berhasrat membangunkan semula beberapa projek perumahan yang akan melibatkan 992 rumah kos rendah dan 192 rumah kos sederhana rendah.

Di bawah kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri, projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah yang dibangunkan adalah seperti berikut:

Kos Rendah Kos Sederhana Rendah Jumlah
Kerajaan 1194 2227 3421
Swasta 2612 5563 8175
Jumlah 3806 7790 11596

Pecahan mengikut daerah bagi projek kerajaan negeri adalah seperti berikut:
DTL DBD SPU SPT SPS Jumlah
Kos Rendah 686 - - 304 - 990
Kos Sederhana Rendah 1522 - - - - 1522
Jumlah 2208 - - 304 - 2512

Pecahan mengikut daerah bagi projek agensi kerajaan negeri adalah seperti berikut:
DTL DBD SPU SPT SPS Jumlah
Kos Rendah 204 - - - - 204
Kos Sederhana Rendah 510 - - - 195 705
Jumlah 714 - - - 195 909

Pecahan mengikut daerah bagi projek Swasta adalah seperti berikut:
DTL DBD SPU SPT SPS Jumlah
Kos Rendah 485 320 885 551 371 2612
Kos Sederhana Rendah 1556 3597 34 91 285 5563
Jumlah 2041 3917 919 642 656 8175

* DTL – Daerah Timur Laut
* DBD – Dareah Barat Daya
* SPU – Seberang Prai Utara
* SPT – Seberang Prai Tengah
* SPS – Seberang Prai Selatan

Read More...

Monday, August 1, 2011

Biometrik punya pasal Najib sanggup akui daftar SPR ada pengundi hantu

Najib beria-ia sangat mahu menggunakan sistem biometrik, sehingga sanggup akui daftar pemilih SPR ada pengundi hantu.

Sedangkan sebelum ini, beliau yang menafikan ada pengundi hantu tetapi sekarang sudah spin kerana ada kepentingan biometrik.

Sebenarnya biometrik dengar dan nampak sahaja pada nama yang hebat tetapi ia belum jamin tidak berlaku penipuan kerana yang melaksanakan penipu.

Penipu akan suka kepada biometrik itu kerana dia rasa dia boleh menipu secara sistematik.

Setekat ini SPR dan beliau belum dapat memberi jaminan biometrik boleh mengatasi masalah seorang pengundi boleh mengundi banyak kali.

Biometrik memang mampu mengesan pengundi hantu tetapi belum tentu dapat halang pengundi hantu itu mahu undi acap kali.

Sekarang pendatang tanpa izin pun sudha diputih dengan biometrik dan mereka ini juga akan digunakan untuk mengundi Umno.

Berita sebelum ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau juga komited menangani isu pengundi hantu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) antara aspek ditekankan pembangkang selama ini.

Menurutnya, sistem biometrik yang akan diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan pembangkang.

Berikutan itu, Najib berkata, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.

“Kita komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, kita juga mahu tangani isu pengundi hantu.

“Dengan adanya sistem biometrik kita boleh lakukan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Sebelum ini, SPR mengumumkan akan menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya, namun tidak memberi jaminan ia boleh digunakan pada PRU-13.

Bagaimanapun, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dipengerusikan Datuk S Ambiga tetap mendesak agar SPR menggunakan dakwat kekal bagi menangani isu pengundi hantu pada PRU-13.

Selain itu, Najib juga menyentuh pentadbiran Pas di Kelantan sambil menegaskan Barisan Nasional (BN) boleh menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2004 sekiranya diadakan dengan tidak adil.

Beliau berkata, mudah untuk BN memanipulasikan undi, namun tidak mahu berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil.

“Kerajaan Pas di Kelantan sebelum pilihan raya umum 2004, mereka hanya menang dengan majoriti satu kerusi, jika anda rasa kita boleh manipulasi undi tak mustahil untuk kita dapatkan tiga undi.

“Jika kata SPR tidak telus... tuduh kita manipulasi undi, kita boleh buat tapi kita tidak mahu lakukan,” katanya.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP