DALAM cerita rekaan Abu Nuwas (Nawas) nama sebenar Abu Ali Hasan bin Hani al-Hakami, tidak boleh dipercayai kerana kisahnya mendakwa Khalifah Harun al-Rasyid yang dikenali sebagai pemimpin bertaqwa, berilmu, baik dan adil tetapi dituduh kononnya ahli maksiat.
Diceritakan Harun bertanyakan kepada Abu Nawas; "Wahai Abu Nawas, manakah yang lebih banyak bintang di langit atau ikan di laut?"
"Ikan di laut, Tuanku," jawab Abu Nawas.
"Bagaimana kamu memutuskan hal tersebut. Apakah kamu pernah menghitungnya?" tanya Khalifah.
"Tuanku yang mulia, bukankah kita semua tahu bahawa ikan itu setiap hari ditangkap dalam jumlah yang besar, namun seolah-olah jumlah mereka tidak berkurang sama sekali.
Sementara bintang tak pernah diambil, jadi jumlah tetap sahaja," jelas Abu Nawas.
Sebagai orang Islam kisah rekaan Harun dengan Abu Nawas tidak boleh dipercayai namun sekadar mengambil petikan dailog antara Abu Nawas dengan Harun yang mungkin ada kaitan dengan jumlah ikan kembung di laut, dikatakan ada 3 billion.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata; "Saya hairan, laporan statistik Jabatan Perikanan melaporkan dalam laut ada lebih kurang 3 billion ikan kembong, tetapi kenapa harga ikan kembong masih mahal?"
Tengok dakwaan Abu Nawas zaman dahulu yang hanya menggunakan akal berbanding kajian statistik melibatkan kos dijawab oleh Abu Nawas moden dengan angka 3 billion, malah lebih spesifik iaitu ikan kembung, untuk menyakinkan rakyat.
Namun malang nasib kerajaan Pakatan Harapan (PH), rakyat tetap anggap PH sama sahaja dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang gagal menurunkan harga barang sebagaimana dijanjikan dalam manifesto PH bahawa kerajaan PH mahu mengatasi kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga barang.
PH berkempen dalam pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) menggunakan manifesto tersebut menabur janji kepada pengundi supaya menyokong mereka untuk menurunkan bebanan kos sara hidup dengan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)kerana menurut dakwaan mereka harga barang meningkat naik disebabkan BN melaksanakan GST 6 peratus.
Pada awal bulan ini kerajaan PH mensifarkan peratus GST, sebaliknya harga barang dilaporkan tidak turun malah dalam setengah kes seperti pembelian alat ganti kereta didapati harga semakin naik.
Ada pembelian dibuat di kedai alat ganti kereta di Subang Perdana, memberitahu beliau membeli penutup radiator dengan harga RM15 selepas sifar peratus GST, sedangkan lapan bulan sebelum itu dengan penutup yang sama kualiti dan saiz bagi model kereta sama, beliau membayar RM12 sahaja.
Pada 16 Julai Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) mempersoalkan tentang harga rokok yang masih sama, meskipun kadar GST telah menjadi sifar peratus.
Penasihat MAWAR Bazeer Ahmed berkata, dalam masa tiga bulan sejak kerajaan PH umum kadar GST sifar peratus, sebanyak RM96.5 juta telah dikutip oleh penjual rokok.
Jumlah itu merupakan cukai enam peratus bagi penjualan sekotak rokok yang sepatutnya diperolehi kerajaan sebaliknya disapu oleh syarikat rokok.
Begitu juga dengan makanan ringan seperti roti kacang merah, sekaya, kentang, keju, perasa vanila dan lain-lain yang boleh didapati dengan harga 80 sen sebungkus sebelum GST tetapi selepas GST dinaikkan 85 sen dan ada juga berlaku kenaikan 10 sen satu item, namun barangan tersebut tidak turun apabila kerajaan mengumumkan sifar peratus GST.
Ini bermakna bukan GST sangat yang menjadi isu kenaikan harga barang tetapi ia adalah manipulasi kuasa ekonomi dimana mereka ini mengambil kesempatan perlaksanaan GST untuk menaikan harga barang tanpa had.
Naib Presiden Pertubuhan Muafakat, Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), arwah A Karim Omar, mendakwa kenaikan harga barang berlaku kerana manipulasi pihak yang menguasai ekonomi untuk memburukkan kerajaan.
"Mereka mengambil kesempatan daripada perlaksanaan GST dengan menaikan harga barang berlipat kali ganda daripada 6 peratus GST. Apabila pengguna bertanya kenapa harga naik tinggi, mereka menyalahkan GST dan kerajaan yang melaksanakan GST," katanya ketika ditemui sebelum beliau meninggal dunia pada 27 Jun lalu.
Dakwaan Karim menampakkan kebenaran kerana seorang pekerja pusat kecantikan Avon keturunan Cina yang tidak mahu disebutkan nama berkata, terdapat peniaga menaikan 6 peratus GST sebanyak dua atau tiga kali ganda.
"Contoh harga barang RM10. Bila dicampur GST jadi RM10.60. Hendak buat tuntutan GST 6 peratus kena tunggu 3 bulan.
"Jadi peniaga mengambil jalan selamat meletakkan harga dua kali ganda atau tiga kali ganda menjadikan RM11.20 atau RM11.80.
"Bagi peniaga mereka tidak kisah tuntutan 6 peratus GST itu dapat atau tidak dalam tempoh 3 bulan, kerana harga yang dijual itu sudah memulangkan 6 peratus GST," katanya.
Bila sifar peratus dihapuskan oleh kerajaan PH sebaliknya harga barang tidak turun, bermakna dakwaan Karim tersebut menampakkan kebenaran bahawa pengguna ditipu penguasa ekonomi yang memanipulasi GST untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Pengguna terdiri majoriti Melayu tidak sedar mereka ditipu dan terikut sama memburukkan kerajaan BN kononnya bertanggungjawab menjadikan rakyat hidup dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi.
Kerajaan BN pula tidak mengambil penguatkuasaan tegas terhadap golongan peniaga kerana terhutang budi kepada pihak tersebut yang membiayai BN dalam menghadapi PRU yang memerlukan perbelanjaan besar.
Sekarang apabila kerajaan PH sendiri tidak mampu menurunkan kos sara hidup dan harga barang walaupun sifar peratus GST, barulah rakyat sedar kena `kencing' oleh kuasa ekonomi dan kerajaan PH.
Masih ingin ‘jaga hati’ kerajaan. Rakyat dah tau janji Anwar.
-
*Muhammad Faisal (tiga dari kanan) bersama Maria (dua dari kanan) dan
Thomas (dua dari kiri) ketika merasmikan Laporan Penilaian Dua Tahun
Kerajaan Mad...
5 hours ago