Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 7, 2010

Sukan Komanwel: Pesta seks kondom

NEW DELHI, 7 Okt -- Sukan Komanwel ke-19 di sini kini menjadi tumpuan berita tetapi kali ini untuk sebab yang berbeza - kondom. Ia mengambarkan betapa melampaunya kebebasan.

Ribuan kondom yang telah digunakan telah menyebabkan longkang di perkampungan sukan tersumbat selepas para atlet membuangnya di dalam tandas mereka.

Sebuah akhbar harian tempatan melaporkan petugas penyenggaraan yang geram dengan keadaan itu terpaksa memanggil tukang paip bagi membersihkan kondom yang melekit itu di tandas apabila para atlet mengadu bahawa tandas mereka tersumbat. Mereka dapati kondom-kondom itu adalah penyebabnya.

Ketika diminta mengulas isu itu, ketua Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) Mike Fennell menjawab " ini menunjukkan para atlet bertanggungjawab."

"Harap mereka (petugas) membersihkan tandas-tandas itu. Jika itu ceritanya, sudah tentu ia positif. Ia menunjukkan penggunaan kondom, para atlet kini semakin bertanggungjawab. Sebelum ini, banyak sangat kontroversi bagi mempromosikan seks yang selamat," kata Fennnell kepada media pada Khamis.

Para penganjur telah memasang 200 mesin menjual kondom sekitar perkampungan sukan dan kira-kira 100,000 kondom akan diedar secara percuma kepada para atlet sepanjang temasya itu.

Dan jenama kondom percuma itu ialah "Play Safe".

-- BERNAMA

Read More...

Emas terus menyinar di Dubai

DUBAI, 7 Okt (Bernama) -- Jumlah emas yang didagangkan menerusi Dubai untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini terus kukuh pada 608 tonne, dengan nilai keseluruhan US$21.17 bilion, demikian menurut Pusat Komoditi Multi Dubai (DMCC).

Jumlah itu meningkat 20 peratus tahun-atas-tahun, sekali gus mencerminkan harga emas yang tinggi, katanya, mengambil contoh data import dan eksport dari Kastam Dubai.

Dalam tempoh Januari-Jun 2010, import emas ke Dubai ialah 384 tonne, naik 4.3 peratus atau 16 tonne dalam tempoh yang sama 2009.

Sementara itu, eksport emas dari Dubai merosot 6.7 peratus kepada 225 tonne berbanding 240 tonne tahun sebelumnya.

Ini menunjukkan yang pasaran runcit tempatan turut memperlihatkan "selera" yang lebih besar dengan penggunaan yang bertamah, kata kenyataan DMCC.

India kekal sebagai rakan import dan eksport utama Dubai dengan barang eksport utama ialah jongkong emas dan barangan import utama pula ialah emas dalam bentuk separa pembuatan.

-- BERNAMA

Read More...

Tukar akuan bersumpah satu kesalahan

Majlis Peguam Malaysia menegaskan adalah satu kesalahan jenayah untuk mana-mana individu menukar akuan bersumpah yang dibuat secara sukarela.

Presidennya Ragunath Kesavan mengulas tindakan bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, yang semalam menukar kenyataan bersumpahnya dua tahun yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor, kepada tuduhan fitnah liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rahimi mendakwa beliau dipaksa membuat dua akaun bersumpah itu namun peguam-peguam terbabit Latheefa koya dan Saiful Izham menafikan sebarang paksaan dikenakan ke atas bekas pembatuan anwai itu.

"Kalau individu itu secara sukarela buat akuan tersebut, dan kemudiannya beliau menukarnya pula, maka dia sudah melakukan kesalahan kerana dia telah membuat akuan bersumpah yang tidak betul," kata Ragunath.

Ragunath menegaskan bahawa tindakan menukar akuan bersumpah akan hanya menjejaskan kredibiliti individu tersebut kerana dia secara tidak langsung membuktikan bahawa dia memberi sumpah yang tidak benar.

"Itu bermakna keterangan yang dia bagi selepas ini tidak lagi kuat," jelas Ragunath dengan nada bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Majlis Peguam Malaysia tidak akan mengambil tindakan terhadap peguam Latheefa Koya yang dituduh Rahimi memaksa beliau untuk menandatangi akuan bersumpah yang mengaitkan Najib dan Rosmah kepada Saiful Bukhari Azlan.

Ragunath berkata tiada tindakan akan diambil selagi tidak ada laporan khusus dibuat terhadap Latheefa Koya kepada Majlis Peguam.

"Pada peringkat ini, hanya tuduhan sahaja. Kalau ada laporan lanjut dibuat, maka pihak kami akan mempertimbangkannya. Setakat ini tiada laporan dibuat,"

Read More...

Ikhwan tuntut syiah tutup penghormatan keatas kubur pembunuh Umar ra

Abu Lu'lu'ah seorang pembunuh khalifah Umar bin Khattab ra ketika Umar menjadi imam solat berjemaah. Beliau kemudiannya dikejar dan dijatuhkan hukuman bunuh para jemaah solat.

Sebaliknya pembunuh pemimpin Islam itu dianggap oleh syiah sebagai `Bapak agama yang berani' kerana keberanianya membunuh Umar.

Jemaah Islam Jordan meminta pemimpin spiritual tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei, untuk menghapuskan kuil/kubur yang disebut "Abu Lu'lu'ah" yang merupakan seorang pembunuh Khalifah Umar Bin Khattab ra, yang terletak di Iran.

Permohonan tersebut datang daripada Hamzah Mansur yang juga setiausaha agung Front Amal Islam, sayap politik Ikhwanul Muslimin Jordan. Permintaan itu datang menyusul adanya ceramah penghinaan terhadap para sahabat utama Nabi dan Ummul Mukminin Aisyah ra daripada seorang pendakwah Syiah, Yasir Habib ketika ini tinggal di London.

Sebagai respons untuk membendung kemarahan kaum muslimin, Ayatollah Ali Khamenei mengeluarkan fatwa (taqiah) terbarunya yang menyatakan pelarangan untuk menghina sahabat-sahabat dan isteri-isteri Nabi Muhammad saw.

Mansur menyeru agar pemimpin spiritual Syiah Iran itu untuk segera menghilangkan kubur yang jadi tempat ziarah bagi kaum Syiah tersebut, kerana tidak ada alasan untuk menghormati seorang pembunuh sahabat nabi yang mulia.

Mansur juga mendesak pemimpin Iran untuk membenarkan muslim Sunni untuk membina masjid mereka sendiri di mana-mana mereka berada, termasuk di ibukota Teheran.

Makam Abu Lu'lu'ah terletak di bandar Kashan Iran, dan sering dikunjungi oleh kaum Syi'ah serta ada perayaan tahunan khusus untuk menghormati si pembunuh Khalifah Umar tersebut bahkan kaum Syi'ah menyebut dan memberi gelaran terhadap Abu Lu'lu'ah dengan panggilan "Bapak agama yang berani."

Di atas kuburannya yang ada di Iran tertulis kalimat-kalimat penghinaan terhadap sahabat-sahabat Nabi yang mulia, dengan mengatakan: "Kematian untuk Abu Bakar, Kematian untuk Umar, Kematian untuk Uthman." (Fq / imo)

Read More...

Wednesday, October 6, 2010

Nik Aziz ziarahi Kuan Yew

SINGAPURA, 6 Okt: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau ke republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo.

Mengikut Harakah Daily, delegasi Tuan Guru Nik Aziz yang juga Musryidul Am PAS itu turut disertai Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan dua setiausahanya yang lain.

Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Changi, Singapura jam 10.20 pagi semalam, disambut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhamad.

Mereka kemudianya ditempatkan sementara di bilik rehat di VIP Complex sebelum dibawa menziarah mendiang Kwa di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di sini.

Kunjungan ke Istana kemudiannya disambut anak kepada mendiang Kwa, Lee Hsien Loong yang juga Perdana Menteri republik ini sekarang.

Nik Aziz dibawa menziarah mendiang Kwa sebelum diberi peluang bertemu dan berbual-bual dengan Hsien Loong yang sentiasa berada di sisi mendiang ibunya sejak lawatan dibuka kepada umum semalam.

Semalam juga adalah hari terakhir untuk rakyat negara itu memberi penghormatan sebelum jenazah mendiang dibawa ke Mandai Crematorium hari ini untuk upacara terakhir.

Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.

Ketika ditemui selepas lawatan itu, Nik Aziz berkata beliau mengharapkan ahli keluarga sabar menerima ketentuan tersebut.

"Saya hadir untuk ucap takziah kepada keluarga Kuan Yew. Jangan bersedih sangat dan saya yakin mereka sabar terima ketentuan ini," katanya ketika ditanya beberapa wartawan tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya lagi, penganut Islam mempercayai bahawa hidup dan mati adalah kepunyaan Allah, dan dia berkuasa ke atas hamba-Nya.

"Semasa kita hidup ini kita kena isi betul-betul untuk keredhaan Allah sebab kita mati akan jumpa Dia (Allah).

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan lawatan tersebut juga adalah sebagai kunjungan balas terhadap lawatan Kuan Yew ke Kota Bharu awal tahun ini.

Nik Aziz bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan Lee Kuan Yew sendiri semalam ekoran masalah kesihatan bekas perdana menteri Singapura itu dengan ditambah pula dengan suasana kematian isterinya.

Kuan Yew kini sedang mendapat rawatan ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah, baru-baru ini.

Difahamkan, pihak hospital juga tidak membenarkan Kuan Yew menerima kunjungan tetamu buat sementara waktu.

"Lee Kuan Yew datang melawat Kelantan awal tahun ini, dan ini adalah kunjungan balas saya.

"Walaupun tidak dapat bertemu, saya harap beliau berada dalam keadaan sihat," katanya.

Read More...

PKR kenal pasti dalang kekecohan melalui video

DAMANSARA 6 OKT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui penelitian video mengesan beberapa bekas ahli parti dan orang luar mendalangi kekecohan di beberapa cabang, kata Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasuiton Ismail, hari ini.

Katanya, parti mengenal pasti individu yang dikenali sebagai Abdul Razak Halidi, seorang bekas ahli terlibat dalam kekecohan di cabang Kuala Langat manakala beberapa individu bukan ahli mengganggu proses pemilihan di tiga cabang lain.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata, parti sudah membuat laporan polis dan menggesan pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas.

(Laporan Lanjut Menyusul)

Read More...

Angkasawan - kayangan - khayalan

Barat dan Rusia sudah jadikan industri pelancongan angkasawan. Orang Malaysia dapat jadi penumpang ke angkasawan.

Balik dari angkasawan kononnya sudah jadi orang kayangan. Pemikir orang Malaysia rupanya balik ke belakang jadi khayalan.

Rakyat harap pergi ke angkasawan bawa balik pemikir ke depan. Hak rakyat Malaysia belum tengok masa depan bukan cerita kayangan untuk leka jadi khayalan.

Barangkali pasal itu Malaysia sentiasa Lebai Malang kerana asyik fikir ke belakang bukan ke depan.

Barat hendak cari tanah baru di angkasawan. Mahu lari dari dunia yang dikatakan tak selamat kerana sikap mereka juga asyik fikir nak perang.

Mereka juga mahu cari pintu langit yang hanya mampu mendarat ialah Nabi Muhammad saw dalam peristiwa israj dan mikraj.

Mereka mahu teroka alam yang dikatakan syurga. Pemikir mereka cuba melangkaui takdir tetapi angkasawan Melayu hanya mampu berfikir dunia kayangan selepas pulang daripada angkasawan.

Wang berjuta ringgit Malaysia hangus untuk sebuah khayalan. Kalaulah itu takat pemikir Melayu. Lebih baik bagi kat pengarah filem. Barangkali otak dia lebih khayal.

kesuma kumin wrote:

Salam Sahabat,

Saya cuma tertanya2 apakah keputusan mengenai kajian eksperimen yang telah
dilakukan oleh DR. SMS ketika berada di ISS.
Tak pasti kalau dah pernah dpt feedback, sbb saya memang tak dengar apa2 pun.

Terima kAsih

Cerita berkaitan:

Majlis Perkahwinan Gemilang Angkasawan Negara Ahad Ini di TV3

Paparan Eksklusif Menerusi NONA dan Selepas Buletin Utama

Pastinya 10 Oktober 2010 merupakan satu tarikh keramat buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juga tunangnya, Dr Harlina Mohd Yunos yang bakal menaiki jinjang pelamin selepas bertunang sejak 1 Januari 2010 yang lalu. Malah tarikh 10.10.10 juga dilihat sebagai sesuatu yang amat menarik kerana bukan sahaja bakal menjadi ulangtahun perkahwinan pasangan yang diraikan ini, secara kebetulan, ia juga merupakan ulang tahun ketiga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angakasa lepas (2007).

Dengan jemputan seramai 10,000 orang dan dilengkapi persiapan secara besar-besaran, perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh diisytiharkan sebagai ‘wedding of the year’. Istimewa untuk para peminat dan semua penonton di Malaysia, kini anda boleh saksikan sendiri acara gilang-gemilang ini menerusi siaran langsung khas yang dibawakan eksklusif oleh TV3 pada hari Ahad ini.

Jangan lupa menyaksikan detik bersejarah ini bemula pukul 2.00 petang Ahad ini di TV3 menerusi slot program NONA yang bakal dihoskan oleh Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan (Fiza WHI) membawa kita ke belakang tabir di sebalik persediaan dan proses perancangan majlis gilang-gemilang bermula daripada hari pertunangan yang bertempat di Hotel Allson Klana, Seremban, Negeri Sembilan Januari lalu termasuklah majlis akad nikah yang akan diadakan di Masjid ‘Besi’ Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 11.00 pagi. Ikuti laporan eksklusif Fiza Sabjahan yang turut berada di sekitar majlis pernikahan di TV3 hanya beberapa jam selepas angkasawan pertama Negara sah bergelar suami.

Turut dipaparkan di dalam segmen petang yang dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) adalah penceritaan menarik dan kenangan manis kisah cinta romantis Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang akhirnya bertemu jodoh dengan pasangan yang dikasihi, Dr Harlina Mohd Yunos. Kenali kedua mempelai menerusi laporan Fiza yang turut memuatkan profil individu dan senarai pencapaian dan kejayaan yang pernah diperolehi masing-masing. Uniknya, penonton juga berpeluang berkongsi keseronokan dan detik bahagia kedua pasangan dengan mengikuti cerita menarik di sebalik persiapan menjelang hari perkahwinan termasuklah pilihan busana di hari pernikahan dan majlis persandingan yang turut melibatkan beberapa pereka fesyen tempatan yang terkenal seperti Putra Cosry, Datuk Bernard Chandran dan ramai lagi. Bagi mereka yang berminat, inilah peluang untuk mengenali dengan lebih dekat pengurus dan krew yang turut bergabung tenaga dan kreativiti dalam menjayakan majlis gilang-gemilang ini.

Tentunya laporan petang Ahad yang bermula jam 2.00 petang merupakan pemanas kepada acara kemuncak yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia yang turut mengkagumi usaha dan jasa angkasawan pertama Negara selama ini. Sebaik selepas berakhirnya siaran berita Buletin Utama, teruskan menonton siaran langsung majlis resepsi dan pesandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos di bawakan khas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

Menampilkan Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Syuhada sebagai pengantara majlis, ikuti laporan eksklusif mereka bermula jam 9.00 malam hingga 10.00 malam. Bermula daripada susunan aturcara majlis yang diterajui oleh Dato’ Mahadzir Lokman, nantikan ketibaan pengantin di dewan yang dihiasi indah berkonsepkan ‘istana kayangan’ dan diiringi oleh paluan kompang, gurindam, bunyian orkestra dan juga selawat dan marhaban ke atas nabi Muhammad S.A.W.

Majlis persandingan turut memaparkan istiadat menepung tawar oleh kedua belah pihak keluarga dan juga barisan tetamu jemputan khas yang turut memeriahkan lagi majlis seperti Perdana Menteri Malaysia dan isteri iaitu Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dan ramai lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara makan beradap pengantin di mana ketika ini mereka bukan sahaja disajikan dengan juadah yang enak malah turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada artis tanahair tersohor diikuti dengan majlis memotong kek oleh kedua pengantin sebelum majlis ‘wedding of the year’ ini melabuhkan tirainya.

Laporan eksklusif majlis resepsi dan persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos ini menampilkan Syarida Shariff (Sherry) sebagai penerbit dan Puan Siti Hatija Yusof yang bertindak sebagai penerbit eksekutif serta turut dibantu oleh tenaga warga kerja Primeworks Studios dan TV3.

Bagi peminat dan rakyat tempatan mahupun yang berada di luar negara, anda juga berpeluang untuk melihat foto eksklusif sekitar majlis pernikahan dan majlis persandingan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos di laman web rasmi: www.tv3.com.my atau portal gaya hidup terkini : www.gua.com.my pada hari Ahad ini. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini dan liputan langsung majlis resepsi dan persandingan bersejarah di laman web eksklusif bermula 9.00 malam hingga 10.00 malam.

Read More...

Tuesday, October 5, 2010

Fatwa gila Rabbi Yahudi: Perempuan Yahudi boleh "tidur" dengan musuh

Undang-undang Yahudi membolehkan perempuan yahudi untuk "tidur" dengan musuh demi mendapatkan maklumat perisikan penting untuk keselamatan Israel, kata seorang rabbi seperti dikutip di sebuah akhbar tempatan Isnin semalam (4 Oktober).

Akhbar Yediot Aharonot mengutip sebuah artikel akademik yang ditulis oleh Ari Shvat, seorang ahli dalam undang-undang Yahudi, di mana ia mengatakan perbuatan seperti itu boleh diterima untuk berhubungan seks dengan "pengganas" demi mendapatkan maklumat yang mengarah untuk menangkap mereka.

Keputusan pelajarannya, yang hanya disebut agen perempuan, muncul di bawah tajuk "Seks terlarang demi Keselamatan Nasional" yang terbit dalam sebuah jurnal yang diterbitkan oleh sebuah lembaga agama di blok penempatan Gush Etzion berhampiran Jerusalem.

Hal ini menurutnya berdasarkan cerita di Alkitab di mana seorang perempuan Yahudi merayu musuh untuk mendapatkan maklumat berharga, sambil menambah bahawa lebih baik lagi untuk mempercayakan misi tersebut kepada perempuan yang bermoral.

Dalam kes di mana seorang wanita harus berkahwin dengan musuh untuk mendapatkan kepercayaan itu, Shvat menyarankan untuk menceraikan suami pertamanya yang sebenarnya.

Fatwa ini nampaknya diarahkan kepada badan perisikan Israel Mossad, dan merupakan pengecualian daripada larangan agama tradisional Yahudi seperti larangan menipu dan hubungan seks di luar perkahwinan. (Fq / aby)

Read More...

Saturday, October 2, 2010

Israel culik sekitar 500 anak Palestin setiap tahun

Ansar al-Asra, sebuah organisasi hak asasi manusia, melaporkan Khamis kelmarin (30 September) bahawa Israel menculik sekitar 500 tahanan Palestin di bawah usia 18 tahun setiap tahun dan masih ada sekitar 310 daripada mereka di penjara Israel.

Organisasi ini menegaskan bahawa Israel telah mencipta undang-undang tentera rasis yang membolehkan anda melakukan penangkapan dan penyiksaan terhadap tahanan Palestin, menambah bahawa pengutukan antarabangsa berkali-kali tidak menghalang Israel daripada melakukan kesalahan tersebut.

Ansar al-Asra mencatat bahawa Israel mengenalpasti anak-anak Palestin sebagai mereka yang di bawah usia 16, sementara anak-anak Israel sebagai orang-orang di bawah usia 18 tahun dan menggunakan nombor undang-undang 132 untuk membenarkan penangkapan dan pendakwaan anak-anak Palestin.

Beberapa kesalahan Israel disebutkan dalam laporannya mengatakan bahawa anak-anak Palestin di penjara-penjara Israel terancam jika mereka tidak bekerja sama mereka akan diperkosa dan dibunuh atau keluarga mereka akan dianiaya, dan kadang-kadang mereka ditempatkan di bilik khas dengan penjahat dewasa yang menekan mereka. (Fq / pic)

Read More...

Friday, October 1, 2010

Ku Li perlu berhati terima tawaran Umno

Sama ada dilantik pengarah pilihan raya kecil Umno di Dewan Undangan Negeri Galas atau terpilih sebagai calon tetapi Ku Li perlu berhati-hati kerana ia perangkap yang boleh melumpuhkan karear politik beliau pada masa depan.

Jika Ku Li terima kedua tawaran tersebut atau salah satu sekalipun Ku Li kena pastikan beliau atau Umno menang dalam pilihan raya kecil tersebut.

Jika sebaliknya berlaku masa depan politik beliau mungkin menerima jalan penamat. Sesuailah beliau akan menjadi Ghurka selamanya sebagaimana yang beliau sebut sebelum ini ketika menyertai Umno semula selepas bubar Semangat 46.

Berkaitan:

DUN Galas: Saya belum buat apa-apa keputusan, kata Ku Li

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Tengku Razaleigh Hamzah masih belum membuat sebarang pendirian berhubung keputusan Umno yang melantik beliau sebagai pengarah jentera pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ketua Umno Gua Musang itu berkata, beliau hanya akan menjelaskan isu tersebut sebaik sahaja pulang ke tanah air minggu depan.

Tengku Razaleigh dijadual kembali dari London 9 Oktober ini dan akan mengadakan sidang akhbar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil pada mesyuarat khas, Rabu depan.

“Kawan-kawan, saya tidak kata ya atau tidak. Saya akan menjelaskan mengenai (DUN) Galas sebaik sahaja saya balik ke Malaysia,” kata beliau menerusi Twitter lewat petang ini.

Tengku Razaleigh memberikan respons ini sejurus selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa beliau adalah calon terbaik untuk merampas kerusi itu daripada PAS.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Ku Li memenangi kerusi Gua Musang sejak 1969 termasuk pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, yang ditandingi atas tiket Parti Melayu Semangat 46.

Dalam pada itu, Umno Bahagian Gua Musang mahu Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya kecil Galas.

Timbalan ketuanya, Mat Yusoff Abdul Ghani berkata Tengku Razaleigh adalah pilihan terbaik untuk merampas semula kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS.

“Tengku Razaleigh adalah pilihan terbaik sebagai calon di pilihan raya kecil Galas.

“Ini kerana beliau mempunyai reputasi yang baik selain dihormati oleh banyak pihak.

“Jadi saya mewakili Umno Bahagian Gua Musang bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang mahu mempertimbangkan Tengku Razaleigh sebagai calon DUN,” katanya kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Mat Yusoff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri berkata, jika Tengku Razaleigh dipilih peluang untuk menang di DUN Galas lebih besar.

“Saya yakin kalau beliau dipilih sebagai calon, Umno akan menang di sini (Galas).

“Walaupun kita mempunyai ramai calon yang berkelayakan tapi Tengku Razaleigh adalah calon terbaik untuk kita rampas semula DUN Galas,” katanya.

Sebelum ini Muhyiddin berkata, Tengku Razaleigh boleh dipertimbang sebagai calon BN untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas.

Muhyiddin berkata, BN sedia membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat dan sesuai berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Namun, katanya, soal sama ada Tengku Razaleigh mahu bertanding atau terdapat calon yang lebih sesuai untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan, terpulang kepadanya.

“Sebagai mana biasa kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil Barisan Nasional bagi kerusi) untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai dan boleh beri kemenangan cemerlang di situ, kita akan berikan keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Sosial Negara di sini, hari ini.

Kelmarin Muhyiddin mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN di Galas.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus, Isnin lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP