Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 27, 2011

PAS tolak sistem Biometrik



Read More...

Najib suka biometrik kerana dapat tipu secara bersistem

CHIP pada kad pengenalan atau maykad yang rosak tidak halang biometrik mengenali pengundi dan untuk mengundi, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Maknanya pengundi yang ada kad pengenalan sementara tidak halang dia mengundi.

Biometrik mampu mengesan seorang pengundi mempunyai banyak kad pengenalan tetapi dia tidak menghalang seorang pengundi yang mempunyai banyak kad pengenalan itu boleh mengundi banyak kali. Kenapa?

Pengundian acap kali oleh seorang pengundi tidak berlaku setempat tetapi pelbagai tempat dan negeri. Itu bagi seorang pengundi yang menggunakan nama orang lain sama ada nama pengundi yang sudah meninggal untuk mengundi.

Kerjasama antara Umno dengan Jabatan Pendaftaran Negara telah melahirkan banyak kad pengenalan palsu. Pegawai JPN telah mengakui perkara ini dan ia telah diambil tindakan ditukar ke tempat lain.

Di Sabah ketika BN mahu menawan kembali Sabah yang diperintah PBS, banyak kad pengenalan palsu dikeluarkan. Bila BN menang pegawai Imigresen di ISAkan.

Satu kes lagi seorang pengundi dengan menggunakan satu kad pengenalan tetapi mengundi banyak kali di tempat berlainan atau di negeri berlainan.

Biometrik mampu kesan tetapi biometrik juga tidak mampu halang ia mengundi acap kali kerana biometrik mengesan ia adalah pengundi sah dalam daftar pemilih.

Read More...

Tuesday, July 26, 2011

SPR kantoi akhirnya mengaku ada pengundi hantu

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.

Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.

Boleh batal kemenangan

Wan Ahmad juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.

Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.

Ini kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.

Read More...

Monday, July 25, 2011

Ijazah Doktor Kehormat: Apa kurang Mohamad Sabu

MALAM tadi borak dengan geng PAS Cawangan Pinggir Sungai AU3 Keramat. Cawangan ini masih dalam pembentukan. Belum tahu lagi bila nak daftar tetapi nama dah muncul. Mungkin tunggu Saari balik?

Tiba-tiba sahabat kita orang lama dalam PAS, Mohamad Hasyim menimbulkan persoalan kenapa orang Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ramai dapat Ijazah Kehormat dianugerahkan oleh Bersih, Datuk Ambiga.

Sebelum itu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mendedikasikan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang yang diterimanya daripada University of Exeter kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Sahabat kita mempertikaikan penganugerahan itu kepasa enam pemimpin PSM dan apa kurangnya kalau dibandingkan dengan Mohamad Sabu.

Beliau bukan sahaja dapat mengerahkan ahli PAS turun demontrasi Bersih malah dilanggar pihak polis sehingga kakinya mendatangkan kecederaan.

Ketika saat akhir Ambiga sudah hilang upaya bagaimana mahu meramaikan perhimpunan Bersih 2.0 akibat sekatan pihak polis disemua pintu masuk ke Kuala Lumpur.

Pemimpin demontrasi dan orang dari awal lagi telah ditangkap polis. Saat hampir perhimpunan dengan tekanan pihak polis ramai yang meyangka perhimpunan itu tidak akan berjaya.

Oleh kerana itu beliau menyerahkan kepada PAS supaya memastikan perhimpunan Bersih 2.0 terus mendapat sambutan.

Maka PAS terus mengumumkan Bersih 2.0 tetap diteruskan dan mencadangkan beberapa tempat perhimpunan untuk menuju ke stadium merdeka yang dihalang polis untuk diadakan perhimpunan di situ.

Jadi melihat kesungguhan PAS dan Mohamad Sabu menjayakan perhimpunan Bersih memang wajar anugerah kehormat itu juga diberi kepada Mohamad Sabu.

Ambiga berkata selain mereka, turut melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang berani tampil di sebalik tekanan dan halangan pihak berkuasa dalam mempertahankan hak fundamental mereka.

“Ada sesetengah pihak di kerajaan yang menentang kaedah yang digunakan untuk menghalang kami. Malah, doktor-doktor juga keluar dari zon selesa mereka untuk bercakap menentang ketidakadilan,” kata Ambiga dalam ucapan menerima ijazahnya.

Ambiga merupakan bekas penuntut University of Exeter dan menerima ijazah undang-undang beliau tiga dekad lalu.

Teks ucapannya dikeluarkan di sini.

“Dan, sudah pasti ada peguam-peguam dan media bebas yang berdiri di pihak yang benar dan keadilan.

“Bagaimanapun, hero yang sebenar ialah rakan dan penyokong kami Allahyarham Baharuddin Ahmad yang membayar harga bernilainya dalam perjuangan murni kami, enam ahli Parti Sosialis Malaysia, ketika sedang kita bercakap (di sini), berada dalam tahanan di bawah undang-undang pencegahan dan rakyat Malaysia yang berani keluar daripada tindakan (pihak berkuasa) menakut-nakutkan dan menghina demi mempertahankan hak asasi mereka,” kata beliau lagi.

Justeru kata Ambiga, beliau menghadiahkan anugerah itu kepada “kesemua mereka.”
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya. Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu.

Baharuddin didakwa mati selepas melarikan daripada tembakan gas pemedih mata oleh polis di kawasan KLCC tetapi polis pula mempertahankan ahli PAS itu meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, perkembangan sepanjang enam minggu lalu dalam menggerakkan sokongan bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil telah mengajar beliau lebih daripada apa yang dialami sepanjang tiga dekad lalu sebagai seorang peguam profesional.

“Pasukan saya dan saya berhadapan dengan tekanan sepenuhnya daripada kerajaan yang berkuasa, dan kemudian saya sedar tentang kepentingan kebebasan institusi-institusi kerajaan, khususnya kehakiman, untuk menangani salah guna kuasa,” katanya.

Justeru kata Ambiga, beliau juga sedar tentang kedaulatan undang-undang yang sebenar dan bagaimana ia juga tidak boleh wujud.

Sementara itu komen Ibnu Hasyim: Selepas keluar berita ini, pihak kami mendapat timbal balik dari pembaca dan kawan-kawan BERSIH, bahawa ramai yang meragui mengapa hadiah 'hero' BERSIH 2.0, ijazah Dr Kehormat, tidak diberikan kepada pejuang-pejaung bersih dari berbagai kalangan dan penyokong. Bahkan dikatakan diberi kepada golongan tertentu dan kaum tertentu sahaja, kecuali kepada Allahyarham yang meninggal.

"Mat Sabu pun layak dapat!" Kata seorang penyokong BERSIH 2.0 dan penyokong Pakatan.

Read More...

PR boleh perintah negara, BN dah dapat Kelantan

PAKATAN Rakyat (PR) kata kalau pelaksaan pilihan raya dibuat secara adil dan bersih sudah lama mereka boleh memerintah negara dan Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berkata: “Janganlah gembar-gemburkan kita (BN) boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, kerajaan PAS Kelantan dah tumbang tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun PAS pegang."

Hai! Pening-pening mana satu betul ni. PR kata kalau pilihan raya bersih dia boleh perintah. Najib pula kata kalau dia main pilihan raya tipu dah lama dia ambil Kelantan.

Masing-masing ada hujah dan sekarang nak guna biometrik. Kaedah ini lebih mahal daripada dakwat kekal yang pernah pada pilihan raya 2008 telah dibeli dari India dan sampai kat sempadan Malaysia-Thailand tetapi tak dapat masuk Malaysia kerana di tahan BN.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan, berkata jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.

Itu persoalan yang dibangkitkan beliau ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.

"Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal.

"Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebih mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan," katanya kepada Tv Selangor.

Mungkin juga harus diingat kalau dakwat hitam dia boleh batalkan saat akhir kenapa tidak sistem biometrik kononnya kerajaan terpaksa belanja besar dan merugikan duit rakyat.

Wakyet dia utusan dan lain-lain jadi tukang pukul gendang tak boleh pakai membazir wang rakyat.

Ni biasalah hujah BN

Berita berkaitan:

Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar hari ini.
Perdana Menteri berkata BN komited kepada pilihan raya yang bersih serta adil dan tidak memerlukan 'BERSIH' untuk memastikan tindakan itu.

"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," katanya.

Beliau berkata tidak perlulah untuk mengadakan demonstrasi atau perhimpunan kerana kerajaan akan sentiasa membaiki sistem pilihan raya di negara ini dari semasa ke semasa.

"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya.
Memanipulasi
Beliau berkata selepas pilihan raya 2008, pembangkang tidak membangkitkan tentang pilihan raya tidak adil tetapi sejak dua tahun lepas apabila BN banyak menang pilihan raya kecil, tiba-tiba timbul cerita pilihan raya di negara ini tidak betul.
Najib berkata jika BN boleh memanipulasi keputusan pilihan raya, ia sudah lama dilakukan, oleh itu pembangkang apabila kalah jangan mengatakan pilihan raya tidak adil.

"Di Kelantan, dari 2004 hingga 2008, pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan negeri hanya berdiri atas majoriti satu DUN sahaja (DUN Kemuning) dan DUN itu hanya menang dua undi. Kalau boleh manipulasi, tak susah cari tiga undi.

"Bagaimanapun, kita dalam pembangkang tak ganggu-gugat kerajaan negeri dan tak buat demonstrasi. Kita hormati suara rakyat dan prinsip demokrasi. Jadi janganlah gembar-gemburkan kita boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, kerajaan PAS Kelantan dah tumbang tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun PAS pegang," katanya.

Pada pilihan raya umum 2004, calon PAS Zakaria Yaacob memperoleh 6,078 undi untuk menewaskan calon BN Wan Mohamad Zin Mat Amin yang mendapat 6,076 undi bagi kerusi DUN Kemuning.

Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan negara contoh kepada banyak negara lain dan kerana itu, rakyat tidak sepatutnya merasa terpesong dan gusar sekiranya ada pihak yang cuba membangkitkan pelbagai isu seolah-olah berlaku kepincangan dalam pentadbiran di negara ini.
Serang institusi

"Mereka menyerang institusi kita seperti kehakiman, polis dan institusi lain. Hakikatnya kita tak mungkin dianggap negara contoh jika tidak ditadbir dengan tekun dan adil," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pemimpin Umno dan parti komponen BN negeri serta pemimpin kerajaan negeri.

Read More...

Friday, July 22, 2011

Malang jadi orang Melayu negara sendiri orang lain demo di Australia dan negeri lain tadak apa-apa kenapa hanya pelajar Mesir yang kena



Read More...

Kesalahan pertama pembohongan polis dan menteri kesihatan diakui polis



Read More...

Thursday, July 21, 2011

Dera sebabkan kematian Teoh Beng Hock dan Sarbani

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Diraja Siasatan memutuskan Teoh Beng Hock bunuh diri akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan," kata Nazri.

Bagaimanapun tengok pula cerita arwah Sarbani, isterinya Maziah berkata rasa curiganya timbul selepas Raja Petra menerusi tulisannya mendedahkan bahawa allahyarham 'didera' sebelum menemui ajal.

Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa seorang penolong penguasa SPRM telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM yang terletak bersebelahan bilik pantri di aras tiga bangunan itu.

Tidak menuduh

"Di sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri)," tulis Raja Petra.

Beliau juga dalam blognya berkata pegawai SPRM itu dilaporkan berkata 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.'

Kata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.

Tulis Raja Petra lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.

Menurut Maziah, beliau tidak menuduh bahawa suaminya telah dibunuh tetapi mahu tulisan Raja Petra itu disiasat.

Ini kerana jelasnya, dalam pendedahan itu Raja Petra turut mengaitkan dua pegawai SPRM yang bertanggungjawab menyoal-siasat Sarbaini.

“Malangnya setelah membaca pendedahan oleh Raja Petra menerusi blognya, yang mengaku menerima maklumat daripada orang-orang dalam daripada kalangan pegawai SPRM dan pegawai dan anggota polis sendiri, kami percaya bahawa benar atau tidaknya pendedahan Raja Petra mestilah disiasat sehingga ke akar umbi, malah ke lubang cacing, terutama bila beliau menyatakan dengan jelas nama dua orang pegawai SPRM yang terlibat secara langsung dengan kematian arwah,” katanya.

Tempat kejadian

Berikutan pendedahan itu, peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbani tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbani cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya.

Read More...

Wednesday, July 20, 2011

Pilihan raya judi di Kelantan

BERNAMA melaporkan orang bukan Islam menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana menghalang judi.

Dalam hal ini kita tidak tahu mereka ini mewakili kepentingan perniagaan peribadi mereka atau rakyat.

Sebagai sebuah negeri yang meletakkan asasnya Islam akan bersikap adil kepada mereka kerana mereka juga rakyat negeri itu.

Cuma apa yang kita mahu tahu apakah mereka yang mahu saman itu mewakili golongan ramai kalau nak ikut demokrasi.

Jadi baik kerajaan beri peluang suara mereka ini. Adakan pilihan raya judi. Ia seumpama referendum tetapi lebih tepat pilihan raya judi bagi memastikan sama ada demokrasi membenarkan hasrat mereka untuk berjudi.

Pilihan raya ini tidak perlu orang bagi orang Islam kerana mereka sudah tentu tentang judi. Jadi pengundinya adalah mewakili masyarakat bukan Islam supaya kita boleh tahu apakah orang bukan Islam suka kepada judi atau tidak.

Kalau masyarakat bukan Islam ini majoritinya suka judi maka kita boleh bagi satu tempat untuk mereka berjudi tetapi jangan kacau orang Islam.

Kamu boleh berniaga judi tetapi kamu tidak layak ambil duit orang islam untuk berjudi. Bagitu juga dengan hiburan.

Kenapa mereka ini mahu berniaga perkara yang karut marut tetapi mahu ambil wang orang Islam. Mahu jadikan orang Islam pelanggan mereka. Kenapa??? Mahu untung besar ke???

Orang Islam tidak larang mereka nak berjudi kalau itu amalan mereka. Orang Islam tidak larang mereka nak berlalak dan berhibur ghairah kalau itu sudah budaya mereka.

Namun apa yang kita nampak ia bukan budaya mereka pun sebaliknya ia satu perniagaan yang mahu mencari keuntungan semata-mata. Orang ramai tidak boleh manfaat pun daripada kegiatan tersebut.

Jadi kalau mereka rasa hiburan seumpama itu dan judi tersebut boleh dapat duit dan sara keluarga dan kononnya berlindung atas budaya mereka maka kita biarkan mereka.

Beri peluang mereka tetapi dengan syarat ia adalah keputusan majoriti bukan Islam.

Kawasan perjudian dan hiburan itu adalah kawasan yang tidak boleh dimasuki oleh orang Islam. Dan ini kena diurus tadbir oleh mereka bukan Islam secara telus memastikan orang Islam tidak masuk permis mereka. Supaya orang Islam tidak terlibat dengan mereka.

Firman Allah: “Bagi kamu agama kamu bagi kami agama kami.”

Baca laporan bernama dibawah:

Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan Pas Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuatkuasa Februari lepas.

Saman pemuda itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Sheng Lee Law pada 6 Jun lepas.

Ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman.

Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu.

Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.

Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Mereka menuntut ganti rugi am, kos bagi tindakan dan perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah. Lee, yang ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, berkata bahawa mahkamah telah menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan. Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas 1 di sini, katanya.- Bernama

Read More...

Tuesday, July 19, 2011

'Saya merayu kepada polis tapi tak diendahkan' -Pak Samad



Read More...

Skru kat lutut Mohamad Sabu

TEngok x-ray, skru kat lutut Haji Mohamad Sabu. Ini gara-gara peronda langgar Mohamad Sabu pada 709 lalu.

Sebaliknya media pro Umno berlawak kononnya Mohamad Sabu tarik simpati bila muncul dengan berkerusi roda di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Masalah Haji Mohamad Sabu sakit lutut sampai tidak boleh jalan, langsung mereka tidak simpati sebaliknya dok perli kata kawan tu berlakon.

Jadi oleh kerana hati mereka ini gelap langsung tidak ada belas kasihan memang patut Mohamad Sabu saman mereka yang mengemukakan laporan palsu.

Dengar cerita doktor pun Mohamad Sabu mahu saman kerana dia bagi ubat tidur. Apa punya profesional doktor.

Doktor tersebut lebih dengar cakap polis bukan hasil sainstifik keatas Mohamad Sabu.

Masa Mohamad ditahan, beliau beritahu polis kaki tidak boleh jalan. Jadi dihantar ke klinik.

Doktor buat pemeriksaan tetapi doktor sempat dibisik oleh polis yang menghantar Mohamad Sabu.

Selepas buat pemeriksaan Mohamad tertidur. Barangkali kepenatan demo. Tetapi sebenarnya bukan kepenatan rupanya polis tadi bisik kat doktor suruh bagi ubat lelap (tidur).

Tertidur kawan tu. Hilang sakit... memang betul. Sudahlah polis itu telah melakukan kesalahan menjalankan akta hasutan. Menghasut doktor bagi ubat tidur.

Doktor tu pulak tidak profesional. Dia lebih rela dengar bisikan syaitan... apa yang polis bisik tadi daripada ilmu sainstifik dia.

Ada ke patut. belajar je tinggi tapi tidak profesional.

Apa cerita Malaysia Waves pula. Tulisnya Gambar X-Ray Lutut Mat Sabu yang Tidak Cedera

Saksikanlah bukti betapa bohongnya tuduhan Polis menzalimi peserta Demo BERSIH.

Lihat sebijik besi yang terpaksa dimasukkan dalam lutut Abang Mat sebab pelanggaran yang tidak berlaku antara van polis dgn motorsikal yang dibonceng oleh Abang Mat.

Tak sabar tunggu respon dari blogger2 UMNO. Mungkin mereka akan kata X-Ray ni palsu. Hahahaha.

Read More...

`Ustaz sampul' teringat kepada Ibrahim Libya

Emosional saya membaca kisah di bawah. Sebak... mungkin kita dah berumur. Ada terasa kekurangan kita.

Namun ada beberapa perkara yang saya mahu berkongsi iaitu mengenai ustaz sampul. Saya teringat kawan saya Mohamad Hasyim atau dikenali Ibnu Hasyim.

Saya teringat cerita beliau tentang Ibrahim Mahmod atau dikenali Ibrahim Libya yang meninggal ketika diserang pihak pasukan keselamatan pada November 1995.

Ibrahim Libya sebenarnya terkenal dengan sikapnya yang ikhlas. Beliau bukan sahaja istiqamah dalam perjuangan malah ikhlas dalam menyebarkan ilmu.

Beliau sanggup berhenti kerja dengan pendapatan bulanan tetap semata-mata mahu mendirikan sekolah berpendidikan Islam.

Sekolah beliau bukan sahaja memberi ilmu kepada anak-anak malah memastikan ilmu itu diamal. Inilah pendidikan yang mahu diterjemahkan kepada masyarakat oleh Ibrahim Libya.

Ia bukan sekadar ilmu yang hanya di pelajari tetapi mengamali ilmu yang dipelajari semuga lahirkan insan bertaqwa.

Bila lahir insan seumpama itu maka lahirlah rakyat yang takut kepada dosa dan suka kepada pahala.

Jadi selamatlah Malaysia jika insan seumpama ini menjadi majoriti rakyat Melaysia. Sudah tentu kerajaan yang diingini pun boleh dibina.

Kemabli kepada ustaz sampul tadi saya teringat cerita Ibnu Hasyim, katanya pernah satu ketika Ustaz Ibrahim diambil untuk ke tempat pengajian beliau.

Beliau sebagai pengajar telah bersedia sebagaimana yang dijanjikan dan terus menaiki kereta.

Namun dalam perjalanan itu, tiba-tiba ustaz Ibrahim mahu pulang semula ke rumahnya. Ktanya: "Saya ada tertinggal sesuatu kita kena patah balik sekejap."

Lalu sahabat yang bawa beliau tidak keberatan untuk patah balik. Ustaz Ibrahim kemudiannya naik ke rumah seolah mengambil sesuatu dan kemudian terus ke tempat pengajian beliau.

Apabila diselidiki kenapa beliau boleh patah balik rupanya dia tertinggal beg duit. Tertinggal duit. Jadi dia kena patah balik ambil duit.

Kenapa sampai begitu sekali? Sebabnya beliau mahu memperbetulkan niat, takut terpesong bila tidak ada ditangan beliau maka beliau sudah tentu mengharap kepada sampul tadi sebagai imbuhan mengajar.

Bila itu berlaku maka niat beliau selama ini ikhlas mengajar boleh jadi terpesong. Maka itu beliau cepat-cepat membaiki godaan tersebut.

Bila beliau pulang mengambil balik wang maka godaan itu tidak boleh mengacau kerana jika penganjur kuliah tidak memberi imbuhan sekalipun beliau tidak kisah kerana duit untuk beliau minum ketika berpemegian itu ada ditangan.

Jadi secara tidak langsung niat ikhlas beliau menyampaikan ilmu tetap terjaga.

Masih teringat kata-kata ustaz; "Ramai yang bersemangat tetapi tidak ramai yang istiqamah. Ramai yang istiqomah tetapi tidak ramai yang ikhlas."

Mungkin kerana itu Ibrahim Libya bersemadi bersama para syuhada. Beliau pilihan Allah. Semoga kita termasuk orang yang bersama beliau.

Baca tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas mufti Perlis dan surat ini dikirimkan beliau kepada Malaysiakini:

Dr Lo'lo' yang saya kenali

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

NONEHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

NONESaya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

NONEKali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau.

NONELahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

NONEApabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

anwar ibrahim and umnoApabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

young ulama join umno 250610 02Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

NONESaya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.

Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

NONEDr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

NONEKemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

sitting in a mosqueAntara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

NONEKata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

Read More...

Monday, July 18, 2011

Dr Lo Lo ke barzah

Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

NONETurut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.

NONEAllahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Read More...

PAS had hiburan, Umno perluas hiburan

DI Kedah, kerajaannya mahu hadkan hiburan. Jadi orang Islam tidak payahlah masuk dok cari huburan baik tengok anak isteri kat rumah atau mesrakan bersama ibu dan bapa.

Di Melaka bawah kerajaan Umno dengan BN dia mahu perlanjutkan masa hiburan. Malah tidak pula dicegah orang Islam masuk pusat hiburan.

Kedua ibu bapa mungkin kesunyian. Jadi anak-anak yang masih bujang selepas balik kerja lebih baik berada kat rumah bersama ibu bapa. Keluarga bertambah mesra.

Kalau pergi pusat hiburan duit pun habis. Silap haribulan bergaduh kerana dah mabuk. Itu yang mabuk, hak berebut betina pun boleh gaduh juga.

Menteri Besar Kedah dengar cerita pada awalnya mahu melaksanakan peraturan yang telah ada semasa kerajaan BN lagi. Peraturan tersebut untuk menutup pusat hiburan pada bulan Ramadan.

Namun ia mendapat bantahan daripada DAP, katanya buat apa nak ikut peraturan yang dibuat oleh BN.

Peraturan BN buat tidak semestinya ada yang tidak baik tetapi BN sendiri takut nak ikut apa yang dia buat. Jadi PAS berani dan cuba ikut apa yang telah diperaturankan oleh BN.

DAP bantah kerana nak jaga periuk nasih pusat hiburan.

Jadi jalan penyelesaian kerana Islam tidak halang orang bukan Islam nak berhibur kerana budaya mereka maka kerajaan Kedah mengenakan syarat pusat hiburan tidak boleh membenarkan orang Islam masuk ke pusat hiburan.

Ini jalan penyelesaian yang baik. Macam juga judi. Tidak bagi orang Ilsam berjudi. Tetapi apakah orang Islam akan ikut?

Oleh sebab itu orang Islam kena faham. Jaga akidah dia baik-baik. Pasal kerajaan dah tulis pusat hiburan untuk orang bukan Islam.

Jadi kalau Islam masuk juga ke pusat hiburan kerana nak berhibur maka tengok-tengok lah akidah tu. Nanti dikatakan orang you ni Islam ke bukan Islam.

Apakah orang itu mahu mengaku “Saya bukan Islam.”

Bahaya!!! Boleh murtad.

Jadi bila pusat hiburan hanya dikunjungi orang bukan Islam maka kita rasa kuranglah sikit pusat hiburan beroperasi.

Biarlah pusat tersebut hanya dikunjungi orang bukan Islam. Bagi orang Islam lebih baik mereka bersama keluarga.

Nak cari hiburan pun biarlah bersama keluarga. Hiburan halal

Read More...

Keluarga Baharudin tuntut KPN mohon maaf



Read More...

Presiden PAS ziarah keluarga Allahyarham Bahanudin



Read More...

Thursday, July 14, 2011

Polis Malaysia sama tentera Israel kejam tembak hospital

PIHAK hospital berani sanggah kenyataan pemimpin dmi untuk menyatakan kebenaran tetapi pihak masjid hanya diam membisu.

Pihak hospital menyatakan pihak polis mencabuli undang-undang bila menjadikan kawasan hospital sasaran serangan meriam air kimia dan tembakan gas pemedih mata.

Para demontrasi Bersih berlindung di kawasan hospital untuk keselamatan mereka dan mereka rasa lebih selamat di kawasan hospital.

Tentera sekali pun tidak boleh serang kawasan hospital kerana ia menyalahi peraturan antarabangsa. Hanya tentera sahaja yang boleh serang orang berada di kawasan hospital. Ia diikuti tentera Amerika.

Jadi polis Malaysia sama macam tentera Israel.

Peraturan antarabangsa itu diambil dari peraturan Islam yang melarang serang rumah ibadah, hospital, orang awam, orang tua, perempuan, kanak-kanak dan merosakkan tanaman.

Tetapi apa yang peliknya orang tidak berpengajian Islam lebih beranai darpada orang mengaji Islam. Pihak masjid jamek tu orang mengaji Islam tetapi tidak beri pelindungan kepada perhimpunan Bersih yang mahu berlindung.

Masjid dikunci untuk orang dapatkan perlindungan. Baik hospital dari masjid.

Ingat semasa Nabi masuki kota Mekah orang arab lari takut kena serang. Nabi umumkan mereka yang berlindung di rumah ibadah selamat. Rumah abu Sufian juga selamat.

Mereka berlindung di situ dan tidak diapa-apakan oleh Nabi saw tetapi polis Malaysia tidak ada rupa Islam. Apakah polis Malaysia ada rupa Israel? Ada persamaan tu.

Berikut baca laporan berkaitan:

Para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan.

Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.

"Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan,"
kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan.

"Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam.

Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia".

Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya.

"Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus."

Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu.

Perbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital
sebagai tempat perlindungan.

Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai.

Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

Read More...

Permaidani merah tidak sambut Najib

MALU Perdana Menteri ku menjejak kaki ke Britain tidak beralaskan permaidani merah sebagaimana sambutan pembesar negara sebagai penghormatan Britain kepada tetamu negara.

Namun Najib ini bukan tahu malu. Dia persetan semua itu asalkan aku tetap PM kata hati Najib.

Sebelum itu hak asasi manusia antarabangsa memaklumkan kepada Britain bahawa Najib tidak menghormati demokrasi. Menyurai penunjuk perasaan dengan cara kasar. Sepak terajang jangan main lagi.

Tidak cukup itu tempak gas pemedih mata macam nak tempabk orang. Dihalakan senapang itu pada orang bukan ke udara. Kena muka orang sakit la.

Pembantu Anwar terkena peluru tu dikatakan terpaksa buat pembedahan plastik. Maknanya kulit mukanya terkoyak.

Jadi memang patut Najib tidak layak diberi sambutan penghormatan permaidani merah.

Tapi muka Najib jenis tak tahu malu. Sekarang Najib pemimpin sudah tiak popular. Nasib Najib dah tak lama jadi PM.

Ramai memberikan perhatian ketibaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Britain semalam tidak disambut dengan hamparan permaidini merah seperti lazim diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa negara tersebut.

Gambar-gambar yang disiarkan oleh Bernama hari ini lansung tidak menunjukkan keadaan tapak lapangan terbang, malah foto-foto itu diambil tanpa menunjukkan kaki-kaki Perdana Menteri dan lain-lain menjejaki tanah mungkin bagi mengelakkan ternampaknya ketiadaan permaidani merah berkenaan.....

Aku Sahaja keh3...
=D
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaHyuuga Inata Haha
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaKar El Dlm TV td ade kapet,,,,
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaRamdzan Jabar ‎:)
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaMalaikat Maut karpet kuning adalah,, huhu
11 jam yang lalu · SukaTidak suka · 4 orang
Sedang Memuatkan...Tuah Rangie Karpet pun nk jd isu. Apa laaa..
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaMas Suri kar El ...tu bukan kapet lah yg kau nampak ...tu rumput
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaDahlea Al-Saadi tu dia kaki tk sampai/pijak di bumi..
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaDahlea Al-Saadi lece..
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaMohd Khalid Pelapur ini aku agak dah monopous sbb tu xada warna merah
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaMas Suri biarlah ....yg UMNOK tu pasal pakai baju pun tangkap apa cerita
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaMohd Zamri Samsu letak kuning la plk..huhuhu
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaDahlea Al-Saadi apa karpet tk sesuai mamak karpet deepak saja blh buh pmaiadani
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaMas Suri zaman najib dan rosmah jambul ni terhegeh-hegeh lah selalu pergi negara orang ...
11 jam yang lalu · SukaTidak suka · 2 orang
Sedang Memuatkan...Mas Suri cari pelabur konon....pelabur pun tarak !!!
11 jam yang lalu · SukaTidak suka · Seorang
Sedang Memuatkan...Umie Kualaketil hehehe..bisa2..sadis
11 jam yang lalu · SukaTidak suka · 2 orang
Sedang Memuatkan...Malaikat Maut Sadis sigaraga... :)
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaKuceng Gemok padanla mukerrrrr..ni pesan buat abg najib: ni baru dunia,nak mati nanti lg best balut ngan kain kapan..time tuh,gelang jacob 24 juta pun kena tanggalkan..bestkan??
11 jam yang lalu · SukaTidak suka · 2 orang
Sedang Memuatkan...Kasyah Khairudin org lain da tak sudi. dia pulak tg tersorong sorong
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaMalaikat Maut muka tembok beso cina.. bisala :)
11 jam yang lalu · SukaTidak sukaNik Hisammuddin Syam beli karper biru plk,bawa sendiri...hhahahah
11 jam yang lalu · SukaTidak suka · Seorang
Sedang Memuatkan...Ikhwan Muslimin najib setaraf dengan hosni mubarak
10 jam yang lalu · SukaTidak sukaNik Hisammuddin Syam adik beradik hosni....kot
10 jam yang lalu · SukaTidak suka · Seorang
Sedang Memuatkan...Mohd Noor Idris bukti nyata bersih adalah agenda yahudi..apabila amnesty badan yahudi mendesak pm dipulau..apa lagi mau nafikan bersih adalah agenda yahudi..
10 jam yang lalu · SukaTidak sukaOtak Tuan Sadiq MNI..... Bagaimana pula sdr mentafsirkan Najib yang nak jumpa Pope di Vatixcan City ? Mesti sokong agama Vaticankan ? Tak murtad ke ?
10 jam yang lalu · SukaTidak suka · 7 orang
Sedang Memuatkan...Malaikat Maut ha.. jawab ar anak idris...
10 jam yang lalu · SukaTidak suka · Seorang
Sedang Memuatkan...Nik Hisammuddin Syam PR smuanya yahudi..BN plk..apa pulak bro..apco tu sapa..
10 jam yang lalu · SukaTidak suka · 3 orang
Sedang Memuatkan...Permaisuri Aya memalukan.., x der karpet maksudnya u x dihormati, ada fhm?
10 jam yang lalu · SukaTidak suka · 4 orang
Sedang Memuatkan...Yoep Kundur hahaha.. anak deris ni merapu, ni mesti nak dptkan tender kerajaan ni.. hahahaha
10 jam yang lalu · SukaTidak suka · Seorang
Sedang Memuatkan...Tok Janggut Huah3... MNI - Merapu Noor Idris..
9 jam yang lalu · SukaTidak sukaMdfaizal Ab Hadi MNI:do kata Bersih agenda yahudi, yang umno najib terang2 ambil Apco yg jelas terang lagi bersuluh mmg yahudi tu apa?
9 jam yang lalu · SukaTidak sukaNakashima Shinji kalau letak karpet kuning,kompem beliau tak turun dari kapal tu...kekeke
8 jam yang lalu · SukaTidak sukaOrgjawi Organgin KENAPE ? RAKYAT TAK TANYA NAPE ? NAJIB PERGI KE VATICAN', ITALY JUMPA POPE !? .... Apa Pope boleh melabur ke ekat sini !!!
8 jam yang lalu · SukaTidak sukaAngie Cheong Minta ampun dan bertaubat depan Pope!!! Lepas ni pergi jumpa Sami India pulak...... Pelakon lelaki Terbaik 2011....... kita hadiah reben kuning!!!
8 jam yang lalu · SukaTidak sukaMuhamad Rozaidi kalu najib pakai baju cam gmbar profil aku ni kn segak.hahahahaha
8 jam yang lalu · SukaTidak sukaNorazah Karim penghormatan kat dunia lagi dah beransur2 ditarikbalik... macamna pulak nanti di alam kubur??
lebih kurang sejam yang lalu · SukaTidak sukaLe Matin Pulak kasutnya baru lepas pijak najis anjing-anjing belaan...

Read More...

Wednesday, July 13, 2011

Sakit jantung polis diragui

Polis kata kematian Baharuddin Ahmad, 58, semasa dalam perhimpunan Bersih 2.0 akibat penyakit jantung. Itu berdasarkan laporan bedah siasat awal selepas mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimana pun menteri dalam negeri setakat ini enggan mengesahkan dakwaan berkenaan, termasuk dakwaan bahawa Baharuddin, yang didakwa meninggal dunia selepas ditangkap polis semasa perhimpunan itu, dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.

Polis ni laju je buat keputusan Allahyarham mati kerana sakit jantung. Sedangkan anaknya seorang doktor iaitu Dr Mirza kata keputusan itu mungkin hanya akan siap dalam tempoh hingga lima minggu.

Perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang petugas di HKL ketika beliau hadir untuk mendapatkan laporan tersebut hari ini.

"Tapi ini kes berprofil tinggi, jadi saya sangat tertunggu-tunggu laporan itu," katanya lagi ketika dihubungi petang ini.

Sementara itu seorang pelajar berkata beliau melihat seorang warga emas terjatuh dan dihenyak oleh polis ketika sepasukan lebih 100 orang anggota berkenaan menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 berhampiran menara KLCC pada Sabtu lalu.

Pelajar berkenaan berkata, warga emas berkenaan mungkin merupakan individu yang meninggal dunia selepas dibawa ke hospital selepas terjatuh semasa perhimpunan itu berlaku.

"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.

"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Ketika ditanya, pelajar itu berkata beliau tidak melihat sekiranya polis telah menendang lelaki terbabit, "tapi saya rasa polis henyak dia. Tak mahu bagi dia bergerak."

funeral baharudin bersih protesterIndividu berkenaan, Allahyarham Baharudin Ahmad menjadi perhatian apabila ia dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.

Polis setakat ini menyatakan bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun sebab sebenar kematian lelaki berkenaan masih menimbulkan tanda tanya.

Dalam kejadian pada petang itu, saksi mata tersebut berkata, beliau melihat kedua-dua tangan warga emas itu dipegang oleh anggota polis yang turut menghenyak lelaki tua berkenaan ke permukaan jalan.

"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.

Pelajar berkenan juga berkata, beliau tidak melihat sama ada mangsa berkenaan berjaya melarikan diri ke bangunan Avenue K yang terletak kira-kira 200 meter daripada persimpangan berkenaan, seperti dilaporkan sebelum ini.

NONEKetika ditanya, beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada polis telah melepaskan gas pemedih mata sebelum menyerbu ke arah kumpulan yang berhimpun itu.

"Gas (pemedih mata) saya tak perasan sebab saya dah lari," kata pelajar berusia 19 tahun itu lagi yang menambah, kejadian berkenaan berlaku selepas polis berkenaan menggempur sekumpulan lebih 1,000 orang yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Kumpulan berkenaan berhimpun di tengah-tengah persimpangan Jalan Ampang – Jalan Yap Kwan Seng – Jalan P Ramlee.

Selain warga emas tersebut, beliau turut melihat beberapa orang lagi turut terjatuh selepas sekumpulan anggota polis berpakaian seragam menyerbu kumpulan yang menyertai perhimpunan tersebut.

Kumpulan polis berpakaian seragam itu mara dari barisan belakang sekumpulan anggota FRU yang membentuk halangan di Jalan P Ramlee, berhampiran persimpangan berkenaan.

Pada masa itu juga, sepasukan polis dan FRU membentuk halangan di hadapan SJKC Lai Meng, di bahagian barat Jalan Ampang.

Difahamkan, polis pada masa itu bertindak untuk menyuraikan kumpulan berkenaan – yang bergerak daripada kawasan Kampung Baru – ke arah timur Jalan Ampang dan juga Jalan Yap Kwan Seng.

Read More...

Awam menyelubungi Baharuddin

“Insya Allah, syahid. Dia ada cita-cita syahid,” kata Ibrahim kawan yang sering diajak berbual pada kebiasaannya selepas solat Isyak.

Mereka memberitahu Baharuddin memang `kaki masjid’ merupakan ahli jemaah masjid dan surau. Kalau beliau ada di kawasan perumahan beliau tidak ketinggalan sembahyang jemaah.

“Solat jemaah yang penting terutama Isyak dan Suboh memang beliau tidak terlepas,” sambung mereka.

Bualan kawan Baharuddin ada manasabah. Pada hari pengkebumian jenazah Baharuddin, 10 Julai iaitu keesokkan hari perhimpunan Bersih 2.0 suasana cukup tenang dan mendung.

Malah ketika dibawa dari rumah beliau ke surau untuk disembayangkan sehingga ke tanah perkuburan AU4 Keramat, awam mendung menutupi matahari.

Semasa urusan pengkebumian dijalankan, hujan rintik turun seketika. Sebaik selesai pengkebumian dan talkin dibacakan, muncul matahari memeritkan kepala seketika.

Bagaimanapun hari itu cukup tenang dan tenteram apabila Ibrahim menceritakan tentang arwah. Ibrahim pun bekas tentera seperti juga arwah.

Semoga kematian Baharuddin disiasat secara telus supaya ia terbela.

Read More...

Tuesday, July 12, 2011

Angin pulak yang disalahkan

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai salahkan angin pulak bila kawasan Hospital Tung Shin penuh dengan asap tembakan gas pemedih mata.

Tiong Lai ni dah mula belajar dari S Samy Vellu yang pernah kata MRR2 retak kerana Tuhan punya kuasa dan bukan kesilapan rekabentuk, PMC atau kontraktor. Ini kata Samy pada 2003.

“Itu tuhan Allah punya kerja…” komen mendiang Tan Sri Lim Goh Tong apabila berlaku tanah runtuh di jalan susur ke Genting Highland berhampiran terowong di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Ini pun cerita lama tetapi ada lagi orang Melayu tidak mudah lupa.

Apkah ini cara menghasut rakyat supaya meletakkan semua kesalahan kepada Tuhan. Walau pun tengan mereka sendiri yang melakukan.

Allah berkata: “Tangan-tangan manusia yang membuat kerosakan di muka bumi.”

Sebaliknya mereka ni nak salahkan angin. Mungkin Tiong Lai masih cakapa berlapik tidak seperti S Samy Vellu salahkan tuhan.

Namun angin itu kerja tuhan. Jadi Tiong Lai ni nak marah kat sapa ni?

SHAH ALAM 11 JULAI : “Salahkan angin, polis tak tembak ke arah hospital.” Itu penjelasan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersabit bukti gambar dan video yang memaparkan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk mempertikaikan penjelasannya.

Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.

Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.

Seorang kakitangan yang mengendalikan pengurusan ambulans berkata polis menembak gas pemedih mata sebanyak tiga kali, Malaysiakini melaporkan Sabtu lalu.

Tambahnya tembakan meriam air tidak sampai ke bangunan utama hospital, tetapi terkena bangunan yang terletak dalam perkarangan hospital berkenaan.

Seorang lelaki berusia yang tidak mahu namanya disebut berkata polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata ka arah satu kumpulan yang berkumpul di depan hospital itu dan asrama kakitangan lelaki yang terletak di sebelah bangunan utama.

Anggota polis kemudiannya masuk ke dalam perkarangan dan mula membuat tangkapan, dan ada peserta perarakan itu yang lari ke arah bukit kecil bersebelahan Hospital Tung Sin bagi mengelak daripada di tangkap, katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital.

Bagaimanapun, Malaysiakini telah menerima banyak gambar daripada orang ramai yang menunjukkan polis menyembur air dan menembak gas pemedih mata ke dalam perkarangan hospital tersebut.

Kakitangan Tung Shin berkata penunjuk perasaan terperangkap apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menutup kedua-dua hujung jalan tersebut.

Katanya merea terpaksa lari masuk ke dalam kawasan hospital Tung Shin kerana mereka tidak dapat masuk ke tapak projek Plaza Rakyat yang terbengkalai yang terletak betul-betul bertentangan dengan hospital tersebut.

Read More...

Dilema Najib menghadapi protes rakyat

APAKAH Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sudah mula merasai penghujung pemerintahannya? Gelabah Najib makin ketara apabila beliau membuat kenyataan lintang pukang selepas kejayaan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Najib kata beliau sanggup menghadapi pilihan raya adil dan bersih. Pengakuan itu jika di spin ia membawa makna memang sah pilihan raya sebelum ini tidak adil dan bersih.

Sepatutnya sebagai kerajaan beliau patut memberitahu bahawa pilihan raya Malaysia adil dan bersih. Najib patut mempertahankan demokrasinya adil dan bersih tetapi kenyataannya itu memberi gambaran sebaliknya.

Presiden Umno itu berkata demikian dalam satu perhimpunan di Dewan Merdeka, PWTC, sehari selepas Himpunan Bersih 2.0 yang dihadiri 6,000 orang.

Najib juga berkata; “Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur.

“Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan,” katanya.

Kecelaruan Najib sebenarnya ketara sebelum 9 Julai lagi, apabila beliau mahu Himpunan Bersih 2.0 dibuat di stadium tetapi apabila Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ambiga Sreenivasan bersetuju mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, beliau pula menuduh bersih pertubuhan haram.

Bersih 2.0 merupakan satu kempen daripada lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan disokong oleh parti politik Pas, PKR, DAP, PSM serta parti di Sabah dan Sarawak. Barisan Nasional (BN) sama ada Umno atau sekutunya dalam BN tidak memberi respon kepada tuntutan pilihan raya bersih dan adil.

Bagaimana Najib boleh menuduh ia perhimpunan haram setelah diberi tawaran stadium kepada Bersih 2.0 akhirnya dirasakan boleh menggoyangkan kerajaannya, kononnya Kabenit membatalkan keputusan Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka.

Sama ada Najib setuju menerima lapan tuntutan Bersih 2.0 supaya berlaku pilihan raya adil dan bersih pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang, ia bukan perkara yang menguntungkan Najib.

Ini bermakna Najib tetap akan memilih jalan kedua iaitu meneruskan agendanya dan tidak melayan tuntutan Bersih 2.0 sebagai langkah penyelamat kerajaan.
Namun begitu jalan kedua beliau belum tentu selamat kerana kebangkitan rakyat sangat amat jelas yang perlu bagi Najib merenung apakah pemerintahannya diterima rakyat.
Najib perlu membuka kembali mindanya memerhatikan bagaimana rakyat di sekat di seluruh negara dan sekatan polis berlapis-lapis di ibu kota tetapi lebih 50 ribu boleh berhimpun di tengah kota.

Semangat tinggi yang ditunjukkan rakyat walaupun berjalan berpuluh kilometer bagi menyatakan kepada kerajaan bahawa mereka tetap mahu kepada pilihan raya adil dan bersih.

Read More...

Sunday, July 10, 2011

Satu terbunuh dalam demontrasi Bersih 2.0

Baharuddin Ahmad, 58 meninggal dunia di hospital Kuala Lumpur dikatakan pengsan semasa berdemontrasi aman di KLCC. Beliau dikatakan lemas dengan gas pemedih mata. (Gambar: Tiga anak Baharuddin merenjis air di puasara)

Terdapat sumber mengatakan pihak polis bertindak ganas keatas Baharuddin. Saksi yang melihat kejadian mengatakan pihak polis menyepak Baharuddin yang dalam keadaan tercungap akibat gas pemediah mata.

Sementara itu, maklumat lain memberitahu punca kematian Baharuddin kemungkinan asakan kuat ke dada beliau.

Bagaimanapun siasatan mesti dilakukan dan saksi perlu tampil mendedahkan kejadiana tesrebut.

Sementara itu: Abang kepada Baharuddin Ahmad, seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia semalam, mempersalahkan kematian mangsa adalah akibat sikap “kejam” pihak polis.

Kassim Ahmad, 72, memberitahu The Malaysian Insider bahawa Baharuddin mati kerana polis tidak memberikannya bantuan perubatan dengan segera sebaik sahaja Allahyarham pengsan akibat terkena air berasid dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan.

“(Mereka) ada meminta polis agar membantu menghantar dia ke hospital tetapi mereka enggan. Jadi mereka menunggu satu setengah jam sebelum sebuah van datang,” katanya.
“Ramai yang cuba menyelamatkan dia... jika dia diberikan bantuan oksigen, dia kemungkinan masih hidup hari ini,” kata Kassim.

Baharuddin dikebumikan di tanah perkuburan Lembah Keramat di sini pada pukul 12.55 tengah hari tadi bersama kemeja-T Bersih 2.0 yang Allahyarham pakai ketika perhimpunan semalam.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan pasukan polis tidak harus dipersalahkan atas kematian Baharuddin.

Sambil berkata kematian Baharuddin adalah disebabkan masalah kesihatan, Najib mempertahankan cara polis menangani perhimpunan semalam.

“(Kematian dia) bukan kerana perhimpunan. Ia disebabkan (masalah) kesihatan. Tiada kontak fizikal (polis) dengan penunjuk perasaan,” kata Najib kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Perdana anjuran Umno di sini.

Lewat malam tadi, PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani perhimpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai “ganas” sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian Baharuddin.

Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa berkata, Baharuddin meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasa Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Baharuddin, 58, seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia petang semalam.

Difahamkan suami kepada Ketua Wanita PKR cabang Setiawangsa Rosni Melan itu melarikan diri daripada terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata sebelum pengsan.

Read More...

Friday, July 8, 2011

Payah sangat! Bagi polis berdemo

SEMUA jalan masuk ke Kuala Lumpur di tutup. Hotel penuh dengan polis. Tak cukup dengan itu UM pun jadi tempat tidur polis. Kereta kebal pun ada. Macam la orang Bersih tu kebal.

Telefon pun diganggu. Yang busuk nama suami atau kawan. Ada ke patut diganggu telefon bagi tahu orang yang buat panggilan jangan telefon dia sibuk.

Dengan suara marah, garang. Orang yang buat panggilan pun terperanjat takut terus letak telefon. Orang yang buat panggilan itu pulak tuduh suami dia marah atau kawan dia marah.

Tak naya punya kes. Suami atau kawan dia tiba-tiba jadi mangsa kena kecam. Apa nama jahat puak ni. Buat kerja hendak melagakan orang.

Apa yang pastinya di Kuala Lumpur polis sudah tentu ramai. Jadi baik wartawan ambil gambar polis. Boleh spin sikit bagi gempak polis berdemo di KL tuntut naik gaji atau kata mereka; “Najib! turun gaji kau, bagi agih sikit dekat kita orang . Kita orang tak cukup makan kalau tak buat kerja sampingan dekat jalan raya.”

“Kami mahu bertaubat juga. Nak cari makan halal. Tak nak jadi darah daging. Takut nanti anak-anak belajar tak berkat. Besar nanti tak jadi rupa manusia.”

Read More...

Thursday, July 7, 2011

Agong selamatkan rakyat

AGONG membuat kenyataan berhubung perhimpunan Bersih 2.0 adalah kemungkinan sikap prihatin beliau tarhadap rakyatnya berikutan berlaku tangkapan sewenangnya tanpa mengikut peraturan dan undang-undang.

Maka bagi beliau perlu campurtangan bagi menyelamatkan rakyatnya daripada sikap rakus pemerintah.

Beliau tidak meggunakan kuasanya untuk membatalkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sebagaimana yang diharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sebaliknya mengarahkan kerajaan dan rakyat berbincang bagi mengwujudkan demokrasi adil.

Agong juga melihat kebimbangan ancaman nyawa rakyatnya apabila pemerintah terlalu gila kuasa sehingga sanggup membiarkan pembunuhan.

Ini kerana kebarangkalian yang timbul mungkin lebih dasyat daripada demontrasi sebelumnya apabila ada pihak yang cuba melakukan provokasi dalam perhimpunan itu apabila terdapat kehadiran Perkasa dan pemuda Umno.

Sementara Najib akan berlepas ke luar negeri pada 8 Julai. Ini mengingatkan rakyat bagaimana kelakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pembunuhan di Memali beliau berada di luar negeri.

Apakah Najib akan menggunakan pendekatan lebih keras daripada Mahathir dalam menangani para demontran? Kemungkinan itu memang lebih besar kerana Najib sedang menghadapi zaman kejatuhan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Rakyat juga masih ingat 'tragedi berdarah' di Batu Buruk Kuala Terengganu pada 8 September 2007. Polis dikatakan sengaja menembak Suwandi dan Azman dalam perhimpunan Bersih pada sebelah malam itu.

Read More...

Wednesday, July 6, 2011

Dok heboh stadium 8 tuntutan tenggelam

SAYA tidak pasti sama ada sesuai atau tidak ada perhimpunan dalam stadium. Pasal kita pernah buat perhimpunan protes dalam stadium di petaling jaya.

Lepas itu kita taubat dah tak nak buat lagi demontrasi dalam stadium. Pasal apa. Kita saja dok melalak orang tidak tahu.

Hajat dan tujuan kita tidak sampai kemana.

Kita nak berhimpun kerana nak sampaikan tujuan 8 perkara kita. Kita umumkan kepada dunia 8 tuntutan kita supaya dilaksanakan pemerintah.

Tetapi kalau dah pemerintah bagi tawaran buat perhimpunan itu di tempat sekian-sekian. Itu dah kira ikut kemahuan dia.

Kalau ikut kemahuan dia suka lah dia. Pasal makna protes itu sudah tidak wujud. Protes nak timbul gempar. Nak bagi tahu dunia bahawa kita sedang menuntut sesuatu.

Tapi kalau protes dalam rumah siapa yang nak ambil tahu. Nanti orang yang nak ambil tahu pula dituduh `dok jaga tepi kain orang ke’.

Dr Asri ni dia cerdik. Dia kata zaman nabi ada sahabat diganggu jiran lalu nabi suruh dia buat protes. Di suruh orang itu protes di luar rumah siap bawa barang sekali.

Orang lalu tanya dia kenapa? Dia jawab jiran aku mengutuk dan ganggu aku.

Keadaan ini menyebabkan timbul kemaluan kepada jiran dia. Maka jiran dia suruh dia henti protes dan tidak akan ganggu lagi.

Sirah dah ada kenapa tak ikut yang lebih berkesan. Kalau takat pakai baju kuning tiap minggu itupun pernah dibuat oleh pembangkang. Tetapi apa kesannya.

Apa yang penting bukan stadium kalau dah agong tak setuju dengan perhimpunan tetapi tentang tuntutan 8 perkara.

Bila kita dok sibuk dengan berhimpun di stadium sebaliknya isu tuntutan 8 perkara tenggelam.

Kita mahu desak kerajaan buat 8 perkara pun tenggelam. Najib senyum lagi. Akhirnya matlamat tak tercapai.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP