Wednesday, July 27, 2011
Najib suka biometrik kerana dapat tipu secara bersistem
CHIP pada kad pengenalan atau maykad yang rosak tidak halang biometrik mengenali pengundi dan untuk mengundi, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Maknanya pengundi yang ada kad pengenalan sementara tidak halang dia mengundi.
Biometrik mampu mengesan seorang pengundi mempunyai banyak kad pengenalan tetapi dia tidak menghalang seorang pengundi yang mempunyai banyak kad pengenalan itu boleh mengundi banyak kali. Kenapa?
Pengundian acap kali oleh seorang pengundi tidak berlaku setempat tetapi pelbagai tempat dan negeri. Itu bagi seorang pengundi yang menggunakan nama orang lain sama ada nama pengundi yang sudah meninggal untuk mengundi.
Kerjasama antara Umno dengan Jabatan Pendaftaran Negara telah melahirkan banyak kad pengenalan palsu. Pegawai JPN telah mengakui perkara ini dan ia telah diambil tindakan ditukar ke tempat lain.
Di Sabah ketika BN mahu menawan kembali Sabah yang diperintah PBS, banyak kad pengenalan palsu dikeluarkan. Bila BN menang pegawai Imigresen di ISAkan.
Satu kes lagi seorang pengundi dengan menggunakan satu kad pengenalan tetapi mengundi banyak kali di tempat berlainan atau di negeri berlainan.
Biometrik mampu kesan tetapi biometrik juga tidak mampu halang ia mengundi acap kali kerana biometrik mengesan ia adalah pengundi sah dalam daftar pemilih.
Tuesday, July 26, 2011
SPR kantoi akhirnya mengaku ada pengundi hantu
Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.
Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
Suhaizan juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.
Sehubungan itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.
Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.
Boleh batal kemenangan
Wan Ahmad juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.
Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.
Ini kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.
Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.
"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.
"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.
Monday, July 25, 2011
Ijazah Doktor Kehormat: Apa kurang Mohamad Sabu
MALAM tadi borak dengan geng PAS Cawangan Pinggir Sungai AU3 Keramat. Cawangan ini masih dalam pembentukan. Belum tahu lagi bila nak daftar tetapi nama dah muncul. Mungkin tunggu Saari balik?
Tiba-tiba sahabat kita orang lama dalam PAS, Mohamad Hasyim menimbulkan persoalan kenapa orang Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ramai dapat Ijazah Kehormat dianugerahkan oleh Bersih, Datuk Ambiga.
Sebelum itu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mendedikasikan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang yang diterimanya daripada University of Exeter kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat.
Sahabat kita mempertikaikan penganugerahan itu kepasa enam pemimpin PSM dan apa kurangnya kalau dibandingkan dengan Mohamad Sabu.
Beliau bukan sahaja dapat mengerahkan ahli PAS turun demontrasi Bersih malah dilanggar pihak polis sehingga kakinya mendatangkan kecederaan.
Ketika saat akhir Ambiga sudah hilang upaya bagaimana mahu meramaikan perhimpunan Bersih 2.0 akibat sekatan pihak polis disemua pintu masuk ke Kuala Lumpur.
Pemimpin demontrasi dan orang dari awal lagi telah ditangkap polis. Saat hampir perhimpunan dengan tekanan pihak polis ramai yang meyangka perhimpunan itu tidak akan berjaya.
Oleh kerana itu beliau menyerahkan kepada PAS supaya memastikan perhimpunan Bersih 2.0 terus mendapat sambutan.
Maka PAS terus mengumumkan Bersih 2.0 tetap diteruskan dan mencadangkan beberapa tempat perhimpunan untuk menuju ke stadium merdeka yang dihalang polis untuk diadakan perhimpunan di situ.
Jadi melihat kesungguhan PAS dan Mohamad Sabu menjayakan perhimpunan Bersih memang wajar anugerah kehormat itu juga diberi kepada Mohamad Sabu.
Ambiga berkata selain mereka, turut melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang berani tampil di sebalik tekanan dan halangan pihak berkuasa dalam mempertahankan hak fundamental mereka.
“Ada sesetengah pihak di kerajaan yang menentang kaedah yang digunakan untuk menghalang kami. Malah, doktor-doktor juga keluar dari zon selesa mereka untuk bercakap menentang ketidakadilan,” kata Ambiga dalam ucapan menerima ijazahnya.
Ambiga merupakan bekas penuntut University of Exeter dan menerima ijazah undang-undang beliau tiga dekad lalu.
Teks ucapannya dikeluarkan di sini.
“Dan, sudah pasti ada peguam-peguam dan media bebas yang berdiri di pihak yang benar dan keadilan.
“Bagaimanapun, hero yang sebenar ialah rakan dan penyokong kami Allahyarham Baharuddin Ahmad yang membayar harga bernilainya dalam perjuangan murni kami, enam ahli Parti Sosialis Malaysia, ketika sedang kita bercakap (di sini), berada dalam tahanan di bawah undang-undang pencegahan dan rakyat Malaysia yang berani keluar daripada tindakan (pihak berkuasa) menakut-nakutkan dan menghina demi mempertahankan hak asasi mereka,” kata beliau lagi.
Justeru kata Ambiga, beliau menghadiahkan anugerah itu kepada “kesemua mereka.”
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya. Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu.
Baharuddin didakwa mati selepas melarikan daripada tembakan gas pemedih mata oleh polis di kawasan KLCC tetapi polis pula mempertahankan ahli PAS itu meninggal dunia kerana komplikasi jantung.
Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, perkembangan sepanjang enam minggu lalu dalam menggerakkan sokongan bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil telah mengajar beliau lebih daripada apa yang dialami sepanjang tiga dekad lalu sebagai seorang peguam profesional.
“Pasukan saya dan saya berhadapan dengan tekanan sepenuhnya daripada kerajaan yang berkuasa, dan kemudian saya sedar tentang kepentingan kebebasan institusi-institusi kerajaan, khususnya kehakiman, untuk menangani salah guna kuasa,” katanya.
Justeru kata Ambiga, beliau juga sedar tentang kedaulatan undang-undang yang sebenar dan bagaimana ia juga tidak boleh wujud.
Sementara itu komen Ibnu Hasyim: Selepas keluar berita ini, pihak kami mendapat timbal balik dari pembaca dan kawan-kawan BERSIH, bahawa ramai yang meragui mengapa hadiah 'hero' BERSIH 2.0, ijazah Dr Kehormat, tidak diberikan kepada pejuang-pejaung bersih dari berbagai kalangan dan penyokong. Bahkan dikatakan diberi kepada golongan tertentu dan kaum tertentu sahaja, kecuali kepada Allahyarham yang meninggal.
"Mat Sabu pun layak dapat!" Kata seorang penyokong BERSIH 2.0 dan penyokong Pakatan.
PR boleh perintah negara, BN dah dapat Kelantan
PAKATAN Rakyat (PR) kata kalau pelaksaan pilihan raya dibuat secara adil dan bersih sudah lama mereka boleh memerintah negara dan Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berkata: “Janganlah gembar-gemburkan kita (BN) boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, kerajaan PAS Kelantan dah tumbang tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun PAS pegang."
Hai! Pening-pening mana satu betul ni. PR kata kalau pilihan raya bersih dia boleh perintah. Najib pula kata kalau dia main pilihan raya tipu dah lama dia ambil Kelantan.
Masing-masing ada hujah dan sekarang nak guna biometrik. Kaedah ini lebih mahal daripada dakwat kekal yang pernah pada pilihan raya 2008 telah dibeli dari India dan sampai kat sempadan Malaysia-Thailand tetapi tak dapat masuk Malaysia kerana di tahan BN.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan, berkata jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.
Itu persoalan yang dibangkitkan beliau ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.
"Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal.
"Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebih mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan," katanya kepada Tv Selangor.
Mungkin juga harus diingat kalau dakwat hitam dia boleh batalkan saat akhir kenapa tidak sistem biometrik kononnya kerajaan terpaksa belanja besar dan merugikan duit rakyat.
Wakyet dia utusan dan lain-lain jadi tukang pukul gendang tak boleh pakai membazir wang rakyat.
Ni biasalah hujah BN
Berita berkaitan:
Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar hari ini.
Perdana Menteri berkata BN komited kepada pilihan raya yang bersih serta adil dan tidak memerlukan 'BERSIH' untuk memastikan tindakan itu.
"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," katanya.
Beliau berkata tidak perlulah untuk mengadakan demonstrasi atau perhimpunan kerana kerajaan akan sentiasa membaiki sistem pilihan raya di negara ini dari semasa ke semasa.
"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya.
Memanipulasi
Beliau berkata selepas pilihan raya 2008, pembangkang tidak membangkitkan tentang pilihan raya tidak adil tetapi sejak dua tahun lepas apabila BN banyak menang pilihan raya kecil, tiba-tiba timbul cerita pilihan raya di negara ini tidak betul.
Najib berkata jika BN boleh memanipulasi keputusan pilihan raya, ia sudah lama dilakukan, oleh itu pembangkang apabila kalah jangan mengatakan pilihan raya tidak adil.
"Di Kelantan, dari 2004 hingga 2008, pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan negeri hanya berdiri atas majoriti satu DUN sahaja (DUN Kemuning) dan DUN itu hanya menang dua undi. Kalau boleh manipulasi, tak susah cari tiga undi.
"Bagaimanapun, kita dalam pembangkang tak ganggu-gugat kerajaan negeri dan tak buat demonstrasi. Kita hormati suara rakyat dan prinsip demokrasi. Jadi janganlah gembar-gemburkan kita boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, kerajaan PAS Kelantan dah tumbang tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun PAS pegang," katanya.
Pada pilihan raya umum 2004, calon PAS Zakaria Yaacob memperoleh 6,078 undi untuk menewaskan calon BN Wan Mohamad Zin Mat Amin yang mendapat 6,076 undi bagi kerusi DUN Kemuning.
Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan negara contoh kepada banyak negara lain dan kerana itu, rakyat tidak sepatutnya merasa terpesong dan gusar sekiranya ada pihak yang cuba membangkitkan pelbagai isu seolah-olah berlaku kepincangan dalam pentadbiran di negara ini.
Serang institusi
"Mereka menyerang institusi kita seperti kehakiman, polis dan institusi lain. Hakikatnya kita tak mungkin dianggap negara contoh jika tidak ditadbir dengan tekun dan adil," katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pemimpin Umno dan parti komponen BN negeri serta pemimpin kerajaan negeri.
Friday, July 22, 2011
Malang jadi orang Melayu negara sendiri orang lain demo di Australia dan negeri lain tadak apa-apa kenapa hanya pelajar Mesir yang kena
Thursday, July 21, 2011
Dera sebabkan kematian Teoh Beng Hock dan Sarbani
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Diraja Siasatan memutuskan Teoh Beng Hock bunuh diri akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan," kata Nazri.
Bagaimanapun tengok pula cerita arwah Sarbani, isterinya Maziah berkata rasa curiganya timbul selepas Raja Petra menerusi tulisannya mendedahkan bahawa allahyarham 'didera' sebelum menemui ajal.
Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa seorang penolong penguasa SPRM telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM yang terletak bersebelahan bilik pantri di aras tiga bangunan itu.
Tidak menuduh
"Di sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri)," tulis Raja Petra.
Beliau juga dalam blognya berkata pegawai SPRM itu dilaporkan berkata 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.'
Kata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.
Tulis Raja Petra lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.
Menurut Maziah, beliau tidak menuduh bahawa suaminya telah dibunuh tetapi mahu tulisan Raja Petra itu disiasat.
Ini kerana jelasnya, dalam pendedahan itu Raja Petra turut mengaitkan dua pegawai SPRM yang bertanggungjawab menyoal-siasat Sarbaini.
“Malangnya setelah membaca pendedahan oleh Raja Petra menerusi blognya, yang mengaku menerima maklumat daripada orang-orang dalam daripada kalangan pegawai SPRM dan pegawai dan anggota polis sendiri, kami percaya bahawa benar atau tidaknya pendedahan Raja Petra mestilah disiasat sehingga ke akar umbi, malah ke lubang cacing, terutama bila beliau menyatakan dengan jelas nama dua orang pegawai SPRM yang terlibat secara langsung dengan kematian arwah,” katanya.
Tempat kejadian
Berikutan pendedahan itu, peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat.
Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.
Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.
Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.
Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbani tidak membunuh diri ataupun dibunuh.
Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbani cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya.
Wednesday, July 20, 2011
Pilihan raya judi di Kelantan
BERNAMA melaporkan orang bukan Islam menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana menghalang judi.
Dalam hal ini kita tidak tahu mereka ini mewakili kepentingan perniagaan peribadi mereka atau rakyat.
Sebagai sebuah negeri yang meletakkan asasnya Islam akan bersikap adil kepada mereka kerana mereka juga rakyat negeri itu.
Cuma apa yang kita mahu tahu apakah mereka yang mahu saman itu mewakili golongan ramai kalau nak ikut demokrasi.
Jadi baik kerajaan beri peluang suara mereka ini. Adakan pilihan raya judi. Ia seumpama referendum tetapi lebih tepat pilihan raya judi bagi memastikan sama ada demokrasi membenarkan hasrat mereka untuk berjudi.
Pilihan raya ini tidak perlu orang bagi orang Islam kerana mereka sudah tentu tentang judi. Jadi pengundinya adalah mewakili masyarakat bukan Islam supaya kita boleh tahu apakah orang bukan Islam suka kepada judi atau tidak.
Kalau masyarakat bukan Islam ini majoritinya suka judi maka kita boleh bagi satu tempat untuk mereka berjudi tetapi jangan kacau orang Islam.
Kamu boleh berniaga judi tetapi kamu tidak layak ambil duit orang islam untuk berjudi. Bagitu juga dengan hiburan.
Kenapa mereka ini mahu berniaga perkara yang karut marut tetapi mahu ambil wang orang Islam. Mahu jadikan orang Islam pelanggan mereka. Kenapa??? Mahu untung besar ke???
Orang Islam tidak larang mereka nak berjudi kalau itu amalan mereka. Orang Islam tidak larang mereka nak berlalak dan berhibur ghairah kalau itu sudah budaya mereka.
Namun apa yang kita nampak ia bukan budaya mereka pun sebaliknya ia satu perniagaan yang mahu mencari keuntungan semata-mata. Orang ramai tidak boleh manfaat pun daripada kegiatan tersebut.
Jadi kalau mereka rasa hiburan seumpama itu dan judi tersebut boleh dapat duit dan sara keluarga dan kononnya berlindung atas budaya mereka maka kita biarkan mereka.
Beri peluang mereka tetapi dengan syarat ia adalah keputusan majoriti bukan Islam.
Kawasan perjudian dan hiburan itu adalah kawasan yang tidak boleh dimasuki oleh orang Islam. Dan ini kena diurus tadbir oleh mereka bukan Islam secara telus memastikan orang Islam tidak masuk permis mereka. Supaya orang Islam tidak terlibat dengan mereka.
Firman Allah: “Bagi kamu agama kamu bagi kami agama kami.”
Baca laporan bernama dibawah:
Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan Pas Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuatkuasa Februari lepas.
Saman pemuda itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Sheng Lee Law pada 6 Jun lepas.
Ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman.
Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu.
Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.
Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.
Mereka menuntut ganti rugi am, kos bagi tindakan dan perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah. Lee, yang ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, berkata bahawa mahkamah telah menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan. Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas 1 di sini, katanya.- Bernama
