SEMALAM saya menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada nombor tak dikenali katanya: "Siasah coverage Hasan Ali hebat."
Pagi ni saya mengunjungi beberapa blog untuk melihat perkembangan semasa. Rupanya sudah ada blog mengatakan Siasah pekakas Hasan Ali dan Utusan Malaysia pekakas Ibrahim Ali. Alamak sudah satu taraf Siasah dengan Utusan. Sungguh aib.
Kalau Siasah dilihat macam Sinar boleh gak tahan. Sesuailah dengan kebebasannya dan neutralnya tetapi apabila ada yang chop Siasah macam Utusan, ia suatu yang menjatuhkan maruah. Kenapa?
Sebabnya kebanyakkan rakyat tidak boleh menerima Utusan. Ada yang menyampah dengan akhbar itu. Meluat dan macam-macam yang tak baik dengan Utusan.
Jadi apabila Siasah setanding Utusan maknanya dia memang berjaya mengwujudkan satu lagi akhbar propaganda Umno.
Apa makna neutral dan berwibawa kecuali ia hanya omong kosong untuk sedap tengok apabila terpapar di situ. Kononnya neutral dan berwibawa, sebenarnya tidak wujud.
Salam Aidilfitri Untuk Semua Pembaca, Perjuangan Di Alam Maya Tetap Akan
Saya Teruskan Sehingga Ke Akhir Hayat
-
Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua, semoga beroleh keberkatan dihari
yang mulia ini hendaknya. Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari,
memohon ...
1 week ago

0 comments:
Post a Comment