DUBAI, 30 Mac — Sheikh Ahmad bin Zayed Al Nahyan, berusia 39 tahun dijemput ke alam barzah meninggalkan aset AS$400 bilion.
Adik kepada presiden Abu Dhabi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan, disahkan terbunuh dalam kemalangan peluncur di Maghribi Jumaat lepas.
Media negara WAM melaporkan Kementerian Hal Ehwal Kepresidenan mengumumkan acara berkabung tiga hari mulai Rabu dan pada tempoh itu bendera akan dikibarkan separuh tiang.
Saluran TV tempatan menyiarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada Selasa setelah berita kematian Sheikh Ahmad disiarkan.
Dilahirkan pada 1971, Sheikh Ahmad (kiri) merupakan pengarah urusan Lembaga Pelaburan Abu Dhabi (Adia) dan pengerusi lembaga amanah Yayasan Zayed bagi Kerja-kerja Amal dan Kemanusiaan.
WAM melaporkan peluncur berkenaan terhempas ke dalam sebuah tasik dekat Empangan Sidi Mohammad Bin Abdullah berhampiran ibu negara Maghribi, Rabat.
Laporan media menyatakan juru pandu peluncur itu dapat diselamatkan sementara pasukan pencari melancarkan operasi mengesan Sheikh Ahmad yang hilang dalam kemalangan itu.
Beliau berada pada ranking ke-27 orang paling berkuasa di dunia dalam senarai Forbes tahun lepas. Adia dikatakan memiliki aset bernilai lebih AS$400 bilion. — Bernama
Isu Lambakan Premis, Penempatan Warga Asing Tidak Selesai Jika Rakyat Tidak
Sama-Sama Bangkit Pertahankan Hak Kita !
-
Susulan begitu banyak pendedahan yang telah saya buat tentang isu warga
asing mutakhir ini, maka puak-puak terbabit mula tidak senang duduk dan
kepanasan...
21 hours ago
0 comments:
Post a Comment