Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 16, 2012

Tok Guru Salleh tegur pimpinan PAS jangan dengki

TOKOH ulama, Tuan Guru Salleh Musa menegur pimpinan PAS, perlu mengelak perasaan hasad dengki kerana orang yang memiliki sifat itu tidak layak menjadi pemimpin.

Katanya, ahli PAS mesti kekal teguh berpegang kepada tali Allah dan terus bekerja kerana tidak ada lagi golongan yang dapat diharap untuk menyeru kepada kebaikan melainkan PAS.

Tambah beliau, Umno tidak boleh diharap untuk menjaga agama kerana agama pada diri pemimpin mereka sendiri dipertikaikan.

Oleh itu katanya, seluruh pendokong PAS perlu mempersiapkan diri dengan agama untuk menghadapi segala cabaran itu.

“Jangan kuat kerja politik sahaja, kena ambil faham sama ilmu-ilmu akidah. Hari ini dah celaru macam-macam. Maka kitalah nak kena ambil tanggung jawab ni,” ujarnya menyuntik semangat.

Multaqa bertemakan “Menghadapi Cabaran Ummah Dan Persiapan PRU13” itu dihadiri lebih 1,000 aktivis PAS Kedah dan diadakan sebagai kesinambungan Ijtimak Tarbawi PRU13 di Taman Melewar bulan lalu.

Katanya, setiap pendokong PAS perlu mengenang segala nikmat diberikan Allah terutamanya nikmat kemenangan yang diperolehi hari ini.

Jelas beliau, bersyukur dengan nikmat kemenangan adalah memanfaatkannya untuk menuju ke jalan keredaan Allah.

Nasihatnya, ahli PAS perlu mengelak menjadikan kemenangan ini untuk mendapatkan habuan kebendaan dan meminta-minta seperti mana Umno.

“Dasar kita bukan cari benda. Allah jadikan kita untuk takwa, dengan takwa Dia akan berikan rezeki yang kita tidak sangka-sangka. Maka, mesti ikhlas dan ikhlas itulah pintu untuk mencapai matlamat,” terang beliau yang juga Mudir Madrasah ar-Rahmaniah.

Tokoh ulama itu juga menyeru ahli dan pimpinan PAS Kedah agar mencontohi Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak yang tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya sentiasa mengutamakan keperluan-keperluan rakyat.

“Saya pujilah Ustaz Azizan ni. Semua kita perlu ikut contoh macam Ustaz Azizan, cukup elok. Jangan hendak tamak itu dan ini. Dia tidak pentingkan diri tetapi sentiasa utamakan keperluan rakyat,” ujarnya berucap pada Multaqa Daie dan Aktivis Islam di Kompleks PAS Kawasan Sik, awal bulan ini.

Read More...

Sunday, January 15, 2012

Dr Rani..., apa kurangnya Dr Shafie

DR Rani dikatakan akan dilantik jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) yang ditinggalkan Datuk Dr Hasan Ali kerana dipecat ahli PAS. Mungkin kerana jawatannya dalam PAS sebagai Pesururuhjaya.

Tetapi kalau mengikut merit bagi saya lebih baik Dr Shafie. Malah beliau bukan orang meminta-minta. Dia tidak menonjol tetapi ia bukan bermakna ia tidak ada kelayakkan.

Mungkin pemilihan banyak berdasarkan populariti dan pembodek. Siapa yang kuat bertemu pemimpin atas dan kuat mengasah otak pemimpin maka makin kuat ruang dia untuk ke depan.

Pembodek ni payah pemimpin nak kenal kecuali pemimpin mendapat laporan daripada bawah.

Yb Dr Shafie Abu Bakar timbalan Exco hal ehwal agama. Apa kurangnya beliau untuk dilantik sebagai Exco tersebut.

Beliau bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Selangor mempunyai pendirian dalam perjuangan tanpa terikut dan pembodek individu tertentu.

Hasan Ali yang melantik beliau tetapi itu tidak bermakna beliau tidak boleh mengkritik pimpinan. Inilah sikap yang ada pada beliau bukan pembodek tetapi pembetul dan peringatan.

Beliau dipecat sebagai Timbalan Pesuruhjaya oleh Dr Hasan Mohd Ali. Maknanya masa era kepimpinan Hasan Ali beliau dijatuhkan malah di era baru pun beliau tidak disukai kerana sikap tegas beliau.

Orang seperti ini banyak menyelamatkan jemaah kerana keberanian beliau menegur dan mengkritik dalam mesyuarat.

Dr. Shafie seorang ahli politik PAS dan Adun N26 Bangi, Selangor.

Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian Kelas Pertama) UKM (1974)
Diploma Pendidikan UKM (1975)
Ijazah Sarjana [UKM] (1977)
Ijazah Doktor Falsafah UKM (1991)

Pengalaman

Guru Sekolah Menengah Agama Terengganu (1963-1970)
Pengasas Persatuan Mahasiswa UKM (1970-1972)
Pensyarah Jabatan Persuratan Melayu (JPM) UKM (1976-1992)
Penyelaras Pengajian Siswazah JPM UKM (1995-1999)
Ahli Panel Hadiah Sastera Malaysia/Perdana (1986-2000)
Pengasas Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (1978)

Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Selangor Darul Ehsan (1999-2004)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor (2000-2006)
YDP PAS Hulu Langat (2000-2003)
YDP PAS Serdang (2000-kini)
Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pekerja, Peneroka Bandar dan Golongan Miskin PAS Pusat (2007-kini)

Read More...

Pakatan bercelaru banyak sangat slogan

PAS dengan 'PAS ganti Umno' (PGU). Kemudian `Asalkan Bukan Umno' (Abu) dikatakan telah dilancar di tapak Markaz Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Sekarang timbul pulak `Malaysia Tanpa Umno' (MTU). Nampak sangat pemimpin Pakatan Rakyat (PR) saling berlumba nak jadi pemimpin, tidak selaras dan tak kerauan.

Rakyat mahu ‘Malaysia tanpa Umno’
14 Januari 2012

ALOR SETAR, 14 Jan: Negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.

“Justeru itu, rakyat mahu ‘Malaysia Tanpa Umno’,” ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

“Insya Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, pagi tadi.

Jelasnya, reformasi adalah agenda pembebasan rakyat yang juga agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.

Katanya, agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat.

“Insya Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau dan antarabangsa,” jelasnya.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat sudah ada Dasar Bersama yang menjadi teras perjuangan, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan menjadi agenda Malaysia baru milik rakyat.

Pakatan Rakyat juga, ujarnya sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara serta beramanah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri Azizan Razak.

“Kita mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malah, sudah pasti kita mempunyai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi jahat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga hari ini di saat suara rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring.

Katanya, konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat.

“Konvensyen ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap. Pakatan Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis Umno yang kini berada di ambang senjakala,” katanya lagi.

Konvensyen ini, katanya adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang menuntut sebuah negara Malaysia yang adil dan sejahtera untuk semua rakyat.

“Justeru itu, kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada gutter politics dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh Umno,” ujarnya.

Tegasnya, Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat, katanya tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga.

“Hari ini kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13. Cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian Pakatan Rakyat,” katanya.

Pakatan Rakyat, tambah beliau merupakan parti yang mempunyai substance, punyai kekuatan dan keupayaan untuk mentadbir di Putrajaya.

Rakyat, katanya sudah tidak sabar lagi untuk melihat pemerintahan demokrasi tulen di Putrajaya berteraskan rule of law dan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya lagi, rakyat mahu Putrajaya diterajui oleh pemimpin yang bersih dan menyayangi rakyat tanpa mengira ras, agama atau warna kulit.

Tambahnya, rakyat mahu Pakatan Rakyat segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.

“Hutang negara telah mencecah lebih RM450 billion atau 54% daripada KDNK. Hutang ini akan dibebankan kepada rakyat dan generasi akan datang,” katanya.

Setelah itu, ujarnya rakyat tambah derita dengan kenaikan harga barang dan dasar cukai barangan dan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh Umno.

Menurutnya lagi, 40% daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.

Beliau menambah, anak muda memerlukan pekerjaan dan kadar upah yang manusiawi manakala mahasiswa menuntut kualiti pendidikan yang menjamin kebebasan akademik.

Perkhidmatan awam, ujarnya perlu pemerkasaan melalui latihan dan struktur gaji yang setimpal.

“Kita menolak Skim Baru Perkhidmatan Awam yang tidak menjaga kebajikan majoriti penjawat awam,” katanya.

Read More...

Saturday, January 14, 2012

Kain Shahrizat terlondeh


BELUM pun sempat Datuk Shahrizat selak kain, tiba-tiba kain dia terlondeh. Kalau dalam perhimpunan wanita Umno penghujung tahun lalu bukan main lagi beliau mencabar mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC tapi nampak gayanya kali ini beliau terpaksa ambil kain sarung tutup muka.

Barangkali kerana gelojoh sangat mencabar pemimpin Pakatan Rakyat beliau tak sedar kain terlondeh. Belum sempat buka gelanggang kain dah terlondeh. Belum lagi selak kain nak ajar Rafizi biar lari kecut perut.

Bila dah terlondeh maka nak tutup malu kononnya dinasihatkan bercuti. Biasanya kalau bercuti macam ni Shahrizat dah rasa kedudukan tak selamat.

Betullah cerita lembu Shahrizat berbahang. Orang bela lembu sediakan kandang, kamu bela lembu sedia kondo.

Ini tidak adil namanya. Tak adil bagi lembu. Mana sesuai lembu duduk kondo. Lembu memang sesuai dikandang.

Sikap ini dah melampau. Bila melampau menyalahi adat. Orang tua kata biar mati anak jangan mati adat. Jadi Shahrizat dah langgar adat.

Saya teringat cerita lembu.

Lembu kalau dijaga tuan yang reti, dia akan sediakan kandang bukan kondo, bagi tempat rehat lembu terutama pada sebelah malam.

Kalau kondo dia akan menyusahkan orang lain pasal lembu tak reti nak turun lif. Bilik air dia ingat sungai. Orang nak mandi dia boleh intai pulak tu.

Begitu juga manusia kalau ia dijaga tuhan yang menciptanya diberikan panduan iaitu al-Quran yang sesuai dengan manusia bukan melampaui adat.

Jadi jika manusia ikut tuhan yang mencipta dia maka selamat kerana Allah SWT tahu apa yang boleh dan tidak boleh dan apa yang melampau dan tidak layak pada manusia.

Berita berkaitan:

K'jaan akan umum langkah atasi kemelut NFC
Jan 14, 2012

Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah mengatasi isu yang melanda Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dalam masa yang terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya kerajaan sedang merancang mengenai kaedah mengatasi isu itu dan beliau bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar akan berbincang mengenainya sebelum memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin berkata segala aset NFC telah dibekukan sementara dan Perdana Menteri telah melantik beliau bersama Noh akan memantau NFC.

"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri bahawa isu NFC ini dimanipulasi oleh pembangkang dan telah sampai ke penghujungnya bahawa kerajaan akan ambil tindakan dan akan umumkan (tindakan yang diambil) dalam masa yang terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan 2020 di Kangar.

Beliau berkata kerajaan akan meneliti semula semua aspek mengenai NFC itu termasuk meneliti daripada aspek undang-undang dan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat terbabit.

Muhyiddin berkata kerajaan mempunyai cara untuk menyelesaikan isu itu dan rakyat akan mengetahui tindakan yang diambil terhadap isu itu selepas memaklumkannya kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis mungkin dapat dijadikan panduan untuk langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan.

SPRM baru-baru ini memaklumkan isu pembelian kondominium menggunakan dana NFC telah diserahkan kepada polis yang dilanjutkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial.

Isu NFC timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan perbadanan itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Read More...

Lembu NFC rasuah mula diakui Najib

AKHIRNYA Umno akui lembu Shahrizat tu rasuah. Najib dah beku aset NFC. Jadi hok Pakatan Rakyat dedah tu rupanya betul.

Sedangkan selama ini Umno dok pertahan sangat Shahrizat malah tuduh PR buat pembohongan. Akhbar Siasah baru bukan main lagi pertahan Shahrizat dan NFC walaupun perkara tu didedah dalam laporan audit negara.

Berita PR dedah penyelewengan NFC tidak siar. Selagi pemikir Siasah macam ni selagi itu rakyat beku macam pemikiran editorial Siasah.

Tapi saya rasa minda rakyat lebih terbuka daripada kumpulan tersebut. Sebab itu mereka lebih cerdik daripada kumpulan yang membeku itu.

Rakyat dapat banyak maklumat dari sumber lain walaupun mereka tidak lagi dapat info daripada Siasah yang selama ini mereka baca.

Rakyat menolak kerana mereka tahu nilai berita. Apa yang masalahnya kumpulan itu tidak faham apa yang dikehendaki pembaca pasal dia tidak terbuka. Dok takok lama.

Taksud... dia kata orang taksud tetapi orang yang dia tuduh taksud boleh menerima berita PAS dserang Siasah tetapi kumpulan itu tidak boleh terima langsung berita serang Umno.

Anda boleh nilai, siapa yang taksud? Tetapi biasala Umno ini kerja dia menghukum orang.

Berita berkaitan:

Semua aset NFC telah dibekukan, kata PM
Jan 14, 2012

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan pada masa ini.

Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.

Perdana menteri juga menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti selama tiga minggu adalah keputusan yang tepat.

Katanya, ia akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya.

"Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi.

"Dan Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Parit Buntar hari ini.

Shahrizat dalam satu kenyataan Khamis lepas mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai semalam daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui suaminya Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Read More...

Harun Din jawab tuduhan Hasan Ali

DATUK Dr Hasan Mohd Ali dikatakan tidak menarik balik tuduhannya mengatakan PAS keluar dari landasan. Ini bermakna PAS sudah keluar dari landasan asal perjuangannya.

Saya tidak kisah kalau Hasan Ali mahu menyerang Mustafa Ali, Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz, atau sapa-sapa pimpinan PAS atau Hasan Ali mahu menyerang PAS asalkan ia benar-benar atau Hasan Ali dapat buktikan perjuangan Islam PAS itu telah keluar dari landasan Islam. Tetapi ia hanya dakwaan Hasan Ali.

Apa bukti dan hujah Hasan Ali mengatakan PAS keluar dari landasan? Hasan tidak boleh mengemukakan hujah kecuali mengatakan kerana semata-mata PAS mahu menegakkan negara kebajikan. Malah tiada satu nas pun dikemuakakan Hasan kecuali hanya tuduhan.

Sedangkan kita orang Islam berpandu dan rujuk kepada nas sama ada al-Quran dan hadis. Kemukakan nas... baru orang Islam boleh terima dakwaan Hasan Ali.

Soalnya dalam muktamar PAS lalu telah dibincang perkara ini tetapi kenapa Hasan tidak bahas. Saya dengar dan ikuti malah dalam ucapan dasar Tuan Guru Abdul Hadi berhujah dengan nas.

Kawan-kawan beritahu saya Hasan Ali ada datang kenapa tak jumpa. Selepas beliau dipecat saya tidak minat berjumpa dengan dia.

Jangan bercita-cita cari musuh tetapi kalau bertemu musuh maka hadap. Jadi buat apa saya nak bertemu dengan dia tetapi kalau terserempak saya akan kata: "Dulu saya pertahan pendangan Datuk hingga orang chop muka saya muka geng UG (geng kerajaan perpaduan).

Sedangkan saya berhujah berdasarkan perbincangan. Perkara yang masih diperingkat perbincangan. Biasalah kalau ada satu-satu pendapat atau pandangan ia akan dibincang secara masak sebelum di terima.

Takkan kita bagi proposal terus diterima. Ia mesti dibincang secara menyeluruh. Orang bagi cadangan takkan kita terus nak tolak. Apabila perkara itu lumat dibincankan baru kita dapat keputusan. Keputusan yang diambil itu kita hormat.

Masalahnya perkara masih diperingkat perbincangan telah tersebar. Itu yang kecoh dan tuduh menuduh dan timbul fitnah. Walaupun ia betul tetapi tetap fitnah pasal ia bukan keputusan.

Saat akhir pun saya pertahan Datuk malah saya serang Mahfuz yang suruh Datuk keluar PAS masuk Umno. Hujah Mahfuz macam orang tidak bertamadun. Terkelih sikit suruh keluar PAS.

Macam bapak kalau terkelih sikit suruh keluar rumah. Rosak lah buduk tu kalau ramai bapak macam Mahfuz.

Tetapi saya paling kecewa bila Datuk tuduh PAS keluar dari landasan. Saya paling seronok bila Datuk saling menyerang dengan Mustafa Ali tetapi bila tuduh PAS keluar dari landasan saya tidak boleh terima Datuk kerana itu hanya tuduhan. Datuk tidak kemukakan nas untuk mambuktikan hujah Datuk.

Malah saya rasa Datuk belum menarik tuduhan itu kerana datuk kata yang datuk minta maaf tentang negara kebajikan. bukan keluar dari landasan.

Oleh kerana datuk bukan lagi orang PAS maka di sini saya kemukakan jawapan Dr Harun menjawab persoalan sama. Rupanya hujah Datuk sama dengan hujah media dan orang Umno. Saya ingat boleh bimbang Umno tetapi Umno yang bimbing datuk. Ini masalahnya.

Dalam pertanyaan dibawah disebut melencong. Saya rasa melencong lebih baik daripada keluar. Melencong biasanya dia akan balik jalan asal, cuma dilencongkan. Tapi bila tuduh keluar payah, lama baru boleh masuk balik.

Ikuti tulisan ini yang disiarkan Harakahdaily:

Datuk (Dr Harun Din), akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu. Saya keliru kerana diulang-ulang dan disebut oleh media masa, sedangkan yang menyanggahnya jarang kedengaran. Apa pandangan dan nasihat Datuk kepada orang-orang seperti saya supaya teguh berdiri bersama PAS? Terima kasih Datuk.

Penyokong PAS Tegar, Dungun, Terengganu.

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.

Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)

Read More...

Friday, January 13, 2012

Hasan Ali mungkin jaga Sultan

PERJUANGAN besar Datuk Dr Hasan Ali antara menjaga martabat sultan mungkin tercapai kerana sumber memberitahu beliau mungkin dianugerahkan jawatan dalam istana atau berkaitan dengan kesultanan.

Cuma tinggal lagi Hasan perlu perjuangkan Islam yang cuba dimurtadkan Kristian serta orang Melayu yang berpecah belah. Dikhabarkan kedudukan Hasan di situ nanti tidak menyekat beliau untuk memperjuangkan tiga perkara yang sering dilaungkan semasa berkrisis dengan PAS hingga menuduh PAS keluar daripada landasan.

Kata beliau itu diceritakan sampai sekarang masih belum ditarik balik maka sesuailah orang seperti itu duduk di luar PAS.

Masalahnya bila beliau di luar PAS tak ada pulak sidang media bagi kaw-kaw, panas-panas gitu. Atau PC dah tak dapat sambutan.

Saya sebenarnya terkedu juga laporan TV3 kononnya ramai orang kat rumah Hasan Ali bila dia dibuang PAS. Macam Anwar kena buang dengan Umno dulu 1998. Rupanya yang hadir cuma Perkasa.

Ustaz Ismail Kamus yang didakwa TV3 hadir di situ pun rasa aib kalau bersama dalam majlis itu. Sebab itu dia nak saman media yang buat cerita bohong.

Masa Anwar kena pecat Umno dulu ramai kawan dia kerumun tapi kenapa tidak macam tu ya kat Hasan Ali. Sepatutnya peristiwa Anwar tu dah ambil iktibar.

Orang yang sambut Anwar bila dia dibuang Umno tu orang PAS juga ada. Ustaz Fadzil ada. Orang PAS ni kalau kawan ditimpa musibah dia cepat datang. Tapi malanglah kalau orang PAS dia buat musibah sendiri. Nasib tak ada yang datanglah malah ada yang kata aib kalau datang.

Pasal Hasan Ali nak sangat perjuangkan raja-raja Melayu baguslah Allah SWT meletakkan Hasan di situ.

Hasan Ali digugur dari jawatan exco k'jaan S'gor
Jan 13, 2012

Sultan Selangor hari ini perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.

Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.

Ditanya mengenai pengganti Dr Hasan, Khalid berkata, secara rasmi beliau belum menerima senarai calon tersebut.

"Dalam (tempoh) dua hari ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS pusat untuk berbincang perkara ini," katanya.

Menurut Khalid lagi, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan Dr Hasan sebaliknya mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan tidak menghadiri mesyuarat exco.

Khalid juga berkata ekoran pemecatan Dr Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau yang juga ADUN Gombak Setia, turut digugurkan.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan ada tempoh untuk Dr Hasan menyerahkan hak keistimewaan itu kepada kerajaan negeri.

Ditanya tindakan menggugurkan Dr Hasan dilihat mendahului keputusan Majlis Syura kerana beliau masih lagi boleh merayu, Khalid berkata, tidak ada peruntukan bagi ADUN bebas untuk menjadi exco.

Ditanya perasaan beliau dan exco di atas 'kehilangan' Dr Hasan, Khalid berkata: "Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada PAS".

Read More...

Tolong muslimat jawab tulisan Nasrudin Tantawi


MANA lebih kuat nas dengan budaya setempat. Ini nak jawab hujah Nasrudin Hasan Tantawi dia kata ke muslimat kena jaga budaya kita. Saya rasa budaya kita Melayu banyak berasaskan tatasusila Islam.

Dalam klik video di atas tidak nampak pun muslimat menyalahi budaya Melayu. Kalau tuduhan mengatakan muslimat menjerit, pada saya tidak keterlaluan. Berbanding dengan wanita dan puteri lagi teruk. Tapi kita sedih kerana Tantawi turut ikut terpengaruh dengan Utusan.

Dalam hadis Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dr Maza (Dr Asri Zainul Abidin) menjawab persoalan nyanyian ini. Harap pemuda PAS jangan keterlaluan.

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi s.a.w yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun berlaku dalam rumah baginda. Nabi s.a.w tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka yang menggunakan nama agama untuk membenteras hiburan habis-habisan. Bantahan Abu Bakr ditolak oleh Nabi s.a.w secara berhikmah.

Ada sesetengah pandangan yang cuba menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak menolak dakwaan Abu Bakr bahawa nyanyian suara syaitan, cumanya hanya diizinkan disebabkan hari raya. Penghujahan seperti ini tidak kukuh. Sebabnya, apakah jika nyanyian suara syaitan maka pada hari raya ia tidak menjadi suara syaitan lagi dan selepas itu kembali menjadi suara syaitan semula?! Atau apakah pada hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr. Suara syaitan sepatutnya bukan dikaitkan dengan hari dan waktu, tetapi dengan isi kandungan!.

Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari ‘Aisyah r.a. bahawa

“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Maka, dalam hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis-majlis yang bertujuan untuk kegembiraan dan kesukaan seperti majlis perkahwinan. Mungkin hal ini boleh diluaskan kepada majlis sambutan kesukaan yang lain seperti majlis keluarga atau pejabat dan seumpamanya. Bahkan mengenai majlis perkahwinan Nabi s.a.w pernah bersabda: “Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan”. (Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi, hadis ini bernilai ‘hasan’).

Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diistiharkan. Berbeza dengan perzinaan yang biasanya dilakukan secara senyap-senyap. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang menafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian.

Maka menjadi sunnah ketika majlis perkahwinan adanya hiburan seperti pukulan kompang dan suara nyanyian. Maka apa yang diamalkan dalam tradisi melayu ketika perkahwinan diadakan pukulan kompang dan nyanyian adalah tidak becanggah dengan ajaran Nabi s.a.w.

Dalam riwayat Muslim, Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi s.a.w mempunyai seorang pemandu unta yang akan menyanyi ketika dalam dalam perjalanan. Nama beliau Anjasyah. Kata Anas:

“Bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai seorang pemandu unta yang mempunyai suara yang lunak. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: “Perlahan wahai Anjasyah! Jangan pecahkan kaca (wanita-wanita)” (Riwayat Muslim).

Ulama hadis berbeza pendapat tentang maksud Nabi s.a.w dalam hadis ini. Namun, maksud yang dipaling dapat difahami ialah baginda meminta agar Anjasyah memperlahan lagunya kerana ia telah menyebabkan unta semakin pantas, sedangkan wanita-wanita iaitu isteri-isteri baginda mungkin tidak termampu bergerak sepantas itu. Ini menunjukkan bagaimana baginda tidak melarang nyanyian, sebaliknya menggunakannya untuk menggalakkan perjalanan. Cumanya, apabila menyebabkan kesusahan wanita, baginda meminta agar ia diperlahankan.

Dalam hadis lain, ‘Aishah menceritakan:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Demikian Nabi s.a.w memberi ruang untuk isterinya menikmati hiburan.

Ada sesetengah pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ terutama sebahagian mereka yang beraliran salafis yang menghadkan hiburan hanya pada hari raya sahaja atau dengan bentuk kompang tertentu sahaja. Mereka memahami hadis-hadis ini secara literal.

Bagi saya, pandangan ini boleh menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam. Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan. Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Namun, sudah pasti di sana ada batasan yang mesti dipatuhi dalam setiap perkara. Hiburan juga ada disiplin dan batasannya. Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa:

“RasululLah s.a.w datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat tidurku seperti engkau duduk. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut. Lagu-lagu berlirik sedih yang dinyanyikan mereka juga tidak dilarang oleh Nabi s.a.w. Cumanya apabila mereka menyebut lirik yang salah atau bercanggahan dengan kebenaran maka ia ditegur oleh Nabi s.a.w. Dalam hadis ini Nabi s.a.w menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. Hal ini tidak benar. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.

Maka, lirik-lirik nyanyian hendaklah dipastikan tidak menyanggahi syarak seperti bercanggah dengan akidah yang sahih, atau mengajak kepada maksiat, atau membohongi fakta dan seumpamanya. Demikian juga jika ia diiringi dengan perbuatan yang haram, maka hiburan dalam bentuk seperti itu diharamkan.

Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak gemarkan nyanyian, tapi tidak bererti mesti diharamkan terhadap orang lain. Sebaliknya, hendaklah dia amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.

Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.

Read More...

Wednesday, January 11, 2012

Mudahnya Utusan pecahkan orang PAS

Datuk Shahrizat Jalil ugut mahu selak

UTUSAN sial melaporkan kononnya gelagat memalukan muslimat PAS. Tetapi apabila kita tengok video sebenar tak dak pun yang muslimat PAS buat perkara memalukan kalau nak banding Umno dan puteri Umno tunjuk punggung.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang bercakap: “Itu belum selak kain lagi tu…” Ini apa wanita Islam cakap macam ni. Nak tunjukan aurat dia sedangkan aurat itu maruah.

Muslimat itu kononnya dikatakan menjerit. Tapi bila kita dengar mereka bukan menjerit tetapi menyanyi. Kalau nak tahu menjerit macam Shahrizat cakap tu nak cabar Rafizi.

Puteri Umno dengan gelagat tunjuk punggung. Datuk Adnan Yaakon bukan main citer lagi perangai tunjuk punggung. Ada moral ke Umno?

Umno memang tadok moral Utusan je kerja kerja karut, gejah depan mata tak nampak kuman seberang laut pun boleh nampak. Itu yang dia keliru dia tengok kuman dari jauh dah tuduh kawan tu menjerit.
Pada hal kawan tu menyanyi.

Muslimat bernyanyi ramai-ramai tak salah. Yang salah Utusan siar benda yang tak betul.

Apa yang pelik setengah muslimat PAS terpengaruh laporan Utusan. Utusan tu pembelik jadi mudah kepala otak setengah muslimat ikut terbelik.

Saya nak ingatkan sudahlah terpengaruh dengan laporan akhbar. Kita kena ingat akibat setengah pemimpin PAS Selangor terpengaruh dengan laporan Utusan yang memutar belitkan anugerah Sultan kepada Dr Hasan Ali maka ada yang geram dan terpacul mendedahkan perkara tak sepatutnya didedah.

Akhirnya berlaku pertemburan mulut dan berakhir dengan pemecatan Hasan. Ini gara-gara bermula daripada Utusan.

Jadi orang PAS guna otak. Apakah orang PAS dengan mudah bertempur sesama sendiri hanya kerana laporan Utusan.

Kita kata Utusan Meloya, Utusan Sial, Utusan tidak betul tetapi kita sebenarnya terpengaruh laporan Utusan. Hehehe ketawa orang Utusan. Sebab itu dia makin ligat cari isu nak pecah orang PAS kerana PAS lah yang mudah terpengaruh dengan Utusan.

Read More...

Tuesday, January 10, 2012

Islam ada peraturan bukan ikut kepala sendiri

SAIFUL Bukhari nampak macam tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta maka tersebar SMS beliau diakhbar katanya: "tidak di dunia, namun di Mahsyar pasti. Reda dengan ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqomah dan sabar."

Kalau ramai orang Islam berpendapat agama tu macam sangkaan Saiful kita rasa punah jahanam Islam.

Buat apa Allah turun al-Quran? Buat apa Allah turun Nabi saw? Apakah semua itu untuk jadi bahan cerita? Cerita penglipulara.

Sebab itu ramai sangka al-Quran hanya untuk dibaca. Sedangkan Allah SWT turun al-Quran sebagai panduan. Pembimbing kita Muhammad SAW.

Kalau Muhammad SAW itu kita tidak jadikan rujukan maka sia-sia Allah SWT turun banyak kisahnya dalam al-Quran dan Hadisnya.

Muncul pulak kes Saiful menjadikan orang Islam tambah keliru..., bengang. Bila keputusan mahkamah umum lepas anwar, ada pulak yang kata di padang mahsyar belum tentu.

Islam ada panduan. Allah SWT mencipta manusia tidak begitu sahaja. Allah SWT tahu kerana itu Allah Taala menurunkan syariat atau peraturan.

Syariat bukan baru. Ia sejak nabi Adam as dicipta. Dan syariat juga berubah mengikut umat. Kita Umat Muhammad maka mengguna pakai syariat Muhammad SAW.

Syariat Adam di syurga melarang makan buah khuldi. Ketika di dunia syariat atau peraturan perkahwinan anaknya disilangkan antara adik beradik kembar.

Bila salah satunya Qabir tidak ikut syariat atau peraturan perkahwinan itu maka berlaku pergaduhan dan pembunuhan pertama dalam sejarah manusia.

Itu syariat Allah ketika itu. Zaman Muhammad ummah makin bertambah maka syariat ikut berubah dan bertambah.

Syariat atau peraturan ini yang menentukan hala tuju umat Muhammad. Dari mana syariat itu. Dari al-Quran dan Hadis Rasullah SAW.

Maka kalau kita ikut syariat itu akan aman kehidupan kita. Jika sebaliknya kita akan sering bergaduh, tuduh menuduh dan perang memerangi.

Jadi tak usah Saiful bimbang memang di akhirat tempat pembalasan. Tetapi kalau dah atas dunia tak ikut cara syariat maka akhirat akan teruk lagi dipersoal Allah SWT.

Saiful mengaibkan maruah orang maka sampai masa anda diaibkan. Sekiranya diaibkan di akhirat lagi teruk.

Pasal kenapa....? Sebab akhirat itu kekal abadi. Atas dunia ini tempat kita membetulkan keadaan dan berlaku baik. Bila sudah meningggal amalan terhenti dan masa untuk dihisap.

Nasihat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man:

Semua akan diadili semula di akhirat

901 menjadi hari yang dinanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia khusus bagi yang mengikuti isu politik negara dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Secara sedar dan tidak sedar, sebahagian pemerhati telah membuat pelbagai telahan berhubung keputusan mahkamah pada hari tersebut. Ramai penganalisa politik kini telah bertukar menjadi pak nujum semata-mata untuk lebih mensensasikan keputusan yang akan diumumkan nanti.

Dari pelbagai andaian, lebih ramai menjangkakan DSAI akan dihumban semula ke Sg Buluh kerana kalau bukan untuk itu, kenapa diteruskan perbicaraan walaupun disedari awal, terdapat banyak kelemahan yang boleh menyebabkan kes ini dibuang awal-awal lagi. Ini andaian pertama.

Kumpulan kedua yang sangat minoriti pula berpendapat bahawa DSAI akan dibebaskan kerana beberapa kelemahan dalam penghujahan sepanjang perbicaraan.

Andaian ketiga lebih kepada untuk mengaibkan beliau, iaitu dengan andaian kes sodomi berlaku tetapi beliau dibebaskan kerana tiadanya unsur paksaan sebagaimana yang dituduh oleh pengadu.

Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.

Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP