Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 28, 2011

Dato T & Anwar Conspiracy [Hitler version]



Read More...

Sunday, March 27, 2011

HANG MOKHTAR 02_AYOYO SAMY



Read More...

Lobang Korek - Hang Mokhtar



Read More...

Lobang Korek - Hang Mokhtar



Read More...

Wednesday, March 23, 2011

Kaki judi Islam berkurangan selepas judi di public

KUALA LUMPUR: Rosman Hashim, seorang pembaca Siasah memuji laporan muka depan keluaran lalu bertajuk Las Vegas di Shah Alam kerana berani membuat pendedahan permis perjudian di kawasan penempatan orang Melayu.

Bagi beliau Kementerian Kewangan tidak layak mengeluarkan lesen perjudian di kawasan majoriti orang Islam.

Sehubungan itu beliau mahu Jabatan Agama Islam (Jais) mengambil tindakan terhadap orang Islam yang pengunjung pusat perjudian tersebut.

Beliau mengambil contoh kasino dalam Kelab Golf di Shah Alam yang dikunjungi 90 peratus orang Islam.

“Ada tulisan tidak membenarkan orang Islam berjudi tetapi kebanyakan mereka yang berjudi adalah orang Islam. Patut Jais ambil tindakan kepada permis yang membenarkan orang Islam berjudi,” ujarnya.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada Siasah kerana menyiarkan laporan pusat perjudian itu. Ini kerana selepas Siasah menyiarkan berita tersebut didapati pengunjung Islam berkurangan di situ.

“Malah selibriti pun sudah tidak kelihatan di pusat judi Kelab Golf,” katanya.

Sebelum ini, Siasah mendedahkan kewujudan sebuah kelab eksklusif yang menjalankan aktiviti perjudian di samping maksiat di atas bukit berhampiran Stadium Melawati, Shah Alam Selangor.

Sementara Pengarah Penerangan kepada Menteri Besar Selangor, Dr Badrulamin Baharom ketika ditanya tentang kelab tersebut agak kurang bersedia untuk menjawab.

Menurut Baharom, buat masa sekarang beliau belum dapat apa-apa fakta dan maklumat tentang kelab tersebut.

Kata Ahli Majlis Pimpinan Pusar PKR itu, sekiranya segala bukti lengkap sudah diperolehi, beliau sendiri akan menyuruh pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya di sisi undang-undang terhadap kelab tersebut.

“Buat masa sekarang saya memohon maaf kerana masih belum cukup fakta dan bukti,” jelasnya

Read More...

Saturday, March 12, 2011

islamic song 1



Read More...

Thursday, March 10, 2011

Sami Yousf (Teacher)



Read More...

Wednesday, March 9, 2011

Engku Ibrahim terkenal bila muncul isytihar puasa dan raya

TAN Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mendapat Anugerah Maulidur Rasul saw pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1432 Hijrah atau 2011 Masihi.

Sumbangan itu disampaikan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada 15 Februari lalu bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah.

Engku Ibrahim menerima hadiah berupa wang tunai RM20,000, sijil dan plak serta hadiah iringan set Kitab Tafsir Fi-Zilalil Quran yang bernilai RM3,000.

Sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, beliau memberi sumbangan besar dalam pengurusan falak dalam negara.

Beliau juga bertanggungjawab atas kepentingan awam terutama kepada orang Islam yang mahu mengikuti perkembangan tarikh menentukan puasa dan dua hari raya secara rasmi.

Mungkin tempoh bertugas beliau panjang sehingga 22 tahun ia seolah menjadi populariti yang sinonim antara nama beliau Engku Ibrahim dengan jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja apabila muncul di televisyen.

Peminat beliau tidak mengenal usia daripada peringkat kanak-kanak sehingga kepada orang tua. Kemunculan beliau menjadi kemestian kerana tanpa kelibatnya di TV maka ibadah yang dinanti terasa macam tidak sah.

Ini sesuai sebagai Islam agama rasmi negara maka urusan berkaitan tertakluk di bawah majlis raja.

Peranan Sultan dan Yang Dipertuan Agong selaku ketua hal ehwal agama Islam menurut Perkara 3(2) yang pastinya mempunyai hak mutlak dari sudut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri.

Kuasa mutlak itu bukan sekadar harus diterjemahkan dalam urusan politik dan pentadbiran untuk kepentingan umat Islam, malah perlu diterjemahkan sama dalam soal ritual beragama yang perlu dilihat secara meluas dalam konteks urusan pentadbiran dan kemasyarakatan serta perundangan dalam kerajaan negeri dan Pusat.

Matlamatnya adalah untuk mengukuhkan akidah Islam sebagai way of life (ad-din).

Bersara

Bagaimanapun pada Jumaat, 7 Januari lalu, Engku Ibrahim secara rasmi bersara daripada jawatan tersebut.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan persaraan beliau, setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22tahun lepas.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, beliau juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari, 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987.

Engku Ibrahim lahir pada 5 April 1932 di Kampung Raja, Besut. Mendapat pendidikan agama dan belajar al-Quran dengan mualim di kampung. Kemudian masuk sekolah Melayu Kampung Raja.

Selepas itu beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Sultan Sulaiman Terengganu dan menyambung ke Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Beliau memulakan karier sebagai Pegawai Tadbir Negeri, Terengganu bermula tahun 1953 sehingga 1963.

Kemudian pada tahun 1964, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan menjawat jawatan Pegawai Perhubungan Negeri, Perak Darul Ridzuan.

Beliau selepas itu berpindah ke Alor Setar, Kedah dan kemudiannya di Sarawak.

Karier beliau sampai ke kemuncak pada tahun 1980 apabila dilantik sebagai Setiausaha Sulit Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Pada tahun 1989, beliau telah dilantik sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sehinggalah pada 7 Januari 2011.

Engku Ibrahim merupakan anak sulong daripada 11 adik beradik. Bapa beliau, Engku Ngah Tuan Dalam dianggap golongan bangsawan oleh masyarakat kampung dan merupakan Penghulu Mukim Kuala Besut dan Pengkalan Nangka.

Bagaimanapun Engku Ngah tidak sangat memandang darjat tersebut malah berkahwin dengan orang keturunan biasa iaitu Aminah Abdul Rahman.

Adik kepada Ibrahim iaitu Engku Taib, kemudian diikuti Engku Khadijah (Allahyarhamah), Engku Rahmah, Engku Abu Bakar, Engku Mustafa, Datuk Engku Zainal Abidin, Engku Mohd Ali, Engku Aishah, Engku Yusof dan Engku Ahmad Dahlan.

Adalah dianggarkan jumlah keseluruhan ahli keluarga besar Engku Ngah pada masa sekarang adalah seramai 270 orang termasuk anak, cucu, cicit dan cuit.

Bapa Engku Ibrahim meninggal pada pada tahun 1986 disusuli oleh isterinya Aminah pada tahun 2001.

Erra Fazira

Selebriti Erra Fazira dan suami, Engku Emran Datuk Zainal Abidin beserta anak sulung mereka Engku Aleesya adalah antara yang hadir memeriahkan majlis Himpunan Keluarga Engku Ngah tersebut yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud di Besut, pada 23 September lalu.

Engku Ibrahim menjadi penaung keluarga keturunan tersebut turut hadir pada perjumpaan yang julung kali diadakan itu.

Jurucakap program himpunan itu, Engku Abu Bakar Engku Ngah, 69, berkata keluarga Engku Ngah mempunyai 64 orang cucu, 141 orang cicit dan tiga orang cuit.

Engku Ibrahim berkahwin pada usia 24 tahun dan dikurniakan enam orang anak Engku Murad, Engku Lailani dan Engku Haliza.

Engku Abdul Rahman dan Engku Abdul Rahim merupakan anak kembar manakala yang bungsu Engku Ibrahim.

“Saya bubuh nama Ismail pasal anak Nabi Ibrahim nama Ismail,” katanya.

Menceritakan salsilah keluarga beliau berkata keluarganya berasal daripada keturunan al-Idrus dari tanah Arab.

“Engku ni bukan Tengku. Bukan keturunan raja tetapi keturunan Syed. Tetapi orang Terengganu banyak yang panggil Engku.

“Macam saya kat rumah ada yang panggil Syed tetapi di pejabat orang panggil Engku,” katanya.

“Bapak saya ada buat rumah di Kampung Besut tetapi anak bungsu saya tinggal di Putrajaya. Jadi sampai sekarang rumah tu tinggal kosong,” memulakan cerita mengenai kisah keluarga beliau.

“Saudara dari mana,” tanya beliau.

“Saya Kemaman. Ini kawan Fazrul Hasnor (jurufoto) dari Melaka dan Kasiran dari Johor,” balas saya.

Gaya Engku Ibrahim berbaju Melayu kemas ketika menjemput kami masuk ke rumahnya di Petaling Jaya. Mungkin ia penghormatan kepada kami atau sekurangnya dapat kami melihat bagaimana protokol raja-raja.

Rupanya memang betul apabila beliau menceritakan berpakaian dengan kelengkapan bintang kebesaran amat sukar untuk dilakukan seorang diri.

“Kena ada pembantu. Sebab itu saya terpaksa kahwin apabila isteri saya pertama meninggal. Kahwin kerana hendak mengharapkan bantuan seseorang mengenakan pakaian kepada kita,” katanya.

Selepas berbual, beliau menjemput kami minum sambil menyambung perbualan. Suasana tempat makan beliau agak santai dan terbuka. Sesuai untuk ketenangan dan kedamaian serta menghirup udara segar.

Beliau juga sempat mendedahkan; “Dalam kehidupan yang amat perit ialah apabila selesai majlis santapan, raja masih ingin berbual dengan kita.

“Kita terpaksa tunggu kerana hormati majlis dan protocol di raja. Malah perbualan itu sampai pukul 2 hingga 3 pagi. Ia memang cukup menyeksakan,” ceritanya sambil ketawa.

Namun dalam pertemuan satu jam itu banyak perkara yang beliau sembunyikan terutama yang berkaitan dengan peribadi raja-raja.

Beliau juga tidak berminat untuk berbincang politik bila soalan itu diajukan. Walaupun begitu beliau sebenarnya orang yang lemah lembut dan mudah mesra walaupun kali pertama bertemu dengan beliau. Dan rasa tidak cukup untuk satu jam bersama dengan beliau.

Read More...

SAMI YUSUF LA ILAHA ILLALLAH



Read More...

Monday, March 7, 2011

Munajat (Orison) With Lyrics & Translation - Sami Yusuf



Read More...

Sunday, March 6, 2011

Islamic Song- Ya Rasool Allah (arabic)



Read More...

Saturday, March 5, 2011

Arabic Song Best Islamic Naats Nerw Uploaded Videos



Read More...

Friday, March 4, 2011

Jangan bayar saman ekor

Biar penuh satu mahkamah kena saman polis. Kita pun tolong loyar... kaya loyar. Tentu loyar pun setuju kalau semua rakyat Malaysia tidak bayar saman. Selagi kita bodoh selagi itu kerajaan buli kita.

Kerajaan pinpinan Najib sekarang sedang mencari cebisan wang. Lebih kurang pengemis juga la tu. Untuk belanja pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Tiada wang umno tidak akan bleh memerintah Malaysia. Itu yang Najib kata Islam apa kalau misin papa kedana. Tetapi kaya dia merompak wang rakyat.

Islam apa kalau kaya merompak wang rakyat. Ini kita bagi pulang sama Najib. Miskin baik tak apa jangan kaya jahat merompak wang rakyat.

Memang zaman Islam dahulu pemerintah Islam miskin tetapi rakyat dia kaya. Pemerintah Islam tidak kaut wang untuk isteri, anak dan keluarga mereka.

Keluarga mereka kena pandai cara harta sendiri. Bukan ambil kesempatan diatas pemerintahan laki dan bapa dia.

Pemerintah Islam dahulu memang rakyat didahulukan macam la sekarang ni bawah Najib rakyat didahulukan tetapi lepas dia sapu dahulu.

Apa yang penting jangan bayar saman. Kalau JPJ blacklist saman sahaja JPJ. Dia penguatkuasa bukan penghukum. Penghukum ialah mahkamah.... Hakim.

Penguatkuasa tidak boleh menghukum. Bila dia blacklist itu dia telah menghukum pengguna. Kita lawan dia

Read More...

sami yusuf - Muhammad



Read More...

Sami Yusuf - Asma Allah



Read More...

Thursday, March 3, 2011

Sami Yusuf - No Word Is Worthy New Album 2010 Wherever You Are with lyrics



Read More...

Sami Yusuf - You Came To Me



Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP