Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 19, 2011

PKR dedah Mahathir mohon pinjaman bank dunia

PKR membuktikan terdapat dokumen unit bawah Jabatan Perdana Menteri memohon pinjaman daripada institusi kewangan antarabangsa menjawab kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah.

Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata ia membuktikan Dr Mahathir berbohong apabila berkata beliau menolak bantuan kewangan daripada Bank Dunia.

Mahathir dikenali ramai sebagai yang bertanggungjawab dan berhujah berdasarkan fakta sebaliknya dalam isu ini beliau mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan Mahathir pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

Krisis kewangan ketika itu turut memisahkan dua tokoh kepimpinan politik Umno. Mahathir pula sering mendakwa Anwar pihak yang mahu mendapatkan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan menyebabkan negara tunduk kepada tekanan dan plan pemulihan antarabangsa.

Sebaliknya kali ini, Rafizi mendedahkan dokumen bertarikh 3 Mac 199 iatu, Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersedia untuk pinjaman AS$60 untuk sektor sosial seawal 26 Julai 1998.

Bercakap dalam sidang media di pejabat PKR di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, 19 Disember lalu, beliau berkata, dokumen itu ditandatangani kerajaan di mana Dr Mahathir merupakan perdana menteri dan menteri kewangan manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu sedang merengkok dalam penjara.

Sebelum itu, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.

"Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Multaqa Wedatul Ummah Ketiga anjuran Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang, 18 Disember.

Mahathir berkata demikian menjawab laporan laman portal propembangkang pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing, Anwar mendakwa Dr. Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan IMF dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP