Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 31, 2010

Tentera Israel geledah kapal Mavi Marmara dan menembak para aktivis

Setelah menembak konvoi armada kapal Freedom Flotilla, tentera Israel mengikut info dari twitter Sahabat al-Aqsa melaporkan bahawa tentera Israel telah masuk ke armada kapal Mavi Marmara yang mengangkut bantuan dan relawan kemanusiaan pro-Palestin.

Belum ada laporan apakah ada aktivis pro-Palestin yang ditangkap ataupun ditahan oleh Israel. Hanya dalam twitternya, Sahabat al-Aqsa menulis: ISRAEL MASUK KAPAL!! Kami tidak akan menyerahkan satu orang pun! Allahu Akbar !!!!!!!!!.

Namun info terkini yang dipublis di Twitter Sahabat al-Aqsa dilaporkan tentera Israel mula menculik satu persatu aktivis pro-Palestin yang ada di dalam kapal. Tidak hanya itu, tentera Israel juga menembak gas pemedih mata ke dalam kapal Mavi Marmara sedangkan dalam kapal itu juga terdapat anak yang masih berumur 1 tahun dan 8 tahun.

Kejadian penembakan terhadap kapal Mavi Marmara berlaku pada pukul 4.30 pagi waktu tempatan, di mana askar Israel turun dari helikopter ke dek kapal Mavi Marmara dan lagsung menembak warga awam yang tidak bersenjata disana.

Sampai saat ini rombongan aktivis Indonesia yang berada di salah satu kapal armada kebebasan belum boleh kenalan dengan 12 orang WNI yang ada di kapal lain, kerana kapal dikuasai oleh tentera Israel.

Halaman Sahabat al-Aqsa sendiri setelah memberitakan tentang penembakan terhadap armada kebebasan dan melaporkan dua orang telah syahid, beberapa saat yang lalu terus mati dan mengikut info halaman tersebut di hack oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. (Fq / shbtalaqsha)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP