Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 14, 2012

Kepala Speaker pun terkatup macam mana rakyat nak keluar bawah tempurung

SEJAUH mana kebebasan kepala Speaker kita boleh lihat daripada keputusan yang diambil terhadap usul yang dibawa oleh Zuraida bagi membincangkan kontroversi NFC.

Apakah patut Speaker memberi alasan NFC dah jadi kes mahkamah maka tidak boleh lagi dibincang. Sedangkan usul Zuraidi berkait dengan kementerian pertanian dan lain-lain bersabit dengan kes tersebut.

Dewan Rakyat tolak usul bincang skandal NFC
S Pathmawathy 2:31PM Mac 13, 2012

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul bagi membincangkan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) atas alasan ia kini menjadi kes mahkamah.

Usul itu difailkan oleh Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), di bawah Perintah Tetap 18 (1) Jumaat lalu.

Alasan yang diberikan adalah bahawa pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu.

"Tetapi usul yang saya hendak bentangkan, tidak ada apa-apa kaitan dengan Salleh. Saya hanya ingin tahu mengenai peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.

"Wakil-wakil daripada kementerian berkenaan menduduki lembaga pengarah syarikat (tetapi) hampir semua (wang yang dipnjamkan oleh kerajaan) digunakan untuk kegunaan peribadi. Kita mahu tahu bagaimana ini berlaku," kata Zuraida pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Mohamad Salleh, 64, didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. Beliau dituduh menggunakan RM9,758,140 dana NFC untuk membeli dua unit Kondominium One Menerung, Bangsar bagi syarikat dimiliki keluarganya, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) pada 1 dan 4 Dis, 2009.

Beliau juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepada NMLC, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

“Perkara yang kita bangkitkan amat berbeza dan tiada kaitan dengan peletakan jawatan Menteri Wanita.

“Apa yang dipertikaikan ialah cara projek tersebut diluluskan kerana banyak persoalan yang wujud dan amat meragukan,” kata Zuraida.

Noh Omar selaku menteri bertanggungjawab sebelum ini mengaku bahawa pinjaman kepada syarikat NFC tidak dibincangkan pada kabinet sebaliknya dibincangkan di bawah Jawatankuasa Projek-projek Berimpak Tinggi sahaja.

Read More...

Tuesday, March 13, 2012

Giliran Shahrizat, Rafidah pulak hentam

DUA kali lima je! Semasa Rafidah jadi menteri dan anak menantu dapat saham, dia tidak letak jawatan pun. Kes dia pun dah sampai BPR ketika itu tetapi dia kekal kuasa.

Kali ini dia serang Shahrizat macam tengok dia pembangkang. Hebat tu... Dengan beralasan jaga Umno kononnya dia serang habis-habisan Shahrizat. Dalam soal maruah perempuan tidak pula dia serang pemimpin lelaki yang cemar dan bunuh perempuan. Tak kira la dia bangsa mana sekalipun tetapi ini dalam soal keadilan manusia.

Kita orang Islam bertanggungjawab menunjukkan contoh yang baik. Jika kita orang Islam tunjuk contoh buruk, maka yang cemar Islam.

Rafidah: Shahrizat tak korban untuk Umno, negara
6:38PM Mac 13, 2012
Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

rafidah aziz pc on permatang pauh by election 010808 03Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

NONERafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.

Read More...

Monday, March 12, 2012

Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi

Artis itu memulakan ucapan dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri.

Ribuan khalayak, majoritasnya anak muda yang memenuhi gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang melakonkan peran Ustazah Ana dalam filem “Ketika Cinta Bertasbih” Oki Setiana Dewi.

Khalayak sepertinya terpukau bila sang artis pujaan mereka dengan suara penuh kelembutan memuji negeri Kelantan dan Menteri Besarnya, Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan, apakah ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal Indonesia, kerana penampilannya tidak seperti majoritas artis-artis lain yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh mentutupi sehingga paras dadanya. Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.

“Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu menghadiri acara “Bicara Selebriti” yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem” tutur Oki.

Ketika usianya 16 tahun ia bertekad mahu menjadi seorang solehah , meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah agama, untuk menjaga keselamatan wanita, justeru tiada alasan untuk muslimah mengingkarinya.

Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di Batam, Riau bersama orang tuanya.

Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab? Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara bicara Selebriti malam itu.

Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah berubah ke jalan Allah dengan memakali kerudung dalam usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan kerana mana ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakali kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu menjadi guru.

Selanjutnya, kata Oki “Suatu hari, tanpa diduga, terima telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem. Belum usai percakapan, Oki beritahu, aku sekarang memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor. Bisa!”

Mendengar tawaran itu, cita-citanya mahu jadi artis filem seperti hidup kembali. Ia berlari ke musolla lantas mengadu kepada Allah SWT. “Ya Allah, aku sekarang sedang berlari menuju-Mu. Manakala rezeki juga di tangan-Mu. Jangan persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki) sebagai pelakon filem kelak akan berpaling dari-Mu?

Oki diterima berlakon untuk filem “Ketika Cinta Bertasbih” yang diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan sebagai ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia, bahkan Malaysia.

Menurut Oki, maklumbalas yang diterimanya selepas publik menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslud dakwah.

Mengakhiri “Bicara Selebriti” Oki mendeklamasi sebuah puisi terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10.

Negeri Kelantan Seindah Namamu
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali

Selama berada di Kelantan, Oki juga meluncurkan buku novel terbaru beliau selepas novel pertama Melukis Pelangi di Perpustakaan Negeri Kelantan. Manakala pada pagi Jumaat Oki menghadiri kuliah mingguan Tok Guru di Medan Ilmu, Kota Bharu.

Seperti kata moderator pada malam itu, pengacara undangan dari TV Hijrah, Amim Idris, Negeri Kelantan sejak dulu menjadi tempat artis-artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih Islami meluahkan perasaan dan isi hati mereka untuk dikongsi bersama bagi menghidupkan dakwah Islamiyyah dan memantapkan iman.

Tahniah penganjur khususnya YB Ustaz Ahmad Bhaiki Atiqullah.

Read More...

Makcik Bollywood

Ucapan Kontroversi Shahrizat -Perhimpunan Agung UMNO 2011


Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

Syed Ali (kanan) berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat sebentar tadi mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Syed Ali berkata, tindakan Shahrizat itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan peletakan jawatan itu bukan disebabkan rasa bersalah, tetapi kerana tempoh sebagai senator sudah tamat.

"Dia nak tunjuk glamour kot supaya esok ada Wanita yang datang menangis, merayu pada dia supaya jangan letak jawatan.

"Saya bersyukur dia nak berhenti, tetapi kecewa kerana dia nak berhenti bila tamat tempoh senator. Saya tak faham kenapa. Ini menunjukkan dia tidak komitmen dan tidak berintegriti kepada parti," katanya.

"Kalau saya jadi dia, saya akan berhenti serta merta."

Umno Cheras antara bahagian paling lantang membuat desakan itu sebelum ini selain bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafizah Aziz supaya tidak menjadi beban kepada parti.

Bung Mokhtar: Patut lebih awal

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, beliau mengalu-alukan tindakan Shahrizat itu tetapi berpendapat ia sepatutnya dilakukan lebih awal.

"Ia sepatutnya harus dibuat (lebih) awal untuk mengelakkan keraguan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Sambil menyifatkannya sebagai langkah yang bijak, Bung Mokhar percaya selepas ini pembangkang sudah tidak boleh bermain dengan isu yang sama.

Read More...

Saturday, March 10, 2012

Terkencing Shahrizat

SHAHRIZAT sebelum ini saman Rafizi dan Zuraida tetapi kali Rafizi dan Zuraida saman balik Shahrizat, katanya supaya saman Shahrizat tu tak mengulau dan saman akan terus dibacara di mahkamah jika Shahrizat cuba tangguh atau tarik balik samannya.

Lagu mana Shahrizat? Terkencing ke. Jangan dok mudah main tuduh-tuduh orang buat fitnah keatas dia. Kalau dia cuba saman Rafizi dan Zuaraida konon nak gertak atau nak tunjuk dia tak bersalah sabaliknya orang yang disaman itu lebih berani daripada penyaman.

Kalau Shahrizat berani minta la mahkamah percepatkan perbicaraan kes beliau. Dengan kuasa menteri dan dia pun belajar loyar, kehendak untuk membersihkan namanya boleh dibuat.

Rafizi, Zuraida fail saman balas terhadap Shahrizat
Aidila Razak 6:12PM Mac 9, 2012

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin hari ini memfailkan saman balas terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah" yang diujarkan menteri tersebut.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi berkata langkah itu diambil untuk memastikan kes melibatkan syarikat National Feedlot Corporation yang diusahakan keluarga menteri itu "terus dibawa ke mahkamah."

"Saya khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan," katanya.

Kedua-dua Rafizi dan Zuraida memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, berhubung ucapan Shahrizat itu.

"Kata-kata berbau fitnah" itu didakwa diujarkan Shahrizat semasa menyampaikan ucapan ketika pembukaan Perhimpunan Wanita Umno pada 30 November 2011.

Turut difailkan hari ini ialah pembelaan ke atas saman yang difailkan oleh Shahrizat terhadap mereka pada 19 Januari lalu, yang juga dihantar kepada peguam Shahrizat di Muhammad Shafee and Co.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keseluruhan pimpinan BN tidak lagi boleh berdolak-dalik dari berdepan dengan rakyat dalam hal ini.

"Walaupun perdana menteri dan pimpinan kanan BN tidak serius dalam memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan, saya yakin jalan mahkamah memberi lebih ruang agar penyelewengan lain yang belum didedahkan dibawa ke pengetahuan umum," kata Rafizi lagi.

Read More...

Kemenangan simple majoriti beri kuasa ketuanan rakyat

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata rakyat boleh membuat pilihan kepada antara dua parti untuk memerintah dengan simple majoriti supaya kuasa ketuanan rakyat terus berlaku dan memberi memakmuran kepada rakyat sendiri.

“Rakyat kalau mahu beri kemenangan kepada mana-mana parti Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN), saya berpendapat jangan beri kemenangan penuh supaya berlaku semak dan imbang yang memberi keuntungan kepada rakyat.

“Contohnya apabila kerajaan hilang majoriti dua pertiga kerajaan beri RM500 (bantuan rakyat 1Malaysia) dan kemudahan lain,” katanya dalam ucapan akhir Wacana Sinar: Mengapa Undi Melayu Pecah? Di Kompleks Krangkraf, di sini, Selasa lalu.

Rakyat tidak akan menikmati kemudahan itu kalau kerajaan menang dengan majoriti besar dan tidak berlaku sistem semak dan imbang.

Ketika memulakan wacana beliau berkata perpecahan undi dikalangan orang Melayu harus dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah, malah mampu menjadikan rakyat negara ini matang dalam membuat pemilihan terbaik pada pilihan raya umum.

Sebelum ini, rata-rata pemimpin politik dan penganalisis mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, ia berikutan daripada proses semak dan imbang yang ada dalam al-Quran, memberi keuntungan kepada kaum Melayu dan rakyat negara ini pada amnya.

Beliau juga berkata, proses semak dan imbang itu perlu bagi menyemak dan mengimbangi urusan pentadbiran negara.

“Saya menolak pandangan pihak yang melihat perpecahan ini satu keburukan kerana bila dilihat, perkara ini menyebabkan tiada pihak yang terlalu berkuasa dan berpeluang mengumpul kekayaan.

“Orang Melayu sebenarnya sejak dari dulu lagi sudah berpecah. Ketika wujudnya dua parti yang mewakili etnik Melayu iaitu Umno dan Pas, undi Melayu pecah. Maka, dengan dua kelompok ini boleh semak dan imbang seperti yang diunjurkan oleh Islam.

“Sistem dua parti, BN dan PR yang kita amalkan sekarang amat baik sekali, dan ia menjamin masa depan negara yang cerah,” katanya.

Menjawab soalan Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim, mengapa PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP berbanding Umno, Dzulkefly menjelaskan: “Kita lebih rela minum kopi bersama DAP dan PKR daripada minum arak dengan Umno.”

“Asas kerjasama itu ialah kebersamaan atau ‘maqasid’ bagi mendapatkan keadilan. Apakah Umno boleh jamin 40 peratus isi rumah penduduk negara ini berpendapatan RM1,500, sedangkan kini hampir 80 peratus isi rumah orang Melayu hanya berpendapatan RM1,000 sebulan. Apa yang berlaku,” soalnya.

Justeru, Dzulkefly ingin menjadikan Pas sebagai ‘political actor’ yang kritikal dan ‘active player’ dalam negara.

“Muafakat Melayu, Cina dan India sudah tidak relevan dalam politik. Apa yang kita mahu jalankan ialah politik baru iaitu sistem pelbagai parti dengan mengiktiraf Islam. Dalam Islam tidak timbul perpecahan dan pokoknya ialah urus tadbir politik,” katanya.

Read More...

Friday, March 9, 2012

Bau fantasi seks Dr Mashitah hacing

DR Mashitah bukan sahaja perlu menarik balik tulisan fitnah melulu di Sinar malah beliau perlu meletak jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tuduhan beliau itu setaraf JKK kampung. Tulisan fitnah beliau itu tidak setaraf dengan pengajian Phd dan seorang pemimpin bertaraf menteri.

Mashitah hanya melenyapkan tulisan berbau hacing yang penuh dengan dendam busuk di Sinar tetapi tidak pernah meminta maaf diatas ketelanjuran tulisan itu. Amat mudah beliau memalukan orang kemudian mahu menyembunyikan diri dibalik kepala shit.

Bekas Iman Masjid Kampung Pandan dalam meminta maaf kepada hakim dan merayu pun dikenakan hukuman satu tahun penjara. Inikan pula fitnah yang mengaibkan maruah orang dan pemimpin perjuang Islam.

Tidak sama orang Islam dengan ahli Badar. Tidak sama perjuang Islam dengan orang Islam. Menfitnah perjuang Islam yang menolong agama Allah, amat berat padahnya wahai Mashitah.

Bertaubatlah wahai Mashitah dan segera bersama orang yang memperjuangkan Islam bimbang nanti ilmu Islam itu akan menjadi karat yang memakan diri sendiri.

Tulisan Mashitah:

“Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.
“Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

“Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

“Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

“Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.
Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

“Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

“Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

“Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.
“Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

“Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.”

Read More...

Belajar loyar pun boleh buat lebuh raya

Takyah la belajar kuat-kuat buat Ir memening kepala. Kalau mulut becok tu ambil je guaman. Keluar nanti automatik pandai buat jalan raya. "Ada merit lagi, apa!"

Orang yang lulus merit tu pun bukan calang orang, pembesar negara. Alamak malangnya yang belajar jurutera. Dah la belajar teruk bagai nak rak... projek buat lebuh raya yang berkait dengan bidang dia belajar pun orang nilai dia tak semerit loyar.

Sungguh malang jurutera di Malaysia duit RM2.2 bilion dapat kat loyar. Barang kali nanti ramai pelajar kita tak berminat lagi ambil engineer. Pasal apa? Sebab tak ada merit selebih baik loyar untuk buat lebuh raya.


Muhyiddin: Projek lebuhraya RM2.2b diberi atas merit
1:50PM Mac 8, 2012

Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

"Ia berdasarkan penilaian yang sewajarnya berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan dan agensi berkaitan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan ia memenuhi penilaian," kata Muhyiddin ketika ditanya wartawan selepas perasmian MyKomuter di Stesen Sentul, Kuala Lumpur.

Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mana penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun (atas, kanan)adalah seorang pengarah dalam kedua-dua syarikat berkenaan.

Menurut Muhyiddin (kiri), seperti syarikat konsesi lain yang dianugerahkan projek oleh kerajaan, projek pembinaan lebuhraya itu juga tiada bezanya.

“Saya fikir ia berdasarkan merit. Saya tidak fikir kita perlu menafikan peluang mana-mana pihak jika mereka boleh menyumbang kepada penambahbaikan sistem pengangkutan,” katanya.

Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek itu dan dipercayai projek Lebuhraya Kinrara-Damansara itu adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Namun Hafarizam ketika dihubungi Malaysiakini pada 21 Februari lalu berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender.

zaki azmi interview 140911Katanya, pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira dan mereka menang atas merit.

Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi (kanan).

Read More...

Wednesday, March 7, 2012

Saja saja je nak letup Altantuya

Hulamak nyawa manusia jadi barang tak bernilai. Boleh bunuh gitu-gitu je. Kalau ada pistol, keluar je pistol tu jumpa orang tembak je. Tak ada motif punya. Tak ada sebab punya.

Allah SWT mencipta kematian pun bersebab kerana itu orang akan bertanya si anu itu mati kerana apa? Sakit jantung ke? Oh! tak dia sakit kencing manis? Yang ni kenapa mayat sampai hancur? Kena letup la... Maka hakim tu hebat daripada Allah SWT kerana kematian letup keatas Altantuya itu tidak ada sebab. Saje-saje je nak bunuh.

Boleh tak kalau nak samakan keputusan hakim mengatakan pembunuhan keatas Altantuya itu tanpa motif seperti juga Firaun bunuh orang bila dia nak tunjuk kuasa tuhan. Firaun tidak ada motif pun bunuh orang tetapi dia boleh bunuh kerana dia nak tunjuk dia berkuasa tuhan. Eh! motif juga tu kan.

Oh! hakim ni hebat daripada firaun la. Tetapi ada satu makhluk je yang bunuh orang tanpa motif. Siapa? Orang Gila. Kalau tak caya tanya Disman. Dia ada sajak Macam Orang Gila.


Penghakiman Altantuya: Motif bunuh tak penting
Hafiz Yatim 10:36AM Mac 7, 2012

Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

altantuya razak baginda mongolian murder 250607 happy"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.

Beliau bagaimanapun menyatakan seorang dari tiga tertuduh itu, iaitu penganalisis politk Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau tetapi ini tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.

Abdul Razak, adalah rakan rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Abdul Razak kemudiannya dilepas dan dibebaskan tanpa diminta membela dirinya.

Bagaimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Mempunyai kaitan

“Persoalan yang berlegar untuk saya putuskan ketika ini adalah siapa yang mempunyai kaitan untuk menyebabkan kematian itu," kata Hakim Mohd Zaki.

altantuya razak baginda crime scene 180707 media“Saya bermula dengan bertanya kenapa tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) berada di Hotel Malaya (di mana Altantuya serta sepupu dan rakannya menginap) pada 18 Okt, 2006. (Rakaman litar tertutup menunjukkan) mereka berada di tingkat 8, iaitu tingkat yang sama di mana si mati menginap."

Hakim itu juga mempersoalkan arahan yang diberikan oleh Azilah kepada Sirul Azhar apabila Altantuya dipindahkan dari kereta Proton Wira yang dimiliki oleh L/Cpl Rohaniza Roslan (teman wanita Azilah) ke kenderaan Suzuki Vitara milik Sirul Azhar, sementara tertuduh kedua menuju ke Bukit Aman, dan mengapa Azilah tiba-tiba senyap apabila Rohaniza bertanyakan mengenai Altantuya hari berikutnya.

“Persoalan tersebut berlegar di pemikiran saya dan dengan keterangan di bawah Seksyen 27, Akta Keterangan, terhadap Azilah yang beliau menunjukkan tempat kejadian di mana cebisan mayat mangsa dijumpai manakala Sirul Azhar pula membawa sehingga terjumpanya barangan kemas milik si mati, kelongsong peluru dan tkesan tompokan darah di kereta tertuduh kedua."

altantuya trial 160707 azilah“Ini menggambarkan penglibatan Azilah dan Sirul Azhar terhadap pertuduhan yang dihadapkan terhadap mereka," kata Mohd Zaki dalam penghakimannya.

Hakim Mahkamah Tinggi itu juga menyatakan keadaan si mati yang dibunuh itu adalah tragis, dan "mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini di mana mangsa diletupkan adalah bertujuan untuk menghapuskan bukti".

Kes ini adalah antara pembunuhan paling kejam dalam sejarah negara yang menarik perhatian tempatan dan juga antarabangsa.

Mahkamah juga diberitahu bahwa Azilah telah menunjukkan kepada pihak polis di mana Altantuya diletupkan. Tetapi Cif inspektor itu menafikan keterangan berkenaan sehingga menyebabkan perbicaraan dalam perbicaraan terpaksa dijalankan.

Pengawal Perdana Menteri

Sirul Azhar yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi pula dibawa dari Pakistan selepas bertugas mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan luar negara. Barang kemas Altantuya kemudiannya dijumpai di rumahnya manakala kelongsong peluru (spent cartridge) yang telah digunakan dijumpai dari keretanya.

altantuya razak baginda crime scene 180707 judge mohd zakiDalam perbicaraan ini, Hakim Mohd Zaki (kanan) memutuskan punca kematian warga Mongolia itu adalah akibat "kecederaan disebabkan oleh letupan".

Semasa memberi keterangan dari kandang saksi, Azilah menafikan beliau berada di tempat kejadian dan mendakwa beliau sedang makan di Wangsa Maju makan. Sirul Azhar pula dalam kenyataan tidak bersumpah beliau dari kandang tertuduh berkata beliau dijadikan ‘kambing hitam’ apabila diarah oleh polis untuk menunjukkan barang kemas yang dijumpai di rumah beliau.

"Pada suatu ketika, ASP Zulkarnain Samsudin memasuki bilik tidur utama rumah saya dan diikuti anggota polis lain. Kemudian beliau memanggil jurugambar dan mengarahkan saya memegang jaket itu sambil merakamkan gambar. Saya kemudian nampak ASP Zulkarnain mengambil sesuatu keluar dari jaket. Jaket itu dibentangkan di atas katil dan ASP Zulkarnain mengarahkan saya menuding ke arah barang-barang kemas itu, ASP Zulkarnain berkata ‘kamu tuding barangan tersebut.

altantuya razak baginda murder trial 010807 sirul jacket“Saya kata ‘Apa ni, Tuan’. Saya tidak mahu ikut arahanya, tetapi ASP Zulkarnain minta saya lakukan juga sambil berkata ‘kamu tunjuklah sahaja Sirul’. Barulah ketika itu, saya lakukannya dan gambar saya diambil," kata tertuduh kedua dalam kenyataan tidak bersumpah beliau.

Kenyataan tidak bersumpah Sirul Azhar dalam Bahasa Melayu juga dimuatkan dalam penghakiman penuh Hakim Mohd Zaki. Tertuduh kedua berkata beliau tidak mengenali si mati dan tidak pernah berurusan dengan wanita itu serta beliau juga tidak mengenali Abdul Razak atau pernah berurusan dengannya.

Tiada sebab

"Saya merayu kepada mahkamah ini mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan ini, saya telah mengikuti prosiding ini dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutamanya saksi-saksi dari D9 IPK (KL) yang mereka-reka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa merubah-ubah cerita mereka ketika disoal balas.

altantuya razak baginda crime scene 180707 police“Saya melihat keadaan ini dengan keprihatinan kerana bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya sebagai ‘kambing hitam’ yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat merea yang tidak berada di Mahkakah ini untuk menghadapi natijah daripada perlakuan dan perancangan mereka.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata beliau sambil menangis di kandang tertuduh.

altantuya and son 050309Menurut Hakim Mohd Zaki, pada akhir kes pembelaan dan setelah menilai keterangan secara keseluruhan, mahkamah mendapati keterangan pembelaan merupakan penafian (denial), menyalahkan satu sama lain, tak terdamaikan (irreconcilable) dan rasa berbelah terhadap sesuatu (ambivalent).

“Oleh itu mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Saya berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membukitikan kes tersebut melangkaui keraguan munasabah."

Maka, hakim itu memutuskan bahawa kedua-dua anggota polis itu bersalah dan mengarahkan mereka menjalani hukuman mati.

Read More...

Mampukan panel pemandu berdepan dengan Azizan

IA cuma sebagai penasihat dan tidak ada peruntukan yang memastikan menteri besar menerima nasihat panel pemandu. Saya rasa ia lebih kurang Suhakam yang dicipta kerajaan BN.

Suhakam menerima laporan dan memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan tetapi terpulang kepada kerajaan untuk terima atau tidak. Bagaimanapun ada peruntukan tertentu tetapi apakah jawatankuasa pemandu PAS ada kuasa melalui peruntukan tertentu atau ia hanya bergantung kepada budi bicara?

Namun kita harap mungkin ini adalah penyelesaian jalan singkat sementara menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Jawatankuasa Pemandu tidak hadkan kuasa MB

Anis Nazri, 07 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Peranan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat tidak akan menghadkan sebarang kuasa menteri besar berdasarkan pengalaman jawatankuasa ini yang dipraktikkan di Kelantan sebelum ini.

Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar), menegaskan peranan jawatankuasa itu hanya memberikan nasihat dan pandangan tentang beberapa perkara berbangkit di negeri terlibat.

Di Kelantan, kata beliau yang pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, jawatankuasa itu pernah memberikan pandangan dan nasihat berhubung hukum hudud yang ingin dilaksanakan di negeri itu pada 1990.

PAS membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran negeri Kelantan apabila PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah menang semula di negeri itu pada tahun 1990.

Ketika itu, Presiden PAS adalah Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor.

"Apabila terdapat perkara berbangkit mengenai hukum hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan dahulu, jawatankuasa tersebut memberikan pandangan dan nasihat mengenainya. Namun, keputusan tetap di tangan menteri besar dan ahli exconya," jelas Datuk Halim kepada Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Halim yang kini anggota Parlimen Pengkalan Chepa berkata, Jawatankuasa Pemandu hanya berfungsi sebanyak 50 peratus sahaja, manakala selebihnya terletak di bawah kerajaan negeri.

Bagaimanapun, peranan jawatankuasa itu hanya lebih berbentuk nasihat tanpa mencampuri sebarang keputusan kerajaan negeri.

Sebelum ini, PAS Pusat memutuskan agar Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan bagi menasihati kerajaan negeri Kedah dan negeri-negeri yang melibatkan PAS untuk membantu pentadbiran negeri itu.

Bagaimanapun media arus perdana memutarbelitkannya sebagai satu usaha untuk menghadkan kuasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Read More...

Tuesday, March 6, 2012

Banyak sangat fikh belakangkan tasauf ni jadinya

INI pentingnya ilmu tasauf sekurang-kurang mendidik diri kita berakhlak dan rendah diri. Tanpa ilmu seperti ini kita sering rasa megah dengan ilmu agama dan sering menjadikan nas dan usul fikh bersesuaian dengan hasrat kita supaya orang nampak hujah atau dalil kita kuat.

Kepentingan jemaah juga kena ambil keutamaan daripada keluarga dan kawan. Ini kerana apabila tersempit belum tentu keluarga atau kawan akan tolong PAS. Kalau keluarga dan kawan itu jemaah tak apa tapi kalau sebaliknya, ini yang parah.

Kedah: PAS rakam tahniah, rancang munajat perdana

Harakahdaily, 06 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 6 Mac: PAS merakamkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penyelesaian isu Kedah dan merancang munajat perdana dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini berkata, tahniah diucapkan kepada seluruh ahli PAS yang menerima berita gembira penyelesaian kepada ribut kecil di PAS Kedah ini.

Tindakan kedua-dua exco Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mencerminkan satu akhlak jamaah yang tinggi, bilamana akur dengan pandangan parti, tambah beliau.

“Tahniah diucapkan kepada Jawatan Khas yang terdiri daripada Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang bertungkus lumus menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut ini. Khususnya bagi YB Salahuddin, sememangnya anda dilayak digelar Kofi Anan dalam PAS,” kata Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim, ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharu dengan kepenatan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bergegas balik dari Bosnia transit di Austria, Kaherah, Bangkok dan sesampai di Kuala Lumpur bergegas ke Kedah tak sempat menjamah makanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam hingga jam 3 pagi.

“Kegembiraan kerana seluruh ahli parti ingin melihat Kedah terus mantap, dan menjadi pangkalan kedua terkuat pemerintahan PAS selepas Kelantan. InsyaAllah apa yang dibincang dan dirumus akan dapat dilaksanakan, demi kebaikan dan masa depan PAS Kedah khususnya dan negara amnya.

“Mari kita himpunkan ribuan rakyat Kedah di Stadium untuk kita bemunajat, dekatkan diri dengan Allah, meluahkan kasih sayang dan mahabbah antara kita. Semoga Allah memperteguhkan jamaah ini. Allahu Akhbar,” tambah beliau.

Read More...

Monday, March 5, 2012

MaafKan KamI

RAKYAT terima maaf mu wahai Najib tetapi timbal balik daripada permohonan maaf itu rakyat mahu Najib berundur kerana telah bawa banyak kerosakan.

Takkan mahu maaf begitu sahaja. Kesalahan walaupun minta maaf tetap ada hukum. Kalau maaf begitu sahaja lain kali buat pulak. Menang lagi BN senang lagi Rosmah.




Najib minta maaf atas kesilapan BN dahulu
10:47PM Mac 3, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana BN sedikit sebanyak membuat kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu.

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.

"Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," beliau dipetik sebagai berkata dalam majlis turun padang di Baling oleh Bernama.

Bagaimanapun, agensi berita nasional itu melaporkan Najib sebagai berkata, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita.

"Kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya lagi.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Read More...

Sunday, March 4, 2012

Umno patut dengar nasihat mufti

HENTI perangai tidak bertamdun. Bila rasa tertekan dan hendak kalah Umno mula main politik jahat. Ganggu ceramah dan pukul pihak lawan. Apakah dengan cara ini Umno akan terus berkuasa?

Atau apakah Umno mula terasa bahang `Arab Spring'? Kalau Umno terus membuat tekanan kepada golongan yang mahu perubahan maka saling tak ubah Umno macam Hosni Mubarak dan sekuncu dengannya. Najib boleh minta maaf tetapi rakyat sediakan maafkan dengan Najib sedia berundur.

Bukan tidak ada yang baik pada Najib tetapi sudah banyak kemusnahan maka Najb perlu undur. Negara perlu diselamatkan. Maka Azizan Kedah juga perlu ingat. Orang memerintah cara harmoni tetapi kamu tidak sampai sepenggal ahli majlis mesyuarat kerajaan bergaduh besar.

Jadi orang seperti ini tidak payah jadi menteri. Bagi orang lain. Ramai lagi yang layak. Dia sahaja yang rasa layak kerana kepala dia keras. Semua orang perlu ikut cakap dia. Tidak boleh kalau tidak ikut.

Amalkan politik Islam bukan injak lawan untuk menang, kata Mufti Selangor
Oleh Syed Mu'az Syed Putra March 02, 2012

KUALA LUMPUR, 2 Mac — Menyokong gesaan agar gejala keganasan politik dihentikan, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menegaskan insiden itu boleh diatasi sekiranya parti politik ikhlas dalam perjuangan selain berpegang kepada prinsip Islam.

Kelmarin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan gejala keganasan politik menambah insiden itu boleh diatasi sekiranya rakyat berpegang kepada prinsip “negara barakah”.

Menurut Presiden ABIM Amidi Abd Manan, prinsip negara barakah mengangkat tinggi prinsip, nilai akhlak, etika dan moral.

Jelas Tamyes, politik jika diamalkan dengan tertib dan teratur segala insiden tidak baik termasuk keganasan politik tidak akan berlaku.

Beliau menambah walaupun ada yang beranggapan politik bukan sesuatu yang sihat namun ia turut diamalkan Islam.

"Gejala keganasan politik tidak sepatutnya berlaku, politik perkara yang baik jika dilakukan dengan tertib dan teratur... Walaupun ada yang beranggapan politik itu kotor tapi politik itu perlu dan ia diamalkan dalam Islam.

"Sebab itu politik perlu dilakukan secara berdisiplin, maknanya istilah keganasan politik adalah penipuan dalam politik seperti rasuah dan sebagainya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tamyes berkata semua parti politik di Malaysia sepatutnya mengamalkan prinsip politik yang sihat selain menjaga kebajikan rakyat.

"Itu (keganasan politik) politik yang tidak sihat, kita perlu politik yang sihat...menuju untuk membangunkan negara dan biarlah politk ini menuju ke kerehdaan dan keberkatan Allah.

"Kita mahukan negara yang baik dan menjaga kebajikan rakyat. Masing-masing bercita-cita untuk kemukakan sesuatu yang terbaik ke arah kebajikan rakyat yang boleh memberikan mereka bahagia, harmoni dan tidak ketegangan," katanya.

Sebaliknya jelas beliau, semakin banyak insiden keganasan politik berlaku sejak kebelakangan ini yang boleh memberikan tanggapan negatif masyarakat luar.

"Politik digalakkan, kalau nak kata semua pandangan orang ini sama susah, dalam sebuah keluarga ibu dengan bapa pun ada berbeza pendapat. Masing-masing berbeza pandangan.

"Kalau politik untuk membangunkan negara ia mesti dilakukan dengan lebih harmoni, bukan menginjak-injak lawan dan akhirnya jadi orang yang dikecam...berpegang kepada prinsip Islam, amalkan politik secara harmoni dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat atau cacian," katanya.

Gangguan dan provokasi kerap berlaku semasa program ceramah diadakan terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Terbaru ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu.

Read More...

Friday, March 2, 2012

Azizan patut tahu bila perlu berundur

MEMINJAM kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengingatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa seorang pemimpin, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur.

"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak,” kata beliau yang juga bekas Presiden Umno, kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang, pada 14 Februari lalu.

Walaupun Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikata tidak akan mendengar pandangan Umno, PKR, DAP atau dari mana-mana parti, kalau ada yang memberi tekanan kepada beliau meletak jawatan tetapi pergolakan yang tercetus hasil kepimpinannya memerlukan beliau membuat penelitian kepada kesan baik dan buruk kepada PAS.

Seperti pandangan Mahathir iaitu mesti fikir kesan kepada parti dan jangan terlalu sayang kepada jawatan, maka patut Azizan berlapang dada dan berbesar hati serta merendah diri untuk mengakui hakikat bahawa kepimpinannya membawa masalah kepada maufakat pemimpin parti.

Kenapa hilang kepercayaan timbul dalam masa pemerintahan beliau yang tidak sampai sepenggal? Sedangkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh memerintah lebih 20 tahun dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memerintah sepenggal Terengganu tidak berlaku pecah belah kepimpinan.

Apakah ini yang dikatakan gila kuasa kerana belum sampai sepenggal memerintah sudah tidak disenangi pemimpin dibawahnya? Melihat pergolakkan yang tercetus di negeri itu memang patut Azizan berundur.

Rakyat Kedah tidak mahu melihat perpecahan kepimpinan Kedah maka PAS perlu melakukan rombakan sebelum berlaku sebagaimana kepimpinan Umno di Terengganu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Nawawi dalam kenyataannya berkata beliau sendiri membuat keputusan untuk tidak menyambung tugasnya sebagai exco kerajaan negeri Kedah. Ini kerana hubungan beliau dengan Azizan sudah mencapai tahap kritikal.

Katanya, beliau enggan dilantik semula sebagai exco kerana mempunyai perbezaan pendapat dengan Menteri Besar itu berhubung soal pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau menambah tindakan untuk tidak menyambung tugas itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak seperti yang dikaitkan sebelum ini iaitu Anwarism atau Erdogan untuk mendesak Azizan melepaskan jawatannya dalam kerajaan.

"Hal berkaitan khilaf atau berbeza pendapat tidak boleh dielak dalam mana-mana kepimpinan organisasi. Kadangkala dalam 10 perkara mungkin empat lima perkara tidak sependapat, tidak apa lagi tetapi kalau enam tujuh perkara tidak sependapat tidak wajarlah kita duduk dalam organisasi ini.

"Kenapa sekarang? Saya melihat tahun pertama PAS Kedah mula mentadbir parti masih terumbang-ambing lagipun tentulah tidak banyak keputusan kita buat, tetapi sekarang banyak perkara dan keputusan dibuat," katanya.

Semalam lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Phahrolrazi antara dua exco sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah termasuk Datuk Dr Ismail Salleh.

Menurut akhbar rasmi Umno itu, Phahrolrazi mengakui sudah lama 'tidak sebulu' dengan Azizan berkata, ia melibatkan hal berkaitan pentadbiran kerajaan negeri yang meliputi isu kecekapan dan dalam perkara membuat sesuatu keputusan.

Menyentuh kemungkinan beliau akan menerima semula tawaran sekiranya dilantik sebagai exco, Phahrolrazi memberitahu, beliau sedia berbuat demikian, namun dengan beberapa syarat.

"Saya tidak boleh dedahkan syarat itu, biar ia jadi rahsia dulu," katanya.

Phahrolrazi juga mengakui bahawa Dr Ismail sependapat dengan beliau dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

"Selepas empat tahun mentadbir kita boleh menilai keberkesanan kerajaan negeri, jadi saya memilih untuk tidak lagi bersama barisan kepimpinan negeri," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beliau bercita-cita mahu menjadi menteri besar, Phahrolrazi berkata, perkara tersebut tidak benar kerana beliau sepatutnya perlu terus berada dalam kerajaan negeri jika mahu memegang jawatan itu.

Read More...

Perkasa setuju debat PM, Anwar

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Roslan Kasim mengangguk kepala tanda setuju apabila Moderator Wacana Sinar, Dr Maszlee Malik mengajukan cadangan diadakan debat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Roslan berkata Roslan berkata debat tidak akan kemana dan lihat sahaja debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu dengan Presiden PAS, Datuk Fadhil Mohd Noor.

“Debat pernah berlaku, ia tambah atau kurang tidak. Nampaknya tidak ke mana. Dan ia hanya melukut ditepi gantang,” katanya.

Namun pendapat Roslan itu dicanggah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, katanya debat kedua pemimpin itu membincangkan isu besar tentang Palestin.

“Saya menghormati Tun Dr Mahathir dan Datuk Fadzil… debat kedua pemimpin itu… jangan anggap melukut ditepi gantang,” kata Dzulkefly.

Melukut ditepi gantang itu membawa maksud kepada perbincangan itu walau pun ada debat itu, ia tidak bertambah atau tidak ada sekalipun, ia tidak berkurang.

Sebelum itu, dalam sidang media selepas wacana bertajuk `Mengapa Undi Melayu Pecah?’ di sini, Selasa lalu, Maszlee berkata menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti, kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa perlukan maklumat untuk memilih pemimpin maka perlu ada debat kedua pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi mendedahkan kepada hala tuju negara yang akan dibawa jika mereka memerintah.

Cadangan beliau itu disambut Naib Presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng, katanya; “Kita setuju Najib debat dengan Anwar untuk jelaskan agenda masing-masing.

“Selain njib boleh nyatakan agenda mereka, kita mahu Anwar juga diberi peluang deahkan apa agendanya,” kata Chua.

Ahli Parlimen Ampang, Ong Tee Keat, debat memang tepat dan relevan tetapi jangan dalam masa sama jadi ceramah biasa sehingga tidak nampak sangat hujah lawan hujah.

Sementara itu ada pertanyaan mengatakan apakah debat menjamin undi Melayu tidak akan pecah? Sebaliknya Dzulkefly berkata undi Melayu memang sudah pecah tetapi debat itu memberi hak mendapat maklumat dan memperkasakan undi Melayu.

“Debat itu hak demokratik mereka. Mereka membuat keputusan atas dasar demokrasi. Kalau media hanya menghentam dan tidak ada debat mereka tidak dapat ekses. Bila ada debat ia beri ruang kepada rakyat memilih berdasarkan maklumat,” katanya.

Isu debat kedua pemimpin itu timbul apabila Anwar mengajak Najib berdebat. Isu debat makin panas apabila kedua pemimpin parti DAP, Lim Guan Eng dan MCA, Chua Soi Lek berdebat baru-baru ini.

PAS juga sedia tawar Tuan Guru Abdul Hadi Awang berdebat dengan Najib tanpa syarat. Sehingga kini Najib masih membisu.

Read More...

Thursday, March 1, 2012

Mah oiiii Kalau dah mata...

Tulis pun dah malas kempen ni je senang

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP