Belanda menghantar wakil mereka yang keturunan Somalia, Ayaan Hirsi Ali untuk mengkritik Islam. Dalam sebuah pernyataannya Hirsi Ali mendakwa agama Islam didasarkan kepada gaya hidup kekerasan serta tidak toleran, dan beliau menghasut serta menyeru negara Barat agar lebih memperketat syarat untuk memberikan bantuan kepada negara Muslim.
Hirsi Ali, menurut surat khabar Jyllands Posten Denmark berkata: "Islam adalah cara hidup yang ditandai oleh kekerasan, kebodohan dan gaya hidup bermusuhan dengan kaum wanita dan kumpulan gay, non-toleran dan diskriminasi."
Beliau juga menyeru Eropah dan Amerika Syarikat untuk memaksakan agar keadaan tersebut hilang di negara muslim.
Menurut tuntutan beliau itu: "Kita harus memberitahu mereka (negara Muslim) bahawa kita akan membantu mereka dengan syarat perlu mengubah sikap mereka terhadap kaum wanita kerana kami meyakini bahawa pembebasan terhadap wanita dapat memberikan sumbangan dalam kemajuan negara mereka."
Hirsi Ali ketika ini berada di Copenhagen atas jemputan jawatankuasa bedah buku dan pada kesempatan promosi buku barunya yang berjudul "Nomad" (nomaden), yang juga diterjemahkan kedalam bahasa Denmark.
Lebih 10 Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Di Bukit
Kuin Terbiar, Mohon Tindakan Segera
-
Saya sempat luangkan masa meninjau ke kawasan Tanah Perkuburan Islam
Negeri milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang
dah lebih ...
9 minutes ago
0 comments:
Post a Comment