KERAJAAN Mesir menahan anggota Ikhwanul Muslimin termasuk lapan pemimpin senior jemaah itu menjelang tunjuk perasaan seluruh negeri yang dirancang pada Jumaat, petang ini.
Peguam Abdil-Muniem Abdul-Maksoud mewakili Ikhwan memberitahu sekurang-kurangnya lapan tokoh senior Ikhwan telah ditahan dalam razia pada awal hari Jumaat ini (28 Januari), termasuk jurucakap, Ikhwan Issam Al-Irian, Muhamamd Mursi dan Hamdy Hassan.
"Alasannya adalah tentu saja dikenali: untuk mencegah apa yang diharapkan terjadi besok," katanya.
Sebuah sumber keselamatan mengesahkan bahawa kerajaan telah memerintahkan tindakan keras terhadap kumpulan Ikhwan semalam: "Kami mendapat arahan untuk menyapu keselamatan terhadap Ikhwan," kata sumber kepada Reuters.
Ikhwanul Muslimin secara rasmi belum turun ke jalan selama tiga hari tunjuk perasan oleh para pemuda yang marah terhadap standard hidup miskin dan pemerintahan yang otoriter, tetapi banyak pengikut kumpulan ini diharapkan bergabung dengan demonstrasi selepas solat Jumaat.
Kerajaan telah mengeluarkan amaran untuk para penunjuk perasaan untuk tidak membiarkan Ikhwan menggunakan aksi unjuk rasa sebagai "agenda tersembunyi" mereka.
Tokoh pembangkang Mohamad ElBaradei dan yang lain mengatakan kerajaan menggunakan pembangkang Islam sebagai alasan bagi kuasa autoritarian mereka.
Para aktivis telah menyeru demonstrasi terbesar pada hari Jumaat ini selepas tiga hari aksi tunjuk perasaan rasa yang terinspirasi oleh demonstrasi yang menggulingkan pemimpin Tunisia bulan ini. (Fq / reu)
PAKATAN koyak topeng Raja -Presiden PAS. Bongkar!
-
*1. PAKATAN koyak topeng Raja -Presiden PAS*
PERISTIWA kehakiman terkini yang memangsakan mantan Perdana Menteri, Dato’
Seri Mohamad Najib Tun Abdul Ra...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment