Saya mengikuti kebanyakan komen di facebook dan blog. Kebanyakan saya rasa ramai tidak faham tuduhan kes liwat keatas Anwar. Persoalan zina atau liwat ia membabitkan maruah. Dan pertuduhan mesti kemukakan empat saksi.
Malah Dr Hasan sendiri tidak faqeh, mungkin dia dipengaruhi seseorang kerana kata-kata beliau berlainan sangat ketika ditahun 1998-99. Kenapa? Jangan lupa harta pangkat boleh mengubah hati kita.
Saya rasa anda juga ingat sokongan Hasan kepada Anwar ketika berdepan tuduhan dan konspirasi liwat 1. Sebaliknya kali ini berlainan madah bicara beliau. Malah dituduhnya kes itu kes peribadi Anwar.
Dimana hilang persaudaraan Hasan sesama muslim diibarat satu tubuh. Apabila satu bahagian tubuh sakit, maka bahagian tubuh lain turut terasa sakit.
Apakah Hasan tidak faham bahawa bertindak tidak adil sesama Islam adalah perbuatan zalim yang termasuk cegah kemungkaran.
Umno pula berkata, kalau mahkamah putus bersalah dikatakan mahkamah tidak adil. Ada setengah pulak mengatakan kemenangan itu milik peguam Karpal Singh.
Ini cuak Umno yang mahu yang memang kerja dia jaga buntut Umno. Dia akan cari ruang nak lagakan orang Melayu dengan bukan Islam.
Kes Anwar sebenarnya kalau diamati tidak akan pergi jauh kerana sudah tenu Saiful akan dibicara dibawah Qazaf kerana ia gagal kemukakan empat saksi.
Sekiranya Saiful kata dia dirogol dan dibicara dibawah takzir maka siasatan mesti dilakukan. Pendakwaraya kena kemukakan bukti.
Ini kerana kes tersebut membabitkan maruah seseorang. Saya rasa Hasan Ali sebagai exco agama kena memahami kaedah ini. Jangan ilmu sekularnya mengabui ilmu Islam.
Mengikut Islam kes liwat akan dibicara dibawah hudud tetapi kita dapati Saiful gagal bawa empat saksi maka si penuduh kena bicara bawah qazaf.
Kalau Saiful merasakan dirinya dirogol dan tiada empat saksi maka kes itu boleh dibicara dibawah takzir.
Soalnya apakah beliau dirogol, dipaksa liwat? Kita tidak dengar pula pengakuan itu.
Jadi kes itu sepatutnya ditolak awal-awal lagi dan Saiful yang patutnya dibicara dibawah Qazaf.
Namun mungkin ada yang simpati dengan Saiful dia mengatakan dia dirogol maka siasatan dilakukan apakah benar-benar jubur Saiful dirobek Anwar.
Tetapi kebanyakan bukti tidak jelas sebagaimana kita ikuti perbicaraan mereka. Maka memang patut Saiful di Qazaf.
Monday, January 9, 2012
Saiful patut dibicara dibawah Qazaf
PRU ke 13 dijangka Jun atau September
KUALA LUMPUR: Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat dijangka mempengaruhi ramalan popular pembubaran pilihan raya umum ke 13 kepada Jun atau September, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"Bagi saya, pilihan raya awal bermaksud mereka mahu ia diadakan pada Mac. Bagaimanapun, saya tidak fikir bahawa ia akan diadakan pada Mac tetapi sebaliknya pada bulan Jun atau September," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ditanya sama ada keputusan itu akan meningkatkan sokongan atau kepopularan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Lim berkata beliau tidak fikir begitu, sebaliknya ia meletakkan Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.
“Apa yang penting bukan hanya keadilan untuk Anwar tetapi keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Ini adalah hari yang penting bagi Malaysia, untuk kebebasan dan keadilan," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini, Isnin lalu.
Beliau berkata, BN yang menerajui kerajaan persekutuan mempunyai niat jahat dalam mendakwa Anwar untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu.
"Sudah tiba masanya untuk kita membuat perubahan dengan mendirikan sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat supaya (individu) tidak bersalah tidak didakwa secara sebarangan.
"Awar telah menjadi mangsa dua kali (tuduhan liwat). Saya harap tidak ada kali ketiga. Saya harap juga Peguam Negara akan menjadikan kes ini sebagai teladan dan tidak menjadi alat kepada kerajaan BN," ujarnya.
Beliau juga mendesak barisan pendakwa raya memberi penjelasan kepada rakyat mengapa mereka sanggup mengheret Anwar dalam kes tersebut.
Hasan `budiman’ patut letak jawatan
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata sekiranya Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali seorang ‘gengtleman’ atau bersifat budiman, maka veteran PAS itu harus meletak jawatan kerana telah hilang keyakinan dan sokongan daripada partinya sendiri.
“Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gengtleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat.
"Hasan Ali sebagai exco mewakili PAS perlu membuat keputusan sendiri sama ada atau tidak dia mempunyai sokongan dan kepercayaan dari PAS,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, dalam satu kenyataan media, Abdul Khalid berkata Pejabat Penasihat Undang-undang negeri berpandangan meskipun perkenan Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan exco, namun perkenan baginda tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran exco.
Katanya, beliau akan menghadap sultan pada mesyuarat dengan baginda pada Jumaat bagi menentukan kedudukan Hasan.
Ditanya sama ada persetujuan baginda diperlukan untuk menyingkirkan Hasan, Khalid menafikan dan berkata jawatan ini akan diputusan oleh PAS yang mempunyai kuasa menentukan siapa yang mahu dilantik mereka.
Hasan sebagai exco bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam selama ini menikmati sokongan daripada sultan berhubung perjuangannya dalam dakwaan umat Islam di negara ini cuba dimutadkan oleh kumpulan Kristian.
Mengulas perkara yang sama, pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (bawah, kanan) berkata, perlembagaan menyebelahi Abdul Khalid dalam menentukan barisan exconya.
"Walaupun Hasan Ali adalah exco untuk agama, namun beliau adalah seorang ahli exco yang tertakluk di bawah kuasa MB, bukan sultan," katanya dalam e-mel kepada Malaysiakini hari ini.
Katanya, Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perlantikan exco adalah di bawah bidang kuasa menteri besar atau ketua menteri masing-masing.
"Perlembagaan adalah jelas bahawa dalam pelantikan dan pemecatan ahli-ahli kabinet - dalam kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri - istana mesti patuhi nasihat (mereka)," katanya.
Katanya, dalam kerajaan campuran seperti Pakatan Rakyat, keputusan jawatan exco yang diperuntukkan ditentukan oleh parti masing-masing.
"Jadi, Hasan Ali boleh dipecat oleh MB Khalid berikutan keputusan PAS untuk menyingkirkan keahliannya.”
Saturday, January 7, 2012
Hasan Ali masih dakwa PAS tembeng
SAYA minta maaf tulisan posting Dr Hasan dah angau berterabur. Saya sebelum gi sidang media Dr Hasan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam, terbaca kat Siasah katanya yang dia minta maaf berhubngan negara kebajikan tetapi tidak berkenaan PAS keluar dari landasan.
Ini bermakna Dr Hasan Mohd Ali masih mendakwa PAS tembeng, tidak betul. Dengan kata lain dasarnya dah tidak betul. Ini dakwaan yang berat.
Saya pergi sidang itu antara lain mahu tanya apa yang tertulis muka depan Siasah itu. Saya fikir lebih baik saya bertemu sorang sama sorang selepas sidang media. Bagaimanapun selesai PC (press conference) dia tetap bersama Suwardi.
Saya memang dah tak berkenan dengan Suwardi... dah tak respek dia.
Jadi saya blah balik ofis lalu karang Dr Hasan Ali dah angau. Rupanya hit, mungkin sebab Lutfi Othman link kat facebook dia. Saya nak ucap terima kasih kat dia kerana baran saya dikongsi bersama.
Bagaimanapun maksud yang saya nak sampaikan itu harap tercapai dan difahami (faqeh) walaupun dalam bahasa yang berterabur.
Saya nak menambah, sebelum masuk PC saya dah angin… bila masuk dan dengar PC Hasan Ali… satu badan naik angin.
Apa tidaknya bila dia cakap isu Anwar tu peribadi. Dia dakwa Anwar mempergunakan pelajar untuk berdemo.
Saya dengar ucapan dia masa itu saling tidak tumpah macam Umno. Kenapa mengerahkan pelajar untuk berdemo. Katanya beliau difahamkan pelajar u tengah exam. Jadi tumpulkan pelajaran, jangan turun berdemo.
Masa tu saya tengok muka dia saling tak tumpah……… (saya malah nak cakap kerana nanti saya mengumpat kejadian Allah SWT… Allah yang menciptanya walau baik atau buruk daripada mata kita tetapi kita tidak boleh umpat) tetapi itulah perasaan saya sebenarnya…. Amat marah.
Sebelum ini memang saya mengambil sikap bersangka baik dengan Hasan Ali kerana ada ideanya dikira bagus dan baik untuk Islam.
Namun sebagaimana kata Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang kita kena feqah Islam maka saya lihat waqik dia tidak kena tempat dan ketika serta kesesuaian masa itu.
Betul kita perlu memperjuangkan akidah umat Islam. Dalam hal ini pun PAS perjuangkan akidah umat Islam. Memang sebelum berlaku kerjasama dengan DAP dan PKR, PAS paling kuat memperjuangkan akidah umat Islam.
Sebut sahaja isu orang Islam dimurtadkan maka akan tampil PAS untuk menyelesaikan itu tersebut.
Kerjasama dengan DAP dan PKR tidak bermakna PAS tidak lagi memperjuangkan akidah umat Islam.
Masalahnya Dr Hasan melihat memperjuangkan akidah umat Islam dari skop yang kecil. Convert agama itu sahaja yang dia faham. Sedangkan PAS melihat dalam rangka yang lebih luas.
Masalah akidah bukan sahaja tukar agama tetapi penghinaan terhadap agama, keengganan patuh kepada hukum agama dan menyifatkan sistem pemerintahan yang ada sekrang lebih baik daripada Islam hingga tidak mahu tukar kepada Islam.
Selain itu kita kena mengikut wakiq, keadaan setempat dan keadaan masa serta kesesuaiannya. Apa yang diterangkan Abdul Hadi saya rasa orang cerdik pandai akan faham tetapi sebaliknya berlaku kepada Hasan Ali. Kenapa? Apakah pemikiran dia yang menguasai dirinya atau think tank disekeliling dia.
Kita sebenarnya mengharap dia yang menguasai think tank dia tetapi sebaliknya yang berlaku.
Berbalik kepada tuduhannya mengatakan PAS tembeng. Saya harap PAS mengambil tindakan sesuatu. Bukan sekadar pertemuan mahabbah tetapi beliau perlu memberi penjelasan tentang dakwaannya itu.
Dakwaan PAS tembeng atau keluar dari landasan menunjukkan PAS sudah tidak betul. Maka sesuatu tindakan perlu diambil keatas Hasan Ali.
Tengok nasihat Abdul Hadi:
Saya sangat harap Hasan Ali baca dan faqeh serta feqah
POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA
Ditulis oleh Presiden PAS Khamis, 22 Disember 2011 16:50
Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.
Firman Allah :
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)
Sabda Rasulullah S.A.W.
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim
Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.
Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.
Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.
Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.
Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.
Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.
Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.
Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.
Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.
Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya yang bermaksud :
وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).
Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.
Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.
Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.
PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.
Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.
Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?.
Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.
PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.
الشَّيْطَانُ ذِئْبُ ابْنِ آدَمَ كَذِئْبِ الْغَنَمِ ، فَإِنَّ الذِّئْبَ يَجِيءُ فَيَأْخُذُ الشَّاذَّةَ وَالنَّاحِيَةَ وَالْمُنْفَرِدَةَ ، فَالْزَمُوا الْعَامَّةَ
(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.
PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.
Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.
Khadam Perjuangan Islam
PRESIDEN PAS
Thursday, January 5, 2012
Dr Hasan dah angau
AMAT meluat dengar steatment Dr Hasan Ali bila beliau sudah tidak faqeh, tak cerdik berpolitik dan tidak kenal mana sasaran.
Saya tidak pasti sama ada dia baca atau tidak kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bila menyentuh tentang perselisihan beliau, Mustafa Ali, Saari Sungip dan Nasharuddin Mat Isa.
Kalau dia baca maknanya dia memang tidak cukup feqah (kefahaman). Kalau dia tidak baca memang dia meletakkan dirinya dalam kejahilan. Rugi orang yang berpendidikan tetapi meletakkan dirinya taraf itu.
Kalau dia faham, feqah rasanya dia akan berpolitik secara bijaksana. Bukan berdepan dengan media tetapi membuat kenyataan menyerang rakan seperjuangan dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani. Kalau dia masih orang PAS Selangor Dr Rani tu pemimpinnya.
Saya nak hentam ni pasal baru balik dari menghadiri sidang media beliau di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Saya hormati dia punya pandangan tetapi ia tidak patut bagi beliau dalam PAS dan bekerjasama dengan PKR meluahkan pendapat beliau pada media.
Kalau beliau anggap kes Anwar adalah peribadi, ia boleh dibincang dalam PAS, bahas dalam mesyuarat PAS. Kenapa perlu bercakap kepada media? Kenapa tidak jaga hati rakan kita?
Memang saya akui ramai juga pemimpin PAS berpendapat seperti beliau tetapi kebanyakkan pemimpin feqah uslub dakwah yang perlu diambil kesempatan oleh PAS. Kenapa Dr Hasan Ali amat tidak cerdik? Apakah terlalu kuat otaknya dipengaruhi Suwardi.
Memang kes Anwar kes peribadi tetapi ia berkait dengan qazaf dan hudud yang diperjuangkan PAS. Sepatutnya inilah masa yang perlu PAS perjuangkan untuk menegakkan keadilan hudud. Tetapi Hasan tidak fekah. Itu yang rugi.
Mewar-warkan qazaf dan hudud supaya umat Islam faham undang-undang Islam. Kita ambil kesempatan daripada rakyat yang sedang membicarakan system kehakiman yang tidak adil.
Hasan perlu faham kes Anwar kalau dibicara perlu dibawah qazaf kerana pertuduh tidak bawa empat saksi. Saksi yang ada sekarang saksi teknikal bukan saksi sah untuk hudud.
Saksi teknikal hanya untuk takzir. Memang Anwar boleh dibicara dibawah takzir tetapi sebelum dibicara dibawah takzir, kes dia kena dibicara dibawha qazaf terlebih dahulu.
Ini Hasan Ali kena mengaji lebih sikit ni. Dia tidak fekah lalu dia tuduh kes Anwar kes peribadi. Ini aku geram ni… kalau aki geram aku kata mu bodoh Hasan Ali.
Daripada situ kita boleh lihat kes Anwar tidak memberi keadilan kepadanya. Pasal perbicaraan dia jauh daripada sistem Islam. Memang tidak adil. Yang adil hanya Islam.
Hasan Ali kata nak perjuangkan Islam tetapi hal ni pun tak faham. Macam mana ni…?
Hasan kata kenapa kita bercakap tentang dia? Ada banyak lagi masalah pembangunan dan kepala kita yang perlu memikirkan tentang kejuruteraan memajukan negara.
Macam Korea, Taiwan dahulu kebelakang daripada kita tetapi mereka lebih maju daripada kita. Itu betul la Hasan sebab pemimpin negara kita juga dok asyik berfikir macam mana nak menjatuhkan musuh politik mereka.
Jadi Hasan tidak patutlah hendak menolak isu ini kerana isu ini akan sentiasa dimainkan oleh mereka yang tamak kuasa, tamak kekayaan sebagaimana diterangkan dalam al-Quran. Ini pun Hasan tidak faham.
Sebab itu nak jadi negara maju dan bertamadun kena buang mereka mereka yang ada perangai macam ni.
Perangai bunuh orang, kaut kekayaan sendiri, asal aku je yang senang orang lain biar susah. Ni kawan Hasan ada perangai macam ni. Jadi cek la tak yah gi jauh.
Adanya perangai-perangai macam tu, itu sebab rakyat terus susah. Yang kaya macam Hasan Ali dan rakan sewaktu dengannya.
Bila dia cakap macam tu, saya memang ada hasrat nak jumpa dia sorang sama sorang. Saya nak hujah yagn dia kata itu kes peribadi Anwar.
Saya akui itu memang kes peribadi tetapi ia ada kaitan perjuangan PAS sekiranya mahu memperjuangkan qazaf, hudud dan undang-undang jenayah Islam.
Maka bagi saya perlu kepada orang perjuangan memberi kesedaran kepada rakyat yang belum sedar. Jadi turun pada 9 Januari ini memang kerja betul untuk war-warkan kepada rakyat bahawa sistem undnag-undnag negara pincang tidak betul. Lainlah kalau kepada Hasan Ali kata betul.
Selain itu kita mahu sistem kehakiman yang adil bukan dipengaruhi kuasa eksekutif. Kita kena fekah kerana inilah Islam itu datang dan berjaya. Bukan kerana tangkap orang minum arak dan berkhalwat. Tetapi kepincangan tamadun manusia.
Satu lagi yang saya nak gelak Hasan Ali cakap kemajuan dan pembangunan jangan bercakap hal kes liwat tetapi beliau buat kerja tangkap orang khalwat tangkap orang minum. Bukan fikir macam mana nak majukan bangunkan umat Islam. Kalau nak cakap la bukan saya tak setuju operasi itu tetapi sikap Hasan tu bila tang dia ok bila tang orang kata peribadi.
Mak Nur Amalina bangga haram malah pertahan anaknya tidak tutup aurat
PENGANALISIS jenayah di Malaysia pernah kata jangan upload gambar yang boleh mendatangkan ghairah dalam facebook atau laman sosial dan blok lain kerana ia boleh dieksploit hingga boleh mendatangkan keaiban.
Hehehe… mereka ni cerdik lain lah kalau tak lepas SPM tetapi orang cerdik takkan tak reti. Jadi nak salahkan sapa dah tempat umum, awam. Budak tu pun bukan orang tak kenal dah satu Malaysia tahu dia dapat 17A1.
Lain orang kampung, sapa pun tak mahu jengok. Nak jengok buat apa habis bereh je…
Tetapi dia dah popular dan guna duit kerajaan pulak tu lanjut belajar. Jadi hak rakyatlah mahu tahu dan ikuti perkembangan dia.
Kalau duit mak bapak dia… biar ke dia la tapi ni duit kita. Mahu pastikan dia berjaya.
Dulu kita ingat dia sopan kerana bertudung ikut hukum. Sebab itu ramai ibu bapa jadikan dia sebagai idola.
Mahu anak mereka ikut berjaya disamping patuh dengan Islam. Rupanya Mak dia bagi tahu anak dia dah memang tak bertudung.
Kalau dia berjaya semasa SPM itu ditunjuk dengan gaya pakaian dalam gambar ketika itu, saya rasa ramai mak bapak tak ingin jadikan dia idola anak mereka.
Bolehlah ambil pengajaran daripada kejayaan dia belajar tetapi bukan sebagai idola anak-anak kita… malu weh.
Dan saya rasa ramai pun yang tidak akan ikuti perkembangan dia.
Saya ada Cuma satu je untuk jadi renungan. Tidak menutup aurat haram. Maken dadah haram.
Mak bapak kalau nak selamatkan anak dia daripada makan dadah yang haram dia pastikan anak dia masuk pusat serenti, pusat latihan atau syifa’ dan sebagainya untuk pulih dan hentikan yang haram.
Jadi patutkah mak bapak nak selamatkan anak dia daripada mendedahkan aurat yang haram dibelikan baju sebegitu dan secara tidak malu dan aib berkata anak saya memang tidak bertudung.
Sepatutnya mak bapak malu anaknya tidak menutup aurat kerana dedah aurat haram.
Mengapa kita masih bangga dengan haram
Jadi kenapa bila dadah mak bapak sedia bantu anak untuk pulih bukan pertahan anak dia hisap dadah tidak lemah semangat malah bertambah maju dalam pendidikan.
Berita berikut
Amalina difitnah! - Ibu Amalina
JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.
Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.
Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.
Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.
Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.
Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.
“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.
“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.
Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.
“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.
Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.
“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.
Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.
“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.
Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.
“Saya sendiri harap pengajiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.
Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.
Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.
“Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan,” katanya.
Wednesday, January 4, 2012
SPRM tak perangkap lembu NFC ke…
KALAU tengok cerita TV bukan main lagi dia perangkap orang bagi rasuah. Dah tahu kes ni berprofil tinggi kenapa tak pasang perangkap macam cerita TV tu?
Apakah cerita TV tu hanya untuk sedap cerita BN je. Tetapi kita pernah juga dengar bagaimana Adun dan MP Pakatan Rakyat pernah terperangkap dengan SPRM hingga kawan tu keluar parti sama ada PKR, DAP atau PAS. Eh! PAS pun ada ke… Kena cek tak pasti ni.
Berita berikutnya
'Dakwa ketua NFC atas cubaan sogok polis, SPRM'
1:44PM Jan 4, 2012
Pengerusi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail hari ini didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
NONESehubungan itu, menurut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Mohamad Salleh perlu diheret ke muka penngadilan.
Pada satu sidang akhbarnya di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini Rafizi juga mendakwa sebanyak RM1.755 juta dibayar oleh Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM bagi mempengaruhi siasatan ke atas NFC.
Rafizi berkata sogokan itu dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh.
Dakwanya lagi, wang berkenaan disampaikan kepada pegawai penyiasat SPRM dan polis melalui ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang menjadi "orang tengah".
Pada 30 Disember lalu, Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh.
NONEMenurut Rafizi, dakwaannya itu dibuat berdasarkan wujudnya laporan polis oleh seorang anggota polis di Bukit Aman mengenai perkara tersebut.
Katanya, Akta SPRM 2009 bahagian IV Perkara 16 dan 17 menyatakan kesalahan rasuah berlaku apabila "mana-mana orang sendiri atau melalui atau bersama dengan lain" melakukan kesalahan tersebut.
"Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut:
"Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta.
"Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan," dakwanya dalam sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi kesal kerana pihak berkuasa masih terus gagal bertindak.
NONESebaliknya, dakwanya, mereka melindungi Mohamad Salleh yang juga suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya.
"Pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail atas cubaan menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM," katanya.
Rafizi juga menegaskan tindakan Mohamad Salleh melakukan cubaan rasuah, menggambarkan bahawa "prinsip tatakelola dan urustadbir yang diamalkan di NFC adalah lemah dan longgar".
"Ia menggambarkan seolah-olah kelakuan rasuah dan cubaan membeli pegawai-pegawai kerajaan adalah amalan ringan dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak SPRM segera melakukan siasatan ke atas Mohamad Salleh dan pengurusan NFC berhubung cubaan merasuah.
Tuesday, January 3, 2012
Mustafa terlanjur, bila mahu mohon maaf dengan Ustaz Nasa
DATUK Mustafa Ali sebelum ini mendedahkan keaiban sahabatnya sendiri, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Malah tuduhan seumpama itu tidak sepatutnya didedahkan di akhbar dan online tempat orang awam baca.
Persoalannya tuduhan Mustafa itu tidak tepat sama sekali. Ini sudah tentu mendukacitakan Ustaz Nasa. Saya ada maklumat kenapa Ustaz Nasa tidak hadir mesyuarat.
Mungkin juga ia teknikal tetapi memang sudah sikap pengurusan PAS begitu maka akhirnya berlaku begitu. Siapa nak disalahkan. Tetapi baik salahkan Mustafa Ali.
Semasa perlantikan jawatankuasa PAS Pusat dibuat, ustaz Nasa turut dilantik. Bagaimanapun difahamkan Ustaz Nasa menjawab balas untuk tidak menerima perlantikan itu atau tepatnya menolak jawatan tersebut.
Dikatakan surat Ustaz Nasa itu dihantar kepada PAS Pusat. Sudah tentu yang menerimanya Setiausaha Agung Pas.
Selepas itu ustaz Nasa tidak menerima khabar tentang surat itu sama ada ia diterima, dibaca, dikehek atau dibuang.
Mungkin pada pendapat ustaz Nasa, pihak PAS Pusat telah terima surat tersebut dan menerima permohonannya untuk menolak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu yang dilantik itu.
Pada saya dan orang lain pun akan bertanggapan sedemikian. Apabila tidak ada respon maka kita anggap orang terima surat kita dan tidak ada keperluan untuk kita hadir untuk mesyuarat berikutnya.
Begitu juga pada tangggapan ustaz Nasa. Jadi tidak ada keperluan untuk beliau hadir. Maka memanglah kosong kedatangan ustaz Nasa ke mesyuarat PAS Pusat sebagaimana didakwa Mustafa Ali.
Sepatutnya sebagai sahabat beliau boleh bertanya kenapa tidak hadir mesyuarat? Kenapa nak segan bertanya benda sedemikian. Itukan sahabat kita.
Kenapa perlu kita dedahkan kepada media? Kan malu dan boleh malu. Kalau Mustafa macam Dr Hasan Ali saya rasa dia pun patut mohon maaf dan tarik balik kenyataannya mengaibkan ustaz Nasa.
Ehhh! Mahfuz bila nak mohon maaf ni….
Dua M ni patut buat sesuatu
Nur Amalina 17A1?
KEJUTAN budaya `culture shock' tidak kenal siapa. Kawan saya yang boleh dikatakan kenal baik sehingga ada ketika dia keterlaluan dalam mengemukakan pendapat. Malah semangatnya berkobar, tinggi.
Tetapi boleh longlai bila dia bermastautin di tempat lain. speeches
