Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 30, 2012

Polis tidak berani sebar gambar pengganas

(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang....sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini)

BIASANYA pihak polis akan menyebar gambar potret mereka yang dikehendaki apabila mereka dapat bukti orang berdemontrasi ganas.Tetapi kali ni polis tidak pula siar gembar yang dikehendaki itu. Kenapa?

Apakah semua gambar yang menunjukkan keganasan itu adalah polis? Geng dia juga?

Sekarang pihak polis mahu ugut rakyat jangan sebar gambar dan video menunjukkan keganasan polis. Mahu menutup perbuatan ganas mereka.Umno pula bertambah hangin dengan polis mentah yang pukul orang tanpa mengira orang itu bertugas seperti wartawan Sun.

Malangnya polis hendak mengampu kepada Umno tapi tidak cerdik kerana tidak mengenal undang-undang akhirnya termakan pada diri sendiri.

Kerana kurang keilmuan polis itu Umno makin sukar menghadapi pilihan raya. Najib akhirnya terpaksa berkata ia masih dalam siasatan. Kalau sebelum ini dia tidak pernah pun sebut perkara itu perlu siasat tetapi sering menyalahkan para demontrasi.

Tapi kali ini bila wartawan ikut kena pukul maka Najib cukup gelabah. Negara Najib sudah tidak ada kebebasan. Beliau salahkan suasana psikologi yang menyebabkan polis bertindak demikian.Menteri Dalam Negeri pun mula gelabah kerana orang Umno sendiri mahu beliau letak jawatan.

Laporan berikut:Tengahari tendang polis, petang tangkap peserta himpunanHarakahdaily, 30 Apr 2012

KUALA LUMPUR: Ketika pimpinan PAS mempertegaskan ahlinya bersih dan berdisiplin, tulisan bekas Setiausaha Umno Bahagian, Zahrin Mohd Yasin bahawa sekurang-kurangnya 2,000 anggota polis memakai baju Bersih Sabtu lalu menarik perhatian ramai.

Dalam tulisannya Sabtu lalu, Zaharin atau Sang Kelembai itu menulis, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi.

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning."Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.

Apabila seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."
Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih.

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin dalam tulisan itu.

Gambar-gambar mula tersebar kini tentang polis yang dikatakan menyamar itu.Misalnya aksi seorang peserta perhimpunan membuat 'flying kit' ke atas seorang polis trafik.Beliau juga didapati kemudiannya yang menangkap para peserta demonstrasi yang lain.
(Gambar siapakah ini yang menendang polis dengan gelang kuning di tangannya. Gambar ini kini tersebar luas)

Ada dua tempat peranan agen 'provokasi' ini dikesan oleh orang ramai.Pertama, siapa yang memulakan tindakan melempar kereta polis dengan botol air sehingga pemandunya hilang pertimbangan dan merempuh tiga orang di perkarangan pasaraya Sogo.

Yang kedua adalah tindakan memecahkan tembok penghalang yang dibina oleh DBKL mengelilingi Dataran Merdeka.

Siapakah mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan dengan nyata.Pihak penganjur Bersih 3.0 pula menuntut kerajaan membuat siasatan menyeluruh terhadap perhimpunan kali ini.

Peranan media tradisional yang dikuasai Umno dan BN juga mendapat kecaman dari pemerhati antarabangsa yang datang untuk membuat pemerhatian mereka terhadap perhimpunan kali ini.

Bercakap dalam sidang media mereka semalam, Senator Nick Xenophon dari Australia berkata, "perhimpunan ini aman sehinggalah mereka diprovok."

Beliau juga mengkritik laporan dari TV yang jelas melaporkan secara sebelah pihak.

“Mainstream media berat sebelah dan tidak adil. Kami lihat lebih laporan Perdana Menteri Najib (Tun Razak) di Sabah dalam TV dari peristiwa yang lebih besar tentang rakyat Malaysia,” kata Xenophon.

Seorang lagi ahli dari pasukan 7-anggota itu, India Times editor MJ Akbar, berkata peserta sebenarnya dalam mood berpesta.

“Orang ramai mempunyai masa yang cukup kalau mereka mahu bertindak ganas. Tetapi mereka berpesta sehinggalah berlakunya provokasi,” kata Akbar.

Read More...

Wednesday, April 25, 2012

Apakah Zahid termasuk Melayu mudah lupa

PADA 29 Mei 2011, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sedia memberi keterangan di mahkamah berikutan siasatan Perancis berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang bernilai ribuan juta ringgit. Berita tersebut bertajuk `Siasatan Perancis: Menteri sedia beri keterangan’ mengatakan kesediaan Zahid ke mahkamah bagi menjawab isu itu merupakan bukti kerajaan sentiasa berani bersikap terbuka dan telus untuk menjelaskan segala perkara yang dipersoalkan rakyat. Namun, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa `Melayu mudah lupa’ rupanya penyakit itu termasuk orang seperti Zahid. Sebaliknya pada 21 April 2012, dilaporkan Zahid tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002. Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew. "Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu. Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka. NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima. Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid. Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia. "Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya. Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu. Pada tahun lepas, Zahid berkata; “Suaram bebas untuk melantik peguam, mencabar kita (kerajaan) di mahkamah atau apa-apa sahaja kerana kita mahu menjadi lebih telus. "Seperti yang anda ketahui, keupayaan Scorpene telah terbukti dan segala dakwaan yang dibuat (Suaram) boleh ditentukan kesahihannya di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Titiwangsa di Kuala Lumpur, sebagaimana dipetik Utusan. Orang Umno baca berita tersebut ketika itu bukan main suka kerana kerajaannya telus kononnya tetapi sekarang teluq boleh bagi makan anjing. “Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran,” kata Zahid. Pihak berkuasa Perancis kini menjalankan siasatan berhubung sama ada komisyen dibayar dalam perjanjian bernilai RM7.3 bilion antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan yang berpangkalan di Perancis, DCNS. Bayaran seumpama itu adalah tidak sah mengikut undang-undang Perancis. Pada 2009, NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengemukakan saman ke atas DCNS di mahkamah di Paris dalam apa yang didakwa mereka sebagai rasuah aktif dan pasif, menjalankan urusniaga berdasarkan habuan dan menyalah-guna aset koporat. Apabila diminta mengulas perkembangan itu, Ahmad Zahid berkata: “Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet. Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi.”

Read More...

Sengket sangat DBKL, duit derma pun kebas

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa merampas dua kotak derma yang berisi kira-kira RM200 dalam satu lagi serbuan ke atas perkhemahan peserta protes di Dataran Merdeka selepas tengah malam tadi. Menurut peguam Fadiah Nadwa Fikri, DBKL juga merampas bekalan makanan mereka dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 malam tadi. Ia adalah serbuan ketiga DBKL ke atas perkhemahan tersebut dalam tempoh kurang 24 jam. Aktivis yang berkumpul di situ enggan berganjak walaupun ada usaha mengusir mereka dan khemah serta bekalan mereka dirampas. "Kami tiba selepas mendapatkan pembebasan empat pelajar (yang ditahan dalam serbuan sebelumnya) dari balai polis Dang Wangi dan mendapati berlaku kekecohan. "Peserta protes itu kecewa kerana wang tersebut baru dikumpulkan hari ini. Mereka menganggarkan jumlahnya RM200 hingga RM300," katanya. Fadiah berkata pegawai DBKL yang dikenali sebagai Fuat, yang berada di situ bersama 10 trak DBKL, memberitahu peserta protes tersebut bahawa mereka boleh mendapatkan barang-barang mereka semula esok di pejabat DBKL. "Katanya, mereka tidak dapat memulangkannya sekarang kerana perlu disimpan di setor terlebih dahulu," kata Fadiah sambil menambah Fuat tidak menjelaskan mengapa kotak derma tersebut dirampas. Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Haziq Abdul Aziz berkata Fuat memberitahu mereka yang dia akan "cuba" mengenal pasti pegawai yang mengambil kotak derma tersebut. Haziq menambah DBKL turut merampas beberapa khemah dan bendera, tetapi para pelajar berhasrat untuk terus berkhemah di situ malam ini. "Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berbuat apa-apa dengan begitu ramai kami di sini tetapi kita akan lihat apa yang berlaku pada waktu pagi," katanya.

Read More...

Tuesday, April 24, 2012

Wajib hadir Bersih 3.0 - Tuan Guru Nik Aziz

SELEPAS PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib. Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah). Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam. “Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di Kota Bharu, sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini. Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam. “Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya. “Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi. Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan. Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain. Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam. “Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam. “Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya. Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram. “Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi.

Read More...

Bersih 3.0: Kita jadi keliru bila Umno tunjuk baik

SEGALANYA kerana pilihan raya umum (PRU) ke 13 sudah hampir. Sekiranya tindakan kekerasan terhadap Bersih 3.0 ia memberi implikasi besar kepada BN sedangkan PRU ke 13 tidak lama lagi. Jadi buat baik. Buat warak. Jangan ulas atau kontra. Kontra bermakna tidak menguntungkan BN kerana ia menambah kebencian orang ramai kepada parti itu. Apalagi kekerasan terhadap Bersih 3.0 ia akan menjadi topik hangat menyukarkan kerajaan BN menepis. Selain itu BN sudah merasa kemenangan terjamin untuk mengekalkan pemerintahan dan merampas Selangor. Dengan memasukkan pengundi asing Sabah dan Sarawak ke Selangor ia tidak menjadi kebimbangan kepada Umno. Malah pilihan raya mesti dilakukan secepat mungkin sebelum pembersihan PRU ke 13 berlaku. Bagaimanapun ada juga risiko kepada BN sekiranya perhimpunan Bersih benar-benar dihadiri 500 ribu orang. Ia akan menjadi kejutan kerana Malaysia juga sudah umpama `Arab spring'. Rakyat menuntut perubahan dan tukar kerajaan. Oleh kerana itu jangan disangka mudah untuk anda sampai ke Kuala Lumpur. Sekatan jalan oleh pihak polis, itu perkara biasa sebagai usaha menggagalkan perhimpunan mencapai sasaran dan anda kena bijak untu melepas sekatan tersebut. Berita berkiatan: Menteri akui k'jaan 'keterlaluan' tangani BERSIH 22 April 2012 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui bahawa kerajaan bertindak keterlaluan ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada dengan mengharamkan penganjur dan menahan individu yang memakai kemeja-T perhimpunan 9 Julai itu. Bagaimanapun, beliau membandingkan tindakan tersebut dengan langkah yang diambil kerajaan United Kingdom dalam menangani rusuhan yang berlaku di negara tersebut. "Banyak bantahan daripada orang ramai (di UK) kerana kurang tindak balas daripada agensi penguatkuasa," katanya dalam satu wawancara dengan akhbar Sunday Star hari ini. Katanya dakwaan bahawa kerajaan bertindak keterlaluan itu mungkin berbeza sekiranya sesuatu yang buruk berlaku ketika perhimpunan BERSIH 2.0. Bagaimanapun kerajaan mengambil teladan daripada peristiwa itu dan memperkenal undang-undang baru untuk perhimpunan BERSIH 3.0. Katanya akta itu memberi keyakinan kepadanya untuk menjalankan tugas dengan bijaksana dan bertanggungjawab mengikut undang-undang. Pentadbiran Najib melancarkan operasi besar-besaran untuk mematahkan usaha penganjur mengadakan perhimpunan terseut, termasuk segala aktiviti berkaitan BERSIH. Tindakan itu menyebabkan ramai ditahan dan timbul dakwaan bahawa pergerakan BERSIH disusupi oleh ejen komunis. Hishammuddin sendiri mengumumkan BERSIH – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil – sebagai pertubuhan haram dan bahan publisiti pertubuhan itu juga dirampas. Beliau juga memberi jaminan bahawa perhimpunan 28 April tidak akan dianggap sebagai satu ancaman keselamatan, selagi ia dijalankan secara aman. Jika ada penambahan kehadiran polis untuk hari tersebut, itupun hanya bagi membantu golongan yang ingin menghadiri perhimpunan, katanya. Bagaimanapun, Hishammuddin tetap menggesa gabungan BERSIH supaya menggunakan lokasi lain memandangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menolak permohonan mereka untuk menggunakan Dataran Merdeka.

Read More...

Isu task force IC; Mohon tidak perkenan bubar Parlimen

JAWATANKUASA Anti Pemalsuan IC (Api) memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan pembubaran Parlimen selagi tiada penyiasatan dan pembersihan terhadap dakwaan senarai nama lebih 175,000 pengundi diragui berhubung isu task force pemberian IC. Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar, hari ini, menyerahkan senarai nama lebih 175,000 pengundi diragui kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, di pejabat Penyimpan Mohor itu, di Jalan Bukit Petaling di sini. "Kita menuntut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," ujarnya kepada media selepas penyerahan tersebut. Beliau turut menggesa agar mereka yang didakwanya terlibat dalam 'task force' itu digantung tugas sehingga siasatan selesai. Memorandum tersebut dikatakan mempunyai semua bukti berhubung dakwaan wujudnya task force IC itu. Selain itu, Mahfuz juga turut memohon agar Tuanku menitahkan penggantungan tugas pegawai kerajaan terlibat dalam task force. Turut serta dalam pertemuan sebelum itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud. Ahli Parlimen, Mohd Firdaus Jaafar, Adram Musa serta dua orang peguam yang menganggotai jawatankuasa Api. Selain melampirkan nama anggota task force, memorandum turut menyatakan sebahagian nama daripada 175,388 nama pemilih di seluruh negara itu tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Turut dikemukakan juga sebanyak 17,000 nama yang mempunyai nombor kod kelahiran 71 yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India. “Senarai itu mengandungi nama pengundi dengan kod kelahiran dengan "angka-angka pelik" dalam kad pengenalan,” ujarnya. Sejumlah nama yang ada dalam daftar pemilih itu juga didakwa terdiri daripada warga Nepal, Myanmar dan Filipina. "Kedatangan mereka boleh menggugat sistem beraja kerana di negara mereka tidak ada sistem raja berperlembagaan. "Malah di Nepal juga mereka telah menggulingkan raja mereka sebelum ini," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu. Beliau berkata dengan penyerahan bukti itu, Majlis Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong diharap berkenan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu. "Kita juga turut mencadangkan Tuanku melantik Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang untuk mengetuai suruhanjaya ini berdasarkan pengalaman dan keberanian beliau, atau mana-mana individu yang diyakini oleh Sri Paduka Baginda," katanya. Penyerahan senarai itu dibuat Mahfuz susulan dakwaan beliau sebelum ini bahawa wujud 'task force' yang beroperasi dari Pejabat Perdana Menteri dan memberikan kewarganegaraan kepada warga asing. Mengulas penafian Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar tentang penglibatannya dalam 'task force' itu, Mahfuz berkata Wan Ahmad hanya menafikan penglibatannya tetapi tidak menafikan kewujudan 'task force' itu sendiri.

Read More...

Saturday, April 21, 2012

Kita kerja mahu pahala bukan dosa free

MEMANG kita kerja nak cari duit tetapi itu termasuk rezeki Allah Taala sama ada Allah mahu bagi lebih atau kurang kepada kita. Maka peru bagi kita membetulkan niat kita kerja kerana Allah bukan kerana duit.

Sebelum itu saya jelaskan bahawa tlisan ini mahu menjawab berita berkenaan dengan NGO Tibai yang saya tulis. Saya berniat berita itu untuk memberitahu bukan mengatakan Anwar pemimpin seks dan liwat. Ia menjadi keliru kerana satu perkataan `kononnya' telah dibuang daripada berita itu.

Bila kerja kerana Allah rezeki tu Allah yang bagi. Kita tak kerja pun Allah bagi rezeki kita kerja pun kalau Allah nak tark rezeki ditimpanya musibah atau ujian atas kita. Tak da juga rezeki yang kita kata kononnya kita dapat tetap tiap-tiap bulan.

Oleh kerana kita rasa kerja kita tak sangkut paut dengan Allah maka kita mudah-mudah fitnah orang, serang peribadi orang.

Kita tak rasa berdosa kerana apa? Kerana pemikiran kita sudah sekular. Kita rasa kehidupan kita terasing daripada Islam. Terasing daripada dosa dan pahala. Inilah kehidupan yang diajar Umno.

Pas mahu membetulkan fikiran sekular ini. Mahu menjadikan umat Islam tahu dosa dan pahala dalam setiap perbuatan dan kehidupan.

Takut dosa dan neraka bila kita buat fitnah orang. Sentiasa bekerja untuk tambah pahala bukan sahaja tambah duit. Duit tu memang Allah akan bagi bila ada usaha.

Jadi bila ada kawan saya mula tegur story saya yang disiar dalam protal pro Umno, saya katakan saya tidak kata Anwar lakukan seks atau liwat.

Sebab story asal saya berbunyi begini, KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) yang baru ditubuhkan semata-mata mahu menghentam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya `tabiat buruk’ pemimpin itu membabitkan isu seks dan liwat.

Ada perkataan `kononnya' tetapi perkataan itu telah dibuang jadi nampak sangat penulis mengata Anwar pemimpin seks dan liwat.

Saya tidak mahu menanggung dosa orang edit berita itu. Saya akan persoal diakhirat iaitu mahkamah keadilan. Atas dunia dia boleh tunjuk kuasa kerana dunia Malaysia sekarang gila dengan duit. Duit menguasai pertimbangan akal dan ilmu serta akhlak. Malah dia boleh atasi neraka dan syurga, dosa dan pahala.

Kalau dia takut neraka dia tidak akan buat macam tu.

Tajuk saya juga lain iaitu `Mursyidul Am Tibai kata ditubuh untuk hentam Anwar'. Saya mahu memberi tahu kepada pembaca satu maksud rangkai nama yang baik bersama dengan nama buruk huduh dan ganas. Cantik sangat ke `tibai'.

Pada saya berita itu lebih kepada melapor untuk memberitahu anda ada lagi satu NGO yang serang peribadi orang.

Maka labih baik anda doa keburukan sahaja kepada NGO ini. Tidak memberi manfaat kepada ummah. Malah ia pencetus pemusuhan dan pergaduhan.

Kumpulan seumpama ini sudah tidak mampu berhujah maka peribadi orang jadi sasaran. Mereka hanya mengata kononnya orang buruk tetapi tidak boleh membuktikan.

Mengata orang tanpa bukti jadi fitnah. Fitnah boleh membawa pemusuhan. Malah ulama kata ia lebih teruk dari membunuh.

Read More...

Wednesday, April 18, 2012

Nik Aziz ni sedar ke apa yang dia buat

KEBIASAAN menteri besar yang kita temui gelas tu dia tidak pandang pun. Kalau nampak pun dia main campak je. Hok lagi teruk ada main pakai tendang.

Tak pernah tengok? Usah gelas bakul peniaga kecil tak berapa nak idup, jual masa tu dapat duit masa tu petang habis. Esok datang jual tapi orang ni la yang jadi mangsa kaki sebelum jadi menteri besar.

Sukarnya kita mahu cari orang memuliakan orang. Orang memuliakan kita. Orang besar memuliakan kita. Mana mahu dapat.

Kalau macam gambar atas tu. Kenapa la orang tua tu dok susoh-susoh angkat gelas. orang gaji kan ramai. Kan pelik orang besar ni kalau tadok orang gaji. Main angkat sediri gelas.

Tak malu ke orang besar tengok di orang orang kecik. Orang besar dok layan orang kecik wat pa.

Gambar itu sebenarnya telah memusing minda anda. Anda tak percaya tetapi hakikatnya itulah.

Anda tidak akan melihat gambar ini pada seorang menteri besar tetapi itulah yang berlaku pada menteri besar seorang Islam.

Jiwa Islamnya tawaduk, memuliakan perbuatan yang dianggap bernilai rendah, kerja bawahan tetapi itulah Islam tetap memandang tinggi selagi ia bertaqwa.

Hitam ke putih ke perang ke yang penting taqwa. Angkut tahi ke sapu tahi ke cuci tandas ke longkang ke tetapi yag penting taqwa.

Read More...

Presiden Pas jenguk penyanyi Rap Bob Kuman

PENYANYI Rap, Bob Kuman sebelum ini laporkan dalam blog mendakwa hanya ada RM36 dalam akaun simpanannya mendapat simpati Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang sempat menziarahi beliau selepas kuliah Maghrib di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Abdul Hadi memasuki biliknya di Apartmen Salvia, Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan dalam laptop.

Bob atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi turut menambah: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Marang itu bersama rombongan nazir serta ahli kariah masjid tersebut.

Bob juga menceritakan arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas Pas di kampung di Negeri Sembilan.

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden Pas meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Katanya, setiap musibah merupakan ujian daripada Allah SWT akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala diatas kesabaran menghadapinya.

“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Abdul Hadi menghulurkan sumbangan daripada ahli jamaah dan pihak masjid.

Pengacara TV3, Mazidul Akmal Sidek menulis dalam blognya tentang Bob Kuman yang memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini beliau tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (Husni Mohd Rawi, Maybank 112371007047)

Read More...

Tuesday, April 17, 2012

NFC buka ladang Kazakhstan atasi import daging?

AHLI Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan tindakan National Feedlot Corporation (NFC) buka ladang di Kazakhstan kerana sasaran kerajaan berkaitan dengan projek lembu untuk mengurangkan import daging negara.

“Mengapa meneruskan kerjasama dan pembukaan ladang di Kazakhstan sedangkan sasaran projek ini adalah bagi mengurangkan kebergantungan daging import," soalnya dalam kenyataan media, hari ini.

Ketua Wanita PKR itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan NFC meneruskan perniagaan walaupun dimaklumkan projek akan ditender semula serta akaunnya dibekukan.

Pada 27 Mac lalu, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa projek NFC akan ditender semula dan akaun syarikat dibekukan sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Beliau merujuk kebenaran kepada Pengerusi NFC Datuk Sri Dr Mohamad Salleh Ismail untuk ke Singapura dan Kazakhstan masing-masing 23 April dan 5 Mei ini.

"Mengapa beliau dibenar ke Singapura dan Kazakhstan bagi tujuan lawatan perniagaan seolah-olah operasi perniagaan berjalan seperti biasa?” ujarnya.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan Mohammad Salleh untuk menggunakan pasport beliau bagi tujuan perjalanan perniagaan dan mengarahkan ianya dipulangkan semula kepada mahkamah pada 16 Mei 2012.

Laporan akhbar The Star dan News Straits Time pada 14 April lalu melaporkan Mohamad Saleh perlu keluar negara bagi urusan perniagaan NFC.

Beliau akan berada di Singapura dari 23 hingga 26 April bagi memastikan perjalanan perniagaan di negara itu lancar.

Lawatan ke Kazakhstan pula akan diadakan pada 5 hingga 11 Mei bagi tujuan pembukaan ladang baru.

Manakala pada 11 hingga 15 Mei pula Mohammad Salleh didakwa mahu melawat anak perempuannya, Wan Izzana Fatimah Zabedah yang belajar di London.

"Saya mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Pertanian bertanggungjawab kepada persoalan-persoalan ini.

"Walaupun kes ini masih dalam siasatan pihak mahkamah namun kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kes penyelewengan dana awam ini diselesaikan dengan adil dan bijaksana, bukan seperti melepaskan batuk ditangga," kata Zuraida.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP