Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 15, 2011

Mahfuz pulak melampau

SEJAUH mana kita berbincang dengan Hasan Ali dalam soal pendapat yang bertentangan. Kenapa kita membelakangkan berpendapat dalam PAS.

Sejauh mana masalah perselisihan dan berpendapat dibincang sehingga masak dan dapat merumuskan kepada jalan yang lebih baik. Apakah sudah ada perdebatan?

Tetapi kenapa celupar sangat pemimpin Pas sehingga mencabar ahli Pas lain keluar dan sertai Umno. Apakah Pas hak dia?

Pas berusaha menarik pemimpin dan ahli serta golongan yang tidak berparti sama ada professional atau aliran mana sekali pun sertai Pas tetapi tiba-tiba Mahfuz seolah cabar orang Pas keluar parti dan suruh sertai Umno.

Ingat jangan sampai sejarah lama berulang. Sejarah Datuk Asri keluar Pas dan sertai Umno…

Mahfuz: Hasan Ali boleh keluar PAS sertai Umno jika mahu

December 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Datuk Mahfuz Omar.

“Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih,” kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.

“Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu,” kata beliau lagi.

Hasan (gambar), yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

“PAS tidak pernah membantah (jika ada mana-mana ahli mahu meninggalkan parti). Ia satu demokrasi. Itu hak mereka,” kata Mahfuz lagi.

“Hasan Ali bersedia untuk memberi sokongan beliau kepada parti yang berjuang bagi hak orang Melayu. Tindakan beliau mahu memperjuangkan Islam adalah baik, PAS juga memperjuangkan Islam,” katanya lagi.

Ditanya sama ada partinya akan merasakan satu kehilangan jika Hasan keluar, Mahfuz berkata, “PAS pernah melalui banyak kehilangan dalam kepimpinan (sebelum ini), tetapi PAS terus bergerak.”

“Kami tidak mengejar orang, kami mempelawa mereka,” katanya lagi sambil menambah, “saya tidak meminta sesiapa meninggalkan parti.”

“Kami meminta mereka bersatu dan membangunkan parti. Tetapi jika mereka mahu meninggalkan parti, saya tidak akan menahan mereka,” katanya lagi.

Read More...

Wednesday, December 14, 2011

PAS Selangor melampau

APA ada dalam kepala kepimpinan Pas Selangor musim baru kecuali dendam yang tidak berkesudahan dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Sekiranya dakwaan itu betul, memang benar kepimpinan PAS Selangor melampau kerana tidak dapat menerima kebebasan bersuara dan berpendapat dalam negara demokrasi.

Islam juga menerima kebebasan bersuara selagi tidak bertentangan dengan akidah dan cara PAS Selangor menghukum Hasan jelas mengambarkan parti itu tertutup daripada kebebasan berpandangan.

Dalam 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor dipertandingkan PAS Selangor, hanya satu kerusi Gombak Setia, diumumkan Hasan tidak mendapat pencalonan yang mencukupi.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berkata diperingkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon untuk mempertahan Dun Gombak Setia.

Bagaimana pun kata Saari kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Sebaliknya 19 lagi kerusi Dun yang dipertandingkan PAS tidak diberitahu kepada media.

Sementara Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan itu tidak benar kerana ia disahkan selepas proses penamaan calon.

Hasan Ali memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 2,797 mengalahkan calon Umno, Yuszahari Mohd Yusoff.

“Saari sudah pasti ada motif tertentu,” kata penulis politik Mohd Sayuti Omar mengulas isu itu.

Bagi beliau alasan Saari kurang tepat dan bijaksana kerana ia `membuka budu di tengah kedai dan kurang rempah politik’.

“Tidak semestinya calon yang mendapat sokongan dari kawasan yang hanya boleh dipertimbangkan. Sebelum ini berapa ramai calon Pas untuk sesuatu kawasan tidak pun mendapat sokongan atau perlu sokongan kawasan. Itu... calon bidan terjun tidak pun memerlu tapisan kawasan,” ujarnya.

Hasan yang juga Exco Selangor, berkata pencalonan diputuskan PAS Pusat melalui proses penilaian Majlis Syura Ulama dan adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak mendahului pimpinan tertinggi parti.

“Saya tidak menyalahkan saudara Shaari Sungip berkenaan kenyataan tersebut tetapi saya ingin membuat penegasan bagi mengelakkan kekeliruan bahawa hal-hal pencalonan mesti diputuskan oleh PAS Pusat setelah melalui penilaian oleh Majlis Syura,” katanya.

Hasan turut menjelaskan, jumlah pencalonan daripada setiap cawangan bukanlah penentu seseorang calon itu layak bertanding atau tidak, tetapi turut diputuskan mengikut budi bicara pimpinan pusat.

“Setakat ini memang saya mengetahui pencalonan dari peringkat cawangan diambil kira, tetapi ini bukanlah faktor penentu kerana wujudnya pertimbangan lain.

“Saya sendiri ditunjuk untuk bertanding di Dun Gombak Setia pada 2008 bukan atas dasar pencalonan cawangan, begitu juga Ketua Penerangan PAS Negeri sekarang, yang bertanding di Dun Hulu Klang, juga tidak mengikuti proses penerimaan calon peringkat cawangan.

“Saya musykil dengan kenyataan dikeluarkan mengenai pencalonan itu lantaran ia disebarkan melalui media bertepatan dengan suasana dan keadaan dimana seorang pemimpin PAS menerima pengiktirafan dan penghargaan daripada Sultan Selangor.

“Saya khuatir pelbagai kesimpulan dan andaian boleh dibuat berikutan dengan wujudnya satu kebetulan ini,” kata beliau dalam sidang akhbar di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pada hari keputeraan Sultan Selangor ke 66, Hasan dianugerahkan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS).

Ditanya wartawan sama ada beliau patut meninggalkan PAS jika menghadapi masalah dalaman parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.

Kata beliau, persoalan sama ada beliau kekal atau digugurkan sebagai calon pilihan raya tidak akan menghalang perjuangannya memartabatkan bangsa Melayu, mengagungkan agama Islam dan mendaulatkan institusi raja.

“Sama ada saya dicalonkan atau tidak, itu bukan menjadi halangan, pendirian saya tidak pernah berubah terhadap tiga perkara berkenaan.

“Bahkan isu ini menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang dan saya yakin, ramai yang memahami dan menjiwai semangat saya,” tegasnya.

Mengenai isu perpaduan, beliau mahu memperjuangkan isu itu secara global bukan seperti perkara politik yang membangkitkan kerajaan perpaduan tetapi merangkumi perpaduan Islam dan bangsa.

Beliau juga dikaitkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun), katanya penyertaan kali pertama beliau dalam Himpun di Shah Alam telah mendapat maklum balas yang baik.

“Himpun tidak ada kena mengena dengan Umno dan parti politik malah pelbagai pihak hubungi saya selepas itu menyatakan setuju dengan kehadiran saya dalam Himpun. Jadi saya akan hadir dalam Himpun seterusnya,” katanya.

Read More...

Tuesday, December 13, 2011

Ku terperangkat dalam politik dan budi

TIDAK la sampai tergadai body... tetapi terhutang budi sukar nak langsai. Apa lagi ada orang dok ungkit-ungkit.... Mana cara nak boleh jelas... akhirnya terhutang.

Kalau ikut nilai-nilai suci atau sejagat yang dianut oleh manusia masa kini pun tak jumpa penyelesaian ni. Habis macam mana mahu langsai?

Inilah kesukaran... apa lagi anda orang politik dan pemimpin politik.

Jadi anda tidak boleh marah kalau orang kampung sukar beralih kerana mereka banyak terhutang budi... malu mata.

Tapi kalau manusia kembali kepada Islam... ia adalah penyelesaian mudah.

Anda ungkit... kerja bakti anda walaupun dibayar tidak akan dapat pahala. Dapat la duit upah atas dunia.

Di akhirat sepatutnya kerja bakti anda itu mendapat pahala tetapi tinggal kosong kerana anda ungkit berpanjangan. Rugi... rugi.... rugi

Kerana itu Islam melihat perbuatan dunia anda ada sangkut paut dengan akhirat. Kalau anda ikhlas membantu maka ganjaran lebih besar menanti anda di akhirat.

Guana gamok Umno... nak ikut style MCA.

Baca berita bawah sikit;

Ibu sakit: Ketua MCA NS, MP DAP bertikam lidah
Dis 13, 2011

Ketua MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Yeow Chai Thiam tidak berpuas hati dengan kegagalan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang gagal menunjukkan rasa terima kasih kepadanya kerana membantu ibu pemimpin DAP itu yang dilanda masalah kesihatan pada tahun 2009 lalu.

Menurut laporan akhbar-akhbar Cina sejak beberapa hari lalu, Yeow mengeluarkan kenyataan mendakwa Teo hanya mengucapkan terima kasih kepadanya beberapa bulan selepas ibunya menjalani rawatan. Itupun, beliau dipetik sebagai berkata selepas dirinya bertanya tentang kesihatan ibu Teo apabila mereka bertemu, secara kebetulan, pada satu majlis.

Yeow berkata jika beliau tidak bertanyakan khabar tentang ibunya, Teo mungkin akan lupa bahawa MCA telah melnghulurkan bantuan kepada keluarganya.

Beliau berkata bukan niat atau hasratnya menagih penghargaan tetapi Teo tidak boleh melarikan diri daripada hakikat bahawa MCA telah membantu ibu Teo yang melalui tempoh yang getir.

Yeow mengulas kenyataan Teo pada Sabtu lalu bahawa beliau telah mengucapkan terima kasih kepadanya berulang kali kerana membantunya tetapi pemimpin MCA itu diingatkan supaya tidak mengheret masalah kesihatan ibunya bagi tujuan politik.

Pada satu majlis Khamis lalu, Yeow, seorang senator dan doktor perubatan yang mengendalikan pusat dialisis secara amal di Mawar, menyebut sepintas lalu bahawa pembantunya pernah memberi bantuan kepada ibu Teo.

Beliau berkata demikian ketika membidas ketua DAP Negeri Sembilan Anthony Loke, yang didakwanya mendapat gaji lebih RM20,000 sebulan sebagai seorang ahli parlimen dan ADUN tetapi tidak membantu rakyat yang memerlukan.

Kata Yeow, kebanyakan isu tempatan diselesaikan oleh aktivis MCA dan bukannya DAP, termasuk mereka dengan masalah kesihatan.

Anda bagaimana

Read More...

Monday, December 12, 2011

Bangsa rasis


Read More...

Friday, December 9, 2011

PART 3 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?



Read More...

Apa salah Sultan Kelantan beri pangkat kepada Rosmah

ADA blogger terlampau sangat sehingga Sultan Kelantan beri darjah kebesaran kepada Rosmah pun menjadi pandangan serong beliau kepada Sultan Kelantan.

Abu Sufian bukan Islam tetapi semasa Nabi saw menawan Mekah beliau memuji Abu Sufian dan mereka yang mahu selamat boleh berlindung di rumah Abu Sufian. Ini konsep dakwah cerdik Nabi saw berbanding jenis manusia hanya tahu mengutuk semata-mata orang itu duduk dipihak lawan.

Kita sangka baik terhadap anugerah Sultan Kelantan kepada Rosmah. Apakah dalam kepala Sultan Kelantan mahu melihat anugerah itu akan memberi kesedaran kepada Rosmah?

Nabi saw pernah menyambut baik yahudi yang menghina dan mengutuk beliau dan akhirnya yahudi itu masuk Islam kerana kebaikan Nabi saw.

Apa salah Sultan Kelantan mahu berdakwah. Bukan hak Sultan Kelantan mahu menentukan Rosmah itu boleh didakwah atau tidak... mendapat petunjuk atau tidak. Itu hak Allah SWT.

Hak Sultan Kelantan ialah menyeru orang kepada Islam dan Allah tidak mengarahkan siapa yang Sultan Kelantan perlu dakwah. Balasannya terpulang kepada Allah SWT.

Saya bukan nak pertahan Sultan Kelantan tetapi saya nak ajar jenis tak reti basa...



Berikut laporan yang ditulis di blog:


Khabar gembira untuk orang PAS Kelantan yang puja sultan, tahniah!

Terlupa pulak, siapa dipanggil bentara? Kalau di kampung saya, bentara tu panggilan untuk tukang angkat hidang dan pelayan waktu kenduri. Nak suruh angkat hidang untuk siapa mencekik? Nak mencekik apa? Tanah di Lojing? Perlantikan YDP MPKB baru-baru ni siapa sebenarnya yang menentukan?

Ah, ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!

Saya copy paste berita ni dengan ucapan tahniah untuk orang PAS Kelantan yang puja sultan:

Sultan Kelantan terima darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong

Berita Harian (7/12/11): Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Majlis penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Tuanku Mizan kepada Sultan Muhammad V itu di Bilik Rehat Raja-Raja, Istana Negeri, Kubang Kerian di sini.

Turut berangkat sama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Sultan Ismail Petra dan kerabat diraja yang lain.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Selesai majlis penganugerahan itu, Sultan Muhammad V kemudiannya turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi) (SPMK) kepada Rosmah.

Majlis yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berakhir 45 minit selepas itu.

Perdana Menteri dan isteri kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara - Bernama.

Read More...

WACANA PERDANA (7) - PRU13 TERGUGATKAH KUASA MELAYU (2/2)



Read More...

Thursday, December 8, 2011

An-Nahdhah ingatkan Ikhwan pengalaman di Algeria

KITA belum lupa kemenangan Islamic Salvation Front (FIS) atau Barisan Penyelamat Islam merupakan parti Islam di Algeria menang 80 peratus dalam pilihan raya Algeria pada 1992.

(Gambar; Kemenangan FIS di Algeria)

Kemenangan besar FIS dalam masa Algeria diperintah oleh kuku besi dan enggan menerima kehadiran parti lain di negeri itu. Pada 1990 banyak berlaku demontrasi sebagaimana apa yang kita lihat demo di negara-negara Arab sekarang.

Pada 1991, FIS berjaya menarik perhatian ramai rakyat Algeria. Bila pilihan raya diadakan pada 1992, FIS menang besar.

Bagaimana pun Barat melihat kemenangan FIS itu sebagai ancaman. Mereka masuk campur urusan negara itu dan melakukan rampas kuasa.

Presiden Benjedid bersama pimpinan tentera, Mohammed Boudiaf menguling kerajaan FIS. Boudiaf menguasai Algeria dan Pemimpin FIS, Abassi Madani dan Ali Belhadj dipenjarakan.

Sejarah pemberontakan dan penbunuhan sebelum 1990 berulang di Algeria. Boudiaf pula jatuh dalam rampasan kuasa oleh Letnan Mohammed Bumaaraf. Partai Sosialis didukung tentera memerintah selama 30 tahun.

Ternyata FIS berjaya memberi keamanan dan ketenteraman di Algeria. Malah umat Islam bagaimana jahiliyahnya mereka tetapi tetap mahu sebuah negara yang jauh di lubuk hatinya menginginkan sebuah partai Islam yang benar-benar Islam memerintan.

Umno sama dengan parti sekular di Algeria. Kalau demokrasi adil di Malaysia PAS mampu meraih kemenangan sebagaimana FIS di Algeria, An-Nahdhah di Tunusia dan Ikhwan di Mesir.

Bagaimana pun pengalaman di Algeria memberi pengajaran bermakna kepada gerakan Islam dan parti Islam. Mereka dikelilingi musuh bukan sahaja parti pemerintah yang sekular bahkan negara Barat.

Maka nasihat pimpinan parti Islam An-Nahdhah Tunisia, Rasyid Ghannouchi meminta Ikhwanul Muslimin di Mesir melakukan perikatan dengan kubu sekularis dan Kristian, dan tidak mengulangi pengalaman masa lalu Algeria, perlu diambil kira.

Cuba menunjukkan toleransi dengan kumpulan lain agar ia mampu mengelak tekanan daripada Barat.

Berita berikutnya;

Ghannouchi menggambarkan Ikhwan sebagai kumpulan besar dan gerakan kuat yang bertanggung jawab, dan kerananya Ikhwan tidak akan masuk ke dalam setiap petualangan yang salah dalam berpolitik, di mana dalam dalam politik negara setiap orang harus mendapat bahagian yang adil dari, menunjuk pentingnya membentuk kerajaan campuran agar boleh berjaya.

Dalam wawancara yang diterbitkan di majalah Foreign Policy hari Rabu kelmarin (7 / 12). Ghannouchi mengatakan bahawa masalah di Mesir lebih kompleks daripada Tunisia, kerana adanya agama minoriti dan etnik, di samping kekuatan gerakan Salafi, serta peranan tentera di Mesir sangat berbeza berbanding Tunisia.

Dia memberi amaran agar Ikhwan Mesir tidak mengulangi kesalahan di Algeria, di mana Islamis memenangi 80% dari kerusi pilihan raya di Algeria, tetapi mereka mengabaikan kumpulan minoriti dan tentera serta usahawan, yang akhirnya menyebabkan berlakunya rampasan kuasa terhadap kemenangan mereka.

Read More...

Wednesday, December 7, 2011

Kita tidak serang Soi Lek kerana videonya

PRESIDEN MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, bukan orang Islam dan memang hak dia mahu kritik hudud.

Mungkin dia melihatkan negara Islam yang laksana hudud, ekonominya tidak hebat atau dia melihat jika Malaysia laksana hudud negara Barat boleh beri tekanan menyebabkan ekonomi Malaysia boleh jatuh.

Itu hujah dia dan kita patut mengkaji pendapat beliau dan bagaimana kita boleh meyakinkan mereka yang mempunyai fahaman seperti itu.

Bagi saya pandangan Soi Lek boleh meransang pemikiran kita dalam menghadapi tekanan Barat.

Apa perancangan kita dalam menghadapi tekanan Barat apabila kita mahu melaksanakan hudud.

Dan apa hujah dan fakta kita untuk menyakinkan orang seperti Soi Lek. Jangan kita melalak tuduh macam-macam terhadap Soi Lek sedangkan kita tidak bersedia untuk berhujah dengan beliau.

Kita sudah tahu Umno tidak boleh diharap untuk memberi fahaman Islam terhadap bukan Islam dan kawannya bukan Islam.

Jadi kita ni yang digelar faham Islam patut memberi fahaman kepada mereka sehingga mereka yakin hudud boleh dilaksanakan.

Saya tidak mahu serang Soi Lek malah ketika beliau diserang video seks saya cuba bela beliau.

Anda boleh baca tulisan saya:

Gambar seksi boleh dieksploitasi di siber

DUNIA politik negara pernah gempar apabila terdapat video lucah yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebar di internet.

Penyebaran video itu merupakan perbuatan yang berkait dengan jenayah siber kerana menuduh pihak tertentu terbabit dalam video seks itu.

Perkara itu perlu dibuat laporan kepada polis dan menyerahkan pihak berkuasa menyiasat pelakon dalam video itu sama ada ia membabitkan tokoh pembangkang negara ini atau sebaliknya.

Pihak polis juga perlu membenteras sebaran video seks tersebut kerana dibimbangi mempengaruhi pelajar sekolah dan belia.

Rakyat menyuarakan supaya kerajaan perlu sekat setiap web lucah dari luar negara di samping mengambil tindakan tegas terhadap penyebar video seks.

Pemimpin politik MCA pernah jatuh dalam politik kerana menjadi mangsa kepada penyebaran video lucah membabitkan objek menyerupainya.

Jenayah itu mungkin dilakukan oleh musuh politik yang tidak mahu melihat beliau berjaya dalam parti itu. Ia juga langkah mudah penjenayah menjatuhkan musuhnya.

Beliau terpaksa berdepan tekanan sehingga membuat terpaksa membuat pengakuan. Ia bukan sahaja memusnahkan karier politik beliau bahkan mencemarkan nama serta keluarga.

Sekiranya keluarga terdiri daripada orang yang dihormati dalam masyarakat ia makin menjadi bertambah sukar.

Menuduh orang terbabit dalam video lucah dengan mereka-reka cerita. Terdapat juga superimpose gambar lucah membabitkan artis disebar secara berleluasa melalui internet.

Malah gambar privacy seseorang disebar ke laman maya oleh pihak tertentu bertujuan memusnah karier atau menjatuhkan musuh.

Sebagaimana baru-baru ini berlaku keatas penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi atau dikenali sebagai Apek.

Gambar yang beliau rasa tidak sepatutnya disiar internet tetapi boleh dicapai secara mudah di blog dan facebook.

Bagi Khairul gambar itu hak privacy beliau namun mungkin ia didedahkan oleh pihak tertentu dan membuat ulasan kononnya beliau bermasalah sehingga gagal bermain secara baik untuk menyekat kemenangan 3-2 Bahrian keatas Malaysia.

Sedangkan semasa Malaysia menang keatas Indonesia dalam sukan Sea, tidak pula gambar seumpama itu disebarkan.

Gambar itu menimbulkan kontroversi malah menyebabkan tekanan kepada Khairul. Perkara peribadi beliau tidak sepatutnya terdedah. Beliau bukan orang yang bangga untuk melakukan maksiat yang boleh mendorong orang lain terikut membuat perkara sama.

Oleh itu hak Khairul perlu dihormati dan pihak yang mengupload gambar ke maya tanpa izin Khairul telah melakukan jenayah siber.
Semua itu adalah jenayah dan pihak yang menjadi mangsa keadaan itu boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimdia Malaysia (SKMM).

Pengerusi Jawatankuasa Capaian Belia Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kamal Affendi Hashim berkata dalam media eletronik, mereka yang merasa dirinya menjadi mengsa jenayah siber boleh membuat aduan kepada SKMM.

“Jangan mengharap hari itu buat laporan hari itu mahu selesai… mungkin mengambil masa dan ada kes berbulan-bulan,” ujarnya yang terkenal sebagai penganalisis jenayah.

Beliau juga mengingatkan pengguna internet tidak upload gambar yang memperlihatkan wajah seksi dan ghairah.

“Jangan upload gambar muncung (seksi) nanti orang boleh ambil gambar itu dan di superimpose dengan gambar model bogel atau separuh bogel sedangkan anda tidak melakukannya.

“Jadi perbuatan-perbuatan seumpama ini mengundang orang lain mengambil kesempatan. Jadi sepatutnya kita berhati-hati memuat turun gambar kita supaya ia tidak mudah diambil kesempatan pihak lain,” katanya.

Pengguna laman sosial juga dinasihatkan menyimpan gambar peribadi secara terkawal tanpa dicapai secara umum.

Fikirkan beberapa kali dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar peribadi anda di internet untuk mengelak gambar anda mungkin akan digunakan atau diubah oleh orang lain, tanpa persetujuan anda.

Banyak cara lain untuk anda berkongsi gambar peribadi anda bersama keluarga dan rakan yang jauh.

Sentiasa berhati-hati ketika memberikan butir peribadi seperti nama penuh, alamat, dan nombor telefon.

Sangat mudah untuk mencari informasi tentang seseorang di internet. Maka, melainkan anda mahu seluruh dunia tahu bagaimana untuk menghubungi anda (termasuk ’spammers’ dan penghendap siber atau lebih dikenali sebagai ‘cyberstalkers’), lebih sedikit informasi anda yang berada di internet, lebih baik dan selamat untuk anda!

Simpan data peribadi anda seperti emel, rekod ‘chatting’, gambar, dan video dengan selamat.

Gunakan kata kunci atau ‘password’ yang mempunyai kombinasi huruf dan nombor, dan anda mungkin juga mahu menguncikannya dengan lebih selamat (dikenali sebagai encryption).

Banyak ’software’ yang membolehkan anda melakukan ini, supaya password anda tidak dapat dileraikan dengan begitu mudah.

Paling penting, anda perlu bijak mengawal privasi antara diri anda dengan keluarga, rakan, pasangan, dan juga majikan anda.

Berbicara secara terbuka dan pastikan mereka memahami hak anda untuk mengekalkan privasi anda.

Mempercayai dan menghormati hak masing-masing adalah cara terbaik untuk mengadakan komunikasi secara online.


mahu lsam Sm la

Read More...

Tuesday, December 6, 2011

Ada IIM makin kuat rasuah

MAKIN kuat kerajaan laung benteras rasuah makin kuat rasuah negara. Ape ke hal ni Pok Jib?

Wujud pelan integriti nasional dan tubuh Institut Integriti Malaysia (IIM) tapi pelik dan ajaib rasuah makin meningkat.

Masih kah kita ingat tertubuhnya Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) tapi tak pa la sekurangnya ada la kesan dia iaitu pemimpin Umno mula faham sikit tentang Islam.

Dia tak berani dah nak hina hukum Islam tetapi kalau dulu dia ni bukan main lagi dok kutuk dan hina Islam terutama dalam bab undang-undang jenayah Islam.

He he he… dia tak tau ke undang-undang tu Allah yang buat. Dia ingat orang Islam ni dok pandai reka-reka.

Sekarang hok dia buat pelan rasuah tu… ada dia ikut. Nampaknya pelan tu tinggal pelan je la…

Kalau hang baca pelan tu bukan main lagi rasa macam Malaysia tadok rasuah… habis semua pelan tu benteras gejala itu. Kehkehkeh…

Tapi malang tukang buat pelan tu bila Umno buat sapu berak je…

Berita berikut:

'Ranking rasuah M'sia semakin teruk semasa Najib'
5 Dis 2011

Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dalam kajian terbaru Transparency International (TI) mendapati gejala rasuah semakin buruk semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dua perdana menteri sebelumnya.

azlanRanking itu bukan sahaja yang terburuk dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan oleh TI Malaysia tetapi menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, adalah kedudukan terendah yang diperolehi Malaysia dalam 17 tahun sejak ia diperkenalkan pada 1995.

Keputusan ranking 2011 yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan terdapat kemerosotan dalam kedudukan Malaysia yang jatuh dari tangga 56 tahun lalu ke tangga 60 tahun ini daripada 183 negara yang dikaji.

Malaysia kali ini hanya mencatatkan 4.3 mata - kejatuhan berturut-turut kali ketiga sejak 2009. (Di bawah sistem pemarkahan, 10 adalah 'bersih' manakala 0 ialah 'amalan rasuah tegar'.)

Terjerumus

Lim dalam kenyataan akhbarnya, hari ini berkata, dalam tempoh sembilan tahun dari 1995 semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, markah yang dicatatkan oleh negara berlegar antara 4.8 pada tahun 2000 dan 5.3 pada tahun 1996. Ranking negara jatuh 14 kedudukan dari tangga 23 pada tahun 1995 ke tangga 37 pada tahun 2003.

azlanManakala sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, kedudukan negara terjerumus 10 lagi kedudukan daripada 37 pada tahun 2003 kepada 47 pada tahun 2008. Lim berkata markah markah CPI negara terperangkap di antara 5.0 dan 5.1.

Walau bagaimanapun, sepanjang dua tahun setengah pentadbiran Najib, ranking CPI Malaysia mencatatkan kedudukan paling buruk dalam pelbagai aspek.

Read More...

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP