SAYA ada terbaca tulisan mengatakan orang Barat tidak kisah dengan perempuan berpakaian menjolok mata, berbikini dan seksi. Pasal apa? Sebab katanya orang Barat sudah biasa dengan keadaan dan situasi itu.
Lainlah kalau pak aji katanya, yang tak pernah tengok orang seksi, bila dia tengok itu yang nak mengganas, dakwa penulis itu. Tetapi kita lihat gambar dibawah ni yang dok puja orang Barat. Gambar ini menjawab dakwaan itu. Malaikat sangat ke orang Barat ni. 







Wednesday, February 8, 2012
Menjawab konon Barat tidak ghairah dengan seksi
Tunggu sahut Raja Nong Chik
CABARAN Raja Nong Chik disambut tiga Ahli Parlimen, Nurul, Tony dan Dzulkefly. Sebelum ini Raja Nong Chik mengajak diadakan debat satu sama satu secara terbuka.
Bila dengar cabaran Raja Nong Chik teringat saya Dr Rais Yatim pernah mencabar pembangkang berdebar. Tapi saya dah lupa apa isu. Saya juga menghabiskan masa mencari story tersebut tetapi tak jumpa. Tapi kepala saya masih ingat bila pembangkang sahut cabaran itu dan Rais hanya membisu selepas itu.
Barangkali kisah sama akan berulang kepada Raja Nong Chik kerana kita tahu cabaran itu hanya disiar akhbar berbahasa Inggeris. Jadi nampak sangat cabaran macam orang penakut.
Dan kemungkinan apa yang berlaku kepada ketakutan Rais apabila cabarannya disahut itu turut berulang kepada Raja Nong Chik.
Ada berani ke Nong Chik? Atau lepas ni dia diam membisu.
MP Pakatan terima cabaran menteri Wilayah
3:18PM Feb 7, 2012
Anggota parlimen pembangkang hari ini bangun menyahut ajakan debat Menteri Pembangunan Wilayah dan Pembangunan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin berhubung isu penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah.
Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) menyatakan persetujuan itu melalui kenyataan bersama mereka hari ini.
Harian berbahasa Inggeris Malay Mail semalam memetik Raja Nong Chik mengajak diadakan debat satu sama satu secara terbuka.
Beliau dipetik sebagai bertanya anggota parlimen pembangkang itu sama ada orang miskin tidak layak mendapat rumah tanpa bantuan.
Menjawab persoalan itu, ketiga-tiga anggota parlimen Pakatan Rakyat itu berkata mereka menyokong hasrat memastikan golongan miskin bandar memiliki rumah bagaimanapun menegaskan ia menjadi tanggungjawab kerajaan, bukannya golongan pekerja.
"Oleh itu, kami lebih daripada gembira untuk berdebat dengan menteri berkenaan untuk kepentingan awam bagi memastikan isu yang relevan dilontarkan dalam suasana yang telus.
"Bagi memastikan orang awam menerima gambaran penuh terhadap kontroversi ini, debat itu mesti dijalankan di padang sama rata," menurut kenyataan itu lagi.
Hasan Ali gila talaq - Khalid Samad
SAYA pun berpandangan sama dengan pendapat ramai dan pendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya kenapa Hasan Ali asyik serang Datuk Seri. Anwar berkata dia nak naikkan saham.
Itulah orang politik. Bila dia rasa tiada harga, dia akan cari sasaran yang bernilai tinggi. Buat provok, serangan dan isu maka media akan tertumpu kepadanya kerana dianggap buku dan ruas. Tapi Hasan tidak ada ruas pun bagi Anwar.
Bila Anwar mengambil keputusan tidak melayan karenah Hasan Ali, saya rasa keputusan tepat kerana kalau dilayan dia rasa dia bertambah harga. Jadi biarlah dia melalok sorang-sorang.
Dan kita tengok sekarang dia dah nak serak tu meraung sorang-sorang sedangkan tak da orang layan dan serang balas kenyataan dan tuduhannya. Ini tambah bermakna Hasan tiadalah nilai politik.
Namun begitu ada ketikanya batang tubuh boleh jawab apabila dituduh dengan tuduhan yang melampau. Pembaca boleh menilai siapa Hasan Ali.
Kita orang PAS dari dulu lagi memang mengambil sikap tidak layan dengan perangai setengah masak. Sejarah ada bukti seperti kes Ustaz Abdul Latif dan sekarang telah kembali kepada PAS dan juga Ustaz Ghazali Ahmad.
Akhirnya mereka keletihan dan apabila madu dia dah tidak berguna oleh Umno maka ditinggalkan. Kesudahan dia akan cari PAS. Kenapa? Kerana PAS tempat sesuai menuju mati. Mahu mati dalam Umno ke? Selisih malaikat 44 kata orang Melayu.
Ini tulisan Khalid Samad:
Hassan Ali dan saya
Khalid Samad, 08 Feb 2012
Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.
Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.
Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.
SEJARAH RINGKAS
Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.
Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.
Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.
DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR
Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.
Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.
Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.
Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.
MELAGA PAS DENGAN DAP & PK
Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.
Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.
SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ
Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.
Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).
TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN
Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.
Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.
SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN
Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.
Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.
SOKONGAN HASSAN MERUDUM
Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.
Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.
Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.
Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.
Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.
Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.
Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’ atau ‘strategi untuk keluar PAS’. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.
PEMECATAN HASSAN ALI
Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.
Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.
Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.
Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.
Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.
KENAPA SAYA YANG DISASARKAN
Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.
Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.
Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?
Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.
Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.
Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.
KESIMPULAN
Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.
Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).
Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Tuesday, February 7, 2012
Anak luar nikah tujuh keturunan tidak boleh jadi wali
ORANG Johor memang pelik. Kali ini saya dengar cerita anak lelaki laur nikah tidak boleh jadi wali sampai tujuh keturunan. Ramai yang percaya kononya ustaz yang kata. Bila ditanya daripada nas mana?
Ustaz yang kata. Ustaz tu ada nas ke? Kalau dia ada nas sila tunjuk. Jangan main cakap kerana kononnya autoriti dia ustaz. Ini yang banyak Islam punah. Ramai yang mahu title ustaz supaya dipandang hebat oleh masyarakat.
Sedangkan orang yang dok bangga dengan title ustaz ni dok sebar ilmu merapu. Ilmu akal dan alam mistik Melayu.
Kalau kita dengar tujuh keturunan pun dah boleh agak ini ilmu mistik Melayu bukan daripada nas Islam.
Mana ada Allah SWT hukum manusia sampai tujuh keturunan kecuali fahaman ilmu Melayu. Kalau Allah SWT tidak suka kaum Lut yang guy maka Allah hukum kaum itu. Tidak pada keturunan seterusnya.
Kejahatan seorang itu tidak diwarisi atau dosanya tidak diwarisi. Kecuali waris itu ikut jahat macam bapa dia itu lain cerita. Tetapi baik dan jahat itu tidak diwarisi. Itu hak sendiri maka itu Allah bagi dosa dan pahala juga tidak boleh diwarisi kecuali yang dinaskan.
Rupanya rosak Islam orang Melayu kita ini kerana ada orang bernama Ustaz tetapi dia punya ajaran bukan macam ustaz. Dicampur aduk dengan ajaran alam mistik Melayu. Orang nampak dia hebat kerana dapat tunjuk kelebihan tertentu. Maka orang yang lihat kononnya Islam. Maka semua perkara yang ditutur kononnya Islam.
Jadi orang Islam kena berjaga ilmu semacam ni. Ramai yang mengaku ustaz konon nak dipandang tinggi oleh masyarakat dia.
Tidak tahu kalau kita yang tidak bertemu nas tersebut. Kalau betul ada mungkin sahabat pembaca boleh bagi pandangan. Setakat ini saya tak pernah dengar.
Monday, February 6, 2012
Shahrizat tepis kiri, kanan, belakang, depan selamatkan jawatan
SEMUA orang tengok Shahrizat tetapi beliau masih berselindung kononnya naik haji berkali-kali. Namun orang tahu haji mabrul tu macam mana? Apakah Shahrizat dapat? Haji mabrul tu Allah SWT boleh tunjuk atas dunia tapi apakah ciri tu ada pada Shahrizat?
Tak apalah itu hak Shahrizat dengan Allah. Ibadah dia. Pahala dia tapi setelah dapat pahala buatlah kebaikan dan cegah mungkar. Shahrizat tidak boleh lepas tangan projek suami dia. Kalau dia tak jadi menteri apakah suami dia dapat projek pinjaman mudah tu.
Tidak tahulah kalau suami Shahrizat memang pakar bela lembu. Dapat mengatasi masalah import lembu yang tinggi.Tapi dengar cerita audit negara NFC tu bermasalah pulak. Pakar lembu ke..?
Shahrizat: Saya tak mahu kurang ajar kepada Rafidah
Nigel Aw
4:37PM Feb 5, 2012
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Bercakap kepada wartawan selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur hari ini, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuannya itu.
"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.
Khamis lalu, akhbar Malay Mail menyiarkan pada halaman utamanya, gesaan Rafidah supaya penggantinya meletakkan jawatan kerana menimbulkan masalah kepada Umno.
Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin politik.
rafidah shahrizat wanita umno mt pwtc 021208 rafidahMenurut beliau, di seluruh dunia, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang sentiasa akan berdepan dengan isu dan kontroversi yang mencabar.
"Di serata dunia, setiap kerajaan dan setiap parti politik, sama ada anda dengan kerajaan atau dengan pembangkang, anda melalui tempoh yang penuh cabaran. Tidak ada yang luar biasa atau aneh.
"When you are a leader, you will always (be) on the line of fire," (bila anda jadi pemimpin, anda akan sentiasa berada di sasaran serangan), katanya.
Perkara biasa
Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa. Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah.
"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Menurutnya, beliau tidak akan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan NFC kerana siasatan masih berterusan tetapi menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dilabelkan bersalah tanpa proses yang sewajarnya.
"Sebagai seorang peguam dan bekas majistret, saya tidak menghukum seseorang bersalah sehingga dibuktikan. Jadi, tidak, saya tidak akan letak jawatan," katanya.
Malah, katanya, beliau juga memahami apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah semata-mata untuk melemahkan semangat beliau selaku Ketua Wanita Umno, yang juga menjadi kekuatan kepada parti itu dan BN.
azlanPengerusi NFC Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah suami Shahrizat. Syarikat itu dituduh menyalah-gunakan dana RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan melalui dana Kumpulan wang Simpanan Pekerja kepada NFC.
Projek NFC bertujuan untuk mengurangkan import daging lembu di negara ini tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa projek berkenaan telah tersasar jauh.
Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR kemudiannya mendedahkan bahawa pinjaman RM250 juta itu bukan digunakan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan, seperti pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura.
Dana berkenaan juga didakwa digunakan untuk membeli beberapa plot tanah utama di Putrajaya dan kereta mewah.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Apa PAS Kedah buat, orang miskin tak terjaga
APA kerja PAS Kedah buat? Kenapa boleh terlepas pandang? Dimana JKKK kampung kerajaan PAS Kedah? Kenapa tidak pekanya jentara PAS Kedah hingga kes begini sampai boleh masuk akhbar?
Inilah faktor-faktor yang boleh menumbangkan PAS Kedah. PAS tidak ada kepekaan, tidak ada sensitiviti terhadap masyarakat. Kalau Umno tidak ada sensitiviti itu dah memang sesuai dengan parti itu yang tidak memperjuangkan Islam.
Sebaliknya PAS parti yang memperjuangkan Islam maka kepekaan terhadap orang miskin mesti ada. Apa lagi sekarang PAS mahu negara kebajikan sudah semestinya orang miskin dan yang memerlukan menjadi perhatian dan keutamaan.
Saya harap sangap kerajaan Kedah sedar hal ini, supaya lekas dapat diberi bantuan dan sumbangan. Kita tidak mahu rakyat merana dalam masa kita senang lenang selepas mengambil alih kerajaan daripada Umno.
Ustaz miskin terkilan tak layak terima BR1M
Feb 6, 2012
Seorang bekas guru agama yang menyarai empat anggota keluarganya dekat Alor Setar, yang hidup mereka diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedih dan terkilan kerana permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal.
Kamaruddin Abdullah 66, yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Batu 4 1/4 Jalan Sungai Korok, bersama ibunya Saadiah Saad, 83, adiknya Muhammad Sharifuddin, 59, dan anak perempuannya Solehah, 31, mengharapkan BR1M kerana mereka kini hidup hanya mendapat bantuan daripada saudara mara.
Beliau berkata permohonannya gagal kerana surat yang diterima menyatakan beliau tidak layak untuk mendapatkan BR1M.
"Kami memang sangat berharap untuk dapat BR1M kerana duit itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban kami sekeluarga, katanya yang pernah belajar dan mengajar di sebuah sekolah pondok," katanya sambil menambah bahawa beliau juga tidak pernah memohon dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kamaruddin berkata tambah memeritkan apabila beliau dan Sharifuddin mengalami masalah pada kaki selepas terbabit dalam kemalangan yang berasingan tiga tahun lepas manakala Solehah pula menghidapi penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap bulan dan kadang-kadang lima kali sebulan.
Ketika ditemui di rumah mereka, Kamaruddin berkata selepas beliau terlibat dalam kemalangan itu, beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana masalah pada kaki dan kesihatannya bertambah teruk selepas terlibat sekali lagi dalam kemalangan hujung tahun lepas.
"Mujurlah adik saya (Sharifuddin) boleh membantu keluarga dengan menyewa bendang orang bagi mencari sesuap nasi walaupun keadaannya juga tidak sempurna seperti orang lain, tetapi pendapatannya pun terjejas kerana padi sering diserang penyakit, selain bantuan daripada saudara mara", katanya.
Kamaruddin berkata ibu mereka yang telah uzur, tidak mampu melakukan kerja-kerja berat di rumah dan tugas itu diambil alih oleh anaknya, Solehah tidak boleh terlalu kuat bekerja kerana penyakit jantungnya sering menyerang kalau beliau letih.
Beliau berkata setiap kali Solehah mendapatkan rawatan di Pulau Pinang, mereka terpaksa menyewa teksi dengan bayaran RM200 sehari kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri.
"Duit yang kami dapat hasil daripada zakat yang diberi oleh orang ramai akan kami simpan untuk kegunaan kos tambang dan rawatan Solehah selain menggunakannya untuk membeli keperluan dapur," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Sharifuddin di talian 019-5257479 atau melalui akaun Maybank Sharifuddin 152170046644.
Sunday, February 5, 2012
Penghayatan Rasulullah saw lebih penting daripada sambut maulid
SYEIKH Yusuf Qardawi telah memberi komen mengenai maulid ini. Beliau berkata: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw.
Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal dalam hati dan juga ingatan.
Sa’d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertimana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu dengan al-Quran.
Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.
Penghayatan mengenai sirah dan sunnah Nabi saw serta memahami perjuangan menegakkan Islam lebih penting daripada sambutan maulid ar-rasul.
Berarak sakan pelbagai sepanduk dan selawat, tetapi tidak pernah tahu akan sejarah Muhammad saw.
Pelbagai slogan dicanang tetapi hadis yang ditinggalkan tidak diamalkan.
Bersemangat berbicara sejarah kerasulan dan kehebatan Islam hanya pada tanggal 12 Rabi'ul awwal sahaja.
Sebenarnya tidak ada kelebihan atau hadis pun tentang sambutan ini, hanya dakwah yang digunakan pada hari tersebut untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang siapa itu Muhammad Rasulullah saw.
Tanda kita cintakan Nabi ialah dengan mengikut segala sunnahnya dalam kehidupan kita dengan merujuk kepada perlembagaan utama agama yang suci ini iaitu al-Quran dan al-Hadis melalui penjelasan ulama muktabar. Itulah sebenarnya cinta kepada Nabi saw.
Memperingati kelahiran nabi s.a.w dengan mengkaji sirahnya adalah lebih utama untuk lebih mengenali dengan lebih tepat fakta yang berkaitan.
Ia membantu untuk menimbulkan perasaan kasih dan seterusnya mencontohi segala sifat mahmudah yang ada pada Nabi saw.
Jika anda berminat untuk mengkaji sirah Rasulullah, saya cadangkan buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan. Buku ini telah diterjemah dan mempunyai 3 jilid, Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti (2008), Fiqh al-sirah.
Sejarah ringkas sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.
Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.
Bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 Hijrah atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.
Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.
Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.
Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.
Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.
Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.
Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.
Thursday, February 2, 2012
Susulan staf Siasah kena pukul: Kenapa Siasah tidak buat laporan polis?
SAYA mendapat maklumat daripada mangsa yang beliau dipukul kononnya orang PAS tetapi apabila saya ke pejabat hari ini terdapat sumber menuduh orang Solidariti Anak Malaysia (SAM). Pulak! atau konspirasi?
Bagaimanapun perkara ini dalam siasatan Jawatankuasa PAS Kawasan Bangi. Ia juga sebagai langkah menjaga nama baik PAS di situ. Kaedah qisas, bunuh balas bunuh dan pukul balas pukul sebagai menjaga maruah orang kena pukul. Maruah manusia besar ertinya pada pejuang Islam.
Oleh kerana itu saya mengharapkan sangat PAS mempercepatkan proses siasatan. Atau pihak Siasah boleh membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Kenapa pihak Siasah tidak buat laporan polis? Kenapa menuduh orang PAS pukul sedangkan tiada laporan polis? Apakah kes tersebut konspirasi? Tunggu pendedahan akan datang.
Wednesday, February 1, 2012
Staf Siasah dipukul kerana edar Siasah isu Hasan Ali
AKHBAR Siasah yang banyak memberi liputan kepada Dr Hasan Mohamad Ali sehingga ada setengah blogger mengelar Siasah perkakas Hasan Ali telah menyebabkan kemarahan orang ramai apabila ia diedar percuma di Seksyen 2, Bangi, malam tadi.
Beberapa pemuda mengaku dari PAS melahirkan rasa tidak puas hati kepada kakitangan Siasah berikutan akhbar itu diedar secara percuma dalam program jelajah Hasan Ali.
Staf Siasah itu memberitahu pemuda itu, beliau hanya pekerja: "Saya tahu, saya pun tak suka tapi saya kerja."
Bagaimanapun ada yang tidak berpuashati dan memukul pekerja Siasah itu.
Ceramah Hasan Ali dikatakan siri kedua selepas siri pertama yang juga diadakan di Bangi. Ramai dikatakan hadir menyambut Hasan Ali seolah sebagai wira.
Pokok-pokok melambai kedatangan Hasan Ali dan jika dicambur bayang pokok lebih 10 ribu hadir mendengar ceramah Hasan Ali.
Sebelum sudah ada tanggapan mengatakan Siasah setaraf Utusan dalam membuat laporan.
Siasah memberi keutamaan kepada Hasan Ali hingga banyak laporan hanya persepsi keatas PAS.
Malah setengahnya adalah tuduhan yang melampau.
Siasah tidak kenal siapa Ustaz Nasaruddin Mat Isa sehingga sanggup mengatakan beliau orang kedua akan diecat PAS.
Orang PAS mengenali Ustaz Nasa tidak mudah melatah dengan berita itu. Ustaz Nasa murid kepada Dr Yusof Qardhawi.
Pemimpin boleh melahirkan pendapat. Ustaz Nasa orang melahirkan pendapat. Kemungkinannya lemah berbanding pendapat orang lain maka pendapat ia tidak diterima.
Ini bukan bermakna Ustaz Nasa mahu keluar PAS.
Kita tahu istiqomah dan keikhlasan Ustaz Nasa kepada Islam.
Semoga Allah merahmati perjuangan Islam mu, Safri
MASIH terasa Safri bersama kita berbual dan berbincang politik semasa serta perjuangan. Siapa sangka seawalnya meninggalkan abang kepada beliau. Terasa ngilu hati.
Kau seorang perjuang Islam. Roh mu ditempatkan bersama orang perjuangan. Semoga kau menemui roh Tuan Syed Mohamad Syed Hasan yang baru meninggalkan kita.
Kamu tidak sempat menemui Tok Guru Nik Abdul Aziz tetapi roh mu sentiasa menunggu kedatangan roh Nik Abdul Aziz.
Pertemuan mungkin sukar di dunia tetapi belum tentu sukar di barzah. Semoga Allah merahmati mu di sana.
Shafri, wartawan Harakah pergi untuk selama-lamanya
Harakahdaily, 31 Jan 2012
KUALA LUMPUR, 31 Jan: Harakah kehilangan seorang warganya apabila wartawan Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun, meninggal dunia jam 5.37 petang ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Shafri yang mula koma pagi tadi disahkan mengidap barah Ahad lepas oleh HKL.
Beliau meninggalkan lima anak yang berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya.
Shafri meninggal di hadapan keluarga terdekatnya di samping rakan-rakan dari Harakah. Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya adalah Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS jam 11.30 pagi tadi.
Petang semalam Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS juga sempat menziarahi beliau.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menziarahi sejurus jenazah Shafri dibawa keluar dari HKL, petang ini.
Shafri mula terasa letih-letih badan sejak dua bulan lalu. Akibatnya badan beliau kelihatan susut dengan cepat.
Beliau mendapatkan rawatan awal di Hospital Selayang namun doktor di sana mengesyaki beliau sakit batu karang dan memberikan jadual lawatan seterusnya pada 1 April depan.
Namun, minggu lalu Shafri terasa letih sangat dan berat badannya susut begitu mendadak.
Beliau kemudiannya membuat pemeriksaan di HKL dan telah dimasukkan ke wad di sana.
Dua hari lepas, 29 Januari, HKL mengesahkan beliau mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan.
Shafri dan Harakah
Safri mula bekerja sebagai perekabentuk dengan Harakah sejak tahun 1990an lagi namun berhenti selepas itu.
(Gambar: Saat akhir Safri bersama keluarga beliau di katil HKL)
Pada tahun 2008, Shafri menyertai kumpulan Harakah semula dengan bertugas sebagai perekabentuk di akhbar Siasah.
Pada awal tahun 2011, apabila Siasah tidak lagi bersama Harakah, beliau bertukar profesyen menjadi wartawan Harakah.
Ini kerana kebolehan dan minat beliau yang mendalam sebagai wartawan.
Sejak itu beliau banyak membuat tugasan di Parlimen dan juga sidang Dun di samping tugas-tugas kewartawanan yang lain.
"Shafri seorang wartawan yang berdedikasi dan fleksibel. Kami terasa benar kehilangannya. Saya bagi pihak semua Jamaah Pengarah Harakah dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," kata Datuk Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah.
Beliau juga memaklumkan, pihak Harakah menyumbangkan RM2,000 untuk membantu keluarga beliau.
Jenazah Shafri dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 6, Gombak (belakang Anjung Rahmat) petang ini juga.
Jika prosesnya cepat, jenazah beliau dijangka akan diuruskan malam ini juga.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.
