Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 31, 2010

Ribuan demonstrasi Turki serbu Konsulat Israel di Istanbul

Ribuan demonstrasi berkumpul di luar Kedutaan Israel di Turki menuntut pembuangan duta besar Israel. Demonstrasi ini sebagai tanggapan atas aksi tentera Israel yang menyerang armada kapal kemanusiaan Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan lebih daripada 50 orang lain.

Banyak mangsa menjadi korban akibat serangan membabi buta Israel tersebut termasuk antaranya adalah warga Turki.

Para demonstrasi di Istanbul Turki saling tolak menolak dengan polis yang menjaga di depan konsulat Israel itu, para demonstrasi meneriakkan kata-kata "Damn Israel!."

Demonstrasi besar itu selain disebabkan oleh serangan tentera Israel terhadap armada kebebasan juga kerana adanya seruan panggilan dari telefon dan Twitter yang mengajak warga Turki tunjuk perasaan berikutan persitiwa itu.

Demonstrasi dilaporkan juga terjadi di konsulat Israel lain di seluruh Eropah, namun sejauh ini demonstrasi di Istanbul adalah yang terbesar.

Para penunjuk perasaan menyebut serangan Israel terhadap aktivis tidak bersenjata sebagai satu tindakan rampasan kerana serangan itu berlaku di perairan antarabangsa. (Fq / imemc)

Read More...

Senario "Operation Sky Wind" Israel untuk gagalkan bantuan ke Gaza

Israel benar-benar melancarkan serangannya ke kapal pembawa bantuan untuk rakyat Gaza "Freedom Flotilla." Israel memang sudah jauh menyiapkan serangan itu, yang diberi kod "Operation Sky Wind" dengan target menyerang dan menculik para aktivis kemanusiaan dalam rombongan kapal "Freedom Flotilla."

Sumber di Israel mengatakan, Tentera Laut menyasarkan pengambialihan "Freedom Flotilla" dengan cara paksa sebelum misi bantuan itu mencapai pantai Gaza dan "Operation Sky Wind" akan dilakukan empat tahap.

Tahap pertama, Tentera Laut Israel akan menyampaikan amaran agar kapal misi bantuan itu tidak mendekat ke "garis merah". Jika kapal tetap dekat, maka dianggap telah melakukan "melanggar undang-undang" Israel.

Tahap kedua, pasukan Israel masuk secara paksa ke kapal misi bantuan ke Gaza dan mengambil alih kapal itu. Jika awak kapal itu tidak mematuhi perintah, pasukan Tentera Laut Israel akan melakukan serangan dan menguasai konvoi kapal yang terdiri daripada lapan kapal yang membawa sekitar 800 aktivis kemanusiaan.

Kemudian kapal itu akan dibawa ke pelabuhan Ashdood dan para aktivisnya akan ditawan dalam sebuah kemah besar yang sudah disiapkan khusus untuk operasi itu.

Tahap ketiga, tentera dan polis Zionis akan memaksa para aktivis untuk menandatangani kenyataan bahawa mereka bersedia dideportasi ke negara asal mereka masing-masing. Setelah itu, Israel akan mengusir para aktivis tersebut dengan penerbangan udara melalui lapangan terbang Ben Gurion.

Tahap keempat, para aktivis yang menolak menandatangani kenyataan deportasi, akan ditahan, diperiksa kesihatannya dan akan diserahkan kepada Briged Nahshon, pasukan yang berada dibawah komando Lembaga Pemasyarakatan Israel. Setelah itu, para aktivis yang dianggap membangkang akan dihantar ke penjara Israel di Be'er Sheva dan penjara lain sehingga mereka menjalani proses undang-undang dan dideportasi seluruhnya.

600 aktivis kemanusiaan yang menumpangi lapan kapal yang membawa bantuan untuk warga Gaza menegaskan, mereka sudah bertekad bulat untuk menembusi kepungan Israel di Gaza, tidak peduli dengan ancaman yang dilontarkan rejim Zionis Israel.

Dan hari ini, pasukan Israel menyerang konvoi kapal bantuan antarabangsa itu, ketika masih berada di wilayah perairan antarabangsa atau sekitar lebih dari 150 kilometer pantai Gaza. Dengan brutal tentera Zionis menyerang ke dalam kapal dan menembak para aktivis. Maklumat terkini menyebut, 20 aktivis tewas akibat serangan itu dan 30 orang lainnya cedera. (Ln / imemc / prtv)

Read More...

Kematian meningkat 20 orang akibat serangan Israel terhadap armada kebebasan

Jumlah kematian daripada tindakan keji tentera angkatan laut Israel terhadap konvoi bantuan Gaza telah meningkat menjadi 20 orang, sementara itu Israel dengan berhati-hati mensensor laporan mengenai mangsa serangan tentera mereka tersebut.

Armada kebebasan yang akan menuju Gaza, mendapat serangan pada Isnin pagi ini (31 Mei) oleh pasukan komando tentera laut Israel di perairan antarabangsa sekitar 150 km (90 batu) dari laut pantai Gaza.

Enam armada kapal bantuan diserbu oleh pasukan tentera Israel dari helikopter.

Sekurangnya 20 orang terbunuh dalam rampasan terhadap konvoi bantuan Gaza, koresponden Press TV melaporkan, mengatakan bahawa lebih daripada 50 orang cedera dalam serangan itu.

Berita itu terdedah melalui sensor tentera Israel yang telah berusaha untuk menyekat pelaporan maklumat mengenai mangsa jiwa.

Sebuah laporan di radio mengatakan sensor itu ditujukan untuk menutup jumlah korban yang dibawa ke rumah sakit Israel untuk rawatan.

Sementara itu, Menteri Perdagangan dan Industri Israel Binyamin Ben-Eliezer menyatakan 'penyesalannya' atas kematian aktivis di kapal bantuan ke Gaza.

"Gambaran ini pasti tidak menyenangkan. Saya hanya boleh menyesal atas jatuhnya mangsa jiwa," katanya kepada Radio Tentera Israel.

Komen ini datang sebagai pengakuan rasmi pertama oleh Tel Aviv bahawa serangan itu telah berubah fatal.

Israel pada awalnya menolak untuk mengomentari laporan korban dari pengambilalihan kapal bantuan yang menuju ke Gaza.

Laporan terkini menyebut Syaikh Raid Shalah salah seorang pimpinan gerakan Islam di wilayah pendudukan 1948, ikut menjadi mangsa tercedera akibat serangan keji tentera Israel. (Fq / prtv)

Read More...

16 Syahid, Turki panggil Duta Israel

Turki telah memanggil Duta Besar Israel untuk negara tersebut menyusul adanya serangan mematikan yang dilakukan oleh angkatan laut Israel terhadap konvoi armada kebebasan kapal Turki Mavi Marmara yang menaja bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Utusan Israel di Istanbul Gabby Levy dipanggil oleh Kementerian luar negeri Turki pada hari Isnin ini (31 Mei) setelah pasukan Israel menyerang sebuah kapal bantuan Turki.

"Kami akan menyampaikan reaksi kami atas serangan ini," dilapor AFP dari kenyataan seorang diplomat Turki mengatakan pada keadaan anonimiti.

Konvoi bantuan yang diadakan bersama oleh Yayasan bantuan kemanusiaan Turki (ihh) tersekat dan disekat di perairan antarabangsa, sekitar 150 km (90 batu) dari laut pantai Gaza.

Setidaknya 16 orang dilaporkan telah syahid dalam serangan itu dan lebih dari 50 lainnya cedera. Mangsa mati kemungkinan akan semakin bertambah. Tentera Israel juga menahan para aktivis pro-Palestin di kapal armada Kebebasan.

Sebanyak 10.000 tan persediaan bahan bantuan dan disertai dengan beratus ahli politik, aktivis serta wartawan, misi bantuan ke Gaza bertujuan untuk memecah pengepungan Israel terhadap Gaza, di mana 1.500.000 orang Palestin menderita menghadapi krisis kemanusiaan.

Salah satu delegasi dari Indonesia yang ikut dalam rombongan armada kebebasan adalah ustaz Ferry Nur yang merupakan salah seorang dewan redaksi Eramuslim.com. (Fq / prtv)

Read More...

Tiga syahid dan kapal Mavi Marmara dikuasai Israel

Live streaming yang dilakukan oleh organisasi kemanusiaan Turki ihh Insani Yardim Vakfi dari kapal Mavi Marmara sudah terputus.

Turki sendiri langsung mengelar rapat darurat membahas serangan Zionis Israel terhadap kapal Mavi Marmara dan demo besar-besaran akan berlangsung di depan kedutaan Israel di Turki memprotes tindakan keji tentera Israel terhadap para aktivis Pro Palestin.

Maklumat terkini dilaporkan bahawa 3 orang telah syahid dan sekitar 50 orang mengalami kecederaan akibat serangan tentera Israel di kapal Mavi Marmara. Penyerangan tersebut terjadi sekitar 65 km dari pantai Gaza.

Kapal Mavi Marmara sendiri telah dikuasai dan dibawa oleh tentera Israel ke tempat yang belum diketahui. (Fq / shbtalaqsha)

Read More...

Tentera Israel geledah kapal Mavi Marmara dan menembak para aktivis

Setelah menembak konvoi armada kapal Freedom Flotilla, tentera Israel mengikut info dari twitter Sahabat al-Aqsa melaporkan bahawa tentera Israel telah masuk ke armada kapal Mavi Marmara yang mengangkut bantuan dan relawan kemanusiaan pro-Palestin.

Belum ada laporan apakah ada aktivis pro-Palestin yang ditangkap ataupun ditahan oleh Israel. Hanya dalam twitternya, Sahabat al-Aqsa menulis: ISRAEL MASUK KAPAL!! Kami tidak akan menyerahkan satu orang pun! Allahu Akbar !!!!!!!!!.

Namun info terkini yang dipublis di Twitter Sahabat al-Aqsa dilaporkan tentera Israel mula menculik satu persatu aktivis pro-Palestin yang ada di dalam kapal. Tidak hanya itu, tentera Israel juga menembak gas pemedih mata ke dalam kapal Mavi Marmara sedangkan dalam kapal itu juga terdapat anak yang masih berumur 1 tahun dan 8 tahun.

Kejadian penembakan terhadap kapal Mavi Marmara berlaku pada pukul 4.30 pagi waktu tempatan, di mana askar Israel turun dari helikopter ke dek kapal Mavi Marmara dan lagsung menembak warga awam yang tidak bersenjata disana.

Sampai saat ini rombongan aktivis Indonesia yang berada di salah satu kapal armada kebebasan belum boleh kenalan dengan 12 orang WNI yang ada di kapal lain, kerana kapal dikuasai oleh tentera Israel.

Halaman Sahabat al-Aqsa sendiri setelah memberitakan tentang penembakan terhadap armada kebebasan dan melaporkan dua orang telah syahid, beberapa saat yang lalu terus mati dan mengikut info halaman tersebut di hack oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. (Fq / shbtalaqsha)

Read More...

Israel gila, armada kebebasan ditembak

Kekejian regim Zionis Israel kembali berlanjut. Ancaman tentera Israel yang akan menyerang armada kapal Freedom Flotilla ternyata benar-benar dibuktikan oleh Israel.

Setelah konvoi Freedom Flotilla menunaikan solat Subuh, komunikasi satelit yang ada di kapal sempat terputus selama satu jam dan selepas kembali ke udara, diberitahu dari live streaming ihh bahawa 2 orang telah meninggal dan hampir 30 orang terluka kerana serangan helikopter dari Israel.

Belum ada keterangan mengenai siapa mangsa yang meninggal dan terluka tersebut.

Serangan yang dilakukan Israel itu ketika kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan antarabangsa. Berikut adalah sebuah ucapan yang terdengar dari live streaming kapal Mavi Marmari:

"We have critically injured people here, we need help. Do not fire on us, We are civilians " ("Di sini ada orang-orang yang tercedera kritikal, kita memerlukan bantuan. Jangan menembak kami. Kami orang awam"). (Fq / sahabatalaqsha)

Read More...

Sunday, May 30, 2010

Demi Gaza, warga AS rela lepas kewarganegaraan

Orang Islam dan masyarakat dunia lain begitu teruja mahu jadi warganegara Amerika Syarikat kerana mahu keuntungan harta dunia dan sebuah keegoaan negara itu.

Sebaliknya lain bagi Ken O'Keefe, orang Amerika. Demi Gaza seorang warga Amerika itu yang turut serta dalam konvoi kapal bantuan ke Jalur Gaza, melepaskan kewarganegaraannya dalam rangka memprotes politik imperialisme Amerika Syarikat dan penjajahan Rejim Zionis Isarel.

Akhbar Turki Yeni Safak melaporkan, Ken O'Keefe seorang warga Amerika yang bergabung dalam konvoi kapal bantuan untuk Gaza yang bergerak dari Ireland, telah menyatakan melepaskan kewarganegarannya sebagai protes terhadap Amerika dan Israel.

Dalam menjelaskan aksinya ini, O'Keefe berpendapat bahawa Amerika Syarikat merupakan punca daripada semua perang dan pendudukan di seluruh dunia. Oleh kerana itu ia melakukan aksi protes menentang dasar Amerika dengan melepaskan status kewarganegarannya.

Sementara itu pada bahagian yang lain pula, Matteus seorang warga Eropah dengan suka rela menyewa sebuah kapal dari Sweden dan bergabung dengan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ia menyebut Eropah munafik dan kerana itu dirinya merasa malu menyandang status sebagai warga Eropah. (Fq / IRIB)

Read More...

Insya Allah, hari ini armada pemusnah blokade tiba di Gaza

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah, berkata bahawa ketibaan kapal pengangkut bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza sama halnya dengan kemusnahan tindakan kepungan Israel terhadap kawasan itu.

Rejim Zionis Israel telah menyekat Semenanjung Gaza sejak tahun 2007. Israel melarang kemasukan bahan makanan, ubatan dan keperluan asas lain ke wilayah tersebut. Dan sejak, Gaza telah berubah menjadi sebuah penjara besar.

Menurut laporan pejabat berita Isna, pada hari Sabtu (29 Mei), Haniyah telah berada di pelabuhan Gaza untuk menyambut kedatangan konvoi kapal pengangkut bantuan Freedom Flotilla (Armada Kebebasan).

Dalam kesempatan tersebut, Haniyah menyatakan, "Kedatangan konvoi kapal pengangkut bantuan ke Gaza menunjukkan bahawa tindakan kepungan yang dilakukan Zionis Israel secara zalim, akan hancur."

Haniyah juga meminta komuniti antarabangsa dan negara pendukung kemerdekaan supaya melindungi konvoi kapal pengangkut bantuan ini hingga tiba di Gaza, meskipun terdapat intimidasi dari Zionis Israel.

Menurut rencana, konvoi kapal pengangkut bantuan ke Gaza yang bertajuk The Freedom Flotilla akan tiba di Gaza, hari ini (Ahad, 30 Mei). (Fq / IRIB)

Read More...

Kapal perang Israel bersedia halau armada kebebasan

Israel menyatakan bahawa Tentera Laut mereka akan dikerahkan untuk menahan konvoi bantuan sebanyak sembilan kapal daripada armada kebebasan yang akan masuk ke Semenanjung Gaza melalui laut.

Beberapa kapal perang Israel telah dikerahkan pada hari Sabtu terakhir semalam (29 Mei) untuk menghadapi armada kebebasan, yang berangkat dari pantai Cyprus menuju pantai Gaza, lapor akhbar The Hindu.

Koresponden Press TV Ashraf Shannon juga mengatakan bahawa ada kehadiran kapal tempur bersenjata lengkap Israel di kawasan pantai Gaza.

Penyelenggara aksi armada kebebasan, berkata pada hari Sabtu bahawa sekurang-kurangnya dua daripada kapal armada kebebasan sistem hidroliknya rosak "dalam situasi yang mencurigakan," lapor German Press Agency (DPA).

Di bawah tekanan dari Tel Aviv, pegawai Cyprus menolak untuk membolehkan kapal rosak itu ke dermaga untuk pembaikan. Dua puluh lima ahli politik antarabangsa, aktivis dan seniman juga dilarang menyertai kumpulan itu pada hari Jumaat lalu.

Penulis buku terlaris Sweden, Hanning Mankell, dilarang bergabung dengan armada di Cyprus dan ia berkata: "menyekat kebebasan kami bergerak hanya akan menyumbang lebih menarik perhatian dunia terhadap gerakan kami dan pusat Gaza."

Menurut laporan DPA, armada akan memutuskan apakah akan belayar pada hari Sabtu atau hari Ahad ini.

Israel telah mengancam menangkap atau mengusir para aktivis dan ahli politik yang ada di dalam kapal yang akan menuju ke Gaza. (Fq / prtv)

Read More...

Thursday, May 27, 2010

Khomeini: Masyarakat kita lebih baik daripada masyarakat Nabi Muhammad

Bekas Menteri Luar Negeri Iran, Ali Akbar Velayati yang juga pernah menjadi penasihat senior bagi Presiden Iran, Ali Khamenei baru-baru ini mengungkapkan kenyataan yang cukup kontroversi.

Dalam sebuah program televisyen, Ali Akbar Velayati mengatakan bahawa pada masa hidupnya sewaktu memperingati perayaan pemulihan kota Khorramshahr (Muhammarah) dari pasukan Iraq, Ayatullah Khomeini yang sering digelar Imam dan Ruhullah oleh para pengikut Syiah memuji pembebasan kota tersebut dari pasukan Saddam Hussain dan mengatakan: "Tidak ada yang lebih baik daripada masyarakat kita, bahkan masyarakat (sahabat) Nabi Muhammad saw."

Velayati memberitahu bahawa Ayatullah Khomeini mengatakan bahawa dirinya memiliki perasaan cinta yang khusus terhadap masyarakat dan bangsa Iran dan menegaskan bahawa tidak ada yang lebih baik daripada masyarakat kita (Iran) bahkan masyarakat di zaman Rasulullah saw yang ada di jantung Islam (Mekah dan Madinah).(fq/imo)

Read More...

Indonesia Ingin Jadi Pusat Halal Dunia

Tidak mau kalah langkah dengan negeri tetangga, Malaysia, yang mengklaim sebagai The World Halal Destination, Indonesia dalam Indonesia International Halal Business and Food Expo (IHBF) 2010 akan menunjukkan bahwa Indonesia layak menjadi The World Halal Centre.

IHBF 2010 akan diselenggarakan di Jakarta Convention Centre pada 23—25 Juli 2010. Ajang yang sedianya akan diikuti oleh 500 stand dari beragam bidang bisnis dan makanan ini akan menjadi ajang edukasi dan promosi produk dan bisnis halal yang layak dikunjungi. Selama ini, Indonesia masih kalah bersaing dengan Malaysia dalam memasarkan produk halal. Lihat saja, Malaysia telah membuka pusat makanan halal Malaysia di China dan bahkan mempunyai Halmart Inc Sdn Berhad yang telah hadir di Perancis dan Inggris sejak 2007 dengan target 300 outlet di seluruh dunia. Tak heran, jika kita iseng berjalan-jalan ke negeri jiran itu, ada billboard besar yang terpampang bertuliskan: “Malaysia, The World Halal Destination.”

Lukmanul Hakim, Eksekutif Direktur LPPOM MUI, mengatakan, Malaysia sudah mengklaim sebagai pusat halal yang orientasinya kepada perdagangan, sementara Indonesia dapat menjadi rujukan dari halal tersebut, baik sistemnya, sertifikasinya, dll.

“Malaysia lebih orientasi kepada perdagangan, beda, kita kepada rujukannya. Referensinya. Harapannya, rujukan ini juga akan mendorong perdagangan,” ujar Lukmanul Hakim pada Soft Launching & Press Conference IHBF Expo 2010 di Gedung MUI, Jalan Proklamasi, Jakarta, Selasa (18/5).

Lukmanul juga menambahkan, event IHBF ini harus dimanfaatkan oleh pengusaha sebagai ajang promosi bisnis dan produk halal mereka.

Menurut situs www.islamicfinance.com, penduduk muslim dunia sudah mencapai lebih dari 1,5 milyar (bahkan Presiden AS, Barack Obama, mengatakan jumlahnya 1,8 milyar) dan tingkat perdagangan produk halal dunia sudah di atas US$ 641 milyar per tahun. Negara-negara di Amerika dan Eropa bahkan sudah menyediakan counter khusus di berbagai supermarket yang menyediakan muslim food.

Merespon tuntutan dunia yang menghendaki produk yang higienis dan terjamin mutunya, dan tentunya halal, pelaku bisnis pun mengakomodasi hal tersebut di antaranya dengan mensertifikasi produk mereka melalui LPPOM MUI. Setelah mendapat sertifikasi, produsen tidak sembarang dapat memperpanjang label sertifikasinya karena LPPOM MUI mempunyai sistem jaminan halal yang ketat. Sistem ini digadang-gadang juga dapat menjadi rujukan bagi sistem jaminan halal dunia yang akan diterapkan di seluruh dunia.

Ajang IHBF 2010 bertema “New Paradigm of Int'l Halal Business & Food” ini akan diramaikan oleh para pelaku bisnis dari industri travel, perbankan syariah, asuransi syariah, busana, hotel dan restoran, maskapai penerbangan, hypermarket, perusahaan telekomunikasi, obat-obatan, kosmetik dan perawatan tubuh, dll. Acara ini juga didukung oleh Kementerian Agama dan Kementerian Pariwisata. Selain Indonesia, sudah ada 13 negara yang terdaftar sebagai peserta, di antaranya Amerika, Australia, New Zealand, Polandia, Mesir, Turki, Brunei, Thailand, Malaysia, dan China.

Jadi, Anda yang ingin memastikan apakah produk makanan yang Anda konsumsi halal atau tidak, datang saja ke “The 1st International Halal Business & Food Expo” di JCC, 23—25 Juli 2010. Acara ini diselenggarakan oleh LPPOM MUI, jadi, semua perusahaan yang ikut serta dalam ajang ini sudah tentu telah tersertifikasi halal.

Read More...

Saturday, May 8, 2010

Sejak bila polis pandai tangkap orang khalwat

Hebat sungguh polis Selangor sejak akhir ini, sampai kes khalwat pun dia mahu tangkap tidak payah ada pegawai penguatkuasa pencegah maksiat.

Semasa PAS perintah Terengganu 1999 hingga 2004, PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam tetapi pihak polis tidak mahu kerjasama sebagai penguatkuasa menangkap orang bersalah dan melanggar undang-undang Islam.

Akhirnya PAS hanya sekadar berjaya mewartakan Islam di negeri itu tetapi pada perlaksanaannya gagal kerana pihak polis enggan beri kerjasama.

Sebaliknya polis Selangor amat baik. Habis dia borong semua mahu tangkap, tidak kira kesalahan itu dibawa bidang kuasa agama.

Berikut laporan Malaysiakini berkaitan:

Suami isteri saman polis, kerajaan RM4.75 juta
7 Mei,

Seorang lagi mangsa yang mendakwa ditembak oleh polis, Siti Nasrinda Tumirin, hari ini tampil membuat pendedahan yang dia ditembak di Klang pada Ogos tahun lalu.

Siti Nusrinda (kanan, bertudung), 23 dan suaminya, Mohd Fauzi Mohd Daud (kanan, berbaju hijau), 26, serta bapa mertuanya, Mohd Daud Ab Hamid, 51, memfailkan saman bernilai RM4.75 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam, terhadap dua anggota polis dan empat yang lain selepas mendakwa mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi dan membuta tuli ke arah mereka, tahun lalu.

Saman itu dibuat melalui Tetuan M Manoharan & Co, menamakan Konstabel Razlan Mohd Khairi dan Koperal Abdul Wahab Ishak, sebagai defendan pertama dan kedua, manakala Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Kerajaan Malaysia, sebagai defendan ketiga, keempat, kelima dan keenam, dalam writ saman itu.

Mereka turut menuntut suatu deklarasi terhadap defendan kerana melanggar Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan, satu deklarasi bahawa defendan gagal, enggan, cuai dan abai untuk mematuhi Seksyen 20, 21 dan 24 Akta Polis 1967, satu deklarasi bahawa defendan pertama dan kedua melakukan kesalahan cubaan membunuh, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada kejadian itu, Siti Nusrinda mendakwa cedera di bahgian pinggang manakalasebutir lagi peluru mengenai tudungnya.
Selain itu, Siti Nusrinda juga menuntut agar anggota polis yang menembaknya dan Mohd Daud yang merupakan tunangnya ketika itu, menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun.

Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran kepada anggota polis berkenaan supaya tidak lagi mengulangi kesilapan mereka.

Saman itu difailkan oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.

Pada kejadian 19 Ogos itu, Siti Nusrinda dan Mohd Fauzi mendakwa sedang berbual di kereta mereka yang diletakkan di sebatang jalan di Klang Utama pada jam 8.30 malam.

Sebuah kereta peronda kemudiannya menghampiri mereka sambil menyalakan lampu beberapa kali. Pasangan itu mendakwa mereka ketakutan dan terus memecut.

Pihak polis dilaporkan terus mengejar dan tanpa amaran terus melepaskan beberapa tembakan.

Sebutir peluru menembusi kerusi penumpang dan mencederakan Siti Nusrinda di bahagian pinggangnya.

Mohd Fauzi yang memandu kereta itu kemudiannya memberhentikan kenderaan itu dan diberitahu mereka disiasat kerana memecut, berkhalwat dan menghalang tugas polis.

Mereka mendakwa, kedua-dua anggota polis keluar dari kereta peronda dan terus mengacukan pistol mereka ke arah mereka.

Sehubungan itu, sebagai plaintif, mereka memplidkan kedua-dua defendan pertama dan kedua cuai dan gagal dalam menjalankan tugas mereka sebagai anggota polis yang bertanggungjawab selain mereka tidak mengendahkan langsung kepentingan nyawa plaintif dan orang awam.

Read More...

Thursday, May 6, 2010

Malaysia ada peraturan bukan negara polis

Sebagai sebuah negara tidak mengamalkan hukum rimba setiap penjenayah sekalipun mesti melalui prosedur undang-undang sebelum dijatuhkan hukuman.

Hukuman pula mesti diputuskan oleh hakim bukan pihak penguatkuasa atau keselamatan. Jika penguatkuasa menjatuhkan hukuman sendiri maka akan berlaku kes kematian seumpama Amirulrasyid Amzah, 15, akibat ditembak polis pada awal pagi Isnin, 26 April lalu, di Seksyen 11, Shah Alam.

Rakyat Terengganu khasnya masih belum lupa bagaimana senjata diguna sewenangnya dalam pengalaman ngeri yang dihadapi oleh Suwandi Abdul Ghani, 37 dan Muhammad Azman Aziz, 21, ketika ditembak polis dengan peluru hidup dalam jarak dekat oleh seorang anggota polis sewaktu menyuraikan satu perhimpunan aman di Batu Buruk pada 8 September 2007.

Malah di Malaysia pun sudah tidak asing lagi menahan orang tanpa bicara dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ia menyekat hak setiap insan untuk hidup dan kebebasan serta tidak boleh diganggu hak hidupnya dengan cara apa sekalipun.

Tindakan pihak keselamatan menembak rakyat tanpa usul periksa dan terburu-buru merupakan manifestasi daripada ISA dan akta lain yang zalim diamalkan di negara ini.

Ibu kepada Amirulrasyid, Norsiah Mohamad, 60, ketika menerima kunjungan simpati Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, pada 28 April, di rumah beliau sempat mengingatkan kedua tokoh DAP itu supaya tidak mempolitikkan kes anak beliau itu.

Namun perlu dingat kepada ibu Amirul bahawa jika tidak ada peranan orang politik isu tersebut tidak hangat dan tersebar oleh media sebagaimana sepinya kes mangsa seperti yang dialami oleh Shahril Azlan Ahmad Kamil, 25, yang terkena tembakan rambang seorang anggota polis pada 16 April 2009.

Beliau terpaksa berjuang keseorangan untuk menuntut keadilan disamping ada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu.

Norizan Salleh, 30, juga pernah menjadi mangsa tembakan tanpa sebab oleh seorang anggota polis sebanyak lima kali di bahagian dada dan tangan dalam satu peristiwa pada 30 Oktober 2009 sehingga hampir meragut nyawanya.

Norizan parah dan terlantar dua minggu dihospital, tiada yang tolong sehingga beliau menemui NGO dan aktivis parti politik dan membawa beliau menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein tetapi menteri itu sering mengelak.

Norizan tidak putus asa dan terpaksa naik turun Parlimen, Putrajaya dan Bukit Aman dalam usaha beliau mendapat keadilan: "Saya datang hari ini untuk mengetahui kenapa saya ditembak pada malam tersebut."

"Sebab sampai sekarang saya tidak tahu sebabnya, dan saya sangat terkejut dengan peristiwa itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, 1 April lalu.

Peguam Norizan, N Surendran menemani beliau mempertikai tindakan polis melepaskan tembakan itu tanpa sebarang alasan yang jelas.

"Mengikut undang-undang Malaysia dan antarabangsa, polis tidak ada hak menembak sesiapa tanpa sebab kecuali kepada individu yang dikesan mengancam keselamatan pihak polis," tegasnya.

Begitu teruk pengalaman mereka yang ditembak polis mahu mendapat keadilan kerana setengah masyarakat memandang serong dengan tanggapan kononnya penjenayah.

Namun Norsiah dikira beruntung kerana ada pemimpin tertinggi dan kanan parti politik PAS, PKR dan DAP turun ke rumah beliau mendengar khabar dan melahirkan simpati.

Sekiranya kes Amirulrasyid tidak dijadikan isu politik, maka mudah bagi Hishamuddin dan pihak polis menutup kes tersebut tetapi akibat tekanan politik sekurangnya kerajaan terpaksa menubuhkan Inkues seumpama kes Teoh Beng Hock atau Suruhanjaya Diraja.

Sementara jiran Norsiah pula menyifatkan ia masalah masyarakat terutama soal remaja masa kini dan tiada kaitan politik.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata politik tidak boleh diasingkan dalam hal agama. Ini sama juga politik tidak boleh dipisahkan dalam soal masyarakat kerana peranan politik menentukan keamanan society.

Norsiah dikatakan ahli jawatankuasa wanita Umno Bahagian Shah Alam akan bertambah beruntung kalau mendapat pembelaan dibawah undang-undang jenayah qisas dalam Islam.

Firman Allah SWT; "Dan dalam qisas ada jaminan kelapangan hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertaqwa." (Surah al-Baqarah, ayat 179)

"Dan kami telah menetapkan kepada mereka dalam (Taurat) bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka pun ada pembalasannya." (Surah al-Maidah, ayat 45).

Dalam soal pembunuhan Amirul ia mungkin perlu kepada siasatan rapi sama termasuk dalam kes tidak sengaja kerana tanggungjawab polis menjaga keselamatan atau perbuatan terburu-buru.

"Dan tidak layak bagi seorang mukmin membunuh orang mukmin (lainnya) kecuali kerana keliru (tidak disengajakan). Dan barang siapa membunuh orang mukmin kerana sengaja hendaklah ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya, kecuali jika mereka (keluarga mangsa) bersedekah (memaafkannya)." (Surah An-Nisa, ayat 92).

Hakim menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh sama ada bersalah atau tidak. Jika didapati bersalah maka hakim menjatuhkan hukuman mati berdasarkan qisas jiwa dibalas jiwa.

Apa yang menjadi kelainan undang-undang Islam dengan sivil ialah Islam memberi hak kepada keluarga yang dibunuh sama ada jiwa si pembunuh itu boleh diganti dengan diat atau memaafkannya.

Diat atau ganti rugi ditetapkan Rasulullah saw iaitu sebanyak 100 ekor unta atau 200 ekor sapi. Boleh juga dengan seribu dinar emas atau dua belas ribu dirham perak.

Sementara itu ahli keluarga Norsiah ada menyuarakan sekiranya pihak polis jujur dan tidak menuduh jenayah terhadap Amirulrasyid, pihaknya boleh terima hakikat tersebut sebaliknya tuduhan polis itu menyebabkan imej keluarganya tercemar.

Polis sebelum ini mendakwa Amirulrasyid cuba mengundurkan kereta yang boleh mengancam nyawa polis sebab itu tembakan dilepaskan.

Namun cerita saksi utama insiden itu bahawa Amirulrasyid ditembak dikepala ketika tengah memandu semasa dikejar peronda.

Menurut laporan itu mereka terserempak dengan peronda dan tidak ada laporan mengatakan terdapat sekatan polis turut bercanggah dengan kenyataan polis.

Bulatan Kayangan Seksyen 12 bersebelahan dengan rumah ibu Amirulrasyid di Jalan Makyong. Bagaimanapun laluan ke rumah di jalan itu terpaksa melalui Jalan Wau dan Jalan Tarian.

Jarak Bulatan Kayangan dengan lalaun terbabit hingga ke rumah ibu Amirulrasyid tidak sampai satu kilometer. Laluan tersebut terdapat dua simpang yang menyukar kelajuan kereta.

Adengan kejar mengejar dalam jarak tersebut mungkin tidak sampai dalam tempoh 10 minit, bagaimana polis boleh membuat keputusan tergesa hingga menembak pemandu sedangkan tayar kereta sudah ditembak yang juga menghalang kelajuan?

Read More...

Wednesday, May 5, 2010

Dua lagi saksi sedia bantu siasatan kes Aminulrasyid

Oleh Neville Spykerman

Shah Alam; Rabu 5 Mei: Dua lagi saksi tampil untuk membantu siasatan insiden Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis awal minggu lalu.

Pengakuan mereka mengesahkan keterangan yang diberikan rakan Aminulrasyid, Azamuddin Omar (gambar, kanan) baru-baru ini, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kepada The Malaysian Insider hari ini.

Khalid berkata, kedua-dua saksi berkenaan mengesahkan detik-detik yang berlaku sebelum kejadian ditembak berlaku dan kereta mereka dikejar polis.

Perakuan Azamuddin berbeza daripada versi polis yang mendakwa kereta mereka hendak dirempuh oleh Aminulrasyid, menyebabkan mereka melepaskan tembakan.

Azamuddin mendakwa rakannya itu berada dalam keadaan panik selepas terlibat dalam kemalangan kecil dan dikejar oleh beberapa motosikal.

Menurut Khalid, saksi terbaru yang tampil mahu membantu merupakan pemilik dan juga pemandu kereta yang dirempuh oleh kereta Proton Iswara dipandu Aminulrasyid.

“Mereka berada di restoran ketika kejadian berlaku dan apabila tidak berhenti, tiga rakan mereka menunggang motosikal dan kejar mereka,” katanya.

Bagaimanapun salah satu motosikal terlanggar bahagian belakang kereta Proton Iswara dan jatuh sebelum dikejar oleh polis.

“Mereka tidak melihat apa yang berlaku kemudian tetapi pengakuan mereka menunjukkan bahawa mereka cuma takut dan panik. Mereka bukan penjenayah yang melarikan diri daripada polis,” katanya.

Apa yang penting kata Khalid, Azamuddin tidak mereka-reka cerita apabila mengatakan yang dia dikejar beberapa penunggang motosikal.

“Ia memperkukuhkan pengakuannya tentang apa yang berlaku. Jika dia mengatakan yang benar tentang ini, kita juga perlu percaya dengan apa yang diperkatakan tentang kejadian selepas itu,” katanya.

Ketika sidang media kelmarin yang diuruskan oleh peguam-peguam mewakili keluarga Aminulrasyid, Azamuddin juga ada mengatakan bahawa rakannya terlalu takut dan mahu pulang ke rumah kerana memandu kereta kakaknya.

Dia juga menceritakan bagaimana rakannya ditembak dari belakang dan rebah di ribanya.

Khalid memberitahu saksi terbaru ini menemui beliau semalam dan rasa takut untuk bertemu dengan polis.

Bagaimanapun kata Khalid, beliau menasihatkan mereka membuat laporan polis dan ia dibuat malam tadi.

“Saya tidak menemani mereka kerana sejak kebelakangan ini saya didakwa cuba mempolitikkan isu ini,” katanya.

Read More...

Kenapa mengelak daripada kebertanggungjawaban nyawa

Soal Amirulrasyid Amzah, 15, bawa kerata tidak ada lesen merupakan kesalahan undang-undang tetapi hukumannya bukan sampai dibunuh.

Beliau boleh didenda kerana keslahan tersebut tetapi hukuman bunuh itu satu tindakan yang melampau.

Ini jawapan kepada media yang mempersoalkan ibu Amirulrasyid, Nosiah Mohamad membiarkan anak beliau membawa kereta sedangkan tidak ada lesen.

Pihak yang bertanggungjawab dalam kes bunuh Amirulrasyid mesti dihadapkan ke mahkamah. Soal lesen atau kakaknya membiarkan adiknya membawa kereta, itu soal lain.

Itu soal kemasyarakatan yang boleh dibincangkan kemudiannya. Kita mahu cari pembunuh tetapi dengan asyik mempersoalkan kesalahan Amirulrasyid ia akan melindung isu besar iaitu pembunuhan yang sebenar.

Berikut laporan Malaysiakini:

Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis
Aidila Razak, Mei 3, 10

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.

"Apabila ditembak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.

Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.

Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.

Kamaruddin juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang.

"Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sengai 'buah busuk' di kalangan mereka,” katanya.

Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid.

Antara kenyataan itu, termasuk dakwaan bahawa dua remaja berkenaan adalah penjenayah dan keluarha mereka patut dipersalahkan kerana membiarkan budak-budak berkenaan memandu tanpa lesen pada waktu tengah malam.

“Ada juga ura-ura bahawa kakak mangsa akan juga didakwa kerana keretanya digunakan,” katanya lagi.

Read More...

Panel lawat lokasi kejadian

Regina Lee, Mei 5, 10

Beberapa jam selepas ditubuhkan, panel khas bagi menyiasat insiden kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis pada 26 April lalu, memulakan tugas mereka dengan melawat tempat kejadian di Shah Alam, malam semalam.

Panel yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop bersama tujuh anggota lain mula berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam kira-kira jam 9.30 malam.

Mereka kemudian melawat beberapa lokasi dan laluan yang dipercayai dilalui oleh Aminulrasyid, 14 dan rakannya, Muhamad Azamuddin Omar, sebelum mangsa ditembak di kepalanya.

Panel itu menaiki sebuah bas yang diiringi kereta polis dan kereta peronda.

Tempat pertama yang dilawat pada perjalanan 6 kilometer itu ialah Restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, lokasi Aminurasyid dan Azamuddin menonton perlawanan bolasepak.

Mereka juga melawat Bulatan Kayangan, tempat di mana polis dilaporkan mula mengejar kenderaan remaja berkenaan dan seterusnya ke persimpangan lampu isyarat berhampiran
Kompleks PKNS dan bangunan Sirim Berhad.

Rombongan berkenaan tiba dilokasi kejadian kira-kira pukul 11.10 malam dan menghabiskan masa selama 30 minit meninjau kawasan akhir iaitu di jalan utama berhampiran jalan 11/2G dan longkang di mana kereta mangsa terbabas.

Ahli panelnya yang termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar turut bersembang dengan penduduk sekitar untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

Ahli perniagaan, Wan Rahim Tajuddin, yang tembok rumahnya dilanggar oleh Aminulrasyid berkata beliau mendengar bunyi pelanggaran yang kuat pada malam kejadian tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

"Hanya pada keesokan harinya pabila jiran-jiran bercerita mengenai kejadian itu dan saya diberitahu tentang apa yang berlaku. Kata mereka ia seperti drama TV3,” katanya.

Menurut Wan Rahim, Aminulrasyid adalah sahabat karib anaknya dan beliau sering menghantar remaja berkenaan membuat kerja-kerja sambilan di McDonald.

“Mereka juga selalu bermain futsal hingga lewat malam dan ada kalanya saya terpaksa mengheret kedua-dua mereka pulang,” katanya sambil menambah pelajar berkenaan adalah 'kaki bola'.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Abu Seman berkata tujuan lawatan itu adalah bagi memahami situasi dan gambaran sebenar kejadian.

"Setkat ini, kami berpuas hati dengan lawatan hari ini tetapi ia masih belum konklusif,” katanya.

Turut hadir pada lawatan ini adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Superintendan Kamaruddin Ismail.

Read More...

Penculik Minta Tebusan Rp 1 M

PEUREULAK; Tue, May 4th 2010: Kasus penculikan dengan motif minta uang tebusan, kembali terjadi di wilayah hukum Aceh Timur. Kali ini, yang jadi sasaran penculik adalah Nasir (30), warga Desa Bandrung, Kecamatan Peureulak, Aceh Timur. Kawanan penculik yang tengarai memakai senjata api (senpi) laras panjang, minta uang tebusan sebesar Rp 1 miliar.

Peristiwa penculikan oleh kawanan bersenpi, yang kembali mengusik ketentraman masyarakat di Aceh Timur itu, terjadi Selasa 20 April bulan lalu. Namun, informasi penculikan yang menimpa Nasir, seorang pemilik kebun kelapa sawit di wilayah itu, baru diketahui pada Minggu (2/5) petang, dua hari lalu.

Berdasarkan informasi yang diperoleh Serambi, Senin (3/5) kemarin, menyebutkan bahwa Nasir yang mengendarai sepeda motor (sepmor) Honda Supra-X, diculik saat sedang dalam perjalanan menuju ke kebun sawit miliknya di kawasan Leuge, Peureulak Kota, arah perairan Kuala Mak Leuge, Aceh Timur.

Konon, ketika itu, Nasir baru saja mengambil uang puluhan juta rupiah dari salah satu bank di Peureulak untuk kepentingan membayar gaji pekerja. Namun dalam perjalanan yang hampir tiba di kebun miliknya itu, laju sepmor yang dikendarainya tiba-tiba distop oleh tiga pria sambil mengarahkan moncong senjata ke wajah Nasir.

“Pelaku dan korban sempat berbincang-bincang beberapa saat. Lalu korban dibawa oleh pelaku dengan memakai sampan ke arah muara kuala, sementara sepeda motor korban ditinggalkan di lokasi. Pelaku kemudian menghubungi keluarga korban, sampai sejauh ini kita perkirakan korban masih di seputaran Peureulak,” ungkap satu sumber Serambi.

Informasi lain yang berkembang menyebutkan pula bahwa lokasi persembunyian pelaku dan tempat disembunyikan sandera sudah beberapa kali dikepung oleh aparat kepolisian dari Mapolres Aceh Timur. Namun, upaya menemukan korban dan menangkap para pelakukanya, hingga kini belum membuahkan hasil.

Ditambahkan, untuk menemukan korban dan menangkap para pelakunya itu, pihak kepolisian terus menyisir wilayah pedalaman Peureulak, termasuk melacak beberapa titik yang diduga merupakan tempat atau posisi terakhir pelaku bersama sandera itu. “Para pelaku menggunakan dua pucuk senjata pendek dan satu senjata laras panjang,” sebut sumber itu lagi.

Minta uang tebusan
Seperti beberapa kasus serupa yang pernah terjadi sebelumnya, pelaku penculikan terhadap Nasir itu juga minta uang tebusan kepada keluarganya. Tidak tanggung-tanggung, jumlah uang tebusan yang diminta oleh kawanan penculik bersenpi itu pada awalnya sebesar Rp 1 miliar.

Namun, belakangan atau tepatnya Minggu (2/5) lalu, penculik kembali mengultimatum keluarga Nasir di Desa Bandrung, Kecamatan Peureulak, Aceh Timur, cukup membayar uang tebusan sebesar Rp 300 juta saja. Namun pihak keluarga masih belum sanggup memenuhi tuntutan tersebut.

Sementara itu, Kapolres Aceh Timur, AKBP Drs Ridwan Usman saat dikonfirmasi Serambi, Senin (3/5) kemarin, membenarkan adanya aksi penculikan tersebut. Bahkan, ia mengaku bahwa pihaknya masih terus memantau di lapangan, dengan mengepung titik lokasi yang dilaporkan warga. “Saya juga minta dukungan masyarakat untuk ikut melaporkan keberadaan pelaku,” katanya.

Menurut Kapolres, kerja sama untuk menciptakan keamanan yang kondusif bukan hanya tugas Polri semata, tapi masyarakat pun harus ikut andil bagian menciptakannnya, dengan cara membantu tugas aparat kepolisian dalam menjalankan tugas di lapangan. “Informasi lain terus kita kembangkan dalam kasus ini, termasuk memintai keterangan dari saksi-saksi. Kita terus melacaknya,” demikian Kapolres Ridwan Usman.(is)

Read More...

Hadang Antrian Haji, Setoran Awal ONH Dinaikkan

Banda Aceh; Selasa, 04 Mai 2010: Mulai tanggal 3 Mei 2010, ditetapkan besaran jumlah setoran awal Biaya Perjalanan Ibadah Haji (BPIH) reguler yang semula Rp.20 juta naik menjadi Rp.25 juta dan besaran jumlah setoran awal BPIH Khusus yang semula USD.3000 naik menjadi USD.4000. Kebijakan ini dimaksudkan untuk mengerem laju peningkatan pendaftaran calon haji yang kini mencapai rata-rata 60 ribu jiwa perbulan

Keputusan ini berdasarkan Surat Direktur Jenderal Penyelenggaraan Haji dan Umrah Perihal Kenaikan Setoran Awal Haji Reguler dan Haji Khusus. Kenaikan Setoran Awal Haji Reguler dan Haji Khusus ini juga dilakukan berdasarkan Peraturan Menteri Agama Nomor 6 Tahun 2010 tentang Prosedur dan Persyaratan Pendaftaran Jemaah Haji.�

Demikian disampaikan oleh Kasubbag Hukmas dan KUB anwil Kementerian Agama Provinsi Aceh, Juniazi, S.Ag, dalam siaran persnya yang diterima The Globe Journal, Selasa (4/5).�

Sebagaimana dijelaskan Dirjen Penyelenggaraan Haji dan Umrah Kementerian Agama RI, Slamet Riyanto, kebijakan ini dimaksudkan untuk mengerem laju peningkatan pendaftaran calon haji yang kini mencapai rata-rata 60 ribu jiwa perbulan. Hingga 31 April 2010, jumlah daftar tunggu jamaah haji yang tercatat di Kementerian Agama Pusat mencapai 1,2 juta jiwa.

Banyaknya jumlah pendaftar haji yang masuk dalam daftar tunggu (waiting list) menyebabkan rentang waktu dari pendaftaran hingga keberangkatan haji menjadi lebih lama. Seperti yang terjadi untuk Provinsi Aceh, dengan kuota pertahun yang diberikan pemerintah pusat sebanyak 3.599 JCH, sementara daftar waiting list sampai hari Senin(3/5) mencapai angka 34.335 JCH, maka dapat dipastikan, jika jamaah mendaftar hari Selasa (4/5) maka rentang waktu keberangkatan haji bisa menjadi lebih kurang 9 sampai dengan 10 tahun ke depan.�

Kebijakan Kementerian Agama ini akan terus dievaluasi secara bertahap, apakah efektif dalam mengerem pesatnya pertumbuhan angka pendaftaran haji atau tidak. Pemerintah, dalam hal ini Kementerian Agama, dan beberapa Kementerian terkait akan terus berupaya maksimal dalam menuntaskan masalah perhajian yang menyangkut kepentingan masyarakat banyak, khususnya umat Islam di Indonesia.

Sementara itu, menurut informasi yang kami terima, total dana setoran awal (BPIH) yang dikelola oleh pemerintah sampai 30 April 2010 berjumlah Rp. 22 Triliyun lebih. Dari dana ini, menurut Dirjen Penyelenggaraan Haji dan Umrah, Slamet Riyanto, bunganya bisa mencapai Rp. 1 triliyun lebih.

Dana Optimalisasi yang berasal dari bunga setoran awal Haji (indirect cost) tersebut digunakan untuk kepentingan biaya tak langsung penyelenggaraan ibadah haji bagi jamaah. Di antaranya untuk biaya operasional yang dulu dikenakan ke jamaah Rp.500 ribu. Juga digunakan untuk menekan biaya pembuatan paspor haji bagi jamaah haji. (MNA-REL)

Read More...

MUI-Bupati Jember Lakukan Klarifikasi Soal Dugaan Pelecehan Nabi

Tuesday, 04 May 2010: Diduga melecehkan Rasulullah SAW, Bupati Jember dipanggil MUI.

Majelis Ulama Indonesia Jember. Jawa Timur, memanggil Bupati Jember MZA Djalal, terkait maraknya isu dan selebaran yang menyatakan bahwa Djalal telah melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Kami melihat ada banyak selebaran, baik berupa kertas fotokopi maupun lewat SMS yang menyatakan Bupati telah melecehkan Nabi Muhammad. Maka kami memanggil Bupati Djalal. Kami meminta keterangannya atas permasalahan tersebut," kata ketua MUI Jember KH Sahilun Nasir, di sela pertemuan dengan Bupati, Senin (3/4).

Menurut KH Nasilun, MUI Jember telah menerima banyak SMS dan salinan pernyataan yang menyatakan Djalal telah melakukan pelecehan terhadap Nabi Muhammad, dengan menyatakan Rasul Allah itu sombong dalam acara Bedah Potensi Desa di Kecamatan Silo,

Untuk itu MUI memanggil Djalal, serta beberapa ulama dan warga yang menghadiri acara itu, untuk mengetahui duduk permasalahan yang sebenarnya. Selain itu, seluruh ulama yang tergabung dalam MUI juga menyaksikan rekaman video kegiatan Bedah Potensi Desa itu.

Sahilun mengatakan, berdasar keterangan Djalal, serta warga, dan ulama yang menghadiri acara itu, MUI tidak menemukan adanya indikasi pelecehan terhadap Nabi Muhammad. Namun MUI menilai Djalal memakai idiom yang terlalu ekstrim, sehingga sebagian masyarakat tidak dapat menerima pernyataan itu.

"Baik dari keterangan para undangan maupun rekaman video yang kami saksikan, tidak kami temukan ucapan yang sengaja melecehkan Nabi Muhammad," paparnya.

MUI Jember, sambung Sahilun, akan menindaklanjuti hasil pengumpulan keterangan itu dengan pertemuan lanjutan, yang melibatkan berbagai organisasi kemasyarakatan di Jember. "Kami tidak ingin masyarakat menjadi tidak tenang dan terpancing emosinya, karena permasalahan yang tidak jelas duduk perkaranya," ujarnya.

Beredar

Sebagaimana diketahui, dalam seminggu ini, beredar luas suara hasil rekaman pidato Bupati Jember, MZA Djalal saat berada di acara Bedah Potensi Desa di Garahan Silo yang berisi dan mengatakan Nabi Muhammad sombong ke tengah-tengah masyarakat.

Peredaran pernyataan itu menyebar dalam bentuk CD, kaset, bahkan sampai ke telepon seluler masyarakat umum. Beritajatim.com sendiri mendapatkan kiriman berupa CD yang berisi dua pidato Djalal.

Beberapa kalimat Djalal menghebohkan yang dinilai penghinaan itu di antaranya, "...Harus sombong Pak, Nabi Muhammad saja sombong, meski di rumah ada tamu dan nasi tinggal sepiring, nasi itu tetap dibagi untuk disuguhkan, sombong Pak. Tapi sombong yang bagus…"

Pernyataan itu disampaikan dalam bahasa Madura. Pernyataan itulah yang akhirnya memancing reaksi masyarakat setempat. - Hidayatullah

Read More...

Karpal tuntut tuduhan bunuh ke atas polis

Salhan K Ahmad Mei 4, 10

Peguam keluarga remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah , Karpal Singh menuntut anggota polis yang terlibat dengan kes berkenaan didakwa atas tuduhan membunuh.

Menurut Karpal, peguam negara perlu membuat pendakwaan atas tuduhan bunuh, berdasarkan keterangan daripada saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah melawat lokasi kejadian di Seksyen 11 Shah Alam hari ini.

"Saya akan menulis surat kepada peguam negara untuk mendapatkan apakah pendirian beliau, dan menggesa beliau, berdasarkan keterangan saksi utama, supaya pendakwaan perlu dibuat atas tuduhan bunuh," katanya.

Menurut Karpal, polis yang terlibat dalam kejadian itu juga berhak untuk menyampaikan cerita mereka, tetapi hak keluarga mangsa tidak boleh diketepikan.

Beliau menyifatkan kes tersebut sebagai kes prima facie berikutan tindakan polis dalam kejadian berkenaan.

"Saya rasa polis bertindak melampaui batas yang ditetapkan ke atas mereka.

"Sekiranya (benar) apa yang saya diberitahu dan apa yang saya dapati, saya rasa ini jelas merupakan satu kes pembunuhan.

"Saya difahamkan (siasatan) kes ini telahpun diklasifikasikan sebagai (kes) bunuh," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga akan meminta supaya diberikan salinan rakaman kenyataan oleh saksi.

"Saya difahamkan ada dua kenyataan," kata Karpal.

Ujarnya, mahkamah yang mengendalikan kes ini juga perlu diberikan garis panduan yang membolehkan polis melepaskan tembakan.

"Malangnya, standing order oleh ketua polis negara ini diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.

"Namun dalam apa-apa keadaan, apabila kes ini ke mahkamah, kami perlu dapatkan ruling atas keadaan-keadaan yang perlu oleh polis untuk melepaskan tembakan," katanya lagi.

Karpal sebelum itu meluangkan masa kira-kira lima minit bersama saksi, Azamuddin Omar, untuk bertanyakan beberapa butiran mengenai kes tersebut.

Karpal antara lainnya menanyakan berapakah jumlah kereta polis yang mengejarnya pada malam kejadian.

Azamuddin turut disoal, bilakah polis mula melepaskan tembakan dan bilakah tembakan itu mengenai Aminulrasyid.

Karpal turut menyoal saksi tersebut bagaimanakah beliau keluar daripada kenderaan berkenaan dan sama ada beliau terus pulang ke rumah selepas keluar daripada kereta yang dipandu mangsa.

Azamuddin yang kelihatan tenang ketika menjawab soalan-soalan itu berkata, terdapat dua atau tiga buah kereta polis yang mengejar mereka ketika kejadian.

Katanya lagi, polis mula melepaskan tembakan ketika mereka memasuki Jalan Tarian, kira-kira 300 meter daripada tempat kereta yang dipandu Aminulrashid itu berhenti.

Tambahnya, ketika kereta masih bergerak, polis masih melepaskan tembakan walaupun mangsa sudahpun meninggal dunia.

"(Aminulrashid) sudah meninggal tapi kaki dia masih lagi tekan minyak," kata Aminuddin ketika ditemubual Karpal Singh.

"(Cermin) tingkap sudah retak pada masa itu... Saya terjun keluar," katanya lagi.

Read More...

Tuesday, May 4, 2010

Gedung Baru DPR Dengan Anggaran Rp 1,8 Triliun

Selasa, 04/05/2010: Gaji naik, tunjangan naik, dan fasilitas baru, sekarang DPR mengajukan rencana membangunan gedung baru. Anggaran tak tanggung-tanggung Rp1,8 triliun. Entah modelnya seperti apa gedung baru DPR itu, yang harus menghabiskan dana yang begitu besar.

Rakyat yang melihat rencana ini, hanya dapat mengeriyitkan jidatnya belaka. Entah apa yang ada dalam benak dan pikiran para wakil rakyat itu. Apakah dengan gedung baru itu, nantinya akan lebih produktif dan efektif dalam menyusun undang-undang, mengontrol pemerintah, dan membuat anggaran?

Nyatanya, DPR yang sempat melambung namanya akibat keputusan yang diambil dengan memilih opsi C dalam voting kasus bail out Bank Century, ternyata sekarang hanya 'memble', tak mampu melanjutkan keputusannya itu, dan hanya sebatas membentuk tim pengawas. Ketika membahas RAPBN-P, ternyata hanya PDIP dan Hanura, yang berani menolak Sri Mulyani. Padahal, eksplisit nama Sri Mulyani, disebut dalam rekomendasi Pansus Century, sebagai fihak yang bertanggung jawab. Jadi DPR menelan 'ludahnya' sendiri.

Rencana pembangunan gedung baru milik DPR langsung membikin 'mumet' rakyat, yang sudah sengsara dan miskin, akibat krisis ekonomi,yang belum pulih. Sekarang, pembangunan gedung baru oleh DPR mengalahkan pemberitaan soal Gayus Tambunan, Susno Duadji, hingga pemeriksaan Wapres Boediono dan Menkeu Sri Mulyani oleh KPK.

Simak saja perbedaan informasi dari pimpinan DPR terkait rencana pembangunan gedung baru DPR. Wakil Ketua DPR Priyo Budi Santoso menyampaikan rencana tersebut terkait dengan kemiringan Gedung Nusantara I yang mencapai 7 derajat. Padahal, informasi kemiringan gedung DPR itu, sudah dibantah oleh ICW (Indonesia Corruption Watch), yang menyatakan tidak benar gedung DPR itu miring. Jadi ini hanyalah langkah mubazir, dan tidak adanya 'sense of crisis' para anggota dewan.

Ketua DPR yang juga Ketua Badan Urusan Rumah Tangga (BURT) Marzuki Alie, menyatakan, pembangunan gedung baru terkait kelebihan kapasitas di Gedung Nusantara I DPR yang sebenarnya hanya 800 orang, namun saat ini menampung 2.500 orang terdiri dari anggota DPR dan para tenaga ahli dan asisten pribadi. Apalagi, ke depan setiap anggota DPR akan memiliki lima tenaga ahli (TA).

“Selain itu juga ada hasil analisis dari Dinas PU, memang ada keretakan karena dampak gempa bumi di Tasikmalaya yang berpengaruh pada struktur bangunan. Retakan ini harus diselesaikan. Soal kemiringan, saya dengar awur-awur saja, tidak konkret informasi dari mana?” ujarnya dalam jumpa pers khusus terkait kesimpangsiuran rencana pembangunan Gedung Baru DPR itu di Gedung DPR, Jakarta, Senin (3/5).

Hanya saja, Marzuki mengakui anggaran sebesar Rp1,8 triliun dinilai terlalu mahal. Bahkan dirinya mengaku belum sepakat dengan angka tersebut. Karena jika total Rp1,8 triliun maka asumsinya per meter persegi membutuhkan anggaran Rp16 juta.

“Itu sangat mahal. Makanya saya minta detilkan. Ada standard membangun gedung bertingkat. Percayalah, saya sebagai Ketua BURT tidak main-main dengan anggaran,” tegasnya meyakinkan.

Marzuki menegaskan, pihaknya tidak mau menunda rencana pembangunan tersebut. Hal itu dikonkretkan dengan anggaran yang telah disepakati dalam APBNP 2010 sebesar Rp 250 miliar. “Anggaran itu bukan harus dipakai, tapi digunakan jika telah diselesaikan grand desain dan sebelumnya blok desain,” ujarnya.

Sementara terpisah Ketua Badan Anggaran DPR Harry Azhar Aziz menegaskan anggaran 2010 sebesar Rp 250 miliar untuk pembangunan gedung baru DPR telah disahkan dalam rapat paripurna DPR, Senin (3/5).

Anggaran tersebut harus digunakan tahun ini. “Yang Rp 250 miliar itu sudah harus tahun ini, kalau itu tidak dilaksanakan akan menjadi Sisa Lebih Pembiayaan Anggaran (Silpa) nanti,” tambahnya.

Rencana pembangunan gedung baru DPR ini memang mengundang reaksi negatif dari publik. Kontroversi menyeruak karena tidak adanya penjelasan komprehensif terkait rencana dari DPR. Ditambah, muncul pula rumor perihal komisi sebesar Rp50 miliar atas lolosnya rencana pembangunan gedung baru DPR.

Selama ini DPR acap kali mengkritisi kebijakan eksekutif yang doyan membelanjakan uang negara yang menurut anggota legislatif kurang perlu. Seperti mengkritisi pembangunan pagar Istana Presiden, pengadaan mobil mewah para pejabat negara Rp1,3 miliar per unit hingga pesawat kepresidenan.

Semua itu, hanya membuat rakyat hanya dapat mengelus dada, prestasi DPR belum begitu jelas, tapi fasilitas yang diminta bukan main, termasuk seperti pembangunan geudng baru yang anggarannya mencapai Rp. 1,8 triliun.

Read More...

DS Najib diminta tarik balik tuduhan fitnah

Pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib selaku Presiden Umno menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakan saya dengan pihak Istana Selangor.

Pandangan Datuk Seri Mohd Najib itu telah disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan atas tajuk “Pembangkang ingkari Sultan” yang turut mencetak kononnya kenyataan saya selaku Mursyidul Am iaitu “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”

Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan.

Kemudian, pandangan Datuk Seri Mohd Najib dirasai paling tidak bermoral lagi apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua atas tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM.”

Ia suatu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral saya dan suatu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah saya jelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Bharu.

Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai ‘melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor’ adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah. Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia, kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan (front page).

Sesungguhnya pandangan tersebut adalah suatu tuduhan yang kononnya dikaitkan dengan perlanggaran titah Sultan mengenai larangan penggunaan masjid atau surau untuk tujuan politik. Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor.

Pada saya, apabila saya hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang saya amalkan ialah saya tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan. Maka, prinsip yang sama saya pegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.

Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya ‘orang beragama’ dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.

Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.

Saya yakin di atas kebenaran, maka kebenaran itu akan menjadi saksi di dunia dan di akhirat.

Sekian, wassalam.

Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Musyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Read More...

Kes kapal selam: Peguam Perancis tak takut ugutan

Susan Loone Mei 3, 10

Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.

"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif.

"Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti 'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.

Breham dan dua lagi rakannya yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) - sebuah NGO hak asasi manusia - memfailkan aduan di sebuah mahkamah di Paris berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene daripada firma pertahanan Perancis DCN.

Walaupun tujuan siasatan itu untuk mengenal-pasti sama ada berlaku perkara yang disangsikan berhubung penjualan kapal selam itu, namun ia juga secara tidak langsung merancakkkan kembali perbincangan terhadap pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikut adalah sedutan wawancara Malaysiakini dengan Joseph Breham:

Sila jelaskan kepada kami mengenai latar belakang anda dan bagaimana anda boleh terlibat dengan kegiatan hak asasi?

Joseph Breham: Saya peguam dari Perancis yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang jenayah antarabangsa dan hak asasi manusia. Saya juga merupakan pensyarah universiti dalam bidang undang-undang jenayah antarabangsa di Toulouse.

Saya mengajar tiga minggu setahun. Saya juga pakar dalam bidang kegiatan keganasan dan mengendalikan banyak kes yang berkaitan dengannya. Hakikatnya saya berkerja dengan kerajaan dalam bidang pencegahan penganas, melatih hakim dan pendakwa tentang terorisme termasuk menghormati hak asasi. Begitulah bagaimana saya boleh terlibat dengan kerja hak asasi manusia.

Saya amat tertarik dengan hak asasi manusia sejak saya dilahirkan pada 1978, dan sejak itu saya berusaha untuk memahaminya. Sebagai contoh (selepas) kejatuhan Tembuk Berlin, dunia menjadi semakin bercelaru dan timbul perkara baru yang tidak keruan, yang mana (ia adalah) keganasan dan keuntungan globalisasi.

Pekembangan baru ini menyebabkan banyak syarikat multi-nasional tidak menghormati apa sahaja bentuk peraturan. Mereka mempunyai kuasa bagi memaksa kerajaan mengikut telunjuk mereka. Mereka menjadi lebih korup dan kerajaan tidak boleh memaksa mereka (mematuhi) segala kewajipan. Itulah yang menyebabkan saya menceburi dalam kerja-kerja hak asasi.

Jelaskan kepada kami, pengalaman anda dalam mengedalikan kes berkaitan korupsi.

Joseph Breham: Kebanyakkan kes yang saya kendalikan lebih tertumpu kepada negara di benua Afrika. Setiap kes hak asasi yang berkait dengan syarikat multi-nasional juga dikaitkan dengan rasuah. Kami, di Sherpa (organisasi yang diwakilinya) pada mulanya tidak mengendalikan kes rasuah.

Tetapi sekiranya kami mahu lebih efisyen, kami perlu mendepani isu ini. 'Sherpa' bermaksud 'menolong rakyat di Selatan untuk menuntut keadilan'.

Saya mula bekerja di Sherpa pada 2006 dan baru-baru ini saya dilantik ahli lembaga pengarah. Ia ditubuhkan oleh William Bourdon, mantan setiausaha agung Pertubuhan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (Fidh) pada 2001. Sejak Fidh tidak menyaman syarikat, lalu kami menubuhkan Sherpa.

Read More...

Pakar forensik Amidon tawar bantuan

Pakar forensik Amidon Anan, yang pernah terlibat dalam kes berprofil tinggi seperti pembunuhan Canny Ong dan Altantuya Shaariibuu - menawarkan khidmatnya bagi membantu keluarga pelajar 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis, Isnin lalu.

Menurut bapa saudara dan jurucakap keluarga mangsa, Kamarudin Hasan, bekas polis berpangkat superitenden itu adalah satu-satunya pakar yang menawarkan khidmatnya di samping barisan peguam dari NGO dan parti politik.

Bercakap kepada pemberita selepas 20 minit berbincang dengan Amidon (kiri) di rumah keluarga Aminulrasyid, Kamarudin berkata pihaknya sedang menimbang tawaran pakar forensik itu.

"Kami sudah sampai ke tahap persefahaman dengan Amidon, tetapi kami mempunyai keluarga yang besar dan kami mahu mendapatkan nasihat daripada mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Amidon yang juga bekas ketua jabatan forensik unit Penyiasatan Jenayah Tempat Kejadian turut dilaporkan pernah terlibat dalam penyiasatan insiden bangunan Highlands Towers yang runtuh pada 1993.

Kamaruddin menambah sekiranya keluarga Aminulrasyid menerima tawaran Amidon, ia akan membolehkan mereka membuat perbandingan laporan kejadian itu dengan versi polis.

"Kami mahu pandangan kedua," katanya. - Malaysiakini

Read More...

Karpal Singh dilantik peguam keluarga Aminulrashid

Shah Alam; Selasa, 4 Mei: Peguam terkenal, Karpal Singh dilantik keluarga Aminulrasyid Amzah bagi mewakili mereka dalam semua prosiding dan urusan perundangan berhubung kematian remaja berusia 15 tahun itu.

Norsiah Abdullah, ibu Aminulrasyid memaklumkan keputusan itu semalam dan Karpal menyatakan kesediaannya untuk bekerjsama dengan peguam lain, N Surendran yang menjadi jurucakap keluarga itu sejak kejadian.

Mengikut Malaysian Insiders, Karpal juga akan menulis kepada Peguam Negara mengenai kepentingan siasatan adil dan menyeluruh serta menolak cadangan penubuhan inkues sebagaimana cadangan kerajaan pemerintah.

Pada masa sama, Karpal yang juga Pengerusi DAP berharap polis sedia memberi kerjasama.

Read More...

Peguam: Kita ada bukti kukuh siasat skandal scorpene

Peguam Perancis, Joseph Breham berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengerakkan siasatan keatas skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Beliau berkata isu utama yang mengundang syak sekitar perolehan kapal selam ini adalah pembayaran RM534.8 juta ringgit kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, sebagai upah kepada 'kerja-kerja sokongan'.

"Kita mempunyai laporan akaun Perimekar pada tahun 2001 dan 2002," kata Joseph Breham dalam satu temubual bersama portal Malaysiakini, dan menambah "bagaimanapun syarikat ini dengan tiba-tiba mendapat 114 juta euro dalam akaun bank mereka. Ini mengundang syak. Lebih-lebih lagi apabila pemegang saham utama syarikat ini adalah isteri kepada rakan karib Menteri Pertahanan pada masa itu,"

Joseph merujuk kepada isteri Abdul Razak Baginda, Maslinda.

"Jika kita lihat fakta bahawa Altantuya Shaariibuu dibunuh oleh pengiring Perdana Menteri, serta pemadaman rekod-rekod imigresen Altantuya ke negara ini, lantas menunjukkan ada pegawai tertinggi tertentu yang mahu menghilangkan bukti Altantuya berada di negara ini."

Read More...

Sunday, May 2, 2010

Suara orang Ulu Belaga: BN pekakkan telinga

Dua hari lalu saya dan 10 ribu Orang Ulu Bakun-Sg. Asap begitu bersyukur kerana TV2 begitu prihatin mengemukakan permasalahan kami penduduk Bakun-Sg. Asap, melalui dokumentari pendek Galeri Mandarin Nasional.

Walaupun dokumentari ini hanya memakan masa 10 minit setiap episod. Kami tetap bersyukur kerana hanya dengan cara itu sahajalah permasalahan kami dapat diketengahkan dan seterusnya harapan kami pihak kerajaan akan mengambil tindakan untuk membantu kami segera dan bukan bila menjelang pilihan raya.

Namun kegembiraan kami cuma hanya seketika, apabila hari ini, rancangan dokumentari 10 episod itu telah dihentikan siaranya dengan serta merta. Ketika meminta penjelasan daripada Ketua Pengarah RTM Ibrahim Yahaya, Ibrahim memaklumkan bahawa siri dokumentari itu telah tamat (maksudnya dokumentari itu hanya dua episod sahaja).

Jelas sekali Ibrahim Yahaya berbohong kepada saya dan 10 ribu masyarakat Orang Ulu Belaga. Ketika meminta penjelasan lebih lanjut Ibrahim memaklumkan bahawa beliau sibuk dan sedang bermesyuarat, perbualan kami terhenti di situ sahaja.

Saya mempersoalkan kenapa masalah sebenar rakyat tak ingin didengar oleh pemerintah. Sedang rancangan drama dan hiburan ditayangkan sampai dua hingga tiga jam. Penting sangatkah slogan "1Malaysia" sehingga semua masa siaran TV, radio dan media cetak hanya melagukan 1Malaysia. Tapi masalah rakyat slot 10 minit pun tak dibenar disiarkan. Kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO dan berjuta-juta ringgit lagi untuk tujuan promosi 1Malaysia. Tapi bila tiba masa pengimplimentasian 1Malaysia. Rakyat diketepikan dan kerajaan memekakkan telinga.

Saya mencabar Perdana Menteri Najib Razak. Jika benar 1Malaysia bukan hanya slogan. Menjelang 12.20 tengahari besok dokumentari Bakun-Sg.Asap akan ke udara semula, dan besar kemungkinan undi 10 ribu Orang Ulu Belaga akan memihak Barisan Nasional. Tetapi jika tidak, kami terpaksa memilih kepimpinan pembangkang untuk salurkan permasalahan kami.

Dalam waktu terdekat ini, jika kerajaan melalui TV2 masih enggan menyiarkan rancangan dokumentari Bakun-Sg.Asap. Kami seluruh penduduk Bakun akan mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan. Pastinya nanti pentas PRK Sibu akan menjadi medan pungutan suara untuk menolak kerajaan Barisan Nasional.

Untuk rekod, kami penduduk Bakun Sg.Asap telah mengemukakan permasalahan kami melalui Deklarasi Sg.Asap pada tahun 2003 kepada KSN pada waktu itu Samsudin Osman dan yang kedua kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Jabu pada 2008. Kedua-dua deklarasi ini masing-masing ditandatangani oleh mendiang Temenggong Talik Lisut (2003) dan Temenggong Nyipa Batok (2008). Semua ketua kaum turut sama menandatangani dan menyokong deklarasi tersebut. Namun sehingga kini pihak BN masih memekakan telinga.

EPISOD DOKUMENTARI BAKUN-SG.ASAP YANG TELAH DAN BELUM DISIARKAN

Pertama: Masalah ekonomi yang dihadapi 10 ribu orang asli di 15 rumah panjang, dan cadangan penyelesaiannya. (Telah disiarkan pada 26 April 2010)

Kedua: Masalah kemiskinan yang timbul berikutan tanah tanaman yang tidak subur dan tidak cukup. (Telah disiarkan pada 27 April 2010)

Ketiga: Bantuan kepada petani yang diberikan oleh kerajaan, dan maklum balas petani. (Dijadual untuk disiarkan pada 28 April, ditarik secara tiba-tiba)

Keempat: Masalah berhenti belajar kanak-kanak yang disebabkan masalah pengangkutan dan ekonomi. (Dijadual untuk disiarkan pada 29 April, telah dibatalkan)

Kelima: Apakah kesudahan tanah, rumah panjang, pampasan perpindahan yang pernah dijanjikan oleh kerajaan kepada orang asli. (Dijadual untuk disiarkan pada 30 April, telah dibatalkan.)

Keenam: Sejauh manakah Empangan Bakun diperlukan? Kajian keperluan elektrik. (Dijadual untuk disiarkan pada 3 Mei, telah dibatalkan.)

Ketujuh: Nasib kubur orang asli di kawasan hulu Empangan Bakun, dan budaya perkuburan kaum tersebut. (Dijadual untuk disiarkan pada 4 Mei, telah dibatalkan.)

Kelapan: Kesan Empangan Bakun terhadap ekosistem kawasan hilir, dan 10 ribu penduduk di situ. (Dijadual untuk disiarkan pada 5 Mei)

Kesembilan: Adat dan hak tanah orang asli di kawasan hilir empangan, dengan kes kajian Long Bangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 6 Mei)

Kesepuluh: 12 tuntutan daripada penduduk Sungai Asap terhadap kerajaan dan pemaju empangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan)

*Tulisan ini dipetik dari blog seorang penduduk Asal Bakun, Hary Wing Miku.

Read More...

Mayday

Jurnalis ikut memperingati Hari Buruh se-Dunia atau mayday di kantor Dewan Perwakilan Rakyat Aceh, Banda Aceh, Sabtu (1/5). Aksi yang digelar berbagai elemen Serikat Pekerja menyorot, nasib buruh kontrak dan menindak tegas pengusaha yang tidak membayar upah sesuai upah minimum provinsi.

Read More...

Penonton konsert lelaki, perempuan diasingkan

Grup musik The Potters yang domotori vokalis Rizky (tengah), membawakan lagu andalannya “Keterlaluan” pada konser di lapangan parkir Stadion Harapan Bangsa, Banda Aceh, Sabtu (1 Mei). Lihat gambar penonton wanita lelaki dipisahkan.

Read More...

DPRA Didesak Bahas Qanun Perburuhan

BANDA ACEH - Sekitar 100 buruh yang tergabung dalam Aliansi Mayday 2010, Sabtu (1/5) kemarin, memperingati Hari Buruh Seddunia (May Day) dengan aksi unjuk rasa di depan Gedung DPRA. Mereka mendesak agar draf Qanun Ketenagakerjaan (Perburuhan) yang sudah diajukan ke DPRA tahun lalu, segera dibahas.

Para demonstran melakukan long march dari depan Masjid Raya Baiturrahman, Bundaran Simpang Limong Banda Aceh, dan terakhir di depan Gedung DPRA. Selain menggelar orasi, aksi para buruh tersebut juga membawa sejumlah poster dan spanduk yang menyerukan agar penguasa pro terhadap kaum buruh.

Sejumlah komponen yang tergabung dalam Aliansi May Day 2010 di Aceh yang ikut melakukan aksi unjuk rasa, kemarin, antara lain ASPEK Indonesia, KSPI Aceh, FKUI-KSBSI Aceh, FSPTI-KSPSI Aceh, SPA, SPKA, SPAM, GAM-GB Aceh, KontraS Aceh, Koalisi NGO HAM, SMUR, AJI Banda Aceh, dan SPPI.

Menurut pantauan Serambi, meski tak satu pun anggota DPRA yang menerima kedatangan para buruh tersebut, namun tidak menyurutkan semangat mereka untuk menyuarakan aspirasi dan tuntutannya. Bahkan, dalam selebaran yang dibagikan kepada warga, mereka menyampaikan enam sikap atau tuntutan.

Keenam sikap tersebut adalah pertama, mendesak pemerintah Aceh dan DPRA untuk segera membahas Draf Qanun Ketenagakerjaan versi Serikat Pekerja/Serikat Buruh di Aceh. Kedua, menolak sistem kerja kontrak dan outsourcing karena sistem ini merupakan bentuk penjajahan gaya baru dan perbudakan modern.

Ketiga, menuntut pemerintah mengawasi dan menegakkan Peraturan Gubernur No.32 Tahun 2009 tentang UMP Aceh 2010, karena masih banyak ditemukan pelanggaran di lapangan. Keempat, mendesak pemerintah untuk memberikan sanksi yang tegas kepada seluruh pengusaha/perusahaan yang melanggar peraturan ketenagakerjaan yang berlaku.

Kelima, mendesak pemerintah untuk segera menciptakan lapangan kerja yang seluas-luasnya dengan partisipasi rakyat dan padat karya. Dan keenam, menuntut Pemerintah Aceh dan DPRA untuk mengawasi dan menindak tegas pemilik modal/investor, baik asing maupun domestik yang tidak menghargai budaya lokal dan merusak kelestarian lingkungan di Aceh.

Sementara itu, Koordinator Eksekutif Trade Union Care Center, Muhammad Arnif, menyebutkan bahwa saat ini masih banyak persoalan ketenagakerjaan di Aceh. “Di antaranya, draft qanun versi pekerja serikat Aceh yang telah diajukan ke Pemerintah Aceh dan DPRA, sampai sekarang belum masuk dalam Program Legislasi Daerah (Prolegda) DPRA 2010,” katanya.

Aliansi Mayday 2010 mendesak Pemerintah Aceh dan DPRA segera membahas qanun ketenagakerjaan versi serikat buruh tersebut. Setelah menyampaikan uneg-unegnya massa pun akhirnya membubarkan diri dengan tertib.

Sempat memanas
Sementara itu, aksi demo peringatan Hari Buruh di depan Istana Negara di Jakarta, Sabtu (1/5), dilaporkan sempat memanas setelah tiga buruh ditangkap polisi. Buruh melempari polisi dengan botol air mineral dan kayu. Polisi membalas dengan menyemprotkan water cannon. Situasi memanas ini diawali saat buruh terus berusaha mendekati barikade polisi yang berjaga-jaga di Istana, Jalan Medan Merdeka Utara, Jakarta. Namun, niat buruh dihalang-halangi polisi yang dilengkapi tameng. Polisi kemudian membalas dengan semprotan water cannon.

Buruh yang basah kuyup terus melakukan perlawanan dengan melempari polisi dengan botol, kayu, dan barang-barang lain yang ditemukan di jalanan. Polisi mempertahankan diri dengan tameng. Situasi sedikit mereda setelah masing-masing koordinator berusaha menenangkan massanya.

Sementara itu, secara terpisah DPR mendukung agar 1 Mei yang ditetapkan sebagai Hari Buruh menjadi hari libur nasional. Dikungan ini disampaikan Ketua Komisi IX DPR Ribka Tjiptaning saat berorasi dalam demo buruh di Istana, di Jakarta, kemarin.

“Komisi IX tetap usahakan agar hari buruh menjadi hari libur nasional. Karena, hanya di Indonesia saja yang tidak menetapkan hari buruh internasional menjadi hari libur nasional bagi buruh,” kata politisi PDIP ini disambut tepuk tangan para buruh. Ribka yang mengenakan baju warna coklat ini juga meminta agar para pengusaha untuk tidak memberangus dan melarang serikat pekerja terbentuk di perusahaannya, karena melanggar UUD 1945.

Read More...

Bagaimana PC masa depan?

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN

Bagaimana agaknya rupa komputer masa depan ya? Saiznya sudah tentu semakin mengecil seperti dahulu sebuah komputer memerlukan satu bilik untuk menempatkan unit pemprosesan sepusat (CPU)nya dan kini ia boleh diletakkan dalam bekas sebesar tapak tangan saya.

Sebenarnya bukan tapak tangan, cip komputer sekarang sudah boleh diletakkan di dalam cermin mata atau baju anda yang membolehkan cermin mata atau baju itu menjadi komputer.

Komputer maya

Jika anda pernah melihat filem Minority Report lakonan Tom Cruise, tentu anda kagum apabila pelakon kacak itu mengakses pelbagai aplikasi komputer dengan hanya menyentuh tangannya di skrin maya. Dengan hanya menggerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan, pelbagai aplikasi di keluarkan di hadapannya yang mempunyai cahaya yang dipancarkan.

Inilah yang dikenali sebagai komputer maya dan walaupun ia kelihatan seperti tidak realistik tetapi sebenarnya ia boleh dilakukan di masa depan. Setakat ini, papan kekunci maya (yang tidak menggunakan papan boleh sentuh) berasaskan laser sedang dibangunkan dan ia membolehkan anda menaip di atas mana-mana permukaan yang rata.

Konsep yang sama juga akan digunakan untuk skrin komputer di masa depan yang mana skrin maya akan dipancarkan ke dinding rata seperti projektor dan anda tidak lagi memerlukan skrin kaca seperti sekarang.

Komputer boleh pakai

Saiz komputer yang semakin mengecil membolehkan konsep komputer boleh pakai dibangunkan. Cip akan diletakkan di dalam baju, cermin mata, jam tangan dan sebagainya, manakala skrinnya boleh anda lihat di cermin mata atau menggunakan pancaran laser seperti skrin maya.

Apabila anda 'memakai' komputer ini, arahan boleh dilakukan dengan sistem pengesahan suara dan juga menggunakan perisian pengenalan tulisan tangan. Dengan itu, anda tidak perlu menaip lagi tetapi hanya bercakap dengan komputer atau menulisnya di atas skrin maya. Komputer seumpama ini sangat berguna terutama kepada pekerja teknikal yang perlu mengakses maklumat tanpa pergi ke pejabat seperti dengan hanya memakai cermin mata sahaja, dia akan mampu melihat di skrin komputer biasa.

Komputer bertambah pintar

Komputer bukan hanya menjadi alat untuk meningkatkan produktiviti atau pelajaran tetapi akan menjadi rakan karib anda! Ini kerana ia akan berfungsi sebagai penjaga anda, terutama mereka yang telah berumur seperti memperingatkan masa untuk memakan ubat, membuat panggilan video kepada rakan dan melindungi keselamatan anda.

Komputer baiki diri sendiri

Usaha meningkatkan kecekapan komputer sehingga mampu membaiki dirinya sendiri merupakan usaha yang menarik kerana ramai daripada kita tidak mahu memikirkan mengenai masalah komputer. Asalkan dihidupkan, ia harus hidup. Seperti yang kita lakukan kepada televisyen di rumah. Bagaimanapun, usaha ini lebih kepada peningkatan sistem operasi Windows yang mana ia seharusnya mampu membaiki sendiri jika berlaku keriosakan kepada sistemnya.

Semuanya wayerles dan berangkaian

Seperti yang kita lihat hari ini, perkembangan teknologi membolehkan pelbagai akses dilakukan tanpa wayar dan jika teknologi bateri semakin baik, komputer juga tidak akan memerlukan kabel lagi.

Alat pengecaj juga mungkin tidak diperlukan lagi kerana komputer anda boleh mengecaj baterinya daripada sumber semula jadi seperti matahari, angin atau air! Komputer anda pula sudah tentu akan dirangkaikan kepada telefon bimbit, televisyen, sistem rumah pintar, kereta dan juga dapur anda!

Maka semuanya berhubung antara satu sama lain. Jika hendak memperkatakan mengenai PC masa depan, sememangnya ia suatu topik yang menyeronokkan tetapi batasan ruang memerlukan kita berhenti di sini sahaja.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP